Wednesday, October 11, 2006

Puasa hari ke-19

Tak tahulah kenapa tidurku these few days kurang nyenyak. Semenjak aku mula bermimpi aku terkena buatan orang (di awal puasa). Ada juga aku bertanyakan pada kawan-kawan yang lain pasal mimpi aku ni. Rata-rata depa minta aku lebih berhati-hati. Lepas tue aku terus dapat mimpi-mimpi yang lain. Apa mimpinya tue, tak perlulah aku mentionkan. Ada yang okey ada yang tak. Tapi kalau dah namanya mimpi, lumrahnya mainan tidur.
Belum lagi masuk masa aku nak bangun bersahur, Abang called. Katanya he's all the way from Pahang. Terkejut aku. Katanya dia tension, that's why he's driving all the way dan berpatah balik. Dia nie memang perangai dia macam tue. Ada sekali tue, dia tension pasal kerja, terus dia drive dari KL ke Tapah. Lepas tue dia patah balik. Tak ke buat kerja gila tue. Betul-betul buat aku risau. Tapi aku yakin dia kuat semangat dan insya-ALLAH dia boleh selesaikan masalah kerja dia tue.
Pagi nie aku bersahur dengan kuew tiau goreng. Semalam Jannah datang berbuka puasa dan tidur di rumah aku. Dia masak banyak, so panaskan saja dan makan untuk bersahur. Lepas solat Subuh, aku tidur balik.

Susulan

Aku bangun sahur tapi makan kuih makmur dan minum air sikit. Pas tue tidur balik. Bangun saja kaki aku dah start lenguh-lenguh. Tak tahulah kenapa. Dari semalam lagi lenguh kaki nie. Pepagi lagi Abang called. Aku pun story kat dia perkara yang dah jadi semalam. Jadi dia pun cadangkan supaya aku bayarkan saja amout bil elektrik yang kawan aku cakap dah naik tue. About few ringgit saja. Memang time budak rumah aku cakap tue, aku tak respond apa-apa pun. Abang cakap what i did was right sebabnya no point aku nak respond apa yang dia cakap tue.
Tengah hari aku pergi ambil baju kat tempat akak tue. Aku pun tak tahulah apa yang merangsang aku untuk hantar baju kali ke-dua kat akak tue. Sedangkan the first time aku hantar baju, aku dah memang tak berpuasa hati dari segi servis dia. Macam baju yang aku nak ambil nie, dari resit dia tulis siap 4 hb Oktober. Bila call, dia cakap Sabtu baru siap. Bila aku nak tahu kenapa, dia cakap 'tak semestinya baju siap ikut tarikh dalam resit tue.' Aku dah 'hangin' dah. Kalau baju aku tak leh siap, tulislah tarikh yang dia conform boleh siapkan. Ini tak, main 'petik' saja tulis tarikh sesuka hati dia. Jumaat lepas aku call, dia off handphone. Aku pun dah naik malas dah. Then pagi Isnin minggu nie dia sms minta aku ambil baju hari nie. Hopefully baju aku dah siap dah dia tak hilangkan diri. Manalah tau kot-kot dia tutup kedai ke, off handphone ke. Sampai saja aku di depan kedai akak tue, pintu kedai bertutup. Hanya kedai dobi saja yang buka. Terus aku tanya kat akak dobi tue. Sah! Akak tue memang tak der di kedai dia. Geram betul aku. Kelmarin sms minta aku datang hari nie. Nie dah datang, dia pulak tak ada. Habih tue camner?

Tuesday, October 10, 2006

B2,D

Tengah hari, aku pergi renew lesen yang dah nak mati 14 hb nie. Petangnya pulak aku ke pasar ramadhan dengan Jannah. Beli sayur, murtabak, kuih and few items. Hari nie aku masak maggie goreng dibuat sendiri saja..hehe..masukkan sayur sawi dengan carrot. Pas tue minum air suam saja. Aku dah try dah minum ais time buka puasa tapi endingnya tekak aku memang kurang selesa. Jadi aku minum air suam saja.
Malamnya aku pergi terawih dengan bebudak rumah. Habis tue, kami terus balik. Parking saja kereta budak umah aku pun cakap yang bil elektrik naik due to my fridge. Aku dah tergamam. Aik, bukan aku sorang saja pakai electricity dalam rumah tue. Tak pasal-pasal pulak isu fridge aku jadi sasaran.

Thursday, October 05, 2006

Popia goreng? kenapa aku? why?why?

Hari nie aku buka puasa kat luar dengan Jannah. Sampai saja dari pejabat, aku terus mandi dan bersiap. Sementara tunggu Jannah nak sampai, aku siapkan bahan-bahan untuk buat popiah goreng. Entahlah apa mimpinya terasa pulak tangan nie nak buat popiah. Tengah dok potong bawang, Jannah pun sampai dan dia

Tuesday, October 03, 2006

Kisah Selipar Tercabut

Rehat tadi aku balik rumah. Kalau sebelum nie aku balik untuk 'berbuka puasa', tapi tengah hari nie aku balik sebab nak hantar comforter ke laundry. Boleh kalau nak hantar lepas balik kerja, tapi nanti aku nak kena rushing pergi beli juadah pulak. Itu yang aku ambil kesempatan balik tengah hari tue.
Dah habis masukkan comforter dalam plastik, aku pun terus bersiap nak ke pejabat. Alamak! Dah jam 2.00 petang ler. Harap-harap bos aku belum masuk lagi lah. Kalau tak, nahas aku nak kena cari jawapan yang releven.
Sampai saja parking, aku terus kuncikan kereta, dan menuruni anak tangga. Sampai saja di anak tangga terakhir, dalam 4 langkah, tetiba selipar aku yang sebelah kanan tercabut. Aduih! Time nak cepat time nie lah selipar nie buat hal. Selalunya student rajin lepak kat situ sebab ada kerusi. Nasib baiklah time tue depa masuk ke kelas masing-masing. Kalau tak, jenuh aku nak 'berlakon'..wakakaaka..
Aku ternampak sorang budak cleaner masuk ke toilet lelaki. Terus aku minta pinjam selipar kat dia. Aku pun tak tahu nama dia. Nasib baiklah dia ada selipar. Lepas saja dia bagi kat aku, terus aku ke kereta balik. Aku humban selipar ke tepi dan ambil kasut. Betul-betul menyusahkan aku lah. Baru saja 2 minggu lepas aku beli selipar tue. Selalunya selipar tue aku letak balik dalam kereta lepas aku gunakan. Tapi since semalam aku pun dah letih, jadi aku letakkan saja di luar. Then, malam semalam pulak hujan ribut. Agaknya selipar tue dah terlalu lama sangat kena air kot. Mungkin sebab tue gam dia lekang. Aku pergi balik ke toilet tadi dan letakkan semula selipar tue. Budak tue pesan tadi lepas guna selipar tue terus letak dalam toilet tue. So i did what she said. I really owe that girl. She save my ass man!
Sampai saja di pejabat, kengkawan aku yang lain tengah sibuk buat kerja. Iyer ker depa tengah buat kerja tue. Ke buat kerja browse internet? Wakakak..nasib baik bos tak masuk lagi. Selamat aku..

Saturday, September 30, 2006

Lagi kisah orang tak posa di bulan Ramadhan

Tengah hari tadi aku ke pasar raya, tengok apa-apa yang patut dibeli. Selalunya the first place that i am going to browse is fruit place. Lepas tue barulah aku akan menyusur ke bahagian belakang. Dalam aku dok belek-belek buah-buahan yang dijual, tetiba pandanganku terarah pada satu couple Melayu nie yang tengah belek buah anggur. Tak tahulah apa yang dikatakan this girl to the guy. Agaknya dia nak couple dia beli kot buah anggur tue. Dengan selambanya that girl masukkan sebiji buah anggur dalam mulut dia untuk rasa buah anggur tue sedap ke tak. Langsung tak tunjukkan rasa prihatin. Tahulah awak tue tak boleh berpuasa, tapi tak perlulah nak rasa tunjukkan tak boleh puasa dengan merasa buah tue. Janganlah keterlaluan sampaikan tunjukkan di khalayak ramai. Kalaulah bangsa lain tengok fenomena tue, apa tafsiran depa? Aku yang kebetulan nampak pun marah.

Friday, September 29, 2006

Memaku tulang terpaku serpih, mengata orang...

