Friday, March 31, 2006

Seminar Setiausaha

Pagi nie bila aku masuk ke bilik aku as usual, alatan pen di merata-rata tempat. Mana lagi dengan kertas A4 dan kertas pelekat tue merata-rata tempat. Tue macamana aku tak hangin pepagi jumaat nie. Check pulak dialy diary aku pun tak dak jugak dekat meja aku. Terus aku pergi ke meja staf yang selalu ambil alih tugas aku time aku cuti (semalam kan aku cuti). Tengok diary aku ada dekat situ, terus aku amik dan balik ke bilik aku. Rasanya tak perlu staf tue ambil diary tue bawa ke tempat dia. Dari dulu lagi aku dah pesan, anything kalau ada orang nak buat appointment ke apa ke, just buat note. Lagipun aku bukannya nak bercuti sampai sebulan ke, setahun ke, memang patut dia ambil diary aku. Nie aku bercuti sehari sahaja. Lagi pulak semalam time dia call aku pun dah aku maklumkan hari yang aku cuti tue boss aku memang available dari pagi sampai petang. So dia tak perlu nak ambil diary tue. Aku bukannya jenis yang cerewet. Aku still boleh bertolak ansur dalam banyak perkara. Cuma aku tak nak ajar staf tue ataupun siapa juga yang ambil alih tugas aku time aku tak der tue dengan just simply ambil letak diary sesuka hati depa. Juga alatan stationery. Dah ler bilik aku nie berselerak, penuh dengan buku dan fail. Nanti yang susah, yang kelam-kabut aku jugak. Depa yang lain mungkin rasa ooo..tugas sebagai pembantu kepada bos nie senang saja, dok kt bilik tue bersolek bagi lawa, lepas tue jawab phone call. Itu saja. Depa tak tau yang aku nie terpaksa tapau di awal pagi yang time tue depa kena susun buku (shelving). Lepas tue depa akan pertikaikan sebab apa aku boleh keluar awal pergi tapau, pergi makan. Depa tak tau yang aku terpaksa tapau awal sebab kalau keluar lambat alamatnya terus ke makan tengahari. Depa tak nampak semua tue. Yang depa nampak kenapa aku boleh keluar lebih awal dari depa. Tak ke bodoh bangang tue, job description aku bukannya sama dengan depa. Tugas aku jaga bos, bukannya nak kena susun buku. Apa raaa..itu pun tak boleh pikiaq..gapla jingga betui..
Sepagian aku dah prepara apa-apa yang patut untuk bos aku sebelum aku pergi ke seminar tue. Siap aku divert phone call aku kat staf yang selalu replace me. Sebelum nak pergi tue siap aku inform dekat bos aku lepas solat Jumaat aku tak masuk ke office, terus pergi ke seminar tue. Time aku mention tue baru dia teringat yang aku akan ke seminar tue. Bos aku nie memang jenis yang pelupa gak. That's his problem. Not mine. Yang penting aku dah maklumkan dekat dia dah. Aku pun dah emailkan kepada pegawai kat jabatan aku dan s.k kan jugak pada bos aku as well. Selalunya kalau hari biasa tue rasa macam masa tue terlalu lama sangat. Tapi kalau ada something on ada jer perkara yang nak kena disettlekan. Tepat 12.15 tengah hari, aku terus keluar, langsung pergi tapau. Aku beli nasi bungkus, letak sket kuah kari, letak sikit sayur dan lauk sikit. Terus balik ke rumah. Meantime Abang called tanya aku nak gerak dari tempat aku jam berapa. Aku cakap anything i will let him know after solat Jumaat. Hehehe..macam aku pulak yang nak pergi solat Jumaat. Lepas dah siap mandi dan makan, aku terus mengemas barang-barang. Nasib baik pendaftaran tue start jam 2.00-5.00 petang. So i still have time. Dalam 2.30 petang, Abang call Abang. Aku cakap dekat dia yang aku start gerak dari tempat aku jam 2.45 petang. Sampai saja dekat tol Sungai Besi aku call dia lagi. Tapi tak dapat le pulak. Cuma aku tinggalkan message minta dia call aku balik. Tak lama lepas tue aku call dia sekali lagi. Dapat. So dia minta aku jumpa dia dekat kedai yang dia tengah buat renovation tue. Bukannya apa, aku minta dia hantarkan aku ke hotel then suruh dia bawa balik kereta tue, lagi senang. Kawan aku pulak sms aku cakap yang depa dah sampai dan dah check in dah. Time aku sampai kat lobby hotel tue memang dah ramai dah peserta yang sampai. Aku pun keluarkan barang-barang dari dalam kereta. Abang tanya pasal apa aku bawa beg banyak sangat, macam gaya nak pindah saja. Aku sengih saja. Confirm lepas nie mesti dia akan call tanya the same thing lagi. Caya ler cakap aku. Keluar dari kereta aku terus join peserta yang lain buat pendaftaran and so on. Settle jer semua tue aku call kawan aku balik dan depa cakap depa dah dapat bilik dah. Time depa turun tue aku naik ke bilik dengan salah sorang kawan aku yang akan jadi kawan sebilik aku for 3 days and 2 nights kat sini. Turun saja dari lif kawan aku yang lagi 2 orang tue dah tunggu kami dah. So kami pun terus jejalan kat area tue. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Kami singgah kejap dekat area orang jual baju. Not bad gak baju kt situ. Ala baju-baju yang ala-ala Camelia tue. Kalau orang tinggi yang pakai memang sesuai bangat. Tapi kalau orang yang 'rendang' cam aku nie, alamatnya macam aku pakai baju tido ler..hehe..dekat tempat jual baju tue ada kedai yang jual gelang, rantai yang orang la nie dok pakai tue. Apa lagi, kami pun masuk situ, dan aku pun sempat ler rembat satu gelang tangan tue, RM10 jer..color light choclate, so akan sesuai dengan baju kurung batik yang aku nak pakai time dinner malam nie.

