Sunday, February 24, 2013

Santai

Ni lah dia penangan banyak sangat tengok cerita kartun.  Bergambar pun nak ada juga 4 tangan..aduyaii...

Baby Q dah menginjak umur 7 bulan

Opah kat belakang tunggu order, cucu yang dua orang ni sibuk posing bagai...

Belon yang dorang dapat kat kedai buku

Saturday, February 23, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Satu dah siap

Alhamdulillah.  Satu urusanku telah berjalan dengan lancar.  Lepas balik kerja aku dengan Bazli terus pergi ke rumahku di Desa Indah.  2 orang pekerja tengah leka siapkan urusan untuk pasang awning.  Dorang cakap tengah hari tadi tadi berhenti kejap sebab hujan.  Lepas tu baru sambung semula.

Jam 5.40 petang, Naz dan Nurul baru sampai. Si kecil Damia makin comey dan keletah,  Jenuh jugak lah melayan ulah si kecil tu.  Jam 7.00 malam barulah semua urusan selesai.  Teus kami pergi dinner kat As Salam berdekatan,  Sebelum balik kami singgah kat Tesco.

Sunday, February 17, 2013

Lamanyerrr

isyyyyyy....memang lama betul aku tak mencoret.  Memang bersarang teruk 'umah' aku ni..aduyaiiii..

Kat kampung pagi tadi mak buat kenduri doa selamat sebab Amir sapat masuk uitm.  Sabtu depan daftar masuk. Dia dapat di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah.  Setelah sekian lama menunggu adikku dapat juga belajar ke menara gading.  Itu impian dia.  Ikutkan time SPM dulu memang dia target untuk masuk ke universiti memandangkan ramai kawan-kawan dia dapat surat panggilan dari upu.  Tunggu punya tunggu akhirnya dia masuk ke Tingkatan 6 dulu.  Alhamdulullah keputusan dia agak baik.  Bulan Disember lepas dia ada interview untuk offer yang dia dapat ni.  Tak sangka pulak untuk kemasukan semester ni dia dapat.  Terkejut dia.  Tapi aku bangga dengan Amir sebab sementara menunggu keputusan untuk dapat offer ni dia adalah antara tulang belakang yang membantu ayah berniaga selain dari Manje.  Juga ringan tulang tolong mak untuk urusan kat rumah.  Aku dapat membayangkan mesti keluargaku akan rasa kehilangan sepanjang Amir ada di kampus kelak. Tika tangan ni sibuk mencoret pun pelbagai rasa di hati.  Mavam mana nanti lepas pendaftaran, di saat berpisah dengan mak dan ayah, mesti ibuku akan mengalirkan air mata.  Confirm gak aku akan turut serta.....huhuuu...

Minggu depan family aku nak datang hari Jumaat.  Aku dah booking bilik yang terdahulu time dorang stay sini.  Aku bercadang lepas pendaftaran tu aku nak follow dorang balik kampung.  Harapnya bos aku luluskan permohonan cuti aku nanti, InsyaALLAH?