Heheh..sehari dua nie mulut nie asyik nak berpantun saja. Pagi tadi bila aku terbaca dalam Utusan Malaysia pasal isu nie, aku rasakan apa yang aku nak cite dalam blog nie pun ada kaitan, kalaupun tak banyak, sikit ler.
..................................
Pelihara adab berpuasa semasa uzur
SESUAI dengan ketibaan Ramadan yang mulia, saya mengajak anda menghayati kisah dan teguran seorang lelaki bernama Amin yang menelefon dari Kota Tinggi, Johor.
Menurut Amin, sudah lama dia ingin bercerita tetapi terpaksa menunggu bulan Ramadan kerana kisah itu sesuai untuk disiarkan pada bulan ini.
Saya bertanya Amin kenapa mesti menunggu bulan Ramadan. Sambil tergelak, dia berkata, sebab ia sesuai untuk wanita.
Saya menjadi semakin tertanya-tanya. Apakah topik yang ingin disampaikan Amin.
“Kisah menarik. Topik wanita uzur (tidak boleh berpuasa) makan di surau pada bulan Ramadan,’’ kata Amin memulakan ceritanya.
Saya tergamam. Buat seketika saya terdiam. Malu pun ada. Tapi saya tahu, kalau tak kerana kisah ini menarik untuk dikongsi pembaca, pastinya Amin tidak akan bersusah payah menelefon saya.
Lalu saya meminta dia meneruskan ceritanya.
Kata Amin, dia ingin menegur sikap wanita uzur yang tidak berpuasa tetapi buat pesta makan-makan di surau pejabat.
“Wanita sekarang sudah tidak ada segan silu lagi apabila uzur dan tidak berpuasa. Mereka makan sesuka hati di tempat terbuka terutama di pejabat yang kakitangannya berbagai-bagai kaum.
“Saya sudah lima tahun memerhati senario ini. Tidak pernah berubah. Yang buat semua itu kawan-kawan kita juga. Tegur dikata kita nak tunjuk alim, tidak ditegur sudah semakin melampau.
“Saya juga tidak nafikan ada lelaki yang tidak berpuasa, tetapi mereka tidak makan di tempat terbuka, jauh sekali di pejabat. Mereka ada pot sendiri.
“Tapi masalahnya dengan wanita, mereka suka berhimpun di surau untuk makan-makan pada bulan Ramadan tanpa menyedari bau makanan itu boleh dihidu oleh orang lain.
“Paling saya sedih mereka sanggup menyuruh rakan-rakan yang bukan beragama Islam membeli makanan dan minuman untuk mereka.
“Kemudian bawa ke surau dan makan beramai-ramai. Biasanya satu kumpulan tiga orang. Sambil bersembang sambil makan, kemudian gelak ramai-ramai. Sesekali mereka melayan panggilan telefon atau membalas mesej SMS. Bayangkan Kak Nor,’’ kata Amin dengan penuh perasaan.
Menurut Amin, bukan niatnya menyinggung sesiapa. Ia sekadar teguran ikhlas supaya semua orang menghormati tempat ibadah.
“Saya tidak kata apabila mereka uzur dan tidak boleh berpuasa mereka tidak boleh makan, tapi bukan makan seperti yang saya sebutkan tadi. Sekurang-kurangnya mereka makan terlebih dahulu di rumah sebelum masuk pejabat.
“Ini bukan macam yang saya katakan tadi. Makan ikut suka hati di surau. Bau makanan menusuk hidung orang yang bersolat. Tidak cukup dengan itu, sisa makanan dibungkus dan dibuang ke dalam bakul sampah.
“Bayangkan surau berhawa dingin, tentunya bau itu boleh dihidu ke mana sahaja. Kan tidak manis. Daripada orang lelaki yang bersolat tidak tahu, jadi tahu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
“Saya tidak menuding jari menyalahkan sesiapa. Sekadar teguran telus bagi membina akhlak. saya juga ada anak isteri, anak perempuan, adik perempuan malah ibu pun masih ada. Saya harap wanita pelihara adab mereka pada bulan Ramadan ini. Elak daripada makan di surau.
“Tidak puasa kerana uzur tidak semestinya makan sampai kenyang, memadai dengan meminum seteguk air. Kalau nak makan juga makanlah di rumah, baru datang ke pejabat,’’ kata Amin.
Menurut Amin, setiap tahun dia menghadapi masalah yang sama di tempat kerjanya kerana sikap kakitangan wanita Islam yang tidak berpuasa makan di surau.
“Bayangkan Kak Nor, kita ini dok khusyuk sembahyang dan nak buat amal jariah lebih sikit pada bulan Ramadan, tiba-tiba hidung dicucuk bau kari dan sambal tumis yang meluap-luap.
“Khusyuk pun hilang, sebab dok tertanya-tanya, siapa pula yang tidak tahu adab makan di surau pada bulan baik ini.
“Nyata bau itu datangnya dari surau wanita yang hanya dipisahkan pemidang atau tirai. Bayangkan, macam mana nak buat. Saya berharap apabila teguran ini disiarkan, wanita yang termakan cili akan sedar dan menghentikan tindakan mereka,’’ tambah Amin serius.
Saya tidak berdaya untuk menokok tambah sebab memang betul apa yang dikatakan Amin. Sebelum ini ramai juga teman-teman bercerita perkara yang sama.
Tapi biasalah, banyak orang banyak ragam. Macam Amin kata, tidak boleh ditegur, nanti dikata lebih kuah daripada sudu. Berlagak alim. Kadangkala kita yang berumur ini tegur atas dasar orang tua. Orang muda perlu ditegur, tapi ada masa orang muda sekarang tidak boleh ditegur. Menjelingnya macam nak terkeluar biji mata. Selisih bahu pun menjeling.
“Tidak cukup dengan itu setelah kenyang perut, tidur pula melingkar macam ular sawa kekenyangan dan menyusahkan orang lain untuk bersolat. Itu belum masuk bab kirai kain dan tunjuk contoh kuih... pendek kata surau sudah bertukar menjadi pasar borong.
*Telefon bimbit
“Bunyi telefon bimbit tidak usah ceritalah... yang muda-muda pula tidak henti-henti melayani mesej SMS yang masuk, tit tet tit tet. Kita yang mendengar ini pula yang sakit telinga,’’ tambah Amin.
Saya masih terdiam. Memang mati akal dibuatnya. Lalu saya bertanya Amin tidakkah ada ahli jawatankuasa surau yang bertugas. Merekalah yang perlu ambil tindakan.
“Semua tidak berani Kak Nor. Macam saya katakan, takut dikata nak tunjuk alim,’’ katanya.
Lalu saya mengubah tajuk kepada orang lelaki yang tidak berpuasa.
“Saya tahu ada lelaki yang tidak berpuasa tetapi mereka tidak makan di pejabat. Tidak gunakan surau. Mereka cari tempat selamat yang memang sukar dikesan. Kalau kena cekup nasiblah. Tapi wanita suka lepak di surau,’’ tambahnya.
Tambah Amin, sepatutnya kaum wanita perlu tahu bahawa surau ialah tempat ibadah. Pada bulan baik ini, ada kawan-kawan yang hendak membaca al-Quran, bertadarus atau kuliah zuhur. Hormatilah mereka.
“Saya juga faham memang penat terutama bagi mereka yang bekerja keluar masuk ke pejabat. Letih terutama waktu tengah hari. Tapi macam yang kita tahu, bulan puasa ini bulan ujian. Tuhan menduga kita dengan pelbagai cara. Ini salah satu daripadanya, kita kena akur dan melaluinya dengan tabah.
“Saya harap teguran ini akan diterima baik oleh kaum sejenis Kak Nor. Pun begitu saya juga mengingatkan kaum sejenis saya supaya turut melakukan perkara yang sama. Kalau tidak berpuasa hormatilah orang lain yang berpuasa dan jangan menyalahgunakan rumah Allah.
“Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Nawaitu saya ikhlas menegur. Kerana saya pasti banyak surau pejabat mengalami keadaan ini tetapi tidak ada tindakan.
“Ramadan datang hanya setahun sekali. Itupun tiga puluh hari sahaja. Lakukannya dengan telus dan penuh tanggungjawab sebagai umat Islam. Selebihnya lipatgandakan ibadah agar kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih Kak Nor kerana sudi mendengar dan menyiarkan kisah yang telah lama saya pendamkan ini,’’ kata Amin sebelum meletakkan telefon.
Sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Amin, saya termenung seketika. Memang benar katanya. Perkara ini kalau tidak dibendung akan menjadi amalan. Tahun demi tahun perkara yang sama akan berulang. Sebab tidak ada orang menegur. Walaupun saya seorang wanita, saya turut berasa tempias teguran Amin, tetapi itulah hakikatnya. Ia realiti yang berlaku di depan mata.
Saya harap mereka yang terbaca ruangan ini dan pernah melakukannya, menghentikan perbuatan itu segera. Jaga adab dan maruah wanita khasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pelihara kemuliaan peribadi dan pekerti kaum Hawa yang sering disanjung.
Menutup kata, saya catatkan e-mel yang saya terima daripada seorang hamba Allah untuk tatapan kita bersama.
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian daripada diri,
saatnya istirehat dalam ‘perjalanan dunia’
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan ibadah puasa
bersama kita leburkan kekhilafan
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.a.w. dan yang buruk itu daripada saya hamba-Nya yang serba kekurangan.
Salam.
- NORMALA HAMZAH (kaknor@utusan.com.my)
.......................
Jadi apa yang aku nak kaitkan dengan cerita aku ialah, tengah hari tadi aku balik. Memang dah terbayang dah apa yang aku nak buat once i reached the house. Buka saja pintu, aku nampak budak rumah aku dah mengadap tv. Depa dah sampai rumah dulu. Kelu seketika bila depa tengah menjamu maggi goreng dengan air milo. Kebetulan pulak kami bertiga 'cuti' time nie. Staf yang dulu sama jabatan dengan aku meluru masuk ke bilik. Sementara lagi sorang tue selamba saja. Aku pun buat tak kisah. Sebabnya memang aku pun balik nak makan juga, koko crunch dengan susu. Dari Ramadhan tahun lepas lagi, kalau time aku uzur, aku balik makan. Tapi yang tak bestnya setiap kali aku balik bawa kawan aku yang kebetulan pun uzur jugak, time tue pun kawan aku balik. Terus masuk ke bilik, tutup pintu kuat-kuat. Mula-mula tue rasa segan jugak, tapi dah tak boleh puasa, baiklah aku makan..hahahha..lagipun aku bukannya makan dalam surau sampaikan boleh menaikkan aroma sekeliling. Aku makan kat rumah. Itulah 'pot' aku. First time terkantoi dengan budak rumah aku time aku dengan kawan aku tengah makan tue, aku dapat rasakan yang depa kurang senang dengan cara aku. Iyelah, bagi depa kalaupun tak boleh puasa, minum air pun dah memadai. Nie siap dengan maggie ler apa ler. Depa pun macam agak dingin dengan aku time tu, kononnya nak 'perang psikologi' di atas kesalahan aku tu.
Tapi bila depa pulak terkantoi, bila mana pemandangan yang dulu depa tak suka sangat, dinampakkan di depan mata aku, depa pulak rasa segan. Bagi aku no hal nyer. Itulah dulu dok kutuk-kutuk aku sangat sebab makan time aku tak boleh puasa. La nie depa pun sama juga. 2 kali 5 saja.
Moral of the story: Kalau dah tak boleh puasa dan rasa nak makan tue, go ahead saja. Tak payahlah tunjukkan muka yang jengkel tue depan aku..wakakakakakk..

Thursday, September 28, 2006

Terkenang semasa dulu..zaman kecik-kecik

Sebenarnya sejak dari mula aku mula guna blogger lagi, memang aku nak mula buat entry nie, tapi ada saja perkara terhalang. But i will try my very best to write what's in my mind.
Aku diputerikan 27 tahun yang lalu. Anak sulung dari 6 beradik. Kami seri; pompuan; lelaki; lelaki; pompuan; pompuan dan lelaki. Jarak aku dengan adik pompuan aku 6 tahun. Sebab tue lah time kecik-kecik perangai aku macam lelaki sikit. Teringat lagi first time ayah ngan mak belikan aku rantai. Punyalah seronok sebab hanya aku saja yang boleh pakai rantai. Adik-adik lelaki time tue pandang tanpa memahami keadaan sebenar. Sampailah bila adik-adik pompuan aku ada dan bila mak dan ayah belikan barang kemas kat depa, aku mula memberontak. Aku rasakan time tue parents aku tak adil. Kalau adik-adik aku dibelikan rantai, aku nak mak ngan ayah aku belikan aku subang pulak. Biar lebih sikit dari depa..hehehe..

Mak cakap aku sejak dari lahir lagi memang kuat menangis. Dah jenuh berubat merata tempat, tapi aku dok menangis gak. Macam dalam cerita Ahmad Albab tue. Depa cakap aku kena sawan tangis. Entahlah betul ke tak. Kesian kat mak ngan ayah aku kan. Disebabkan aku yang tak berhenti menangis nie, depa tak cukup tidur. Mana lagi kena keluarkan duit untuk berubat so that aku akan sembuh dan tak nangis. Agaknya mungkin sebab tue kot aku dah tak boleh membesar. Kalau nak dibandingkan dengan adik-adik aku yang lain, depa lagi besaq dari aku.
Adik aku yang nombor 2 namanya Aylie. Mak cakap dia ni memang senang dijaga. Tak kuat meragam. Kalau orang tak nampak ada bersidai kain lampin di ampaian, depa sure tak tau kat umah aku ada budak kecik. Even sampai la ni pun adik aku jenis yang tak banyak cakap. Dia akan cakap perkara yang perlu saja.
Ayah aku nie jenis yang suka manjakan anak-anak dia. Ada sekali tue adik lelaki aku yang nombor 3, time tue umur dia dalam 2 ke tiga tahun. Ayah aku pun agah adik aku sambil angkat adik yang tengah bertelanjang bulat ke atas sikit. Ayah pulak dekatkan 'anu' adik aku ke mulut dia. Kononnya nak bergurau-gurau la tue.
"Aypon, kencing la..syyy..syy..syu...;' ujar ayah. Agaknya adik aku nie dah terbiasa dengar perkataan tue, apa lagi terus adik aku pancut kencing dalam mulut ayah. Terkejut ayah. Terus dia keluarkan balik isi 'toksid' yang adik aku dah masukkan dalam mulut dia. Hampeh betul adik aku. Sebab tue la bila dah besaq nie kuat melawan.
....................................................
Zaman aku kecik-kecik dulu kami tinggal di rumah kampung yang berkembar. Jadi kalau jiran sebelah rumah gelak ketawa, memang kami pun tumpang dengar juga lah. Rumah aku nie dikelilingi dek pokok manggis. Bila tiba musim berbuah dan time tue pulak hujan, aku, adik-adik aku dengan geng-geng yang lain akan keluar dari rumah sambil usung baldi besi (time tue payah sikit nak cari baldi plastik yang ada la nie) untuk kutip buah manggis yang gugur. Sambil tue kami pun tumpang la sekali mandi hujan. Siap cari rumah jiran yang ada hujung bumbungnya yang runcing, ala-ala shower gitu. Lepas sorang mandi di pancur tue, diikuti dek sorang lain. Sampailah semua dari kami dah mandi. Then only balik ke rumah masing-masing dengan menjinjing baldi yang dah penuh dengan buah manggis tue.
Kehidupan kami time tue nak dikatakan susah sangat tue, taklah. Cuma biasa-biasa saja. Walaupun macam tue, mak sentiasa akan memastikan aku dengan adik-adik aku terjaga dari segi pendidikan, walaupun mak dan ayah aku hanya bersekolah rendah sahaja. Tiap-tiap petang mak akan pastikan aku dan adik-adik lelaki aku dah mandi. Dah dipakaikan baju, dah bersikat rambut, dah berbedak. Lepas tue mak akan suapkan kami makan. Selalu jugak anak-anak jiran mengendeng minta mak aku suapkan jugak. Lagi la depa seronok. Macam tau saja time tue waktu kami adik-beradik makan, depa pun akan mai ke rumah aku. Waktu tue ingat seronok jer sebab ramai kawan yang makan sekali. Menu kesukaan aku ialah nasi panas yang dicampur dengan mentega ataupun nasi yang dah dicampur dengan minyak lauk yang digoreng. Perghhh..mahunya makan bertambah saja. Bila aku dah pandai makan sendiri, siap dalam pinggan tue aku buat nasi tue dalam 'jemput-jemput' kecil. Contohnya aku buat dalam 5 ke 6 'jemput-jemput'. Sambil makan tue sambil aku kira 'jemput-jempt' aku tue sampailah habis makan.
Ayah aku pulak time tue bertugas sebagai pemandu bas ekspress. Jadinya waktu balik tak menentu. Kadang-kadang balik petang. Time tue seronoklah sebab ayah akan bergurau senda dengan kami adik beradik. Bila ayah sampai waktu malam dan kami pun dah tidur time tue, dia tetap akan kejutkan kami bangun untuk makan makanan yang dia beli. Dia belikan mee gorenglah, apalah. Selalunya dia akan kasi kat aku tisu basah. Memang seronok tak dak dah time tue.