Malam Dinner (Majlis Makan Malam dan Perasmian)
Dah bersiap-siap, kami pun turun ke Ballroom yang akan berlangsung semua agenda untuk 3 hari 2 malam nie. Tengok banyak meja yang dah letak tanda "Reserved". Memang ramai dah ler amik tempat duduk. Cari punya cari at last kami dapat seat meja yang last sekali. Aduih, leceh betul ler..sure tak berapa syok pemandangan nanti sebab jauh dengan stage. Untuk makluman sapa-sapa yang baca entry aku nie, seminar nie under Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan (PSUKM). Seminar nie dah 2 kali dah aku attend under PSUKM nie..the first time tue last 2 year kat Grand Season, KL. Tahun nie pulak buat dekat Hotel Crown Princess, ala yang dekat dengan Citi Square Centre dan Ampang Park tue. Bila ramai yang dah ambil seat masing-masing, depa pun start pasang muzik gamelan dan kombo (bukan kombo set KFC tue). Diikuti oleh tarian dan peragaan batik. Yang kelakarnya orang yang memperaga batik tue hanya ditrain 2 jam saja. So hangpa boleh imagine camner 'aksi cat walk' depa kat pentas. Boleh dikatakan pattern batik yang diperagakan tue sama jer, kalau pun ada kelainan sikit aje. Settle jer tue ada pulak persembahan nyanyian duet Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumi bersama wife dia. Siap dia jemput wife dia naik ke pentas. Time depa duet tue, wife dia nyanyi tak ikut tune. Kami kat belakang nie dah sengih-sengih dah. Agaknya dia tau kot apa lagi, siap cover giler kasi nyanyian dia kuat sket, so suara wife dia bagi tenggelam. Jadi tak le kedengaran sangat lari tune suara wife dia tue..hehe..Diikuti pulak nyanyian kumpulan Panca Sitara. Aku ingatkan depa jemput Panca Sitara yang betul tue, rupanya kumpulan tue terdiri dari Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari UKM. Amboi depa nyanyi sakan. They are the men in the house. Rasanya depa nie memang rajin karaoke dekat rumah ke launge ke. Rasanya kalau ada function macam nie memang akan ada slot karaoke nie. Sebab apa tau, time aku pergi ke seminar anjuran MPAJ dekat PD last few years, memang ada slot karaoke. Masing-masing tunjuk bakat nyanyi. Kami yang dekat belakang nie ada yang dah terkuap. Nak tergelak pun ada, tapi lantak ler, bukan selalu kan..hheee. Sambil tue waiter and waitress dah start buka menu kat atas meja. Sambil tengok persembahan tue sambil ler makan. Disebabkan meja kami nia dah ler kat belakang sekali, lepas tue pulak tersorok, so kami pun minta sorang budak waiter tue tolong alihkan kasi meja tue agak ke tengah. Memang lepas tue pandangan jelas ler, tapi still rasa tak best gak. Dalam dok berkira nak balik bilik ke tidak, tetiba depa announced penyanyi Adibah Noor naik ke pentas. Terus cancel balik ke bilik. Dia dendangkan lagu medley..diikuti lagi yang la nie dok berkumandang kat radio tue. Memang power suara dia secara live. Solute sama Adibah Noor. Boleh tahan jugak kelakar dia nie. Rupa-rupanya dia nie dulu x-student UKM. No wonder ler dia still kenal few of the staff there. Settle jer semua tue ada pulak penyampaian cenderamata. Abih time bersurai, kengkawan aku bergegas keluar sebab nak salam dengan Adibah Noor. Aku just follow depa dari belakang saja. Kengkawan aku nie jenis yang suka ambil gambar dengan artis ataupun yang seangkat dengannya. Aku pulak maleh bab-bab nie. Sekadar nak temankan tue bolehlah. Dah tiba nak balik ke bilik, aku dok tercari-cari jugak kawan aku dari KUITTHO dengan UKM. Nampak saja kawan aku dari KUITTHO tue, terus aku pergi dapatkan dia. Terkejut dia bila nampak aku. Terus kami berpelukan. Aku mula kenal akak nie nie time seminar dekat Grand Season last two years tue. Ada juga ler kami chat. Tak lama lepas tue aku ternampak pulak kawan aku yang dari UKM tue, aku pun cuit dia dari belakang. Dia memang tak berubaha walaupun dah ada anak sorang. Actually dia nie dulu senior aku dan kami pun serumah jugak time tue. But something had happened at that time yang buatkan aku akan ingat memori tue sampai bila. Dia tuduh aku ambil jam dia sedangkan dia dah tersilap letak. Aku ingat lagi time dia 'sembur' aku tue, few of my housemates ada situ. Malu sesangat waktu tue. Aku ditudah untuk perkara yang tak pernah aku lakukan. Alhamdulillah nasib menyebelahi aku waktu tue sebab dia terjumpa balik jam dia. Tak say sorry pun kt aku..tapi itu semua dah jadi memori dah. Hanya aku sorang jer yang ingat peristiwa tue, entah kan dia ingat ntah kan tidak. Aku pun tak tau. Sebab tue kalau ada kengkawan budak serumah yang ajak jumpa k ataupun pergi ke kenduri depa, aku jadi agak keberatan. Bukannya marah, tapi rasa malu dan rasa kecik hati tue masih ada lagi in me up to this moment. Kalau boleh tue memang aku tak nak langsung terserempak langsung dengan depa. Tapi dunie nie kecik kan, kot mana pun pergi sure kita akan jumpa jumpa, cuma lambat dengan cepat saja. Pi mai pi mai tang tue jugak ler. Memang aku nak tulis entry dari aku kecik sampai le aku masuk ke uitm, sampai le ke la nie, tapi masa tue membataskan...kt mana kita tadi..okey ler dalam tengah malam dah nie, aku nak tido. Esok aku akan ada jadual lebih padat lagi..papai..A'kum..

Thursday, March 30, 2006

Lost and Found..

