Thursday, April 27, 2006

Office make over

Pagi nie ntah ler ap moodnyer yang watkan tetiba jer nak buat perubahan sket dalam bilik aku yang berserak nie; kalau 'che tie' masuk sure tak jumpa jalan keluar..hehe..Agaknya mungkin sebab bilik sebelah dah start mengemas apa-apa yang patut kot..kelmarin pun depa dah setting dah bilik tue tapi bila bos depa (ala pegawai yang aku cakap aku ada miscommunication dengan dia tue) balik dari discussion dengan bos aku, terus dia tukar setting tue ke keadaan biasa balik. Dia kata dia tak mau tengok ada partition yang kengkawan aku pasang tue sebab dia tak boleh staf dia buat kerja, itu kata dia ler..so back to what happen this morning kan..bila tengok saja depa ubah meja ke kedudukan lain ler apa ler..aku pun join sekali gak mengemas bilik aku nie since bos aku pagi nie dia ada meeting so i could spend my time doing my own matter. Kebetulan pulak ada meja laci yang baru sampai yang sepatutnya untuk pegawai baru, so aku 'pinjam' jap meja laci tue letak dalam bilik aku untuk aku letak fax machine. Mana-mana dokumen ataupun barang-barang yang rasanya macam dah tak boleh guna dah, aku buangkan saja. Settle! So aku kena buat penambahbaikan sket ler lepas nie, aku nak edit lagi apa yang ada kat aku tue sama ada aku nak simpan ataupun buang dalam tong sampah saja.
Tengah hari tadi aku temankan kawan aku yang lain department (IT department) survey katil sebab mak dia suruh beli katil. Kami masuk juga ler few kedai, siap tanya lagi harga katil jenis kayu jati tue yang dia nak beli dan juga tilam sekali. Settle jer kami terus balik opis..

Wednesday, April 26, 2006

Che Gu..Che Gee..

Dah masuk 2 hari dah aku start 'mengajar' dua orang kawan aku subject Shorthand, bukan tangan pendek tau..hehe..bukannya apa depa nie dulu dari SS14 so memang tak dak subject tue only Note Taking saja. Tapi cam aku yang ambil SS10 nie memang beruntung sebab waktu di last sem kami amik Shorthand dan Trengkas yang 80 p.s.m tue just ditransfer kredit dia saja. Maknya tak payah amik the same exam lagi bila masuk government servant. Kalau mana-mana s/u yang tak ada Shorthand dia kena ambil subjek tue sebagai salah satu syarat untuk confirm dalam perkhidmatan. Overall kawan-kawan aku nie memang jenis cepat catch gak ler..cuma nak kena bagi depa faham konsep Shorthand tue.
Bila bercerita pasal subjek Shorthand nie kan, teringat masa aku study dulu, aku extend satu paper Shorthand nie so dia drag ler sampai ke Part 5. Nie semua gara-gara sebab first introduction to this subjek nie aku memang tak faham langsung apa yang lecturer aku tue ajar, sebab aku langsung tak nampak gambaran sebenar Shorthand. Bila time exam, aku cakap kat hati aku memang aku akan fail subjek nie. Meantime time cuti semester, aku cuba belajar balik, aku tengok balik apa kesalahan aku, di mana silap aku and so on. Dapat result, memang sungguh pun aku fail. So bila aku di part 2, aku cuma sematkan dalam hati aku yang subjek Shorthand dan Trengkas nie satu mata pelajaran yang menarik. Since that day aku akan drill setiap 'stroke' yang aku dah belajar dalam kelas. Selalunya kalau kawan-kawan aku start buat 'dictation' dari walkman, aku akan join juga depa ambil dictation. Iyer ler time tue aku tak ada duit nak beli walkman, aku just tumpang jer dengan mana2 kawan aku yang ada walkman time tue. Nak minta duit dari mak ngan ayah time tue, rasa tak sampai hati. Aku fikir time tue biarlah aku susah sikit pun tak apalah. Dalam rumah aku tue hanya aku saja student yang ambil secreatrial course yang tak ada walkman. Tapi aku berlatih dari 'drilling' aku, aku belajar dengan kawan-kawan yang teror subjek tue. Meantime juga kalau aku dengar english song, ataupun tengok english movie, aku akan mula gerakkan tangan aku di awang-awang drill apa yang perbualan yang sempat aku ambil. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan juga tunjuk ajar dari kengkawan dan juga dari lecturer, aku berjaya naikkan prestasi subject tue dari F ke A! Memang aku bersyukur sangat time tue. Aku juga dah buktikan asalkan ada kesungguhan, susah ler macam mana pun kita boleh atas kesusahan. Dan aku juga dah buktikan juga walaupun aku tak ada kemudahan walkman and so on, but i did it. Sebab itulah time kengkawan aku minta aku ajar depa, aku cakap aku boleh ajar, cuma aku dah lama sangat tinggalkan subject tue. Aku pun dah cakap kat depa aku cuma boleh ajar setakat yang termampu saja. Aku juga bagi kata-kata positif kt depa, as long they set in their mind that this subject easy, then they will succeed, insya-ALLAH. Sebab aku nie bukannya pandai mengajar orang walau pun aku nie pernah mengajar..tapi itulah kenangan mengusik perasaan..erm...
-2 days teaching (story the incident of fail paper shorthand, kena extend 1 sem)
-

Friday, April 21, 2006

Did I Said Something Wrong?