Friday, September 22, 2006

Corat-coret

Jam 10.00 pagi, aku minta salah sorang kerani dari fakulti lain temankan aku balik ke rumah for a while. Ema namanya. Dia nie serumah dengan Nurul, ala..Nurul tue kan budak yang kena histeria kat umah aku tue. Ema puasa hari nie. Aku pulak nak balik rumah jap sebab nak jemur kain. Pagi tadi nak menjemur baju, tapi masih hujan lagi. Alhamdulillah, setibanya aku di rumah, sang matahari dah menjenguk.
Parking saja kereta di luar, terus kami masuk ke dalam rumah. Sambil aku menjemur baju, Ema pulak dok belek-belek majalah Mingguan Wanita yang aku baru beli semalam. Habis saja menjemur baju, aku ke dapur sambil buat sikit sambal telur. Untuk dimakan dengan roti..lapo beb..hehe..
Kitaorang pun bukalah cerita pasal Nurul nie. Memang isu nie dari mula hari kejadian, sampailah ke hari nie masih lagi kitaorang dok perkatakan. Masih lagi hangat diperkatakan. Dari perkara positif hinggalah ke negatif.
Perkara Positif:
a. Hari kejadian, jiran rumah sebelah, ala pakcik yang rajin bagi kitaorang makanan setiap kali dia masak tue. Dia langsung tak keluar dari rumah waktu kejadian tue. Bila keadaan dah reda, barulah dia terkocoh-kacah keluar dari rumah dan ingin kepastian tentang perkara yang dah berlaku dalam rumah aku. Bodoh ke tak tue, takkanlah dia langsung tak dengar bunyi jeritan kawan aku tue. Sedangkan jiran yang selang 2 ke 3 buah rumah pun boleh dengar dan segera hulurkan bantuan apa-apa yang patut, inikan pulak dia hanya bersebelahan dengan rumah aku. Rasanya hantu yang dia bela tue bagi instruction suruh jangan keluar kot. Wakakakkaka..Agaknya nanti kalau dia keluar, silap haribulan dia pun kena histeria jugak. Histeria dek hantu sendiri...hahahahaha...Budak bujang di rumah lagi sebelah tue memang tak ada time tue.
Kalau korang nak tahu, pakcik nie datang ke rumah anak lelaki dia yang dah kawin nie. Tapi aku langsung tak pernah tengok muka wife jiran aku tue, sebab dia asyik berkurung saja dalam rumah dan langsung tak mahu bersosial gitu. Tak lama lepas tue, baru pakcik ni datang ke rumah anak dia. Little did the info yang aku dapat dari budak rumah aku, pakcik tue cerita yang menantu dia tue dah bercerai dengan anak dia, dan menantu tue lari macam tue saja. Kawan aku cakap lagi dari cara cerita dia, kononnya anak dia langsung tak bersalah dalam perkara nie. Patut ke dia bercerita pasal hal rumah tangga anak menantu dia pada orang lain, especially pada kami budak bujang nie. Apa motif dia? Musykil..musykil..
Dia mula bertandang ke rumah anak dia tue dalam bulan Mei 2006. Sejak tue, dia terus stay situ. Dengan semua orang dia tegur. Siap masak apa pun bagi kat hampir kesemua jiran area rumah aku. Siap minta kitaorang makan juga masakan dia tue. Kalau hari ni dia bagi makanan tue, the next day dia akan tanya sama ada dah makan ke belum makanan dia tue. Dia cakap masakan dia tue dia belajar dari India le apa ler.
Pakcik nie jenis cakap 'juah'= cakap besar. Sebut saja seluruh semenanjung, semua orang dia kenal. Dato' itulah, orang inilah, ada saja orang yang dia kenal. Apa yang buatkan kitaorang rasa kurang selesa bila setiap kali balik dari kerja, dia dah akan bertenggek di luar rumah. Bersembang dengan kitaorang dalam keadaan pakai towel saja. Dia tak tahu yang kitaorang dah sampai rumah, tentulah terus nak berehat. Ini tak, belum lagi lagi nak kunci kereta, dah ramah bertanya itu dan ini. Dahlah kitaorang nie semuanya perempuan. Tentu dipandang dek jiran-jiran. Macam manalah kalau tetiba towel dia tertanggal? Iyark! Tak sanggup aku tengok apa yang tertera, terjuluq dan terjuntai. Hahaha..entahkan dia pakai underwear ke tak...hahaahaha...sampai ke situ pulak aku nie.
Kitaorang bila dari dalam rumah nak keluar ke apa ker, terpaksa jadi macam PENCURI. Nak masukkan kunci pun perlahan gilos saja, so that dia tak dengar. Sebabnya bila dia dengar bunyi kunci rumah kitaorang, segara tue gak dia akan terpacul kat sebelah rumah.
Itulah yang menjadi kehairanan jiran-jiran bila jadi kes macam tue, dia langsung tak keluar rumah. Tapi pintu rumah dia memang terbuka luas. Ada jiran-jiran kitaorang yang minta kitaorang berhati-hati dengan pakcik. Kalau boleh tue jangan diajak berbual. Sebabnya pakcik tue lain macam saja. Tapi kitaorang rasa macam biasa saja. Seolah-olah tertutup pandangan mata kitaorang. Sedangkan jiran-jiran dah mula rasa tak sedap hati. Macam mana? Bukan kitaorang yang mulakan dulu. Dia ada saja perkara yang nak ditanyakan.
Lagi satu dari segi makanan tue, kalau boleh buangkan saja. Sebabnya ada jiran-jiran aku yang cakap pakcik memang 'membela'. Itu cerita-cerita yang aku dapat dari jiran-jiran aku. Mungkin depa tengok dari aspek lain yang mungkin kitaorang dah terlepas pandang. Tapi kalau depa tipu, maknanya aku dah tipu hangpa semualah.
b. Bila jadi macam tue, barulah kitaorang tahu sapa yang akan menolong di saat kitaorang susah. Sanggup hulurkan pertolongan tanpa mengira bangsa. Macam kitaorang nie jenis bila dah sampai rumah, jarang keluar rumah sampailah the next day keluar untuk pergi kerja. Lagipun bilalah masanya kitaorang nak beramah mesra. Bagi aku, aku takut nak beramah mesra dengan jiran nie. Iyelah kita pun tak tahu hati budi orang nie. Manalah nak tahu, kita di pejabat depa mungkin boleh buat apa-apa saja. Selalunya kalau terserempak, kitaorang senyum sajalah. Itu saja yang termampu kitaorang buat.
c. Hubungan kitaorang dengan budak rumah Nurul jadi bertambah erat. Mungkin sebelum nie kami hanya bertegur sapa, tapi bila jadi macam nie secara tak langsung kami lebih mengenali antara satu sama lain.
d. Ada sorang staf di tempat aku tapi di jabatan lain, Awaluddin namanya. Dia sanggup tunggu dengan kitaorang semalaman sampailah jam 6.30 pagi. Sebelum tue lagi memang dia ada cakap dengan salah sorang jiran yang kebetulan jiran aku juga yang selang 2 buah rumah. Jiran aku tue namanya Budi.
"Aku ingat nak minta nombor telefon budak-budak nie (maksudnya nombor telefon aku dengan budak rumah aku yang lain). Sebabnya aku tengok pakcik tue lain macam sikit,"ujarnya pada Budi.
Even dia pun minta kitaorang berhati-hati dengan pakcik tue sama ada dari segi percakapan ataupun makanan yang dihulurkan oleh pakcik tue. If possible jangan makan apa yang pakcik tue bagi.
Alhamdulillah, dia dah jadi kawan kitaorang. Bila terserempak saja, sempat lagi kitaorang bertegur sapa. Aku memang pernah tengok dia dalam kawasan kampus tapi tak pernah tegur dia. Tak sangka pulak dia antara peneman kitaorang. Langsung tak berganjak. Tunggu saja di luar rumah kalau pertolongan dia diperlukan.
e. Antara orang yang mula-mula hulurkan pertolongan ialah beberapa orang jiran kitaorang yang bertugas sebagai polis. Diaoranglah yang tolong pegangkan kaki Nurul supaya dia tak terus meronta-meronta. Sempatlah kenal dengan salah sorang tue. Siap bertukar nombor telefon dan ber'sms' the next day. Manalah tau kalau-kalau nak minta tolong ke ataupun kena saman ke.....hehehe.. :)
Perkara Negatif:
a. Barulah kitaorang tahu siapa yang boleh diharap bila kitaorang menghadapi masalah. Alhamdulillah, jiran-jiran sanggup menghulurkan pertolongan. Sejak dari kejadian tue, pakcik sebelah rumah tue memang langsung tak berbual dengan kitaorang. Akupun tak berminat nak tahu pasal dia,apatah lagi nak melihat sekilas ke rumah. Bukannya marah, tapi kesal dengan tindakan dia dan juga cara dia yang kurang sopan (berbual dengan kitaorang dengan cuma memakai tuala sampaikan dah menimbulkan syak di kalangan jiran-jiran). Memang ada rahmatnya juga. Bila dah jadi macam nie, barulah tahu expresi jiran-jiran yang lain. Andai kata kalau perkara nie tak berlaku, kitaorang pun mungkin sampai ke sudah tak kan tahu perangai sebenar pakcik nie. Alhamdulillah, hubungan kitaorang dengan jiran semakin baik, sudah boleh bertegur sapa dan beramah mesra.
Waktu kejadian tue, salah seorang staf di jabatan lama datang dengan husband dia yang bertugas sebagai ustaz. Memang suami dia pun cakap pakcik ni memang 'membela'. Jadi, dari segi makanan ataupun apa juga perkara, memang kitaorang kena berhati-hatilah. Sekurang-kurangnya kitaorang dah terhindar dari keadaan yang tidak diingini tue, insya-ALLAH..
b. Rasanya Nurul nie pun banyak 'auta' jugaklah. Sebabnya bila aku berbual dengan Ema, banyak perkaitan dan percanggahan dari cerita dia tue. Memanglah dia jadi histeria tue due to the tension dengan bekas boyfriend dia tue. Ema pernah cakap dengan aku, kalau kita stress dan kita share cerita dengan somebody, kita akan rasa lega. Tapi dalam kes Nurul nie, bila dia bercerita dengan lebih sorang dan setiap kali bercerita tue dia menangis, suppose she's better and better. Even bos dia pun tahu the whole story. Tapi tak. Dia jadi makin teruk sampailah kejadian histeria tue. Banyak sangat percanggahan yang buatkan kitaorang rasa cuak. Dia minta pendapat kitaorang cara terbaik untuk selesaikan masalah dia. But at the end, dia akan ikut kata hati sendiri. Bertindak ikut emosi. Entah-entah bekas boyfriend dia tue tak tahan dengan dia sebab perangai dia sendiri yang suka mendesak. Manalah tahu kan. Lelaki nie dengan ego seiring. Golongan lelaki nie memang tak suka didesak, jadi cara terbaik kenalah dibawa berbincang, betul tak kengkawan?

Thursday, September 21, 2006

Should or Shouldn't I?

Tengah kusyuk buat kerja, tetiba kerani yang that day mulutnya laser tue datang ke bilik aku.
"Akak, saya nak minta favour sikit boleh tak?". Tanyanya dengan nada mengharap.
"Favour apa tue dik?". Tanyaku sambil tangan lincah menaip. Apa lagi lah pulak yang dia nak nie, rungutku.
"Nak minta akak bawa saya ke pejabat pos, dalam jam 3.00 petang,"ujarnya. Oooo..gitu citenya. Patutnya cakap bebaik je ngan aku. Baik ada makna rupanya.
"Tak berani janjilah dik, sebab ada keje berkaitan dengan Prof yang kena disiapkan nie. If by that time free, bolehlah kita ke sana jap,"jawabku.
"Banyak sangat ke keje kak?" tanyanya lagi dengan nada inginkan kepastian dan keputusan.
"Banyak tue taklah juga tapi ada few files yang akak kena compile untuk rujukan Prof nie." Dah jadi macam nie baru nak minta pertolongan aku. Kenapa dia tak minta pertolongan kerani lelaki yang ngam dengan dia tue? Kerani lelaki tue ada kereta juga. Kenapa bila time susah macam nie, muka aku nie juga yang dia nampak? That day buta-buat saja aku kena sound dek perkara yang aku tak buat. Tetiba hari nie bersikap baik pulak.
Menjelang lepas rehat tue, aku pun masuk ke pejabat seperti biasa dan aku buat tak tahu saja. Aku nak tengok reaksi dia sama ada dia masih minta favour tue ke apa ker, tapi sampailah aku balik, dia pun buat tak tahu saja.
Kalau pembaca entry nie ingat aku nie bersikap jahat ke apa ker, go ahead. I don't mind. Think whatever you want to think. I don't give a damm. Pantang bagi aku kalau aku dimarah atas sebab yang aku tak lakukan, dan aku tak diberi peluang untuk terangkan keadaan sebenar.

Question:
Kalaulah hangpa kat tempat aku, apa yang akan hangpa buat? Buat bodoh? hahaha...

Sunday, September 17, 2006

Salah Akukah?