Hari nie aku ambil cuti sebab nak settlekan sikit pasal bab rumah yang nak disewakan tue. Setakat nie jer memang dah ramai dah bertanyakan rumah tue, baik lelaki ataupun perempuan. Habis saja urusan rumah tue, aku terus pergi jumpa Abang. Memang plan aku hari nie nak ikut Abang pergi ke kedai dia. Hari nie aku nak ikut dia pergi kerja..ehhe..memang dah lama dah aku nak ikut dia, cuma hari nie aku berkesempatan untuk follow dia. Sampai saja kt kedai, dia cakap dia masuk dulu, so dia minta aku menyusul kemudian sebab aku nak kena parking kereta dulu. Dia pesan lagi nanti bila dah sampai ke kedai tue nanti buat-buat macam tak kenal dia. Bukannya apa, staf dia kat situ memang jenis kaki 'sibuk' sket. Alahai bf aku yang sorang nie, just said to his staf je ler yang aku nie awek dia..ha..kan dah settle masalah..nie dok still nak berahsia lagi. Agaknya status dia tue yang buatkan dia tak nak dapat 'publisiti murahan'..ahhaa..kan dia bos kat situ(wahai pembaca yang baca entry aku nie, hangpa jangan gatai pulak nak ingat yang bukan-bukan yer..aku bukan kawan dengan laki orang ataupun yang seangkatan dengannya tau..ingat tue..nie AMARAN KERAS nie..)Tengah dok cari parking, dia call tanya aku kat mana. Dalam dok kelam-kabut tue, aku terus jer masuk ke parking yang ada dan langsung ke kedai dia. Aku bunyikan loceng, staf dia tolong bukakan pintu. Aku cakap yang aku nak periksa mata, nak check gak power mata aku nie dah bertambah ke idak. Dari situ aku dah nampak dah Abang kat kaunter sebelah. Dia tengah online dengan customer dia. Kami saling pandang penuh bermakna. Aku dah nak ketawa dah, tapi aku tahan je. Hopefully tak ler terlepas 'gelak jantan' aku tue..hehe..Sales assistant yang assist to me tue memang bagus. Time check mata tue, staf tue minta aku kenal pasti sama ada color merah tue lebih jelas dari color hijau, and so on. Juga dari satu lense ke satu lense dia try kat mata aku. Dia cakap yang 'power' mata aku memang bertambah. So dia akan kasi balance -300 for both eyes. Erm..nampak gayanya lepas nie cermin mata yang sedia ada dengan contact lense aku tue memang tak boleh guna ler. kan ke dah rugi tue. Lepas aku check mata, aku minta staf tue tunjuk kat aku bingkai yang terkini. Sebelum masuk lagi Abang dah pesan suruh aku cari bingkai cermin mata yang aku rasa betul-betul sesuai dengan aku. Banyak jugak ler bingkai cermin yang staf tue bawa keluar tunjuk kat aku. Lepas satu..satu aku try. At last aku pilih bingkai yang tangkai spec tue tebal sket, color hitam. Aku bayar pendahuluan RM150.00. Balance dia RM200.00. Aku minta staf tue siapkan cepat sebab petang tue juga aku nak balik ke tempat aku. Sambil tue aku bertanyakan juga kat staf situ pasal Abang. Depa cakap he's a nice guy (nie yang watkan kembang kempis idung aku nie). Kalau bab-bab duit dia memang jenis tak berkira. Amboi depa nie puji lebih lak, nak kena nie..Settle jer urusan dia, Abang dah start dah keluar dari kedai tue. Bila aku dah settle bayar deposit, aku terus keluar. Baru beberapa langkah, aku teringat yang aku dah tertinggal dompet. So aku patah balik ke kedai tue dan tanya pasal wallet aku tue. Depa turut cari tapi tak dak. Terus aku keluar dari kedai tue dan terus dapatkan Abang yang dah tunggu aku dalam kereta. Aku cakap kat dia yang aku dah tercicir wallet. Dia suruh aku cari balik kat kedai dia. Aku cakap yang aku dah cari tak tak jumpa. Dia tanya lagi aku kat mana last aku letak wallet tue. So aku cakap ler sebelum aku keluar dari kereta aku dah keluarkan wallet tue dari dalam hand bag. Dia pun apa lagi, terus bebel kat aku. Dia cakap yang aku nie memang cuai dan bla..bla..bla..aku diam saja sambil fikir balik kat mana aku dah letak wallet aku tue. Tapi memang seingat aku, sebelum aku nak keluar dari kereta, aku dah letak wallet tue kt sebelah hand bag. Cum time aku keluar tue aku dah tak sure dah sebab aku dah start kelam-kabut. Dalam dok bising-bising tue, Abang patah balik ke rumah aku, suruh aku gie cari kat rumah. Mana lah tau kot2 aku tercicir sebelum nak keluar rumah. Dalam dok membebel dia tue, dia tanya apa lagi yang ada dalam wallet aku tue. Then i said to him everything that i had; my ic, kad bank, checque and so on. Lagi la membebel tue jadi nada marah. Takut aku sat sebab itu ler first time aku tengok dia marah secara 'live'. Aku diam jer tak kata apa pun. Iyer la, kalau dia tengah marah tue, biar dia membebel sorang2, nanti dia cool sendiri. Hehe..nak tergelak pun ada gak. Sampai jer rumah, terus aku masuk ke rumah, dan cari. Pun tak ada gak. Bila aku masuk ke dalam kereta and mention that to him..membebel dia tue dah jadi cam 'bertih jagung'. Terus dia berpatah balik ke kedai tue. Sampai kat sana, dia minta aku tunggu saja kt dalam kereta sebab dia nak pergi cari sendiri kat kedai dia. Lepas dia parking, dia terus masuk ke kedai tue. Tutup pintu pun kuat. Tanda marah dekat aku lah tue. Aku pulak keluar dari kereta. At that particular moment, aku ternampak sorang pak guard Endon. So aku bertanyakan kat dia kot2 dia ternampak ada orang lain buka kereta aku time aku kat dalam kedai tue. Sebab apa tau, time aku parking kereta mula-mula tue, memang pak guard tue ada kat area tue. So aku beranggapan mungkin dia nampak kalau-kalau wallet tue terjatuh ke apa. Aku cakap kat dia yang wallet aku dah tercicir. Dia pun story kat aku yang tadi dia memang ada jumpa satu wallet, tapi dia dah serahkan ke satu pejabat construction kat situ. I feel release, sebab memang aku confirm that's my wallet. Dia minta aku ikut dia ke pejabat tue. Tapi sebelum tue dia cakap bila aku dah dapat wallet tue, dia minta aku belanja dia minum ke apa. Aku