Start dari semalam lepas Maghrib lagi aku mula rasa 'mual' cam nak muntah-muntah. Tak tahulah aku dah tersilap makan ke apa ker. Cuba gak untuk 'membuang' tapi tak dapat. Sebelum tidur tue aku siap pesan kat housemate aku if anything happen to me at night, i will knock their door without hesitate. Tapi alhamdulillah aku tidur dengan agak lena (sebab selalunya aku tidur sure akan terjaga few times). Agaknya mungkin for the first time petang semalam aku exercise gie aku main badminton. Hehhe..dah berapa tahun dah aku tinggalkan game tue, seingat aku le..it has been for 10 years! Main syok-syok aja. Siap ajak 2 orang anak jiran tue main sekali. Itupun sebab selalu nampak depa dok praktis tiap-tiap petang. Malam tue tengah aku dok tengok American Top Model 4, budak rumah aku (yang student tue) ketuk pintu bilik aku sebab nak kasi ais krim. Aku tanya kat dia berapa harga ais krim tue tapi dia cakap dia tak tau. So aku pun buat kesimpulan mungkin housemate aku yang lagi sorang tue keluar pergi beli ais krim tue agaknya.
Pagi nie lepas punch in, budak rumah aku ajak gie tapau, so aku pun follow sekali ke cafe dan aku tapau nasi goreng ngan kuih sikit. Balik saja dari tapau tue kat tempat parking, aku cakap ler kt student yang housemate aku tue yang ais krim yang dia bagi kat aku semalam tue sedap. Aku tak maksudkan apa-apa pun. Tup-tup tetiba saja housemate yang lagi sorang tue sound aku "ala...makan free memang ler sedap!". Kuat pulak volume dia sound aku time tue. Nasib baiklah kami bertiga saja kat parking time tue. Aku dah tergamam. Malu aku beb! Ini dah melibatkan maruah aku nie. Wei..aku dah silap cakap ker? Seingat aku lah, tak pernah sekalipun aku merengek minta depa belanja aku ke apa ke. Setakat bergurau tue biasa lah, but i don't mean it. Kalaupun time makan, bila depa dulukan duit depa, aku memang make sure aku akan bagi balik amount makanan yang aku kena bayar tue kat depa. Memang dari dulu lagi Abang dah pesan kot mana pun jangan bagi orang lain belanja kita sebab soon or later kita akan terhutang budi, nanti susah nak balas. And it's true. Walaupun gaji aku tak banyak tapi aku tak pernah meminta-minta. Mak dan ayah aku tak pernah ajar aku untuk terhegeh-hegeh untuk minta simpati apatah lagi bab-bab makan nie. Kalau ada makan, kalau tak dak diam saja. That's what i learn from my past. Selama nie aku cuba untuk tidak bermulut laser, walaupun dia selalu saja cakap lepas dengan aku. Aku kalau boleh memang tak nak biasakan diri aku nie untuk just simply 'laser' orang apatah lagi budak rumah aku sebab aku tak mau depa terasa hati though it's just a joke. Itu yang aku jaga sangat. Sebab tue depa cakap aku nie jenis 'skema'. Abih tue camner?