Rasa sedih dan kecewa. Mengenangkan rasa hormat dan berfikiran waras yang buatkan aku masih boleh bertenang, sedangkan hati aku bergelodak kencang. Salah akukah jika aku kebetulan hanya ingin menolong? Tidak lebih dari itu apatah lagi nak melangkaui kerja mereka.
.................
Sesampainya aku di pejabat, terus aku masuk ke bilik bos dan aku dapati ada surat di bahagian tray keluar. Jadi aku pun ambil. Rupa-rupanya ada nota dari bos aku untuk salah seorang dari penyelaras untuk buat terjemahan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu. Aku serahkan pada salah seorang dari kerani di tempat aku untuk diserakan kepada penyelaras berkenaan. Bila aku ke kantin, aku terserempak dengan penyelaras dari Libya dan dia menyatakan bahawa selesai bersarapan, dia akan singgah untuk ambil artikel tue. Tak lama lepas tue dia pun masuk ke pejabat aku. Tapi kerani tue tak adalah pulak, jadi aku pergi ke tempat kerani tue dan ambil artikel tue dan serahkan kepada penyelaras. After look for a while, penyelaras tue memaklumkan bukan dia yang kena buat terjemahan tue tapi ada salah sorang dari pensyarah. Jadi aku pun tolong notekan apa yang penyelaras tue cakap supaya senang nanti kerani tue nak draf surat berkaitan. Kerani tue ada kat bilik sebelah rupanya. Kebetulan pulak penyelaras tue masih lagi ada dalam pejabat aku. Bila kerani tue tengok note tue, terus dia datang ke bilik aku.
"Akak, nape pensyarah nie yang kena buat terjemahan nie. Bukan pensyarah lain ker?" Tanyanya dengan nada yang tak best.
"Kalau nak tahu detail, kena tanya penyelaras tue. Akak hanya tolong ambil note saja," jawabku bersahaja. Malas nak layan karenah dia. Hati aku dah panas waktu tue.
"Akak nie main petik jer tulis nama pensyarah nie sedangkan bukan dia," ujarnya lagi dalam nada yang tak puas hati. Aku dah terdiam. Aikk..! Budak nie, ini dah lebih nie. Dia tahu hangin dia saja. Sesuka hati nak sound aku, tanpa tanya letak duduk perkara sebenar. Dia tau marah dia saja.
"Habih tue dah penyelaras tue mentionkan nama tue, akak tulihkan sajalah, manalah akak tahu. Lagipun penyelaras tue refer dalam buku buletin tue," ujarku membetulkan keadaan.
"Nanti kitaorang yang kena hentam dengan pensyarah," katanya terus berlalu. Amboi, bisanya ayat. Aku hanya tolong ambilkan note saja, itupun sebab aku nak menolong dia memudahkan kerja dia, tak lebih dari itu. Alih-alih aku kena sound untuk kesalahan yang aku tak buat. Memikirkan kalau aku lawan cakap memang ada potensi akan gaduh mulut, aku diamkan saja. Dalam hati tuhan saja yang tahu macam mana bergelodaknya hati aku nie. Macamana nie? Tak tolong salah, dah tolong kena marah pulak. Dalam hati aku dah siap berkata,
Kenapa tak tanya dulu? Kalaupun tak berpuas hati penyelaras tue dah ada di depan mata, kenapa tak tanya terus untuk further details? Kalau nak terus-terusan sound aku macam tue, memang tak tahan beb! Gua pun panas kalau macam nie.
Dalam jam 10.00 pagi, kerani tue tetiba panggil aku.
"Akak, jom kita pergi breakfast. Laparlah." Ada hati pulak nak ajak aku pergi breakfast dengan dia. Entahkan betul ke dia ajak ataupun dia dah rasa bersalah. Itulah time nak bercakap tue ikut sedap mulut saja. Dah terlepas cakap tue, barulah terhegeh-hegeh nak betulkan keadaan. Lepas tue langsung tak ada ucapkan kata maaf ke apa ker. Buat bodoh jer. Aku pun perkara yang sama juga lah.
"It's ok, ada keje sket nak buat nie," jawabku menolak baik perlawaan dia. Sedangkan dia terus-terusan mengajak aku. Alasan yang sama juga yang aku berikan, sampaikan dia fed-up. Geram aku. Lain kali aku tak akan ambil tahu dah hal dia ataupun yang berkaitan dengan kerja dia.
Moral of the story: belum tentu lagi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
..................
Family aku baru sampai dari kampung. The time i wrote this entry, they are in the house already. Insya-ALLAH after punch out, all of us will be on the way to PD. Tomorrow there will be the last day for Aypon's course.

Wednesday, September 13, 2006

Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II-hari pertama




(Ini adalah sebahagian peserta, termasuk dengan urusetia yang sedang bertungkus-lumus menjayakan bengkel nie. Sebelah kiri yang bercermin mata tue, my first x-bos. Dia pun pada mulanya macam tak mahu tegur aku, tapi bila aku memulakan dulu, dia pun okey...entahlah apa yang bermain dalam fikiran dia, tapi aku tahu apa yang dia dah buat pada aku yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi aku, mungkin juga salah aku..)







Semalam beberapa kali aku terjaga dari tidur. Pertamanya sebab officer aku nie tidur berdengkur; mungkin letih; mungkin sebab dia selesema dan terpaksa bernafas ikut mulut, tapi kalau macam tue boleh berdengkur ka? Yang keduanya, aku rasa macam kami nie dah terbangun lewat pulak...heheh...
Bila sampai di cafe for a breakfast, ada beberapa orang peserta lain yang majoriti terdiri daripada pensyarah, dan kakitangan pentadbiran sedang bersarapan. Bila ditanya pada kengkawan yang lain, depa tidur jam 2.00 pagi semalam sebab nak menyiapkan semua persiapan fizikal. Terdiam aku. Rasa bersalah pulak. Kalau aku bagi reason mengatakan aku dah memang knock-out dan letih, depa pun sama jugak. Kenapalah aku bersikap aku? Kesian pada kengkawan aku yang lain. Tak apalah abaikan. Sementara kengkawan urusetia tengah makan, aku terus masuk ke dewan bengkel. Settingkan apa-apa yang patut. Rasa bersalah beb! Ini saja yang termampu aku buat bagi nak cover apa yang aku dah buat semalam. Alhamdulillah sesi pagi berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa kali PA system meragam. Aku agak mesti bos aku dah hangin tue. Mana taknya walaupun hanya wakil rektor merasmik majlis kitaorang, mesti bos aku rasa tekanan juga.
Memandangkan waktu rehat agak panjang, aku balik ke bilik. Meantime officer aku dah turun dulu memandangkan dia jadi juru acara for the whole day. Aku pun setkan jam lagi 15 minit aku akan bangun. Sedar-sedar saja dah jam 3.00 petang! Apa lagi, kelam-kabut bangun dan buat apa-apa yang patut. Sebaik saja aku melangkah masuk, depa dah pun mula dengan sesi perbincangan dalam kumpulan.

Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II-hari pertama




(Ini adalah sebahagian peserta, termasuk dengan urusetia yang sedang bertungkus-lumus menjayakan bengkel nie. Sebelah kiri yang bercermin mata tue, my first x-bos. Dia pun pada mulanya macam tak mahu tegur aku, tapi bila aku memulakan dulu, dia pun okey...entahlah apa yang bermain dalam fikiran dia, tapi aku tahu apa yang dia dah buat pada aku yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi aku, mungkin juga salah aku..)







Semalam beberapa kali aku terjaga dari tidur. Pertamanya sebab officer aku nie tidur berdengkur; mungkin letih; mungkin sebab dia selesema dan terpaksa bernafas ikut mulut, tapi kalau macam tue boleh berdengkur ka? Yang keduanya, aku rasa macam kami nie dah terbangun lewat pulak...heheh...
Bila sampai di cafe for a breakfast, ada beberapa orang peserta lain yang majoriti terdiri daripada pensyarah, dan kakitangan pentadbiran sedang bersarapan. Bila ditanya pada kengkawan yang lain, depa tidur jam 2.00 pagi semalam sebab nak menyiapkan semua persiapan fizikal. Terdiam aku. Rasa bersalah pulak. Kalau aku bagi reason mengatakan aku dah memang knock-out dan letih, depa pun sama jugak. Kenapalah aku bersikap aku? Kesian pada kengkawan aku yang lain. Tak apalah abaikan. Sementara kengkawan urusetia tengah makan, aku terus masuk ke dewan bengkel. Settingkan apa-apa yang patut. Rasa bersalah beb! Ini saja yang termampu aku buat bagi nak cover apa yang aku dah buat semalam. Alhamdulillah sesi pagi berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa kali PA system meragam. Aku agak mesti bos aku dah hangin tue. Mana taknya walaupun hanya wakil rektor merasmik majlis kitaorang, mesti bos aku rasa tekanan juga.
Memandangkan waktu rehat agak panjang, aku balik ke bilik. Meantime officer aku dah turun dulu memandangkan dia jadi juru acara for the whole day. Aku pun setkan jam lagi 15 minit aku akan bangun. Sedar-sedar saja dah jam 3.00 petang! Apa lagi, kelam-kabut bangun dan buat apa-apa yang patut. Sebaik saja aku melangkah masuk, depa dah pun mula dengan sesi perbincangan dalam kumpulan.

Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II

(Gambar nie diambil waktu malam lepas Maghrib, untuk sesi perbincangan kumpulan, nie aku pun tak perasan bila masa depa klik ambil gambar aku. Hampeh betul, time aku tengah terangkan sesuatu kat kawan aku, siap dengan mulut ternganga lagi!)

Dalam sibuk menyiapkan peralatan untuk ke bengkel tue, rupa-rupanya ada seperkara yang dah terlepas pandang. Cepat-cepat salah sorang kerani aku dengan sorang lagi PAR bergegas siapkan tentatif program. Sebaik saja kami sampai ke asrama, bas pun dah lama menunggu kami. Even beberapa pensyarah dengan keluarga masing-masing pun dah menunggu. Officer aku pun dah ada situ. Katanya dia kena sampai dulu ke asrama. Ada kerja sikit, entah lah. Aku pun tak berminat nak ambil tahu. Waktu kitaorang sibuk masukkan barang-barang dalam bas pun dia tak berapa nak menolong sangat. Hanya menyambut barang dari dalam bas saja. Rasanya kalau aku sengaja tak menghulurkan barang-barang pada dia, sahlah memang dia langsung tak buat apa-apa. Berat kederat betul. Ingat dia pegawai nak goyang kaki saja. Tak faham aku dengan orang-orang yang spesis macam nie. Agaknya kalau angkat barang jatuh prestige depa kot. Piiirrrraaaaaaaaaa!
Kami tiba di lobi hotel jam 8.45 malam. Itupun jenuh memusing merata-rata tempat. Mana lagi dengan sesat, dan tersilap masuk jalan. Sampai saja sana, aku dah tergamam dah. Betul ke hotel nie? Erm..betul la tue..dah tertera tulisan di situ. Tapi kalau dari jauh agak sukar untuk cam sebab berdekatan dengan hotel tue ada few apartments yang agak tinggi dari hotel tue. Cam hotel bajet jer..hopefully bos aku berpuas hati.
Lepas saja makan malam, terus check in. Aku kebetulan sebilik dengan officer tue. Erm..lantaklah..nasib baiklah ada saperate bed, kalau tak..erm..jenuh la time tidur nanti aku asyik terpeluk dia saja..haha..jam 10.00 malam, mata nie dah mula mengantuk yang memang tahap tak boleh ditahan dah. Terus aku masuk tidur, tinggalkan officer tue sorang-sorang menonton tv.

Monday, September 11, 2006

Lawatan dari Mufti Wilayah Persekutuan


(Ini adalah sesi bergambar di lobi sebelum warga dari Mufti Wilayah pulang)

Sampai saja ke pejabat, aku serta kawan-kawan sepejabat yang lain sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut kedatangan warga kerja dari Mufti Wilayah Persekutuan. Ikutkan perancangan, diaorang akan sampai dalam jam 10.00 pagi. Tapi entahlah macam mana, jam 9.30 pagi aku dimaklumkan oleh bos aku yang Mufti dah sampai dah. Kelam-kabut kitaorang dibuatnya. Siap bos aku minta penyelaras yang lain tiba lebih awal dari jangkaan sebenar. Alhamdulillah, penyelaras nie semuanya akur dan tak banyak mulut. Rupa-rupanya warga kerja dari jabatan mufti nie datang dengan 3 buah kenderaan. Lama juga agenda ni berjalan. Aku pulak bila dah separuh dari agenda tue berlangsung, terus bergegas pergi ke bilik jamuan. Rupa-rupanya brother yang hantar makanan tue baru sampai. Terkocoh-kacah dia siapkan hidangan di atas meja. Apa lagi, aku dengan sorang lagi staf kat jabatan aku terus tolong brother tue. Tak lama lepas tue, bos aku bawa mufti tue ke bilik jamuan. Terkejut bos aku bila tengok menu kitaorang hanya nasi hujan panas dengan kuah dalca saja. Tergamam dia seketika. Aku yang dah tengok riak muka dia semacam terus minta sorang officer dengan sorang lagi staf temankan aku amik lauk tambahan. Penolong Pendafta aku pulak buat bodoh saja, seolah-olah dia tak tahu keadaan sebenar. Langsung tak tunjukkan muka bersalah. Geram aku, kalau macam tue baik aku saja jadi Penolong Pendaftar. Hahhaa...memanglah bukan dia yang uruskan, sebaliknya kerani bawahan dia, tapi dia sebagai ketua kepada kerani-kerani tue kenalah tengokkan sama. Takkan perkara sekecil tue aku nak kena ajar juga kan? Sambil-sambil diaorang makan tue, sempat juga aku terdengar perbualan bos aku dengan mufti tue. Sebenarnya jabatan aku dalam perancangan untuk membuat Seminar Manhaj pada penghujung Disember nie. Jadi dalam mesyuarat terdahulu, kami dah buat keputusan untuk mencari penaja bersama. Mufti Wilayah ni salah satu dari target kitaorang. Alhamdulillah tadi dalam bilik mesyuarat aku sempat selitkan nota kecil kepada bos aku sebagai reminder untuk perbualan dengan mufti tue. And he did. Later on bila aku minta kepastian mengenai lawatan dari mufti nie, bos aku cakap memang dikatakan berjaya. Cuma aku rasa yang buatkan dia rasa terkilan bila tiba bab menu. Aku faham dia agak kelam-kabut sebelum ketibaan mufti tue lagi. Bos aku nie mementingkan ketelitian, kekemasan dan kepuasan. Itulah bila tiba menu yang agak kurang, berubah riak muka. Bukannya dia menjaga prestige dia, tapi dia mewakili keseluruhan jabatan aku.

