Sunday, October 10, 2010

Raya ke-2

Sedar tak sedar dah hari raya ke-2. Aku sorang saja dalam rumah yang pakai baju kurung dari awal pagi lagi. Family aku yang lain semuanya kasual. Sampaikan adik-adik aku tanya 'akak nak tunggu sapa datang nie?' Selalunya time ni dah ramai ahli keluarga yang datang bertandang berhari raya kt sini. But up to this moment, tak der sorang pun. Hehehhe..kalau tak memang aku tak boleh mencoret kat entry ni..hehehe...

Mak aku buat bihun sup hari ni. Menu yang paling senang. Tapi itu lah, seperti biasa aku hanya memerhatikan saja mak dan adik-adik buat kerja. Bila ditanya kalau-kalau ada apa yang boleh ditolong, aku hanya diminta untuk jadi baby sitter untuk anak-anak sedaraku yang makin keletah. Pantang tengok aku pergi jemur kain kat luar, semuanya nak mengekor. Adoi..sabar je lah. Seronok juga layan karenah diaorang ni. Tapi kalau dah melampau tu, memang aku tangankan jugak. Hehehhe..nasib baiklah mak dia pun faham. Budak kecik ni ada perkara yang kita boleh manjakan tapi dalam masa yang sama, kita educate diaorang jugak. Kalau semua perkara dimanjakan, risau. Time kecik le kita nak ajar. Kalau ditegur bila dah besar nanti, sia-sia saja. Tak makan saman.

Petang semalam aku pergi ke rumah nenek aku dengan mama. Menjenguk nenek aku. Sebaik saja aku lihat nenek aku, rasa sebak menyelubungi hati ini. Rasa nak menangis. Tak sampai hati aku untuk nak tatap dia lama-lama. Kelihatan dia makin kurus. Bila ditanya pasal kesihatan dia, katanya dia pening kepala. Jadi aku minta dia tanggalkan anak tudung yang dipakainya. Terus adik aku minta dia baring dalam bilik. Kuperhatikan fizikal diri dia; badan makin susut. Penyakit nyanyuk dia sekejap okey. Bila tiba ketika dia lupa, even dia akan tanya soalan yang sama. Kadang-kadang tu dia dah lupa yang dia belum mandi. Tapi bila ditanya, katanya dah mandi. Kadang-kadang makan pun dia lupa. Even time solat pun kadang-kadang dia lupa dah berapa rakaat dia dah solat. Kesian sangat bila tengok keadaan dia begitu. Kadang-kadang mak aku bawa jugak dia datang ke rumah. Tinggal di rumah aku for few days. Aku doakan agar nenek aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, aminnnn.

Pakcik aku pulak sibuk dengan kolam ikan dia. Katanya baru-baru nie aku bela lag 20 ekor anak ikan. Entah apa jenis ikan tu. Tak ingat aku. Katanya lagi dalam sebulan dah boleh dah jual ikan tue. Pulangannya pun boleh tahan gak. Pakcik aku plan nak buka lagi kolam ikan. Aku doakan agar plan dia tu menjadi, insya-ALLAH.

Balik tu singgah jap ke rumah mak sedaraku di Batu 10. Nasib baik diaorang ada di rumah. Sempat berjumpa dengan sepupu-sepupuku yang lain. Abang sedara lagi 2 orang tu tak dapat cuti. Tahun depan baru balik.

Kami sampai di rumahpun dah Maghrib. Memang banyak kereta di jalan raya. Agaknya diaorang pun keluar berhari raya gak tu..hehheee..okey lah nanti kita sambung lagi yer..chowww....

Wednesday, September 29, 2010

Pelalian Anti-Kanser Pangkal Rahim (Servical Cancer)

Celik saja mata ni, terfikir aku ' nak pergi kerja ke tak nie? Lenguh betul tangan aku nih? Pergi aje la'.
Lenguhnya lengan kiri hingga ke saat ini. Nak angkat tinggi sikit pun dah mula rasa lenguhnya. Agaknya mungkin penangan dari injection semalam kot. Pagi semalam aku pergi ke bahagian HEP tempat aku ni. Di klinik tu ada disediakan kemudahan injection untuk servical cancer. Hanya RM160.00 sahaja. Kalau di luar lagi mahal. Memang dah lama aku fikirkan. Jadi dah alang-alang aku agak berkepalangan tu, terus saja aku lunsuri ke situ. Time nurse tu nak inject, aku halakan pandangan ke arah lain. Tak sanggup beb nak tengok jarum tu ditusuk ke dalam isi lengan aku ni..hhuhuuuuu...Siap lagi nurse tu pesan supaya aku tarik nafas.
Rupa-rupanya kena lengkapkan 3 kali injection. Contohnya kalau bulan ni aku ambil untuk injection pertama, bulan depan aku kena ambil untuk injection ke-2 pula. Tiga bulan lepas tu barulah injection ke-3. Tak pulak aku tahu rasa sengal dan lenguh tu sampai hari ke-2. Rasa sakit tulang selangka kiri aku ni..aduhai...
Nasib baik aku datang ke pejabat. Entah apa mimpinya tetiba bos aku nak datang pulak..kelam-kabut aku. Kesian kat bos aku. Abang dia meninggal Jumaat lepas. Tak dapat dia attend Majlis Santapan di Hotel Equatorial, Bangi. Even Majlis Konvokesyen pun dia tak dapat hadir juga.
Al-Fatihan untuk abang bos aku.