Wednesday, April 19, 2006

Topik Radio ERA

Yeehaaaaa...bos aku dah pergi ke Singapore untuk lawatan sambil belajar. And few of the officer join too. So mulai hari nie sampai ler Jumaat nie (lawatan tue sampai Sabtu nie) aku akan jadi 'bos kecik' hehehe...bos yang tak bertauliah..hahaa..kalau dulu kt department lama dulu aku memang tak pasang radio, kalaupun pasang lagu kt pc aku kena make sure volume tue hanya aku je yang dengar. Sebabnya my x-bos tue tak suka bising-bising. Tapi bila aku dah ditempatkan di tempat sekarang nie, my bos beri kebebasan as long tak mengganggu orang lain. So radio yang ada dekat rumah tue aku bawa ke office. Every morning bila aku onkan pc, aku akan on kan jugak radio and of course my favorite radio is ERA. Kalau semalam pagi dj bertugas bukak topik pasal "Siap yang lagi Cemburu? Lelaki ke perempuan?'. Pagi nie pulak dibukakan topik sama ada akan memaafkan bekas teman lelaki ataupun husband bila mereka buat salah. Tengah dok dengar tue tetiba jer teringat peristiwa lama, ala time sweet seventeen, remaja gitu..Ingat lagi dalam tahun lepas entah macamana entah ler tetiba saja my x-bf called. Dia nak jumpa aku. Macam ler aku tak tau yang dia tue dah kawin and just have the baby. Apa lagi yang dia nak. Gaya dia cakap tue cam nak menjalinkan balik hubungan yang dah putus. Itu ler dulu sapa suruh mak dia canang cerita buruk-burukkan mak aku. Kononnya mak aku tak pandai jaga anak dia (aku le tue). Dia kata aku nie gatal ker, asyik dok 'merela' ngan anak dia. Ala..cam ensem sangat mamat tue. Aku still boleh consider kalau mak dia cakap pasal aku, but when it comes to my family matter especially my mum and dad, memang pantang sangat. Time dia jumpa aku that day, aku siap bawa kawan aku lagi. Saja aje aku biarkan dia dengan kawan dia tunggu dalam 15 minit. Hahahah..padan muka dia. Dia cakap aku dah banyak berubah. Dia pun apa kurangnya. Lagipun dia dah menjawat jawatan yang okey dalam tentera. Dan dah kawin and have a baby as well. Apa lagi yang dia nak. Bagi aku what past is past. Then the next day dia called aku. Nasib baik ler phone aku nie jenis yang tertera nombor and i recognise it. Apa lagi aku biarkan phone tue berdering sampaikan it stopped itself. Hahha..itu saja cara nak ajar. Lagipun i have my own commitment. Aku tak nak buat sesuatu perkara yang boleh menjejaskan hubungan aku dengan Abang. Sedangkan Abang dok bercerita pasal business client dia pompuan dan time client pompuan dia call pun aku dah jeles, and i do learn from my least lesson. So as a conclusion, aku dah maafkan my x bf, since both of us have our own life..that's it..

Friday, April 14, 2006

Malu den..Count Of The Monte Cristo

Pagi nie aku bukak balik fotopages yang aku buat pagi semalam, itu pun main belasah jer, alhamdulillah jadi gak..bila terpampang je fotopage aku tue, terus aku tengok kt bahagian commment. Ada 2 comment; yang satu tue mengalu-alukan aku di FP nie. Pas tue yang lagi satu nie, dia cakap cam nie.."Best. sunggoh creative gambar kamu. ternampak coli budak pakai baju putih tu sikit. tak pe la. sexy sikit je. jangan risau, aku tak bagitau orang lain. - kreativiti kamu kekwatkan kucingku -". Aduih..malunya aku, so aku pun tengok balik gambar-gambar time seminar yang aku letakkan kat situ. Memang ler ada ternampak cam lubang sket kat celah-celah kemeja tue, tapi x ler sampai nampak coli..isy..mamat sorang nie, buat aku termalu sendiri jer..silap aku jugak sebab terlepas pandang, tapi aku nak stresskan lagi sekali, yang baju aku tue tak ler sampai ke tahap nampak COLI! Peringatan lagi sekali. Lepas tue kan dia ada sebut perkataaan KEKWAT. Aku penah dengar, tapi dah lupa apa maksud dia. So bro Dzool, cuba habaq sket apa maksud KEKWAT tue..tq..

Malam tue aku on tv3, ada satu cite tue tajuk dia Count of The Monte Cristo. Memang best. Kalau ada sapa-sapa yang baca entry aku nie dan tengok cite tue dan bersetuju dengan aku, aku mengala-alukan kome kasi komen pasal cerita nie. Memang banyak unsur pengajaran. Antaranya ialah:

1. Kebaikan tak selalunya dibalas dengan kebaikan. Contohnya si mamat nie yang ada kawan sepermainan but at the end betrayed him and make him went to prison. Dah tue rampas tunang si mamat tue lagi, memang sadis.

2. Manusia yang tak ada pengetahuan akan senang dimanupulasi oleh pihak yang ada kepentingan. Contohnya, si mamat nie dah le simple mind (lurus bendul gitu) kena tangkap kononnya dia dikatakan seorang pemberontak. Semuanya gara-gara sepucuk surat yang dia sendiri tak tahu isi kandungannya.

3. If people got a sincere heart, ke mana dia pergi pun orang akan suka. Contohnya time mamat nie dalam penjara, he's met a priest. So this priest teached him to write, how to read and everything so that he could be a knowledgable person.

4. Learn from past dan buat penambahbaikan. Contohnya bila mamat nie dapat lari dari penjara tue, dia dapat sorang kawan baru yang dia selamatkan(yang asalnya jahat) who's loyal to him. Together they went to Monte Cristo Island, took the treasure and build their richness. And he changed his name to Count to Monte Cristo.

4. What your right is your right. So bila mamat nie dah kaya, dia revenge pada orang-orang yang dah buatkan dia susah. And he did it well.

Well, that's all raps up for tonight..dah nak tido nie..good nite, papai..a'kum..