Saturday, September 02, 2006

Massage

Before i went to my usual facial place, i give a call to the lady. Luckily she's in the place. Sharp at 3.00 pm, i reached there. Lepas parking kereta, melilau aku cari lokasi baru facial. Akhirnya jumpa juga. Tengok dari jauh, boleh tahan juga. Bagus juga lokasi nie dah bertukar di tingkat bawah sebab lebih banyak orang. Selain itu, taklah takut sangat kalau nak dibandingkan lokasi lama yang terletak di tingkat atas. Masuk saja, ada sorang customer lelaki. Sambil menantikan giliran, aku baca segala majalah yang ada kat situ. Tak berapa lama lepas tue, barulah that guy keluar dari bilik facial tue. Masuk saja aku ke bilik tue, akak tue cakap that was her husband. Lucky me sebab berpeluang jumpa dengan husband though i am not so recognizing his face.
Akak nie pun baru saja give birth to the third baby boy. Yang sebelum tue kedua-duanya perempuan. Habis saja buat facial, aku cakap pada akak tue pasal nak buat massage. Terus dia aturkan temu janji dengan auntie yang akak nie pernah buat massage. Memang sebelum nie pun akak nie ada cakap pasal massage kat tempat auntie ni, cuma aku saja yang belum berkesempatan. Alih-alih seems i still have time for it. So just go ahead.
Kami terus ke tempat auntie tue. Massage yang auntie nie dengan husband dia buat kombinasi massage Sikh dan Chinese. Sakit-sakit satu badan aku nie ditenyeh dek auntie tue. Siap aku menjerit lagi. Lantak ler. Sampai saja rumah, terus aku pergi beli sandwish. Believe it of not, aku makan one shot terus licin makanan aku! Lapar gilos! Lepas mandi baru terasa sakit-sakit bahagian badan yang ditekan. Apalagi, nampak saja tilam, terus tidur. Good night. Salam.

Thursday, August 31, 2006

Aduhai rambutku..

After Abang called, aku terus keluar having my lunch. Aku order Happy Meal with grilled chicken. Dapat mainan apa entah ler. Habis saja makan, aku terus ke salon kegemaran aku. Nampak saja staf yang pernah assist to me before, terus aku melangkah ke arah dia. Boleh tahan juga ramai orang kat salon tue. Memandangkan agak ramai, aku keluar pergi melihat-lihat barang-barang yang lain. Bila aku ke salon tu semula, terus staf tue panggil aku. Aku pun katakan pada dia yang aku nak perbaiki balik rambut aku yang aku dah buat streghten. Bila aku bertanyakan harga yang dia charge, dia terus belek rambut aku. Dia cadangkan supaya aku buat treatment terlebih dahulu sebelum buat any further streghten or else. Sambil tue dia potong sikit di bahagian hujung rambut, manalah tahu kalau-kalau ada rambut bercabang dan sebagainya. Sambil-sambil tue staf tue cakap aku ada masalah rambut gugur. Katanya ada bahagian kepala aku dah mula botak. Memang aku akui, cuma bila tiba masa nak berjumpa dengan skin specialist, ada saja 'perkara berbangkit' jadi; malaslah, ada kerjalah and so on. Tapi yang sebenarnya sebab big 'M'=MALAS...hehe..Dia ada mencadangkan supaya aku gunakan produk untuk masalah aku nie. Tapi bila aku suarakan yang aku akan refer to the skin specialist, terus she's agree with me.
Selesai saja aku buat treatment rambut, aku terus pergi ke skin specialist. Aku katakan kepada doktor tue yang aku ada masalah bold hair. Sebelum nie pun memang aku ada search dalam internet, tapi half way saja sebab banyak sangat info yang diberikan, terus aku jadi malas nak membacanya. At last, Abanglah yang menjadi mangsa aku. Dia tolong search and read all the info's and tell it to me. Memang lazimnya masalah bold hair akan terjadi pada bahagian tengah kepala. Bila doktor tue belek bahagian kepala aku yang agak botak, dia cakap yang aku mungkin stress. Katanya lagi even anak dia pun jadi macam kes aku juga, but a bit worse. Doktor tu cakap anak dia agak comel, jadi bila dia di sekolah, kawan-kawan selalu ejek dengan panggilan 'gemuk'. Jadi budak tue become stress and the bold hair happened. But it cured already. Penyelesaian untuk kes aku nie, doktor tue berikan syampu yang aku kena guna regulate; hari nie guna, esok tak payah, then the next day guna balik. Doktor tue mencadangkan aku guna syampu Johnson Baby untuk sementara, sebab syampu yang lain mungkin agak kuat kandungan kimia yang digunakan. Juga doktor tue berikan vitamin dan ubat untuk menyembuhkan balik masalah botak kepala aku nie. Doktor tue minta aku kurangkan menyikat rambut aku, dan untuk sementara nie elakkan dari membuat apa-apa rawatan rambut. Let it cure first, then only i can do whatever i want. Terbanglah RM70.00, sekurang-kurangnya aku yang pergi mendapatkan rawatan, 'prevention is better that cure'.
Sebelum pergi jumpa Abang,sempatlah juga aku membeli beberapa barang keperluan. Then only i went to see him. Tolong dia key in few things. Tak lama lepas tue, my mom called. Katanya ada orang nak risik adik aku, kalau tak minggu nie mungkin dalam minggu depan. Mak aku nak tahu pendapat aku, sama ada aku merestui adik aku nak dirisik ataupun sebaliknya. Terus aku berikan persetujuan sebab dah sampai masanya adik aku dirisik. Aku pun restu. Mak aku bukannya apa. Rasanya dia risau kalau-kalau aku akan terasa hati. Iyelah adik perempuan aku yang sorang tue dah ada anak pun. Ini pulak adik aku yang sorang lagi nak ikut jejak langkah adik dia. Sedangkan aku still belum bertunang and so on. Aku mendoakan adik-adik, kalaulah jodoh depa dah sampai, just go ahead. I am really fine with it.
After put down the phone,
"My mom and dad send their regard to you." Abang menjawab salam kedua orang tuaku.
Tiba-tiba air mataku mengalir. Sampaikan pandanganku kabur. Abang yang pada asalnya datang dekat padaku untuk memaklumkan yang dia nak ke kedai sebelah, terus terdiam dan duduk di sebelahku. Pelik bila dia tengok aku menangis. Memanglah dia tahu i was on the line with my mom, cuma dia tak tahu butir percakapan kami berdua.
"What's the matter? Are you okey?"
"I am fine."
"You are not fine, what is it? Just stop doing the work and look at me." Ujar Abang. Aku buat tak tahu saja sambil teruskan kerjaku.
"Can you please stop doing your work? Kenapa nie? I know you have some conversation with your mom. Is your mom sick?" Tanyanya bertubi-tubi.
"Nothing. My mom said that my sister will be engage, if not this week, it's going to be next week." Aku diam sambil menaip kerja-kerja key in. Tak tahulah apa yang aku taipkan tue betul ke tidak. Abang terdiam terus dari bertanya lanjut kepada aku. Rasanya dia pun faham apa yang aku alami tika dan saat ini.
Sepatutnya aku yang di dalam posisi untuk membuat persiapan pertunangan and so on, but my sister take the first move. Itulah yang membuatkan mak aku risau kalau-kalau aku akan terasa hati, dan sebab itulah dia minta restu aku ke atas adik aku. Bila perkara ini aku suarakan pada Abang, aku yakin dia agak tertampar dengan kenyataan aku. Aku yakin juga dia rasa bersalah. Sepatutnya kami dah melangkah ke arah tue, but yet there is still few matters pending. Seketika kemudian,
"I am fine Abang. Maybe it's time for my sister to be engage. No matter how, i will wait for you. I do understand your situation." Kataku menenangkan emosiku yang agak terganggu ketika itu. Dia langsung tak mengeluarkan sepatah perkataan. Bimbang things will become worse. Apa yang mampu dia lakukan ialah mengusap bahuku, sebagai syarat that he's there for me.
Aku yakin mungkin ada pembaca blog ini yang mungkin akan merasa jengkel dan penuh dengan tanda tanya kepada aku masih macam nie. Di suatu kesempatan, akan aku coretkan biar jelas letak duduk perkara sebenar. Aku tidak akan sekali-kali berbohong mengenai perasaan ataupun apa juga luahan hati aku dalam blog aku nie..Menjadi harapan aku agar pembaca blog aku nie menyokong aku supaya aku jadi lebih kuat dan lebih bersemangat, insya-ALLAH..

Tuesday, August 29, 2006

Jeng..jeng..jeng..

Semenjak aku berpindah ke new department nie, my relationship with my housemates is like strangers. Jarang sangat dapat bertegur sapa. Dengan student tue memang dari mula dia stay dengan kitaorang lagi, aku rasa memang aku tak boleh nak ngam dengan dia. Kadang-kadang aku pulak yang terpaksa memulakan perbualan. Kalau asyik aku saja, mana boleh tahan beb! Selalunya bila aku sampai rumah, depa tak balik lagi. Ataupun bila aku sampai rumah, depa dah ada dalam bilik. Bila time depa keluar pergi makan ke apa ker, aku dah di dalam bilik. Pendek kata, memang jarang sangat boleh sembang dan cit-chat.
Tak tahulah pasal apa depa letak tv depa tue di luar. Selalunya letak di dalam bilik. Biarlah, karang aku bertanya, depa akan ingat aku nie semua benda even a small thing pun nak ambil tahu. So the best way is to keep my mouth shut.
Malam tengah dok menonton tv, tiba-tiba aku rasa nak terkucil. Bila saja aku buka pintu bilik, pandangan aku tertancap pada satu arah dan aku tergamam sesaat. Aku nampak student tue baring atas riba my housemate. Bila saja depa perasankan kehadiran aku, kelam-kabut student tue bangun dari perbaringan dia. Erm..kena buat Edisi Siasat nie. Ada sesiapa nak membantu aku? Hehe..apa depa tengah buat tu yer? Hehe..tak kan lah nak bermanja sampaikan nak baring di atas riba pulak? Sedangkan boleh baring di lantai kan? Memanglah aku akui rakan sejawatan waktu aku di jabatan lama nie anak bongsu. And she's pretend this student as her sister. Agaknya mungkin tue cara dia tunjukkan rasa sayang kat adik dia kot. Haha..jahatnya pemikiran aku nie. Keluar saja dari bilik air dan sebelum menuju ke bilik, depa tengah sembang-sembang dan langsung tak pandang ke arah aku. Aku pun tak berminat nak pandang depa, aku pretend buat tak tahu saja. Whatever they do is not my business. Mungkin pandangan mata aku silap menafsir. Memanglah pandangan mata tak boleh menipu, tapi ada kalanya apa yang dilihat tak seperti yang ditafsirkan. So, ada sapa-sapa yang nak koment? Amatlah dialu-alukan..

