Tuesday, May 22, 2007

Aduhai..

Kenapalah mata nie asyik nak terlelep saja. Kot iya pun tunggulah sampai lunch hour. Sabo je ler..bos aku still ada kat dalam bilik dia tue. Tadi dia maklumkan kat aku yang hari Jumaat nie dia akan di IJN; bercuti lagi. Minggu lepas pun dia bercuti hari Jumaat gak. Agaknya dia kurang sihat kot. Nak bertanya, nanti dikatakan cam penyibuk lak.. :)
Pagi tadi 'temperature' aku dah naik. Ada sorang kerani ni tengah buat kerja pegawai nie. Siap duduk kt kerusi pegawai tue lagi. Then, Timbalan Pengarah aku nak berjumpa dengan pegawai tue. Jadi aku minta kerani nie tolong buat phone call since phone dah dekat dengan kerani tue. Alih-alih dia suruh aku pulak yang call. Dengan alasan, dia nak buat kerja. Amboi..aku minta tolong dia, dia suruh aku pulak. Sibuk buat kerja orang, kerja sendiri tak siap.

Tue sure dia dok mengomel pasal aku kat staf yang lain tue. Sial betul perangai macam tue. Benci aku. Asalnya perkara tak ada apa-apa, nanti terus jadi satu isu pulak. Nanti nampak aku jugak le yang salah dalam hal nie.

Salah aku ke ni haaa.......