Thursday, April 13, 2006

Photo Snap

Ini adalah sebahagian gambar snap yang kawan aku amik time kami seminar tue. Gambar tue malam hari kedua, ala yang kami belajar penggunaan bahasa dalam penulisan surat rasmi. Actually memang time tue dah ngantuk 'gilos' dah. Tue saja jer cari jalan supaya tak terlena. Ada je aktiviti yang kami buat; antaranya kawan aku dok snap, kami lak dok pot-pet kt sebelah..aku pun tak tau time tue kami gelak pasal apa..

Saturday, April 08, 2006

Hujan ribut

Ikutkan perancangan, aku nak balik kampung lepas Zohor, tapi entah ler camner tergerak hati nak gerak awal. Lagipun Abang nak kena pergi ko Johor, ada kerja yang nak diuruskan. Dia pun suggestkan aku balik awal jugak. So lepas hantar dia ke kedai, terus aku gerak balik. Alhamdulillah aku selamat sampai dalam 2.45 petang. Masuk saja rumah, anak sedara aku dah ada kt depan tv sambil dikelilingi dek Mama Andak ngan Pakchu dia. Wah..dah besar Harris. Hari nie genap dia 3 bulan tengok dunia. Time aku nak agah dia tue, dia terus diam. Adik aku pun cakap tadi dia galak jer 'berkayuh' kaki ngan sengih. Tapi bila aku nak agah, dia senyap saja. Agaknya mungkin sebab muka baru kot..itu yang dia pun agak konpius gitu...hehe..tak lama lepas tue barulah dia nak senyum. Memang aktif betul si Harris nie, tak duduk diam. Rupa-rupanya dia dah nak belajar meniarap..cuma time dia nak berkalih tue kena nak tengok gak ler..sebab risau kalau-kalau dia tak boleh nak angkat kepala. Baik betul, susah nak dengar suara dia menangis, kecuali kalau diapers dia basah, lapar atau mengantuk. Itu pun takat merengek jer ler..
Lepas Asar aku ajak Nor dengan Manje keluar sekejap beli barang dengan beli handphone. Time tue dah start hujan rintik-rintik. Lepas je dapat parking kami terus masuk ke pasar raya Fajar. Manje cakap nak beli baju dekat mak sebab minggu depan ada kenduri kt rumah jiran aku yang selang 5 buah rumah je tue. Lepas jer pilih dan bayar harga baju, kami turun ke bawah pulak bahagian barang-barang yang lain. Kami beli barang-barang rumah yang dah tak der. Sekali-sekala berhabis beli barang rumah apa salahnya, bukannya selalu. Itu saja yang termampu aku buat masa la nie. Minta sangat aku dimurahkan rezeki supaya aku boleh senangkan ibu bapa aku, amin..Bila aku pergi dekat kereta aku tengok yang dekat wiper cermin tue depa ada letak kompoun! Aduih, nie yang aku benci nie, memang dah betul ler aku letak coin ikut arrow yang diarahkan. Nie sure aku dah terletak coin untuk kereta sebelah. Cittt! Hampeh tul ler..sampai jer kt tepi jalan adik aku dah tunggu dah, so aku pun parking tepi dan diaorang pun masukkan barang-barang dalam kereta. Terus kami gerak. Aku tunjuk resit kompoun kt adik-adik aku. So depa pun cakap Isnin nie boleh bayar. Ada saja masalah. Sampai dekat kedai handset yang adik aku cakap boleh dapat h/phone dengan harga murah sket, dah start nak hujan lebat. Terus kami masuk dalam kedai tue. Mula tue aku nak ambil h/phone yang sama dengan adik aku, 1100. Lepas tue tengok h/phone 1110 cam sempoi lak. Deal punya deal at last dapat gak h/phone 1110 dengan harga RM200.00. Tapi cuma dapat charger jer ler. Okey ler tue..On the way balik dah start hujan ribut dah. Alhamdulillah we make it to the house.
Sebelum Maghrib tue Wan (ayah) dia tidokan Harris. Hujan ribut semakin kuat, tak berhenti. Kuat juga ler. Takut gak aku. Pintu depan yang kami tutup pun mak suruh buka biar angin masuk. Tue tak kena gaya tue alamatnya memang terbanglah bumbung rumah tue. Harris lak yang time tue dah nak tidur terus tak jadi. Agaknya dia takut kot dengan bunyi guruh. Tambah pulak rumah aku tak pasang siling. Tak lama lepas tue pulak black-out. Tapi sekejap je ler, sebab fius kt main tue 'tertendang'. Rupa-rupanya berita dah maklumkan hari jadi hujan ribut nie memang dijangkakan kat Perak, Seremban and few places more. Nasib baik lah aku sempat sampai awal, kalau tak, i just can't imagine i am stranded dekat tengah jalan dengan hujan lebat. Nauzubillah..

Thursday, April 06, 2006

Mini Poll, swimming poll..my poll..