Monday, August 28, 2006

Cable Car

Pagi nie aku bangun macam aku nak pergi kerja daily tue. Ikutkan hati nak saja aku terus sambung tidur aku nie. Memandangkan aku dah berjanji nak temankan kawan aku pergi service kereta ke Rasah, aku paksakan juga diri nie untuk bangun. Sepatutnya appointment dia jam 11.30 pagi, tapi since dia pun sorang and no one to accompany her, i volunteered myself with a condition; the appointment has to be fixed at 8.30 am, then only i could accompy her. So aku pun buat panggilan pada mamat yang pernah deal time kereta aku masuk air bulan May bebaru nie. Dia pun minta kawan dia, fixed kan appointment tue.
Kawan aku jemput aku jam 7.30 pagi. We are having breakfast then only gerak ke sana. Disebabkan tak nak lambat, kawan aku nie pun rempit selaju mungkin..hehe..tapi still in safety wise. On the way, dari sebelah kiri ada sebuah kereta Merc dah naik ke pembahagi jalan. Tak tahulah punca sampaikan keadaan kereta macam tue. Sampai saja di sana, staf pun tak sampai lagi. Iyelah, kami sampai jam 8.25 pagi, sedangkan service dibuka jam 8.50 pagi...hehe..biar cepat asalkan selamat. Settle saja service kami terus gerak balik.
Isy..mata nie, tadi dalam dok menunggu service tue siap, asyik terkuap saja. Tapi sampai saja di rumah dan kepala pun dah letak atas bantal, cerah pulak bijik mata nie. Ditambah pulak, ada satu cerita tamil nie yang aku suka tengok kalau jalan cerita tue lain dari yang lain. Weh! Aku bukan fanatik cerita Tamil tau, tapi ada certain ceritanya yang membawa plot yang berbeza, even dalam cerita Melayu. Habis cerita tue, aku layan pulak siri Nona. Then only Abang called. Bersiap apa-apa yang patut, aku terus pergi jumpa Abang.
Entahlah apa mimpinya, dia cadangkan kami jalan-jalan ke Genting Highlands. Sebelum nie bila diajak, dia tak berkesempatan, tapi hari nie dia agak lapang sikit. Tapi yang tak bestnya aku kena memandu, dia pulak duduk di sebelah. Hehe..aku nak juga merasa duduk di sebelah, tapi dia bagi alasan supaya aku akan lebih pandai dengan corak pemanduan. Hisy..biar benar, jalan nak naik ke Genting Highlands nie bukannya boleh dibuat main-main. Macam aku nie yang baru saja setahun drive, walaupun dah bertahun ada lesen kereta, tentulah rasa takut sebab jalannya berpusing-pusing. Abang pulak minta aku drive dalam keadaan steady as long i am in my own lane. Nak tak nak, kena jugaklah.
We decided to take cable car. Aku pun memang tak pernah naik cable car nie. Bila saja cable car tue mula bergerak, aku dah rasa gerun dan 'seriau'. Aku pejamkan mata nie sambil pegang DADA, bukan BUAH DADA tau! Hehe..Apa taknya bila pandang bawah, terasa sayup saja.
"You nak tahu tak, kalaulah cable car nie jatuh ke bawah, erm..sure mati nie." Ujar Abang. Isy..mamat nie memang tak sayang mulutlah. Tapi sempat jugaklah aku perhatikan cable car nie umpama di'klip' pada batang besi. So the way it runs it that is use electricity. Kalaulah tiba-tiba bekalan elektrik terputus, dah tentu cable car nie akan berhenti macam tue saja.
"Whatever you want to say, after we reach the place, okey. But not inside the cabel car." jawabku. Hangin betul aku. Nasib baik boyfriend aku. Kalau tak, ada yang nak merasa tapak kasut kat muka..haha.Kalau lah aku tahu begini rasanya naik cabel car, aku lebih rela drive sampai ke atas. Rasa menyesal pulak ikut cadangan si mamat nie. Bila cable car tue dah naik sampai ke atas, berkabus dan tak nampak apa-apa. Sampai saja di sebelah sana,
"This is the first and the last kita naik cable nie, after this no more, i tak nak dah," komenku. Dia senyum saja. Di sana kami menyusuri tempat-tempat yang menjual pelbagai barangan. Majority chinese. Mostly they come to gambling. Abang cakap lagi normally people yang pergi gambiling nie dalam keadaan mabuk. Sesiapa pun yang masuk sure akan keluar dari kasino tue dengan tangan kosong though they have win first. Dah puas berjalan, kami makan bufet, then only bergerak balik.

Wednesday, August 23, 2006

Pertemuan Rektor bersama Setiausaha


(Ini adalah sesi bergambar bersama Rektor selepas tamatnya sesi soal jawab. S/u baru bersama dengan s/u yang sedia ada)

Pagi nie aku tumpang kawan aku pergi ke bangunan pentadbiran sebab ada pertemuan dengan Rektor. Sebelum nie pun memang dah diadakan pertemuan semacam ni dah. Dari tahun lepas sampai la nie saja baik dari segi kakitangan pentadbiran, akademik, dan setiausaha makin bertambah. Itu yang Rektor ambil alternatif nie untuk adakan perjumpaan dan mendapat input ataupun kami menerima output dari Rektor sendiri.
Nasib baiklah bilik mesyuarat yang ditempah boleh memuatkan semua setiausaha. Kalau diperhatikan, setiausaha badge baru nie ala-ala 'kerek' sket. Stok perasan cun gitu. Bagi aku senang saja. As long depa tak kacau aku, itu dah cukup baik dah.
Ini adalah beberapa catatan yang sempat aku ambil dari ucapan Rektor:
a.) Pertukaran akan dibuat setiap 3 tahun, kecuali di tempat-tempat kritikal mungkin pertukaran agak sukar. Ini kerana orang luar yang selalu deal dengan seseorang s/u dah rasa biasa dan senang berkomunikasi dengan s/u tue.
b.) S/U kena nilai keutamaan terlebih dahulu. Apa-apapun kena utamakan kerja bos.
c.) S/U umpama 'tangan kanan' bos.
d.) Menjaga kerahsiaan kerja
e.) Ketepatan dalam sesuatu perkara. Bos mestilah diberikan info yang tepat update info terkini.
f.) Ketepatan memberikan surat kepada bos. Dari segi draf surat tue, make sure tak ada error mistake ataupun kesilapan kecil. Periksa betul-betul. Jangan main hentam keromo je.
g.) Surat tak boleh lebih dari 3 hari berada di atas meja bos. Melainkan kalau dia pergi ke seminar ke apa ker. Ataupun bercuti ke.
h.) Separuh kejayaan bos berada di tangan S/U.
i.) Pengetahuan, keterampilan mestilah dipertingkatkan.

Pertemuan Rektor bersama Setiausaha

Pagi nie aku tumpang kawan aku pergi ke bangunan pentadbiran sebab ada pertemuan dengan Rektor. Sebelum nie pun memang dah diadakan pertemuan semacam ni dah. Dari tahun lepas sampai la nie saja baik dari segi kakitangan pentadbiran, akademik, dan setiausaha makin bertambah. Itu yang Rektor ambil alternatif nie untuk adakan perjumpaan dan mendapat input ataupun kami menerima output dari Rektor sendiri.
Nasib baiklah bilik mesyuarat yang ditempah boleh memuatkan semua setiausaha. Kalau diperhatikan, setiausaha badge baru nie ala-ala 'kerek' sket. Stok perasan cun gitu. Bagi aku senang saja. As long depa tak kacau aku, itu dah cukup baik dah.
Ini adalah beberapa catatan yang sempat aku ambil dari ucapan Rektor:
a.) Pertukaran akan dibuat setiap 3 tahun, kecuali di tempat-tempat kritikal mungkin pertukaran agak sukar. Ini kerana orang luar yang selalu deal dengan seseorang s/u dah rasa biasa dan senang berkomunikasi dengan s/u tue.
b.) S/U kena nilai keutamaan terlebih dahulu. Apa-apapun kena utamakan kerja bos.
c.) S/U umpama 'tangan kanan' bos.
d.) Menjaga kerahsiaan kerja
e.) Ketepatan dalam sesuatu perkara. Bos mestilah diberikan info yang tepat update info terkini.
f.) Ketepatan memberikan surat kepada bos. Dari segi draf surat tue, make sure tak ada error mistake ataupun kesilapan kecil. Periksa betul-betul. Jangan main hentam keromo je.
g.) Surat tak boleh lebih dari 3 hari berada di atas meja bos. Melainkan kalau dia pergi ke seminar ke apa ker. Ataupun bercuti ke.
h.) Separuh kejayaan bos berada di tangan S/U.
i.) Pengetahuan, keterampilan mestilah dipertingkatkan.

Tuesday, August 22, 2006

Ampunkan aku ibu..

Celik saja mata nie, anak sedara aku dah ada dekat aku. Since mama dia kerja, memang setiap hari si Harris nie di rumah, dijaga Ely. Dialah yang jadi baby sitter. Sambil dia dok sengih, siap si kecil tue masukkan tangan dia dalam mulut aku..heh...sabo je lah anak sedara sorang nie. Alhamdulillah anak sedara aku nie memang senang sikit nak dijaga, kalau pagi tue dia dah sampai dan bagi susu, terus dia tidur. Then dalam tengah hari, bila saja celik mata, mandikan dia dan bagi dia makan bubur nasi, diamlah dia. Cuma letih sikit nak melayan karenah dia yang semakin nakal. Ada saja barang yang dia selerakkan. Semalam tengah dok tengok tv, tiba-tiba saja dia pergi dekat dengan tv tue dan kuatkan volume tu. Apa lagi, terkejut dia bila tetiba suara tv tue jadi kuat. Kami pulak gelakkan dia. Lepas tue dia sengih-sengih saja. Langsung tak tunjukkan muka bersalah. Agaknya dia nak buat lawaklah tue. Selalunya bila dia dah bergerak dengan walker dia ke arah dapur, mesti habis berselerak raga bawang dikerjakannya. Kalau dia masuk ke dalam bilik, habis selerak kain baju yang dah dikemas. Ada sekali tue mak aku cakap dia pergi sentuh kulit durian. Apa lagi menangislah. Padan muka! Mentang-mentanglah dah pandai guna walker, action betul budak kecik sorang nie.
Bangun dari tidur, terus aku kemaskan apa-apa yang patut. Habis mengemas and so on, aku pun bersalaman dengan adik-adik aku. Mak bekalkan aku dengan nasi dan sedikit lauk-pauk. Biasalah mak aku ni, dia tak nak aku berlapar ataupun beli makanan. Hari nie aku akan bawa balik kereta ayah. Sebenarnya aku kurang yakin nak bawa balik kereta ayah aku nie. Aku nie udahler kecik, drive pulak kereta besar, kang orang lain tengok kereta saja bergerak, tapi tak nampak siapa driver dia..hehe... After saying goodbye to them, aku perlahan-lahan menyusuri jalan keluar. Sambil-sambil tue dalam hati nie rasa seakan-akan ada perkara yang aku terlupa.
Sampai saja tol Changkat Jering, terus aku berhentikan kereta di tepi jalan. Terus aku dial the number. Terdengar suara di hujung talian.
"Kenapa kakak?" Sapa mak aku.
"Mama, kakak tertinggal barang."
"Barang apa?" Tanya mak.
"Kakak lupa nak salam mama. Minta ampun mak. Tak tau la pasai apa sampaikan terlupa." Memang aku dalam keadaan yang amat bersalah. Malu dah tahap 'cipan' dah nie. Selalunya mak lah orang pertama yang aku salam dulu. Tadi mungkin agak ghairah nak guna kereta besar (ehhe..) ditambah pulak dengan aku yang agak kelam-kabut, terus aku jadi terlepas pandang.
"Tak apalah kakak, yang penting selamat sampai sana. Jangan singgah mana-mana pulak. Kalau ada orang tahan nak minta tolong ka apa ka, jangan berhenti. Manalah tau kot-kot depa tue tipu ke." Ujar mak panjang lebar. Mak memang risau sangat waktu aku on the way balik ke kampung ataupun on the way balik ke tempat aku. Selalunya dia akan selalu call aku tanya dah sampai mana dah. Even adik-adik akupun macam tue juga.
Lega sikit bila mak dah cakap macam tue. Kalau tidak, sepanjang perjalanan, aku akan diserang rasa bersalah yang teramat. Sepanjang perjalanan sebelum nak sampai ke tol Jalan Duta, memang banyak jalang yang dalam proses penambahbaikan. Ditambah pulak dengan keadaan yang hujang di beberapa tempat. Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah aku.

Saturday, August 19, 2006

Final Decision

The whole night i have been thinking about this. Celik saja mata pagi tadi, terus aku kemaskan apa-apa yang patut. Baju-baju yang sepatutnya dihantar ke dobi, terus aku masukkan dalam satu plastik besar dan letak di sebelah beg aku. Dah siap berkemas dan masukkan barang-barang dalam kereta, aku terus bergerak balik ke kampung. Alhamdulillah aku selamat sampai. Perjalanan aku hanya mengambil masa 3 jam 32 minit walaupun banyak juga kenderaan. Iyerlah dah masuk musim cuti sekolah nie. Sampai saja rumah, family aku semuanya ada kecuali mak aku. Dia pergi ke majlis pertunangan anak jiran aku. Tak lama lepas tue barulah mak aku sampai rumah. Salam dengan mama aku dan cium pipi dia. Agak lama jugalah aku tak balik kampung. Kali terakhir aku jumpa family aku pun bulan June time depa hantar adik aku ke PD. Anak sedara aku pun besar dah. Yang kelakar tue dia dah tumbuh 2 batang gigi kat bahagian bawah. Nampak kelakar bila dia sengih. Lepas tue bila kita dukung dia, sesuka hati saja masukkan tangan dia dalam mulut kita ataupun tarik telingan kita. Nak marah, kecik lagi. So, layan sajalah. Bukan selalu aku balik, hehe..
Dalam jam 4.00 petang, aku ajak mama dengan adik-adik aku pergi ziarah nenek aku di kampung. On the way, hujan half way. Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung. Kebetulan Makanjang aku pun ada jugak. Dia datang sorang saja dengan motosikal scooter dia tue. Mak sedara aku yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek aku pergi dengar ceramah di pekan. Sebelum balik, adik sepupu aku, Amin dan Siti ikut kitaorang balik sekali. Diaorang nie selalunya waktu cuti sekolah memang selalu di rumah aku. Dengar pulak yang esok kami nak pergi berkelah ke Teluk Batik, lagi terlompat-lompat nak ikut.
Then the way balik, kami singgah ke rumah Maklang aku, kakak mama. Bertanyakan khabar. Maklang aku cakap, kakak sedara aku dah nak kawin dah. Dengan orang satu blok perumahan dia jugak. Sepupu aku nie janda anak sorang. Dia nie memang dalam katogari cantik. Dulu dia memang berkawan dengan bakal suami dia nie, tapi hubungan diaorang tidak direstui sebab mak that guy pandang darjat. Hubungan depa terputus di tengah jalan. Sepupu aku lepas tue kawin ikut pilihan keluarga sebab terlalu frust. Tapi perkahwinan dia tak kekal lama. Dalam dia tengah mengandung, husband dia buat hal. Rupa-rupanya husband dia memang dah ada girlfriend sebelum kawin. Dia pun kawin atas dasar pilihan keluarga juga. Habis saja tempoh berpantang, terus depa bercerai. Kesian juga perjalanan hidup sepupu aku nie. Lepas insiden tue, banyak juga lelaki yang dia kenal, tapi bila dia sebut status dia, terus depa menjauhkan diri. Hopefully biarlah perkahwinan dia kali kedua nie kekal hingga ke akhir hayat. Even bakal husband dia nie pun penah kawin dan telahpun bercerai. Agaknya jodoh dia dengan sepupu aku nie kuat kot. Masing-masing masih lagi pendam perasaan. Insya-ALLAH kalau tak ada apa-apa aral dalam tahun nie depa kawin.