dah cuak dah. Memang aku tak nafikan guard tue yang jumpa, tapi kot ya pun bagi ler wallet tue dapat kat tangan aku dulu. Nie belum apa-apa lagi dah nak minta 'habuan'. Tak ke melampau tue. So memang aku ada sebab kuat untuk rasa cuak kan! Sampai kat sana, ada few staff there. Bila tanya pasal status wallet aku, one of the staff (Indian guy) cakap wallet aku ada dalam simpanan one lady yang kerja situ. Tapi time tue waktu rehat, so dia dah keluar dah. And also lepas time rehat tue that lady ada hal lain. Aku minta that Indian lady tue call the lady. Bila dapat bercakap dengan dia, aku explained kat dia pasal apa yang dah jadi. Dia cakap memang wallet aku tue dalam simpanan dia dan dia tak berani nak letak kt office sebab memikirkan dalam wallet tue ada few amout dan sebab keselamatan jugak. Memang betul pun, aku ada duit sket dalam wallet tue yang memang aku nak bank in. Aku tanya bila aku boleh jumpa dia dan ambil wallet tue. Dia cakap dia nak pergi tengok sukan anak dia dekat Sentul. Kalau nak aku boleh jumpa dia dekat situ, lepas tue dia terus balik Kepong. Sudah! Masak aku! Nie kot mana pun memang aku nak kena ambil gak wallet tue sebab driving ada dalam tue. Maunya nanti time nak balik kena tahan dek polis ke or ada apa-apa hal ker, jenuh gak aku. Dalam dok sembang dengan lady tue, Abang keluar dari kedai dia. So aku pun cakap apa yang dah jadi. Aku cakap lagi pak guard tue yang jumpa wallet aku tue. Abang suruh aku bagi sikit duit tue dekat guard tue. Aku minta duit kat Abang since aku pun memang dah tak der duit time tue. Abang cakap lagi that i am very lucky sebab ada orang yang jujur yang sanggup pulangkan wallet aku tue. Lepas kasi duit dekat guard RM100.00 tu kami terus gerak ke kereta. Abang cakap wallet tue nanti petang sikit pergi ambil. Ataupun nanti dia ambilkan untuk aku sekali dengan spec kat kedai dia tue. Aku ingatkan dia dah cool down..rupanya membebel dia tak abih lagi. Dia cakap lagi abih plan keje dia. Memang betul pun apa yang dia cakap. Sambil tue kami gerak ke PJ, dia hantarkan few spec dan ambil cermin yang dah dipotong at few places. Lepas tue kami masuk ke area mana ntah sebab dia nak hantar cermin mata yang dah siap kat rumah dato' apa ntah..lama juga ker dia kat dalam tue. Aku pulak yang kat dalam kereta nie dah berpeluh dah walaupun ada air-cond. Sampai jer dia kat kereta aku pulak bebelkan kat dia. Dia cakap ler yang dato' tue tanya pasal business ler, pasal nak minta dia wat joint venture ler apa ler. Aku cakap lagi kat dia suppose dia suruh saja staf dia hantarkan spec tue. Dia cakap normally for the special case dia akan delivery sendiri penghantaran cermin mata tue. Habis saja that matters tue aku called balik that lady. Dia cakap tadi dia dah singgah kat pejabat construction tu so aku just ambil wallet tue dekat sana jer. Terus kami ke sana balik. Jumpa dengan pak guard tue tapi dia cakap yang dia dah serahkan wallet aku tue kat kedai Abang sebab katanya time dia buka wallet tue dia nampak gambar sorang lelaki (tue gambar Abang), so he recognise him and that's why he gave to wallet to his shop. Lor..pegi le pulak aku ke kedai tue dengan guard tue. Staf tue pun kasi balik wallet aku tue, tapi somebody dah letakkan kad pengenalan aku kt luar wallet sambil diikat di luar. Dari reaksi staf tue pun semacam je. Aku lagi ler buat muka serius..nak cove line beb. Sebab apa? Nanti aku cakap. Aku pun check balik isi wallet tue kalau-kalau ada isi yang hilang. Pak guard tue pulak sambil tue cakap kat aku yang dia minta maaf kalau ada duit yang terkurang ke apa ke. Dia pun cakap dia memang tak ambil sesen pun dari wallet tue (leh caya ke, ntah ler..)..dia cakap lagi kalau dia nak duit dia boleh minta dari aku instead ambil macam tue saja dan kalau ada yang kurang dia minta halal. Aku pun cakap kat dia salah aku gak sambil boleh tercicir wallet. Sebelum nie tak penah jadi pun macam nie. Really messy kalau betul wallet tue betul2 hilang. Macam yang Abang cakap tadi, macam-macam yang aku nak kena buat; kena pegi balik ke JPN buat ic baru dan semua pun baru. From that time i really learn my lesson. Suppose i am not carrying so much things inside my hand bag. Nie gara-gara hand bag dah terlalu sarat sampaikan nak tutup pun dah boleh dah. Itu yang jadi intro aku keluarkan wallet tue dari hand bag tue. Abang cakap lagi, if you are really lucky only one time. Tak ada dua kali, tak ada tiga kali. But in my case, i am really lucky. Serik rasanya. Tak nak lagi ler jadi lagi insiden macam nie. Dah le buta-buta kena marah dek Abang dek kecuaian sendiri (memang aku 'tercuai' pun). Masuk saja dalam kereta aku cakap kat Abang 'i don't think this is a good news'. Dia pun cakap 'i know what you mean by that'. Rupanya time aku masuk dalam kedai tue memang dia dah agak dah staf dia akan tahu sebab aku memang letakkan gambar Abang dalam wallet tue. And of course the staf tue bukak gak wallet tue nak tahu siapa empunya wallet. Abang nie bukannya apa, dia tak mau staf dia dok cakap-cakap belakang. Ending dia seharian tue memang 'hangat' isu wallet aku tue. Apa la aku nie, wallet yang satu tue pun tak terjaga. Aku dah susahkan Abang juga, mana lagi dia tolong carikan wallet tue and so on. Masalah aku dah settle. Cuma Abang pesan supaya aku more particular. Malam tue time Abang called aku pun tanyakan dia macamana dia boleh tahan dengan tekanan kerja yang macam tue; terkejar ke sana sini, mana lagi dengan makan pun tak tentu masa. Kesian pulak aku tengok dia sebab aku sendiri dah lalui 'daily routine' dia. Tak sepatutnya aku bebankan dia lagi dengan masalah aku tadi tue..but what to do, things happened.