Dalam dok chat ngn bro Dzool, aku sempat gak belajar dengan dia nak buat poll tue, susah gak bagi aku memang 'jahil' bab-bab IT. Sorry ler bro Dzool, selalu buat dia tension ngan soalan bangang aku! Heheh..dah buat setengah, dah poll tue 'terlari' ke bawah pulak! Adui..camner nie..dah fed up sangat aku biar kan saja dulu.
Tepat jer on time, aku terus punch out, dan aku dengan budak rumah pergi melawat one of the pegawai kt sini yang cuti bersalin. Jenuh dok mencari barang nak nak dibeli; nak beli bunga kering, cam tak lawa jer design susunan bunga dia; nak beli KFC lak risau kalau2 pegawai tue 'terliur' ke apa ker, ha..tak ke naya aku nanti..time kami nak balik tue anak ketiga dia (girl) lambai tak mau-mau..itu ler tadi time kami kat rumah dia, bila suruh dia datang dekat, dia tak mau. Dah nak balik barule dia nak berani nak 'usik' kitaorang gak...ehhe...

Wednesday, April 05, 2006

Snow Wash

Jam 10.20 pagi, aku minta kebenaran bos aku nak keluar kejap sebab aku kena ke maintenance office ambil balik kunci dan second kunci yang still ada dalam simpanan office tue. Jugak aku pergi ke Bank Rakyat, bank in duit yang Angah kasi semalam. Lepas tue aku pergi up date buku Maybank. Finally aku pergi cuci kereta. Time aku nak start drive tue, aku tengok yang kusyen belakang dengan sisi aku tempat letak syiling tue still kotor, juga dekat tempat gear kat celah2. Isy..nie tak boleh jadi nie, tak per jap lagi aku pergi. Petang tue on time aku terus pergi balik ke cuci kereta tue suruh dah vacume balik. Dah ler depa charge RM10.00. Kalau dekat Pandan tue kt Petronas tue kena RM8. Kebetulan pulak ada sorang pegawai tue memang nak minta aku temankan dia pergi cuci kereta, so dia follow aku dari belakang. Time aku minta depa vacum balik, orang lain yang buat kerja tue macam baru lepas balik dari kerja saja. Dia pakai T-shirt Tenaga Nasional. Barulah aku tau dia tue sebenarnya owner kedai tue. Lantak ler dia nak kata apa pun, yang penting i want to have a better service. RM10 is a money, aku bukannya bayar pakai daun.