Sunday, September 12, 2010

Poning

Dari hari aku sampai ke kampung lagi, asyik sakit kepala le. Tak tahulah kenapa. Agaknya mungkin timing tidur yang tak menentu. Sempat juga aku lelap tadi. Tapi tidur-tidur ayam gitu..huhuhuu...Pagi aku aku breakfast dengan adik aku di MacD. Then only baru ke Tesco. Ramai gak orang di situ. Agaknya sambil berhari raya sambil membeli barang macam kami gak kot..huhuu...

Tuesday, September 07, 2010

Salam Lebaran

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tersayang, buat semua kawan-kawan yang mengenali aku (glamour ke aku nih..huhuhuu..). Aku juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kiranya tersilap kata, tersalah perilaku. Iye la bila dok bersembang, dok bergurau mungkin terselit kata-kata yang kurang disenangi. Moga lebaran baru, kita juga start dari 0 -0, bersih dari segala kesalahan.
Tahun ni aku rasakan persediaan aku amat simple. Baju raya? Pakai saja baju kenduri time adik kawin last June. So tahun ni, kami sekeluarga semuanya sedondon. Colour cream gitu. Kuih raya? Awal-awal lagi mak aku dah bagi 'pesanan penaja'. Katanya bab tu biar dia yang uruskan. Katanya lagi dia nak buat kuih beberapa jenis. Ada juga yang dia akan order dari orang lain. Isy mak aku ni..buat susah-susah saja. Beli saja kuih tunjuk. Tapi tu la kuih mak jugak jadi kegemaran kami adik beradik. Tengah hari semalam aku belikan beberapa jenis kerepek untuk dibawa balik ke kampung. Jadi aku peruntukkan hanyalah duit TNG, minyak, duit raya (itupun kurang kalau dibandingkan tahun lepas), aku sponser gak adik aku buat rambut. Biar dia pun nampak bergaya gak dengan rambut baru..huhuhuhu...Juga rencam. Iye la balik kampung mesti kita akan berbelanja juga. Tapi aku rasa puas sebab berbelanja untuk keluarga.
Ikutkan nafsu hati ni, la ni gak aku nak terus drive balik ke kampung. Tapi aku kena kerja gak hari ni. Aku berdoakan sangat moga selamat dan dipermudahkan perjalanan aku pergi dan balik nanti...aminnnn...

Thursday, September 02, 2010

Sup Ketam

Al-kisahnya aku baru saja pulih dari demam. Minggu lepas the whole week aku MC. Demam yang tak kebah. Muntah-muntah. Agaknya musim kot. Ataupun dugaan berpuasa..hehehhe..seingat aku, rasanya hampir setahun dah aku tak demam. Kifarat dosa..huhhuuu..
Kelmarin jumpa dengan kawan aku, dia bertanyakan khabar aku. Dia cadangkan supaya aku minum 100 Plus untuk pulihkan semula tenaga dari demam. Lepas tu dia ada mentioned pasal sup ketam. Tak pernah pun makan sup ketam. Terus aku suarakan hasrat aku minta dia buatkan. Kiranya aku upah dia lah. Dalam tengah hari tu dia 'YM' aku. Katanya sup ketam aku dah siap. Aik..bila masanya dia ni memasak? Rupa-rupanya time rehat tue dia pergi ke pasar. Tapi sebelum tu katanya dia tak berani janji bila dia boleh buatkan sup ketam tu sebab katanya ketam ni bermusim. Kalau bukan musimnya, isi ketam tu sikit-sikit je. Manalah aku tahu. Lagipun aku kurang sangat makan ketam ni. Itu pun entah macam mana boleh terjebak mula makan..huhuhuu...terus jatuh cinta. Dalam jam 3.00 petang, aku pergi ambil sup ketam tu dari kawan aku. Terus aku bayarkan upah dia beli ketam tue.
Dalam jam 4.00 petang gitu, ada sorang ni, berpangkat 'Dato'. Dia nak berjumpa dengan bos aku, tapi aku katakan pada dia yang bos aku dah berada di Mekah. Minggu depan baru balik ke Malaysia. Dia nak menghala ke sini. Katanya nak bagi hadiah raya (definately for my boss, betul tak? Waktu awal puasa dulu pun dia datang bagi kurma, tapi aku bercuti). Tak lama lepas tu bila Dato' tu sampai ke lobi, dia maklumkan minta aku turun sebab katanya dia nak cepat. Dato' tu hulurkan satu bungkusan plastik. Ada satu bungkusan ber'wrapping' dari Isetan dan juga sebalang kuih raya. Cookies rupanya. Aku buka bungkusan tu. Terkelu aku seketika. Rupa-rupanya beg kulit brand 'LizClairBorne'. Adoi..mesti mahal nie. Macam mana nie? Takutnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku rasa the best way, nanti tunggu bos aku balik. I will explain the whole matter to him. Tengoklah apa keputusan bos aku nanti.