Wednesday, March 29, 2006

Aku sengsorang lagi hari nie..

Aku dah cuba sebaik mungkin dah untuk menceriakan mood dan 'kemalasan' aku nie bagi jadi rajin sikit buat kerja, tapi tak jalan gak. Dari semalam lagi. Not in the mood nak buat apa-apa pun. Dah puas dah aku pujuk badan aku nie. Kertas kerja untuk perlawanan bowling tue pun half way jer, aku tinggalkan macam tue saja aku letak ke tepi. Lepas tue pulak kunci yang sepatutnya aku bagi kat maintenance office tue hari ni pun aku tangguhkan jugak. Tapi esok nak tak nak semua benda-benda yang tertangguh hari nie kena settle esok juga sebab the next day tue aku dah nak pergi ke seminar tue dah. Nampak gayanya hari nie aku stay sorang lagi ler..erm..boring betul. Kawan aku tue still kat kampung. Budak yang lagi sorang tue kalau kawan aku nie tak dak, dia akan stay kat hostel saja. Dia start pindah dengan kami dalam tahun lepas sebab katanya duit makan kat hostel tue mahal sangat. Macam tak berbaloi aje. Alhamdulillah rumah sewa baru nie ada orang tinggal sebelah menyebelah, so tak lah sunyi sangat. Minta semua yang 'x file' tue tak der ler. Rasanya dah serik dah dengan pengalaman kat rumah lama tue. Aku jadi sampai takut tinggal kat rumah sendiri, apatah lagi nak tinggal sorang. Tadi aku try bukak address blog aku tue, tapi kat situ dia tak diupdate ler pulak. Aku pun tak tau pasai apa..erm..nak kena buat 'edisi siasat' nie..nanti ler aku tanya kat Sang Kelu..

Tuesday, March 28, 2006

Aku yang serba tak kena..

Mula kerja dari pagi sampai ke time nak rehat, aku asyik terkuap aje. Nak kata tak cukup tido, aku tido ikut timing macam biasa. Kalau terjaga few times waktu nak berkalih position tue, biasa ler. Bawa sampai ke time rehat tue aku plan nak lepak je kat bilik though aku memang ada plan ke few places.
-Aku cadang nak ke maintenance office nak serahkan kunci gril sebab mungkin time orang yang buat tiling tue akan datang ke rumah tue buat keje time aku ke seminar jumaat sampai ahad nie kat Crown Princess. Ahad lepas aku dah pergi survey dah tempat tue dengan Abang. Dia tunjukkan aku jalan ke sana. Siap kami singgah jap dekat coffee house dia kt level 10. Dekat level bawah tue pun ada gak coffee house dia, tapi Abang tanya sama ada aku nak cuba tengok yang dekat level 10 tue. Aku mengiakan saja. Overall aku rasa tempat nie pun memang under government gak, sebab ramai Malay dekat situ. So of course government servant ramai kt situ. Dah kami duduk dekat situ dan making an order; aku amik brew coffee, Abang pulak order Honey Dew sebab dia kurang sihat. Kalau tak tue brew coffee memang favourite dia. Abang cakap dia tak berapa sukakan suasana situ sebab it's seems so deem. Rasa nak tido jer once you enter to the coffee house tue. Aku tak cakap apa-apa tapi memang betul pun cakap Abang tue.
-Aku plan juga nak pergi ke Bank Islam nak check balance amout dalam account aku. Sebabnya kelmarin aku keluarkan duit kat Maybank. First time aku keluarkan duit dia keluar resit yang tulis amout duit yang aku keluarkan, tapi duit tak keluar. Cuba lagi for the second time, baru duit tue keluar bersama dengan resit. Itu yang aku nak double check tue benda-benda macam nie memang selalu sangat jadinya. So i have to making sure that my money is there according the it's real amout.
-Aku plan nak bayar electricity bill kt pejabat berdekatan. So the receipt tue nanti aku just akan tunjukkan pada budak yang akan menyewa rumah aku tue minggu depan (awal bulan depan le tue...hehe..). Means after this any bills she will start to pay. Rasanya nasib budak tue memang baik sebab setakat nie rasanya memang dah lebih dari 10 orang dah call bertanyakan rumah tue. Agaknya memang resam macam tue kan, kalau tak dak tue memang tak dak. Tapi kalau dah dapat penyewa tue, lepas tue sure akan bertalu-talu orang start making phone call regarding the house. Teringat balik time aku mula2 dapat diterima kerja dekat sini. Tak lama lepas tue macam2 tawaran yang aku dapat. Ada surat minta aku lapor diri kt building bersebelahan yang dulu aku praktikal kat tempat aku, Majlis Perbandaran Taiping. Lepas tue pulak tawaran untuk Pembantu Pensyarah. But first come first serve.