Tuesday, April 04, 2006

Unbelievable

Rasa marah nie dari semalam bawa sampai ke pagi nie. Memang dah berkobar-kobar dah hati aku nie nak menyuarakan rasa ketidakpuasan hati ni kat sorang pegawai nie. Semalam dia minta aku draf satu surat pemangkuan bagi kakitangan cuti bersalin. Lepas deraf tue dia minta letak atas meja dia sebab katanya dia nak edit dulu. Aik..pelik aku, pasal apa pulak dia nak edit sedangkan kelazimannya surat yang dideraf akan terus masuk ke bilik bos aku and he's going to check sama surat tue ada sebarang pembetulan ataupun sebarang penambahan. Erm..i smell something fishy here. Kalau difikirkan balik, surat pemangkuan cuti tue dah kira surat cuti. Dalam meeting pentadbiran antara bos, aku, pegawai tue dengan sorang kakitangan dia, kami dah capai kata sepakat yang pembahagian tugas dah diberikan kepada bahagian masing-masing. Kalau bab-bab cuti tue pegawai tue akan in charge overall. Aku memang dah tak in charge dah. Alih-alih kenapa dia minta aku draf pulak? Dah tue pagi tadi dia tanya lagi surat tue aku dah buat ke belum, so aku cakap le belum lagi. Dia dah start hangin dah. Aik..nape nak hangin dengan aku. Siap cakap nak surat tue urgent. Apa pulak aku yang kena? Staf dia ler kena deraf surat tue. Lepas tue bila aku cakap dekat dia surat tue kena dilampirkan bersama borang pemangkuan, senarai tugas pegawai yang memangku dan dipangku, dia suruh aku minta dekat pegawai yang akan memangku tue. Lagi ler aku hangin. Nampak sangat dia nak lepas diri saja. Lagi satu yang buatkan aku rasa cuak tue kenapa dia minta nak buat double chek surat tue sebelum bos aku sign? Tak ke pelik tue? So as a conclusion, memang tue tugas dia. Pegawai yang lain pun tak ada masalah deraf surat, tapi bila tiba bab pegawai nie dia memang berkira sangat bab nak deraf surat. Kononnya dia ingat 'aku nie pegawai, deraf surat bukannya tugas aku'. Lepas tue pulak kenapa dia suruh aku yang buat surat tue? Aku tak kisah kalau itu memang tugas aku. Ikutkan memang aku dah tak boleh sentuh dah bab-bab cuti tue. Mana lah tau kot2 ada perkara sulit ke apa ker. Macam minggu lepas ada satu meeting tue yang sepatutnya diadakan hari semalam tadi terpaksa ditunda ke 27 hb nie. So dia draf surat tue Jumaat lepas, dan minta aku segerakan surat tue supaya bos aku sign. Dah settle jer bos aku sign aku dengan bermurah hati menghantar surat tue ke meja dia sebab memikirkan buat apa ler nak berkira kerja. Bila dia tengok surat tue, terus dia tanya aku dah buat ke belum phone call ke semua penama dalam surat tue. Aik mamat nie tak kan tak tau yang aku baru jer cakap kat dia aku just keluarkan surat tue dari bilik bos, so of course lah belum. Cepat betul menggelabah mamat sorang nie. Aku nie bukannya staf bawahan dia yang dia nak kerah sesuka hati dia. Kot mana pun aku kena siapkan tugas hakiki under my main bos. Aku kena utamakan bos aku dulu. Ni tak dia nak juga minta kerja dia siap dulu. Mana boleh beb! Kalaupun aku buat kerja yang dia minta tue kira aku nie dah bermurah hati nak tolong dia. Itu saja...aku nak tengok kesudahan tue esok macamana..erm...
Jam 5.10 petang aku punch, terus gerak ke rumah aku tue. Sampai saja budak yang nak menyewa rumah aku tue dah ada situ. Mak aii..merimbunnya rumput yang ditebas that day tumbuh balik..cam aku nie penanam rumput yang berjaya pulak..haha..unbelievable, cepat betul naik rumput-rumput tue..sabor jer ler..Aku pun bukakan pintu gril tue, siap testing lampu dan kunci yang aku duplicate tadi. Hampeh betul, semua pun kunci tue tak boleh guna. Nie alamatnya nak kena pergi ke kedai kunci tue balik. Tue yang aku maleh tue. Dalam dok terangkan kat budak tue minta dia jaga rumah tue elok2 (iyer ler..tue rumah baru, dan budak tue akan jadi penghuni pertama, sedangkan aku pun belum rasmi lagi..uhuk..uhuk..uhuk..), kawan dia pun sampai dengan van. A guy. Katanya kawan dia. Budak tue siap bagi business card kat aku lagi..amboi..aku pun tak dak kad lagi..kad pengenalan tue ada ler...hehe..Budak yang nak menyewa tue nama dia Angah. Dia tanya kawasan rumah aku nie 'ok' ker. Aku tak tahu ler 'ok' yang dia maksudkan tue macamana; sama ada 'ok' tue dia nak tau kot-kot kawasan rumah tue 'clear' dari segi nak buat perkara yang tak senonoh ker ataupun 'ok' kot2 rumah aku tue 'berhantu' ke apa ker. Aku nie kan suka bersangka yang buruk dulu, lepas tue baru boleh fikirkan sama ada apa yang aku fikir tue boleh jadi perkara yang positif ataupun perkara yang negatif. Takut beb, walau pun pompuan, kena hati-hati gak. Lembut gigi dari lidah. So aku pun cakap dekat area rumah aku tue dah ramai orang, so should be no problem, cuma nak kenal dengan tak kenal saja je jiran-tetangga. Aku tanya dia nanti stay kt bilik master bed room ker. Dia mengiakan, tapi dia cakap malam dia akan tido kat bilik adik dia ler sebab dia nie jenis yang penakut sikit. So aku pun 'setepet' kat dia "Ala, nanti bila nak masuk rumah nanti, bacalah apa-apa yang patut'. Dia diam saja. Tetiba saja kawan lelaki dia cakap 'ala..kan abang sedara ko rajin lepak time ko stay kt hostel'. Aku dah terdiam. Bukannya nak bersangka yang baik, tapi aku kena buat 'edisi siasat' gak lepas nie. Dia cakap dia kerja dekat kedai kain. Nanti aku gie survey tempat tue tengok dia ada keje situ ke tak. Angah nie jenis yang berperwatakan kasar sket ler. Kelmarin saja aku test call dia guna no aku yang lagi satu tue. Kasar jer bunyi time dia sambut panggilan tu. Sabo jer ler..aku nie kan jenis yang cepat 'naik angin' kalau tune tue dah naik ke volume 3. Itu aku ler. Settle jer budak tue buat payment dan sign agreement, dia terus gerak balik. Lepas saja van yang depa naik tue melepasi selekoh jalan, aku terus jumpa dengan akak jiran sebelah rumah yang 'kay poh' tue. Mula-mula tue adik dia ke adik ipar dia keluar dengan seluar paras lutut dan tak pakai baju. Isy mamat nei..tak malu betul, dia tak tau ke yang anak dara kat depan dia nie..aku pun tanya dia akak ada tak, dia masuk ke rumah. Lepas tue keluar pulak si husband akak tue, pun pakai seluar steng tanpa baju, pun aku tanya soalan yang sama. Tak lama lepas tue baru la akak tue keluar. Lepas salam dengan dia, aku pun cakap perkara yang sebenar; minta dia tengok-tengokkan rumah aku tue, even aku pun dah kasi no. telefon aku kt dia. Iyer ler untuk keselamatan kan..risau jugak. Setttle jer, terus aku gerak balik ke rumah. Si mamat tue still ada dekat luar rumah sambil main-main dengan anak sedara dia. Agaknya dia nak tengok aku balik kot..hahaha..