Thursday, August 17, 2006

Perbarisan Kemerdekaan


(kat sebelah tue gambar selepas habis perbarisan...)

Aduih, dah habih tulis tetiba aku terdelete lak..aduih..sabar je la. Pagi nie ada perbarisan kemerdekaan ke-49 peringkat universiti. Suppose jam 7.30 pagi dah kena ada di tempat perbarisan dah, tapi itulah dia, janji melayu. Macam department aku nie gabung dengan tiga jabatan lain, so kami dah buat kemeja ala-ala Formula 1 tue. Tengah dok sembang dengan kengkawan aku, tetiba salah sorang pegawai from my previous department tegur aku.
"Su, dah tak join department kitaorang dah ker?" Aku kurang pasti sama ada pertanyaan dia tue ayat bergurau ataupun sebaliknya. Tapi aku buat tak tahu saja. Pegawai nie memang jenis suka menyibuk hal orang, tanya itu, tanya ini, kononnya prihatin, but at the end dia akan jaja cerita orang. Aku pun tak terkecuali juga. Nasib baiklah aku dah bertukar ke jabatan lain. Tak lama lepas tue tetiba pandangan mataku terarah pada seseorang. Dengan kot hitam bersama kain yang dikenakan juga dengan boot. Pegawai tue nampak kelakar dengan boot yang dia pakai tue..hehe..bukan kes dengki ye. Agaknya dia nak kelainan kot. Lantaklah. As usual person yang accompany tue kiranya pengikut dia juga ler. Setia menemani dia ke mana saja. Eloklah tue dah perangai tue sama-sama teruk. Pada pembaca entry aku nie, pegawai nie memang jenis yang kaki 'kay poh' jugak. Pegawai yang tegur aku tadi tue sama genglah dengan pegawai yang aku ceritakan nie. Satu kampunglah katakan. Sanggup buatkan apa saja demi kepentingan diri sendiri. Tak faham aku, dunia semakin maju, tapi mentaliti MELAYU masih lagi di takuk lama. Bersifat parasit. Sanggup jatuhkan orang lain. Sedangkan bangsa lain membantu sesama sendiri dan berlumba-lumba untuk maju bersama. Seolah-olah erti kemerdekaan tak diolah dengan cara yang lebih baik.
Petang, aku ikut kawan aku ke nursery anak dia. Actually budak kat nursery tue ada ambil tempahan baju, jadi aku dimaklumkan yang baju aku dah siap. Itu yang nak kena pergi ambil tue. Sampai di pintu nursery tue, aku dah nampak beberapa orang anak kawan aku. Rasa seronok pulak tengok telatah budak-budak nie. Anak sorang kawan aku nie dari mula aku panggil dia, terus dia duduk atas riba aku. Bila aku alihkan dia duduk di lantai, terus dia bangun dan duduk atas riba aku balik. Aduh, parah nie. Udah le badannya tembam, sampaikan naik lenguh peha aku ni. Siap dia selukkan tangan dia dalam setiap poket baju kemeja aku.
"Mama mana?" Tanya aku.
"Mama gie work." Amboi lancar saja mulut dia menjawab. Tak lama lagi dia dah nak dapat adik baru dah tue. Bila dengar saja kengkawan dia sebut mama dia dah sampai, meluru saja ke mama dia. Itulah telatah budak. Tak lama lepas tue budak yang buatkan baju aku tue, turun bawa baju aku yang dah siap tue. Dia kenakan bayaran RM25.00. Kawan aku pulak siapa pesan aku sms dia bila aku dah fitting baju aku tue nanti. Sama ada selesa ke tak. Sampai saja rumah terus aku pakai baju tue. Memang selesa. Nanti bolehlah aku minta budak tue buatkan lagi baju aku next time.

Wednesday, August 16, 2006

Persoalanku Terjawab

Sharp at 5.00 pm, aku terus gerak balik. Siap aku minta budak offcice tolong ambilkan kemeja dan hantarkan ke rumah kemudian. Masuk saja dalam bilik, terus i have a nap, since kepala aku dah berpinar sangat dah. Tengah dok lelap dan sempat jugaklah mimpi, tetiba budak office aku call, katanya dia dah sampai di depan pintu rumah aku. Dia serahkan baju untuk kami nak buat perbarisan esok. Lepas siap apa-apa yang patut, kami keluar dari rumah. Jiran sebelah yang budak bujang tue tengah basuh kereta. Terus aku bergurau minta dia tolong cucikan kereta aku juga. Tersengih dia.
"Semalam ada jadi kebakaran ke? Habis kereta saya kena berdebu. Dahlah baru saja cuci kereta 2 hari lepas." Rungut aku.
"A'ah, bukit depan rumah kita nie terbakar. Awak nie kalau tempat nie terbakar agaknya langsung tak sedar kot." Selorah dia. Sengih malu aku. Iyelah, jiran aku nie memang arif sangat kalau aku dah balik kerja dan start parking kereta, alamatnya the next day waktu nak pergi kerja, barulah aku buka pintu grill rumah. Kalau tak, jangan haraplah aku nak jenguk kereta aku ke apa ker. Jadi terjawablah persoalan aku semalam penyebab kereta aku melekat dek abu all over my car. Kurang pasti punca kebakaran tue. Terus kami masuk. Sebelum nak belok keluar, sempat aku tengok kesan bukit yang terbakar tue. Agak teruk jugak. Dahlah sekarang nie musim jerebu yang berpunca dari negara jiran. Bila dah jadi terbakar macam nie secara tak langsung untuk effect the exact situation.

Monday, August 14, 2006

Angin

Ikutkan hati memang aku dah nak ambil EL ataupun MC saja. Entah kat mana silapnya, semalam time nak tidur, tetiba saja perut nie memulas. Nak kata kena pergi ke toilet, tak jugak. Tapi rasa senak nie menusuk sangat. Tak selesa langsung. Sambil dok mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, kepala nie dok sarat memikir apa penyebab due to this matter. Fikir punya fikir, baru aku teringat yang semalam was the first time aku sentuh ais! Iyerlah for a week a 'berpantang' tak ambil ais. Semalam during lunch time, tetiba saja tekak nie teringin nak minum teh ais. Apa lagi dapat saja minum, alahai..nikmatnya tak terkata. Tapi tak jangka pulak lain yang jadinya. Endingnya aku paksa juga mata nie untuk tidur. Penyudahnya hari nie aku datang ke pejabat dalam keadaan yang tak bermaya. Nak senyum dengan orang lain pun dah malas. Hari nie dah berkurang sakit rasa senak nie, cuma still can feel the sensation dan sekali-sekala tue dia menusuk.

Friday, August 11, 2006

Tak tahu apa yang nak dicoretkan..

Salam semua, it's quite sometime i didn't wrote any entry. Agaknya mungkin sebab tue tangan nie jadi agak kaku untuk taip setiap bait perkataan. Erm..rasanya nothing much to say about. Lagipun pasal aku berpindah ke jabatan baru nie pun dah aku coretkan dalam entry terdahulu. Starting the first day i step my feet in here up to this moment, alhamdulillah, aku suka with my new environment. Pejabatnya pun cantik, staf di department aku nie majoriti new staf.
Pagi tadi sebelum keluar dari rumah sempatlah aku sembang agak lama sikit dengan housemate. Semenjak aku di jabatan baru nie, boleh dikatakan me and my housemates are like stranges. Really rare to have to time to chat even for a second. Tapi bila difikir-fikirkan bagus jugak. Tak pening kepala otak nie memikirkan perkara yang tak sepatutnya aku fikirkan. Budak rumah aku tue sempatlah bercerita pasal office environment dia. Katanya officer (yang dulu pernah miss communication dengan aku dan dia juga yang beria-ia nak sangat aku pergi ke tempat baru aku la nie) cuti sebab kena denggi. Officer lagi sorang pulak cuti accident. The x-boss pulak ada urusan di luar kawasan kampus. Ada miss communication bila kawan aku nie minta dia hantarkan MC yang original tue. Then got few problems here and there. Aku dengar dan kasi komen apa-apa yang patut saja lah. But inside of me i feel release since aku dah terlepas dengan segala perkara-perkara yang remeh tue.
Jam 10.00 pagi aku keluar kejap ke bank. Sambil masukkan duit tue aku request nakkan penyata. Aku tunggu sampai 10 minit semata-mata nak dapatkan penyata. Bila aku ke kaunter dan bertanyakan pasal penyata tue, staf tue cakap 'dalam process'. Tapi aku tengok buku aku ada kat atas meja tue, depa tak buat apa-apa pun. Dah tak tahan sangat menunggu, aku pun ke kaunter tue balik. Aku cakap kalau lambat lagi tak payahlah aku dapatkan penyata tue. Terus staf tue serahkan buku akaun aku kat pegawai in charge. Eeii..geram aku. Kalau tak boleh buat cakap saja tak boleh buat, jadi tak payahlah aku tertunggu-tunggu. Sambil aku keluar nak sampai ke kereta mulut aku asyik membebel saja. Budak office yang join aku tue depa diam saja, tak cakap banyak. Agaknya itulah first time depa tengok aku membebel kot..hehe..

Friday, July 28, 2006

Jalan-jalan

Celik saja mata nie, perut aku dah rasa semacam saja. Terus saja aku ke toilet. Sebenarnya dari malam tadi lagi perut aku dok memulas. Agaknya mungkin juadah semalam kot. Dalam jam 7.15 am, aku sms to one of my officemate yang aku tak datang kerja hari nie. Lepas bersiap-siap, aku terus ke klinik panel. Sampai kat sana dalam jam 7.55 pagi, my officemate yang lain department dah ada situ dah. Dia sampai dulu dari aku. Tapi staf sana cakap doktor akan sampai dalam jam 8.30 am. Aduih! Time nie lah pulak doktor tue nak datang lambat. Sambil tunggu doktor, aku berbual kosong dengan kawan aku tue. Tak lama lepas tue staf tue panggil nama, tapi dia panggil aku dulu! Sambil dok blur tue aku dah pandang terpisat-pisat kat kawan aku tue. Bukan salah aku, tapi staf tue mention nama aku. After explaining to the doctor what is the problem, aku minta cuti untuk hari nie. Nasib baiklah dibenarkan. Aku risau juga nak ambil cuti sebab aku baru lagi ditempatkan di jabatan baru tue. Aku tak naklah nanti dikatakan baru saja masuk ke tempat baru, dah memandai cuti. If possible aku nakkan imej yang baik. Tapi untuk kes aku kali nie memang tak boleh nak elaklah.
Meantime kawan aku pun dapat MC jugak. So kami having breakfast together di kedai makan berdekatan. Then only kami balik ke destinasi masing-masing. Dah alang-alang dapat cuti nie, terus aku langsaikan perkara-perkara yang tertangguh:
1. Pergi ke maintenance office untuk collect refund.
2. Pergi bank in duit refund dan update buku akaun aku.
3. Pergi bank in duit dan masukkan dalam akaun tetap aku.