Monday, May 03, 2010

Tudung lagi


'taukeh' posing dengan tudung dalam kereta

Aku tak tahu macam mana boleh terjebak dengan 'aktiviti' ni. Langsung tak terlintas di fikiran nak cuba pakai, apatah lagi nak menjual. It come suddenly. Sebelum ni aku memang suka sangat pakai shawl. Asyik membeli (nafsu membeli) saja sampaikan ada shawl-shawl tu yang langsung tak ada yang 'match' dengan baju. Sampai le bila aku balik ke kampung, kena kutuk 'rapat' dengan adik-adik. Depa cakap muka aku dah le bulat macam telur. Pakai shawl (yang aku rasa time tu aku cun habis dah la tu). lagilah muka aku jadi bulat. Hampeh betul adik-adik aku ni. Komen terang-terangan. Panas telinga kejap. Tapi aku suka sebab komen yang membina. Itu yang aku nak. Kebetulan Abang pun bagi komen yang sama. Dia cadangkan supaya aku cuba pakai tudung Ariani. Katanya tudung tu makes you look smart sebab awning yang memang dah terletak. Aku katakan pada dia yang tudung jenis tu agak mahal. Tak mampu aku membeli. Sehelai saja dah mencecah ke RM50.00 ke atas. Aduyaiiii....
Dalam bulan lepas aku ajak kawan aku makan di Sup Ani Utara di Bangi. Berdekatan situ ada cawangan Ariani. Habis saja makan, terus aku ajak kawan aku masuk ke dalam butik Ariani tu. Aku cuba kenakan sehelai dua ke mukaku. Erm..macam best pulak. Terus aku beli 5 helai. Unbelievable but it's true. The next day aku pakai tudung Ariani tu, kengkawan aku cakap aku nampak okey pakai tudung sebegitu. Ikhlas ke tu puji? Ni buatkan aku 'kembang' nie. Kembang kempis hidung ni..huhuuu...Bila aku war-warkan aku ada beli tudung Ariani, ada kengkawan aku yang datang tengok dan dorang terus beli dari aku. Quite impress! Petang tu jugak aku ke butik skali lagi untuk 'order' lagi tudung. Since that alhamdulillah, ada kawan-kawan yang datang membeli. Iyelah dorang nak ke sana kadang-kadang tu kekangan masa. Jadi aku tolonglah setakat mana yang terdaya. Aku berdoa semoga dimurahkan rezeki aku. Dipermudahkan segala urusan aku ini, insya-ALLAH. Kalau berkesempatan nanti aku update lagi gambar-gambar aku pakai tudung Ariani yer. See you all.

Sunday, February 21, 2010

Musim Panas

Memandangkan sekarang kita berhadapan dengan cuaca panas yang 'agak melampau', aku sertakan beberapa tips yang boleh kita praktikkan bersama.


TIPS TO TACKLE THE HEAT
1. Stay in the shade as much as you can and avoit the hottest period between 11.000 am and 3.00 pm.

2. Protect your eyes with sunglasses.

3. Wear loose, light clothing and hats.

4. Avoid sterenuous exercise in hot ewather and should you get hot after walking around, cool off in a shower as soon as possible.

5. Drinks a lot of water regularly. Dont wait untill you feel thristy as you could be significantly dehydrated by then.

6. Eat a light diet, and never fall asleep in the sun.

petikan dari NST 23 februari 2010

Tuesday, January 26, 2010

Cepat betul

Nak menunggu sebulan, 'bercinta' rasanya. Nak menghabiskan dalam sehari saja. Itulah gaji yang dapat tiap-tiap bulan. Bayar itu dan ini, tinggal berapa saja bersih dalam tangan. Aduhai duit. Agaknya betul kot kata orang; lagi banyak duit lagi tak cukup. Duit kalau berbukit pun, ditarah setiap hari, akan landai jugak akhirnya.

Saturday, January 23, 2010

Tooth Fairy / Spy Next Door

Hari ni aku ajak kawan aku ke Jusco Seremban. Stay kat rumah macam boring saja. Nasib baik sampai sana agak awal, so parking kat atas. Belek-belek movie yang ada untuk hari ni. At last buat kerja gila, beli tiket untuk dua movie. But before that 'brunch' dulu di Chicken Rice Shop. Take usual menu for 2 person. Jam 11.40 kami naik ke atas. First movie, tayangan Tooth Fairy lakonan The Rock jam 11.45 pagi. Pawagam punya le gabak, tapi penonton tak sampai 20 orang. Sejuknya jangan kira le. Tak berapa best sangat le sebab The Rock tu wataknya sama je with the previous movie.

Habis saja Tooth Fairy, kami masuk semula ke 2nd movie Spy Next Door lakonan Jacky Chan. Pawagam kecik tapi penuh. Much-much better than the first one.

Finally barulah kami bers'hopping'. Got few item i bought for my mum. Hopefully she like it.