Sunday, April 02, 2006

Seminar Setiausaha (hari last)

Lepas breakfast kami terus gerak ke dewan. Pagi nie Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod tue bagi talk pasal Pengisian Rohani: Cantik di Mata, Cantik di Hati. Ustazah nie terkenal dengan gelaran CAKAR HARIMAU sebab last 2 years time dia bagi talk kat seminar s/u yang aku attend tue, terus terus glamour. Ke mana-mana dia pergi pun dia glomour dengan gelaran tue. Selalunya husband dia akan monitor slaid sepanjang ceramah dia. Kalau dari segi pemakaian warna baju pulak, husband and wife nie memang pakai warna sedondon. Matching gitu. Banyak juga tips yang dia bagi. Settle jer, aku ngn budak bilik terus naik ke bilik kemaskan semua barang-barang masukkan dalam beg. Dah settle tue kami turun balik untuk penyampaian hadiah, makan tengah hari, terus bersurai. Abang tunggu aku dekat tingkat 6. Muka dia monyok jer. Bila ditanya barulah dia cakap time dia masuk parking tadi rupa-rupanya dia dah tersilap masuk, bila dia dah masuk ke lorong tue dia bertembung dengan kereta yang nak turun! Dia dah masuk ke lorong orang nak turun. Apa lagi terpaksa direverse ler. Aku gelakkan dia. Tue gara-gara nak cepat ler tue. Lepas tue pulak dia belum makan lagi. Lagi ler kelam-kabut. Mana lagi sebelum tue dia ada kerja sikit, lepas tue pulak mana lagi nak menjemput aku..ehhe..rasakan..bila lagi nak tolong aku, dan bila lagi nak 'ragging' dia.

Saturday, April 01, 2006

Seminar Setiausaha (hari ke-2)