At the end aku keluar jugak, aku nak pergi update buku kat Maybank. Sampai situ parking la pulak tak dak. Aduih, jenuh aku tercari-cari kot ada yang boleh aku cilok jap. Tak dak jugak. Ending dia aku terus balik. Sebelum tue aku singgah kat tempat jual kuih tue, beli pisang goreng dengan cucur udang. Lepas parking tenguk jam..erm..awal lagi..so aku masuk dalam bilik, kunci pintu..terus yum..yum..yum..tp still ada balance cucur tue. Nanti ler aku abihkan balance dia kt rumah..ehhe..

Monday, March 27, 2006

Postpaid

Aku dah fikir dah pasal benda nie dari dulu lagi. Cuma hari nie baru aku berkesempatan untuk buat apa yang aku fikirkan worth it. Tengahari tadi aku keluar dengan kawan aku pergi ke Celcom untuk buat register nombor. Asalnya aku nak maintain guna nombor lama tue cuma aku nak tukarkan ke line saja. Tup-tup orang tue cakap buat masa la nie, memang tak boleh. So apa yang boleh aku buat hanya regiskan saja prepaid, kalau tak akhir tahun nie depa akan start blok prepaid nombor yang tak diregis. Settle aje tue, aku terus tanya prosedur nak buka line for new number. So orang tue suggestkan aku amik Postpaid, lebih murah compare yang aku guna la nie Liteprepaid. Dah tue prepaid pulak tue. Bila aku bajet balik, guna prepaid boleh dikatakan aku top-up every week. Tak tahan beb! Lari bajet aku. Belek punya belek plan tue, at last aku amik yang 450 minutes. Rupa-rupanya lama jugak nak register line nie..mana lagi nak isi borang ler apa ler. Alhamdulillah semuanya settle. So now i am having a new number..meantime aku rasa bersalah jugak kat kawan aku tue sebab dia cakap dari tadi dia belum makan apa-apa lagi. Since dia tunggu aku pun agak lama, aku cadangkan kat dia untuk tapau and so on. Dia tak nak pulak. Alamak! Dia marah aku ker. Actually dari pagi lagi dia dah called aku cakap that she's having a mis-communication with his boyfriend. Aku jugak yang 'gatal mulut' ajak dia keluar lunch dengan aku since i guess she's going to be release after share the story to me. Ingatkan abis aje register (yang aku ingatkan urusan tue boleh settle sekejap saja, rupa-rupanya time rehat habih kt situ saja) aku akan bawa dia ke kedai makan ke apa..tp hampeh! Aku nie memang ler..muka dia pun berkerut semacam. On the way balik tue dia diam saja. Sepatah ditanya, sepatah ler yang dijawab. Aku dah tak tau nak mulakan perbualan tue macamana dah. Of course i've guilty. Tak lama lepas tue dia called aku dan cakap dia cuba called her boyfriend asked for the explaination. Aku pun minta maaf gak kat dia di atas 'terlepas pandang' aku tue. Suppose aku kena layan dia dan be a good listener. Nie tak, aku pulak yang sibuk dengan urusan aku. She said it's okey cuma dia cakap dia rasa tak sedap hati, itu pasal dia call bf dia. Esok pulak dia nak balik kampung dia kt Kelantan. Ada kenduri genap 40 hari abang ipar dia passed away. Apa yang aku boleh cakap kat dia ialah aku minta dia stay calm sebab esok dia akan drive all alone to the kampung. Risau jugak kalau dia stress kang lain pulak yang jadi. So ending of the story, kekadang tue we try to fulfill what we are trying to but something we are fail. But every insident must have to solution. Okey ler aku nak gerak dah nie...kita jumpa esok..papai..A'kum..

