Tuesday, March 31, 2009

Kuatkah aku.....?

Sehari dua ni memang aku dah buat sedikit persiapan diri. Atas nasihat dari Abang serta kengkawan aku. Moga dipermudahkan segala urusan aku. Moga dikuatkan semangat aku. Insya-ALLAH.
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 3.35 petang, aku dah sampai ke jabatan lama aku. Petang nie aku buat temu janji untuk berjumpa dengan mantan bos aku. Sampai di sana aku terus berjumpa dengan kakitangan di sana. Aku kasi isyarat kat Setiausaha mantan bos aku. Sambil-sambil tue aku bawakan sekali barang-barang yang bebudak situ order. Seketika kemudian, setiausaha mantan bos aku maklumkan yang dia dah available. Aku tenangkan fikiran seketika.
Setelah memberikan salam, aku terus masuk berjumpa dengan mantan bos. Aku maklumkan kepada dia tujuan sebenar kedatangan aku. Aku maklumkan kepada dia yang aku dah check dalam sistem. Terkejut aku bila terpapar yang markah aku menurun. Jadi aku minta penjelasan daripada dia. Aku pun nak juga tahu kalau-kalau di pihak aku ada sebarang kekurangan supaya aku boleh pertingkatkan di masa-masa akan datang. Daripada apa yang aku faham ialah:
1. aku di situ hanyalah 6 bulan sahaja. Jadi aku perlu banyak belajar pasal fakulti serta setiap organisasi bahagian tersebut.
2. dari segi filing kena diperkemaskan lagi. Aku tak menafikan yang memang meja aku berselerak, tapi setiap kali dia nak meeting ke apa ke, memang aku akan pastikan fail berkaitan sentiasa ada di meja dia. Langsung tak timbul isu cari surat tak jumpa ke apa ke. Memang di belakang aku penuh dengan segala macam fail. Kalau kerja banyak, mana mungkin meja akan kemas.
3. dia cakap untuk kali ni tak apalah kalau markah rendah (mana boleh! nanti effect untuk aku tak boleh ambil exam PTK. Akan effect juga pada buku perkhidmatan aku). Mantan bos tak apalah sebab tak perlu susah payah nak fikir untuk ambil ptk and so on.
4. katanya dia akan double check perkara ini dengan pegawai bertugas sebab aku maklumkan juga bahawa, markah aku merosot disebabkan oleh kaedah pemarkahan mantan bos aku. Aku minta supaya perkara ini diteliti semula.
Sekurang-kurangnya aku rasa lega sebab aku dah pergi berhadapan sendiri dengan mantan bos. Aku berharap sangat dia akan melakukan sesuatu supaya markah aku dinaikkan ke apa ke. Letih sangat bila selalu saja perkara yang sama terjadi pada aku. Fed up ada juga.

Friday, March 27, 2009

Merah..merah jambu

Sana sini semenjak Perhimpunan Agung UMNO ke-59 ni, suasana serta berita yang dipaparkan, rata-ratanya pasal nie. Memang boleh tengok reaksi penyokong, daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke peniaga yang meraih rezeki demi kelangsungan hidup. Semalam kemuncak agenda bila mana diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru. Bila mana Pak Lah menyampaikan ucapan dasar terakhir beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Bila mana selepas ini pemerintahan akan ditadbir oleh insan-insan yang 'fresh' yang aku kira akan membawa kepada revolusi baru, insya-ALLAH...
Isy...tetiba pulak cakap pasal politik. Aku ni setakat 'politikus' aje adalah...hehheee. Doaku serta harapanku biarlah pembaharuan ini membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara. Cukuplah dengan apa yang berlaku di negara-negara luar. Segala macam penindasan yang tak terbayangkan di minda. Lagi banyak fikir agaknya boleh sewel otak nie..hehe..
........................................ .................................... ....................................
Petang semalam aku berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk LNPT (Penilaian Prestasi). Aku khabarkan pada dia yang markah aku untuk tahun lepas tak berapa 'memberangsangkan' dan aku minta untuk tengok semula borang tersebut. Sebabnya aku memang langsung tak berjumpa dengan my recent boss dan aku pun tak tahu berapa markah yang diberikan kepada aku. Alih-alih bila markah dah dipaparkan, tak seperti yang aku jangka. Keputusan markah tersebut menunjukkan seolah-olah aku tak buat kerja. Seolah-olah aku tak tunjukkan peningkatan dalam kerja. Seolah-olah membandingkan aku dengan staf lama yang dah bertahun-tahun bertugas di situ. Aku kira itu perlu dipertimbangkan semula. Bukanlah aku tidak berpuas hati, cuma biarlah aku dipertimbangkan atas dasar kerja, itu sahaja. Biarlah ianya adil. I just want to have piece in mind, that's all.
Pegawai tersebut menyatakan bahawa aku berhak untuk berjumpa dengan mantan bos aku bagi menjelaskan perkara sebenar. Itu adalah hak aku.