Set jam pukul 6.00 pagi, tapi bangunnya pukul 6.30 pagi. Hehe..terlewat sikit, lagi pun aku 'cuti' hari nie. Lagi pulak air-cond tue dah di offkan semalam tapi still sejuk jugak. Itu yang buatkan aku lagi malas nak bangun tue. Aku tengok kawan aku dah siap mandi aku, aku pun apa lagi, bingkas bangun dan terus ke bilik air. Dah bersiap kami terus pergi breakfast. Abis tue terus kami gerak ke dewan yang semalam ada dinner tue. Ikut jadual program start jam 8.30 pagi. Sebelum tue urusetia minta kami ke kawasan swimming pool. Bukan nak suruh mandi yek, depa nak ambil gambar. Dah ler peserta seramai 478 orang, sure tak muat. At last camera man tue pergi ke tingkat atas sikit dan snap gamar kami. Dia minta kami posing ala-ala tengok langit. Ada ka patut cameraman tue ambil gambar semua orang sekali gus. Cit! Sah tak nampak muka aku memandangkan aku dah dekat belakang! Bila gambar tue depa letak kt board belakang kot2 ada yang berminat nak tempah ke apa, aku gie tengok. Memang tak nampak muka aku. Nampak kepala jer. Apa la depa nie. Kalau 2 tahun lepas tue time depa buat Grand Season tue depa panggil row by row, so memang effective ler. Siap gambar tue aku framekan lagi. Nie dah ler minta semua sekali ke area swimming pool, memang crowd giler. Macam anak lembu yang baru dilepaskan dari kandang. Bertempiaran saja. Habis saja sesi bergambar tue, kami semua dah bergerak masuk ke dewan tue untuk sesi ceramah. Tak lama lepas tue depa jemput Dr. Mohamed Jantan, Perunding Motivasi dan Psikologi Kaunseling, RMJ Hoslistik Solution bagi ceramah pasal ESQ (Kecergasan emosi dan spiritual kesetiausahaan profesional). Pergghhh..dengar dari tajuk jer dah gerun kan..hhe..time penceramah tue bagi talk, dia siap tunjukkan slaid dia tengah bagi 'talk' kt Mawi. Tue tengah dok 'melobi' si Mawi WORLD ler tue..haha..Not bad gak isi ceramah dia. Lepas tue kudapan. Aku dengan kawan aku lepak bilik saja sebab still kenyang breakfast tadi. Masuk saja ke dewan lepas tue penceramah lain dah start bagi talk. Malunya bukan kepalang tapi bukan kami jer yang masuk lewat. Tak sangka le pulak yang orangt tue on time. Dia nie Setiausaha Sulit YDP Besar Negeri Sembilan. Nama dia YBH Dato' Hj. Abdullah Haji Abas. Still a smart guy, but with a white hair, macam Sultan Perak tue. Bagus talk yang dia bagi. Disambung pulak sesi tue after lunch. Sepanjang tue memang dia cakap dalam loghat "Nogoghi". Siap diajar protokol diraja. Antara tips dia yang aku ingat ialah kalau pepagi ada sapa-sapa yang asyik marah2 jer cuba tanya kat orang tue 'Dah berak ke belum'. Tergelak kitaorang. Iyer ler betul gak sebab 'lepas membuang kita dah lepaskan bahan2 toksid' so of course la fresh dan ringan badan kita lepas tue. Lepas Asar aktiviti bebas. Kawan sebilik aku terus lepak kat bilik. Aku pulak pergi ke Spa Marta Tilaar kat tingkat 18. Depa ada bagi voucer RM50.00. So bila aku enter ke tempat tue aku tanya pasal rate untuk buat spa. Dalam dok bertanya kat budak tue, aku terfikir gak yang sebelum nie aku pernah pergi buat spa kat Pandan Indah. Balik saja dari rumah aku dah start menggaru-garu cam beruk jer rupanya. Tak lama lepas tue habis badan aku keluar bintik merah-merah. Terus Abang bawak aku jumpa skin specialist. Time aku buat pemeriksaan, doktor tue tanya kot2 aku ada pergi ke spa, i said yes. So dia cakap most probably bath tab tue tak bersih. Iyer la, bukan aku sorang saja yang ke spa tue kan. Jadi itu ler bahana yang aku terpaksa tanggung akibat nak buat spa. Bila ditanya harga untuk buat spa tue, mak aiii..harga sebenar untuk buat spa biasa tue, siap dengan scrup RM250.00, ditolak voucer RM50.00 so aku akan bayar RM230.00. Isy..mahal 'gilos' tue. Terus aku cancelkan. Aku called Abang, so dia suruh aku pergi ke spa yang diprovidekan oleh hotel saja. Terus aku pergi ke tingkat 11. Nama dia Clerk Hatch. Aku tanya kat person in charge kt front desk tue. So aku request untuk buat Aromatherapy Massage. Dia bawa aku masuk satu bilik tue, minta aku tukarkan pakaian. A few minutes later, a christian lady came inside. Dia pun start mengurut. Sedap betul. Terasa setiap gerak tangan dia picit aku. Bila bila dia urut dekat belikat kanan sampai le tangan kanan, aku rasa cam nak terkeluar saja urat-urat aku. Macam nak menjerit pun ada. Sebenarnya dah seminggu dah belikat aku sakit. Memang tak dinafikan aku ada angkat barang berat, then bila bangun pagi pulak still rasa sengal dekat belikat tue. Hofefully i will feel release, insya-ALLAH. Siap that lady kasi aku her mobile number, in case kalau aku nak ke sana lagi. Settle jer dia urut, aku terus ke bilik wap. Yang tak best tue, aku terpaksa berkemban, sambil pakai tuala lain cover bahu aku. Aku terpaksan menyusuri gym sebelum nak sampai ke bilik wap tue. Rilek situ dalam 15 minutes, terus aku pergi mandi. Sampai bilik dalam 6.30 just nice. Aku pun mandi lagi sekali, sebelum bersiap2 nak makan malam. Untuk sesi malam tue pulak pasal Aspek Bahasa Dalam Penulisan Surat Rasmi. Penyampai tue ialah Tn. Hj. Muhammed Salehudin Aman, Munsyi DBP. Memang menarik topik tue, tapi since siang tadi jadual agak padat, so sesi malam tue agak meletihkan. Antara beberapa perkara yang rasanya kita boleh share ialah:
1. Rupa-rupanya dari segi penggunaan ayat dalam surat rasmi yang aku gunakan dan juga dalam perbualan kita seharian pun still ada yang silap. Contohnya penggunaan ULAM-ULAMAN tue maksudnya PEREMPUAN SIMPANAN. So the proper word tue hanya ULAM saja sebab dah plural.
2. Macam perkataan JOMHEBOH tue pun dah silap sebab perkataan JOM tue sepatutnya dijarakkan dengan HEBOH tue. Rupa-rupanya sebelum TV3 nie nak gunakan ayat tue, depa refer dengan DBP terlebih dahulu. Should be topik nie depa buat pagi esok.
3. Selalu kita guna YANG KURIK ITU KENDI bla...tapi penggunaan ayat yang betul ialah YANG KURIK ITU KUNDI. Sebabnya KURIK tue buah saga, dan KUNDI itu ialah batu timbang. Bukan KENDI.
4. Selalunya kita gunakan ayat macam nie 'rupa dia saling tak tumpah bla...penggunaan yang betul ialah SALIN tak tumpah
5. Penggunaan yang betul bagi MENJOLOK MATA ialah MENCOLOK MATA
6. Penggunaan yang betul bagi RAMAI ORANG ialah BANYAK ORANG. Sebabnya ialah kalau ramai tue disamakan dengan riuh rendah/hiruk pikuk.
Itu le serba sedikit apa yang aku dapat malam nie. Banyak lagi info yang aku nak share, tapi dah dah mengantuk sangat dah nie...good nite..zzzzzzzzz.....