Saturday, March 25, 2006

Salam takziah

Lepas Maghrib aku ajak bebudak umah aku gie dinner. Dalam dok tunggu depa bersiap,aku leh tengok cite kt tv lagi..lepas tue terus kami gerak ke tempat favourite aku tue. Tempat makan tue memang aku suka pergi makan situ dari aku mula pindah sampai ke la nie. Bagi aku tempat dia memang syok..okey masakan dia. Sampaikan kat menu tue pun depa boleh silap tulis. Contohnya 'Udang Besar' jadi 'Udang Besa', entah ler agaknya dari dok loghat kelantan tue dah terbawa2 sampai ke tulisan dalam menu. Selalunya kami sambil tunggu makanan sampai, sambil belek menu, sambil sengih2 pasal menu tue. Settle jer makan kami terus balik rumah. Rumah baru aku la nie sebelah tue bebudak bujang. Quite impress sebab depa nie bukan jenis yang suka buat bising; diam jer walaupun seramai mana pun kengkawan budak bujang tue datang. Rasanya depa nie budak Kelantan kot. Waktu mula2 pindah situ, bebudak bujang yang nyewa situ memang jenis tak tegur orang. Agaknya dia ngan kawan dia pun jenis yang pemalu, especially ngan pompuan kot. Sebabnya aku cakap cam tue bila time aku sampai rumah on time dan depa pun ada, saja jer aku toleh ke arah bebudak lelaki tue, tapi memang depa leka jer wat keje. Langsung tak tengok kat aku pun. Heheh.agaknya aku pun buat muka 'masam' jer..depa pun takut nak tegur. Bukannya aku tak mau tegur ke apa ker, tapi kang depa ingat aku ngan bebudak rumah gatal lak..malu beb! Tapi kawan depa yang selalu lepak situ dari hari pertama lagi kalau nampak jer kami terus say 'hi'. Konon nak tegur ler tue..hehe..aku no halnyer as long jaga ketertiban tue. Kalau nampak cam kurang ajar jer esok2 tue..memang akan ada yang kena
'smash' jer tue. Lagi satu kalau kat laman rumah depa tue memang bersih. Rumput tue memang sentiasa jer depa tebas ataupun dicangkul. Bukan macam laman rumah kami. Berselerak abih. Mana lagi ngan tong minyak yang tuan rumah lama tinggalkan, mana lagi dengan pasu yang pecah and so on. Rasa malu gak, tapi nanti ler bila ada masa lapang nanti akan dibersihkan laman tue. Payah2 sangat nanti, aku pinjam jer cangkul dari bebudak bujang tue..abih citer. Lagipun budak umah aku dah 'pecerah' sket dah lalang tue. Then jiran yang sebelah kanan aku pulak orang India, a married couple with no children. Aku tak pernah nampak rupa husband and wife tue. Kawan aku cakap wife dia tue fully housewife. Memang dia lepak umah jer. Kat area rumah aku tue kalau petang2 je sure ramai bebudak main kat luar tue..riuh gitu. Terasa lak aku cam suasana kat kampung. Selalunya aku jenguk bebudak tue main kot tingkap jer. Kalau nak bukak pintu gril tue memang time kalau nak keluar, aku akan keluar terus, cam nak keje ker mana ker.
Okey back to the main story yang aku nak tulih nie..
Tengah dok tengok tv, budak umah aku datang lepak kat bilik aku. Dia plan esok dia nak balik jenguh mak dia. Aku pun terfikir, alamatnya aku tinggal sorang lagi nie..Kawan aku nie walaupun budak islamic tapi she's really okey. Aktif dalam taekwondo. Tapi nampaknya minat tue dah tak boleh diteruskan sebab last year dia accident dan tengkuk dia problem. So la nie setakat jadi coach je. Dia cakap akak ngan abang ipar dia dah kat Pudu, on the way balik kampung. Dia rasa a bit frustrated jugak sebab depa balik tak inform dia. Jam 11.45 malam, dia dapat satu SMS. Terus dia tunjukkan kat kat. Akak dia cakap yang mak dia baru jer meninggal dunia. Terpana aku jap. Macam tak percaya jer. Memang aku tahu yang mak dia selama nie terlantar kat hospital. Sebelum nie selalu pegi buat homeodialisis. Dia terus keep on calling abang dia yang time tue kt Melaka. Sambil tue dia dapat sms dan phone call bertalu-talu. Dia decide nak balik malam tue jugak. So aku cakap dia time macam tue memang sure tak der bas dah. Lagipun komuter sampai pukul bape jer. Lepas tue pulak dari komuter nak sampai ke Pudu tue ambil masa dalam 2 jam. Terus dia start cari kereta sewa. Aku faham dia time tue memang dah tak tau nak buat apa dah. Dah tenggelam punca. Aku cakap kat dia kalau dia nak guna kereta aku tue memang tak der masalah tapi the next day tue aku ada something on. Dia pun cuba called kengkawan yang lain. Call punya call dia dah dapat satu kereta staf. Aku pun cakap kat dia lagi kalau dia and my officemate (2 orang budak lelaki) nak hantar dia malam tue jugak lepas tue terus balik ke Nilai, aku boleh temankan. Iyer la kan, tak kan dia nak balik ke sana sedangkan dia sorang jer pompuan. At the end, kami pun decide yang aku akan hantar dia balik ke kampung guna kereta aku jer. So kami bertiga saja jer; aku, dia ngan sorang lagi budak rumah. Tapi aku dah inform dia awal2 lagi yang aku akan hantar dia ke kampung lepas tue kami terus gerak balik ke Nilai. Kebetulan budak yang lagi sorang tue pun ada dinner sabtu malam tue. Dari Nilai kami gerak jam 2.00 pagi. She's insisted to drive. Aku dah memang mengantuk giler dah tue; kepala nie 'high' jer. Tapi aku pesan kat dia kalau mengantuk, cakap kat aku, biar aku pulak yang drive. Sepanjang perjalanan tue memang berhenti banyak tempat. Aku tahu kawan aku tue mengantuk dan nak sampai rumah cepat. Banyak kali jugak lah kami berhenti kan kawasan rehat. Last sekali kat Sungai Perak Sultan Azlan Shah. Solat Subuh kat situ. Dia cakap dia rasa menyesal sebab last dia jumpa arwah mak dia tue dia ada ter'marah' sket mak dia. Puncanya sebab that day dia nak hantar mak dia ke hospital untuk buat homodialisis, tapi mak dia tak nak pegi hospital. Beria-ia mak dia tak nak pergi. Tengah dok drive tue tetiba jer mak dia capai stereng yang dipegang oleh kawan aku dan pusing ke arah bertentangan. So apa lagi, terus jadi small accident. Itu yang dia marah kat mak dia tue. Tapi aku cuba keep her calm. Lagi pula bapa dia cakap nak kebumi pagi sebelum Zohor. Itu yang buatkan dia nak balik malam tue jugak. Sampai saja kami kat rumah dia jam 8.30 pagi. Bapak dia dah ada dah dekat depan rumah. Siap pakai baju melayu colour putih. Dari laman rumah tue dah ada dah beberapa kawan bapak dia duduk kt kerusi yang disediakan. Lepas dia salam dengan bapak dia terus masuk ke rumah. Kami pulak menyusul dari belakang. Nampak saja situasi depa dok menangi sayu rasa hati nie. Aku boleh bayangkan perasaan depa sekeluarga masa tue. Time aku salam dengan akak dia (masa stay kat rumah sewa lama, akak dia stay sekali, tapi dia baru saja kawin last 2 weeks so dia dah berpindah keluar), aku peluk dia untuk redakan sikit kesedihan dia. Erat dia peluk aku. So aku usap belakang dia, minta dia banyak-banyakkan bersabar. Dalam 15 minit, kami minta beransur balik dulu. Aku salam dengan akak sulung dia, and explained that kami hanya menghantar kawan aku tue saja dan tak boleh nak berlama-lama. Dekat bapak dia pun cakap yang sama gak. Aku perhatikan bapak dia cool jer. Agaknya mungkin dia pun rasa release kot sebab wife dia dah sakit for quite some time dah. Kalau dulu sakit macamana pun wife dia still on his side. Mesti dia rasa apa-apa pun dia akan keseorangan la nie. Kawan aku cakap selalunya kalau time nak makan, apa-apapun dia akan suap wife dia dulu. Itu tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi pada isteri tercinta. On the way balik tue, aku pun terpaksa stop dekat few kawasan rehat sebab mengantuk dan nak kena juga cuci muka gak kasi segar sikit. Aku ingat kalau budak umah aku yang lagi sorang tue memang tak ikut, for sure aku akan balik ke kampung aku jer. Then the next day tue baru i'll make my move. Plan aku tue leh di'adjust' masa dia. Time lalu kat susur Changkat Jering tue, aku jeling jer..nie kalau tahu dek mak aku yang aku dah lalu kat area tue tapi tak singgah walaupun sekejap, sure dia bising tue. But mom..i had my own reason..nanti ler aku balik..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik tue jalan tak jammed. Aku ikut jalan Batu Caves tue. Dari situ dah boleh nampak tak patung Buddha yang paling besar. Depa baru saja letak kat situ. Lepas nie tak tau apa lagi yang orang India nak wat kat situ lagi. Bila melepasi jalan MRR2 kt kawasan Pandan Indah, aku mula masuk lane ketiga. Memang aku bajet jarak kereta aku dengan kereta yang di depan tue agak jauh. Entah macamana, tetiba kereta yang di depan tue brek, dan aku pun tak semena-mena brek sehabis mungkin sampaikan tayar kereta berbunyi kuat! Aku dah tergamam dah. Aku bajet time tue nak elak in case dari langgar kereta kat depan aku tue. Nak kata aku mengantuk..tak jugak..tapi entah..really unexpected. Time tue ketar satu badan. Dah lah aku bawa anak orang. Alhamdulillah semuanya selamat. Sampai nilai dalam 3.15 petang. Lepas parking kereta, terus mandi. Segala baju yang aku pakai for that day, aku rendam. Apa yang mak aku penah cakap, lepas jenguk orang meninggal, terus basuh baju yang dipakai. Sebab diumpamakan time kita pergi ke rumah jenazah nie, darah bersemburan merata-rata. Wallahualam. But we are taking precaution, right? After solat, mata nie terasa segak pulak, puas dah aku pujuk mata nie suruh tidoq, tapi mata nie degil sungguh ler..so aku amik satu novel yang aku dah start baca, tak sampai 5 minit, terus aku terlelap. Itu pun tak sampai 1 jam. Malam tue dalam jam 11.00 malam, terus zzzzzzzzzzzzzz........