Sampai saja rumah dah jam 11.15 pagi. Terus aku siapkan apa-apa yang patut. Tengah dok seterika baju, Abang called. Cakap lebih kurang, then we put down the phone. Malam tue Abang jemput aku keluar kejap untuk minum. On the way dari Ampang nak ke Hulu Kelang jalan dah start jammed. Abang mentioned selalunya area situ memang cam tue sama ada accident ataupun kereta rosak. He'a right! Bila kami dah sampai ke depan sikit dan Abang pun dekatkan kedudukan kami dengan lokasi tue, rupa-rupanya ada accident; kereta wira aeroback dengan Rexton; kereta wira tue di belakang dengan bahagian depan tue memang dah hancur dah dan keadaan pemandu tue memang ngeri sangat. Kereta tue terbakar and that time pulak pasukan penyelamat tengah bertungkus-lumus tengah keluarkan mayat pemandu tue. Posisi pemandu tue tengah pegang stereng dengan kepala terkulai tapi tak nampak kepala; rasanya hancur kot. Lepas tue pemandu kereta Rexton tue dah tak nampak dah. Seram aku tengok. Terus aku pegang kepala dan tutup mata aku. Terus aku minta Abang cepat-cepat berlalu dari situ. Memang teruklah keadaan kemalangan tue. Malam tue sampai saja rumah, mata nie payah nak lelap; asyik teringatkan incident tue saja. Entah jam berapa barulah terlelap.

Thursday, July 20, 2006

Sate Kajang

Hari nie aku balik on time. Tiba masa aku nak scan kad staf aku, tetiba system terminal tue buat hal pulak. Jenuh aku berpatah balik untuk scan ke bahagian fakulti. Agaknya system tue pun tak benarkan aku balik on time kot..haha..sampai saja lepas stadium, kawan aku dah tunggu. So bila kereta aku dah dekat dengan kereta dia, aku bunyikan hon as a signal so that she will follow me. Sampai rumah aku lock kereta and get into her car. Kami keluar pergi makan. Dalam dok sembang-sembang tue tetiba keluar idea nak pergi makan sate Kajang.
Sampai saja rumah, pakcik sebelah tue cakap yang dia ada masak something, so dia nak kasi sikit kat aku dengan budak rumah aku. Terus aku mentioned pada kawan aku minta dia standby sebab aku nak kena rush mandi and so on. Lepas Maghrib, dia dengan boyfriend dia datang ambil aku. By the time we reached there, orang dah ramai dah. Aku perhatikan kawan aku dengan boyfriend dia memang serasi, boyfriend dia memang caring, cuma itulah..depa nie suka sangat gaduh. Ada saja benda yang depa nak bertekak. Gaduh lepas tue baik balik, pas tue gaduh balik. Aku pun dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Habis makan kami round KL; Bangsar, Bukit Bintang. Tetiba aku terperasan ada signal miss call from my mobile. Bila aku amati, nombor Abang. Terus i dialed him. "Why you didn't answer me?"
"I tak perasan sebab by the time i makan sate Kajang tadi surrounding dia bising sangat. I am in KL right now; exactly Bukit Bintang area."
"Kenapa you tak cakap tadi? You pergi dengan siapa tue?" Tanya dia bertubi-tubi.
Terkejut dia bila aku cakap aku ada di KL. Cuma aku mentioned pada dia that i was on my way home. Bukannya dia mengongkong pergerakan aku, cuma dia risau kalau aku keluar malam tanpa ada tujuan. Lagipun aku perempuan. Kurang manis katanya.
Sampai depan rumah waktu aku nak buka pintu, Abang called again. Aku cakap aku dah sampai. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone. Wash my face, cuci kaki then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Wednesday, July 19, 2006

Hari ke-4

Pagi nie sedar saja dah 6.20 am. Aduih, nak kata aku tak setkan alarm, aku dah setkan, tapi still can't make it to wake up exactly time yang aku dah timing tue. Sampai office saja dah ngam-ngam before 8.00 am..fuhh...hehe..but seems i am a bit blur sebabnya banyak perkara tertangguh yang aku nak kena tunggu sebelum aku boleh settingkan mesyuarat.
Frankly speaking i like my new environment. Biliknya pun besar dan very pleasant. Cuma aku tak sempat nak mengemas dan menyusun atur barang-barang aku.

Monday, July 10, 2006

Renung-renungkan..

As i opened my eyes, terasa yang mata sebelah kiri aku kecik sebelah! Biar benar! Terus aku meluru ke arah cermin. Dibelek-belek mata kiri aku tue. Sah! Memang mata aku kecik gara-gara geraham bongsu sebelah kiri aku yang start membengkak. Patutlah malam semalam aku payah nak lelap tidur. Bukan sebab final football world cup yer..hehe..Terus aku decide ambil MC saja. Nak pergi ke office tue boleh, tak ada masalah, tapi nanti aku khuatir kalau-kalau tumpuanku tidak pada kerja. Asyik mengerang sakit gigi saja. Before 8.00 am, i sms my bos mentioning that i will take a leave. Aku lelap kejap. Dalam jam 10.00 pagi terus aku mandi dan bersiap-siap untuk berjumpa dengan dentist.
Masuk saja dalam bilik, doktor yang bertugas terus minta aku baring di tempat yang disediakan. Memandangkan aku dah biasa dengan doktor tue, jadi dia pun dah arif dengan previous record aku. Terus aku terangkan perkara sebenar. Lepas aku pun dengar penerangan doktor tue, so we decided supaya aku buat minor surgery untuk buang gigi geraham bongsu tue. Dia minta aku datang lagi hari Sabtu nie utk buat minor surgery tue. Lega aku dengar bila doktor tue cakap implikasi yang akan timbul selepas tue hanya bengkak saja. More than that insya-ALLAH tak ada.
Bukannya apa, last few months pun geraham aku bengkak dan aku berjumpa denga dentist tue. Tapi bila doktor tue suggestkan aku buat minor surgery, aku buat endah tak endah saja. Lepas tue Abang bring me to see this one dentist in KL. Apa yang buatkan aku risau bila doktor tue cakap akan ada implikasi bila buang geraham bongsu, gigi geraham bongsu atas akan ambil ruang geraham gigi bawah. Bila tiba waktu tue, semua gigi akan mula rasa sakit. Itu yang buatkan aku terus lupakan hasrat nak cabut ke apa ker. Sampailah ke insiden hari nie. Nampaknya nak tak nak aku kena buang juga gigi geraham bongsu sebelah kiri ni. Lagipun no point aku keep it tapi aku asyik sakit saja.
Lepas doktor bagi MC dan preskipsi ubat, aku terus ke Pejabat Pos untuk cash the cheque PLUS yang aku terima. Terjumpa dengan my officemate. Dia pulak EL. Ada hal berkenaan dengan rumah dia beli katanya. Kami sama-sama pergi tapau makanan tengah hari sebelum makan cendol berdekatan situ jugak. Then aku ke tempat car wash yang aku pergi dengan rumah Nana tue. Nasib baik waktu ke sampai, hanya kereta aku saja, so cepatlah servicenya.
Sampai rumah pakcik sebelah tue pulak ajak sembang. Nak tak tak, layan le jap orang tua tue. Peramah gilos orang tua tue. Apa yang aku boleh katakan pakcik tue educated, then he's got a good memory. Boleh sebut nama kengkawan yang dia kenal, siap dengan bin atau binti lagi. That's impressed me!
Lepas tue baru aku masuk rumah, having my lunch, then lepak saja menonton tv. Sempat call mak. Katanya si Harris tue tetiba pulak nangis. Tak tahu apa puncanya. Petang tu bila adik aku call sempat aku bertanyakan keadaan Harris. Adik aku cakap 'orang' datang tengok dia. Itu yang buatkan dia menangis tu. Erm..entah lah nak percaya ke tak. Kalau tak percaya, memang makhluk halus nie wujud. Jiran sebelah rumah letakkan celak pada pelupuk mata Harris, then only baru dia tidur. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone.
Aku ada kata-kata selayang pandang untuk renungan bersama:
Masa berlalu dan kita berubah mengikut peredaran zaman. Sama ada perubahan tersebut ke arah kebaikan ataupun sebaliknya, kita sendiri yang menentukannya.
If we expect people to respect us by treating people bad, then we won't go anywhere and we won't get the respect that we want to.

Thursday, July 06, 2006

I put a full stop for it!

Sampai saja office aku teruskan kerja-kerja transfering fail peribadi kakitangan tue ke dalam arch file. Dalam 9.00 am a take my handphone. I have to do it, by hook or by crook. Otherwise it's going to make things come worst to worst. Lalu aku taip,
"I don't think i could help you in your matter, so please stop call and sms me anymore!" Terus aku hantar pada penama tue. Tegas dan muktamad.
.....................................
Inilah punca kemarahan Abang semalam. And i feel release as well sebab aku dah bertindak sepatutnya. Still not too late for me to put a full stop for it. Bukannya risau Abang akan membebel, tapi i do it for myself. Aku tak nak orang lain yang ada kepentingan simply ambil kesempatan ke atas aku.
Ceritanya macam nie, aku terserempak dengan one of my friends's boss time aku ke MacDonald. Aku pulak bercuti waktu tue so on the way nak ke KL aku singgah makan kejap di MacD. Tak sangka pulak terserempak dengan dia. After bertanyakan khabar, aku pun bukak cerita.
"Kenapa dah lama tak datang jumpa bos i?" Soalan basa-basi.
"My mom and dad just passed away last April in Johor. Met with an accident with lorry. So after the funeral, i am a kind of not in a mood. Recently only i start back my business."
After saying good bye dia pun ambil seat dan having his meal with his friend. Kawan dia tue dari awal lagi aku perhatikan 'gatal' saja mata tue. Melilau tengok pompuan. Korek bijik mata tue karang buat batu seremban...macam dalam cerita dongeng Puteri Ratna Sari tue..hehehehe...
Tup-tup the next day he came to the office. Terkejut badak aku. Mana taknya semalam terjumpa dia dan bertanyakan bila dia akan datang give a visit to my boss, alih-alih the next day dah terpacul kt office aku. Lama juga dia dalam bilik bos aku tue. Apa yang disembangkan pun,aku tak ambil pusing. Lagipun waktu dia jumpa bos aku pun dah another 15 minutes to 5.00 pm. So of course lah sharp at 5.00 pm aku punch out. Dalam sejam aku sampai rumah telefon aku berdering. Bila aku amati, number that appeared is unknown. So i just ignore it.
Malam tue lagi sekali the same number appeared. Dengan nada suara marah, i answer. It's him! Nie mesti bos aku yang bagi my number. S*** tul! Memang tak amanah ler my bos nie. Dia cakap dia ada letak draf surat nak minta my favour aku untuk draf surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada management koperasi tempat bapak dia kerja tue. Juga dia nak mencadangkan supaya warga emas yang kerja dalam koperasi nie diadakan seorang pemandu so that bila depa nak kena outstation ke apa ker, lagi senang tak warga emas nie nak travel dan tak letih, juga dari segi keselamatan tue lebih terjamin.
The next day bila aku check ke tray out my bos, ada draf surat tue. Memang berat hati nak tolong tapi sebab memikirkan aku niat aku nak tolong siapkan draf tue sebagai menghormati kematian his parents, aku turutkan jugak. Tapi aku tak sangka lepas tue dia call dan request something else pulak. Ini dah lebih dah nie, kasi betis nak peha lak nie. Katanya dia tengah set up a business. Since kerani dia yang previous tue dah berhenti, so he need my favour (AGAIN!) untuk draf surat and the best part is that dia cakap "Nanti i will give something.
" F*** him! Imbuhan lah tue. Aku tak sangka di sebalik pertolongan kecil yang aku hulurkan yang mana aku dah niat dalam hati sebagai nak membantu untuk bela nasib arwah bapa dan mak dia supaya perkara yang sama tak akan berlaku pada ahli koperasi yang lain, dah disalahertikan. Apa dia ingat dia boleh guna-gunakan aku dengan RM dia? Nak pergunakan aku untuk kepentingan business dia? Just to draf paper of letter but it's still not right! Hati aku tak membenarkan aku buat perkara-perkara yang aku rasakan bertentangan dengan prinsip aku. Bos aku nie pulak bodoh bangang sangat. Bagi saja orang lain pinjam setiausaha dia untuk buat kerja-kerja di luar pejabat. Siap boleh gunasama gitu. Idiot! Stupid!
Di sinilah kemuncaknya aku mula miscommunication dengan Abang bila aku ceritakan perkara nie padanya. Meluap-luap marahnya. Menyesal pulak aku cerita kat dia tapi kalau aku tak share this story, aku nak share dengan siapa lagi? Lagi pulak buatnya dia dapat tahu perkara ni dari orang lain, maunya jadi kes naya aku! Before anything happen, better i make my first move to tell it first. Terus dia tuduh yang aku simply biarkan orang lain ambil kesempatan terhadap aku. Dia biasalah kalau tengah marah, dia akan cakap apa saja..ala-ala mulut tak ada insurans gitu. Tapi bila aku dah terangkan letak duduk perkara sebenar, dia cool a bit! Aku faham perasaan dia. Aku pun tak mahu orang lain pergunakan kemahiran aku ke arah aku yang aku tak suka. Aku tahu Abang risaukan aku. Akupun kena jaga nama dia juga. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati. Aku cukup tak suka kalau ada even a small miscommunication dan aku tak akan biarkan apa juga unsur lain jejaskan perhubungan aku dengan Abang. Itu yang aku cuba elakkan sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang bila orang lain minta tolong, aku jadi alpa seketika. Itulah lumrah manusia kan? Selalu kena diingatkan supaya tak terbabas dari norma kehidupan.