Friday, March 24, 2006

Berani Kerana Benar

Pagi nie ntah pasai apa ntah ler..aku dah terbangun awal..hehe..selalu tue siap 3 kali set alarm; kali pertama set pukul 5.00 am, pas tue set lagi kul 6.00 am, and the final tue at 6.35. Kalau tak bangun gak alamatnya aku gie keje ngan x mandi ler...ehhee..dah siap tue aku bajet akan sampai awal, so leh gie breakfast dulu. Tup-tup lepas jer dr Jalan Connout, keadaan jammed ya amat. Selalunya time tue memang keadaan jalan still ok. Sampai pulak kat Tol Sungai Besi, aku tengok lorong untuk Touch N Go tadak. No choise terpaksa gunakan lane yang biasa tue. Half way lepas UPM, dah start hujan renyai-renyai. Sampai jer Tol Nilai dalam 7.36am..alamak, sure kalau nak pegi makan tak sempat nie..so memandangkan aku tak akan kempunan (aku memang dan plan nak pergi makan kt tempat favourite dah lama dah, dari sehari ke sehari..), aku gie tapau jer. Bila tiba kat terminal punch card pulak buat hal, tak boleh nak access. Akak guard tue godek punya godek one of the terminal tue entah macamana boleh pulak, apa lagi laju je aku terus punch in. Nasib baik sempat lagi 7.58 am. Kalau tak jenuh nak tulis alasan kt situ. Pagi nie kat tempat aku ada tazkirah syahriyyah. Yang akan bagi ceramah tue Mufti Johor. Anak dia pensyarah kat tempat aku. Selalunya aku memang tak pernah miss kalau ada tazkirah. Tapi entah kenapa kali nie aku cam malas jer nak pegi. Lagi pulak aku ada keje sket nak kete settle sebab bos aku ada meeting lepas habis tazkirah tue. Ending dia tinggal aku ngan dua orang saja petugas kaunter. Dah ler keadaan sunyi lepas tue pulak ditambah lagi dengan cuaca yang dingin-dingin gitu. Kawan aku cakap dah start hujan dari pagi lagi. If this particular moment nie cuti, sure sambung tido lagi nie..hehe..
Tengahari tue aku keluar dengan kawan aku, kami pergi lunch dekat Pizza Hut. Itu ler tadi time chat dengan Ilazalila (kat Joe's tagboard) dia ada sebut pasai pizza nie..terus rasa cam nak makan situ pulak. Lagipun memang aku dah tanyakan budak rumah aku malam kelmaring whether depa nak makan kt pizza ke tak at that time. But they decide nk pegi hari minggu. Aku pulak tak boleh tunggu lama2 sangat. Aku nie kan jenis yang tak sabar..hahaa..tengah dok makan tue aku tanya ler kat kawan aku pasal tazkirah tue. Dia cakap Dato' tue bagi talk best. Dia nie memang jenis 'setepet' dan telus. Sapa yang nak terasa lantak ler..sebab apa yang dia cakap tue memang betul pun. Lepas tue bila time sesi soal jawab, ada sorang kaunselor nie tanya kt dato' tue camner nak handle orang yang bermasalah. Dato' tue pun jawab kot mana pun kena ler 'kunci' diri. Kena ada pengetahuan yang cukup. Kalau orang yang mai kt kita tue dalam keadaan marah-marah, kita kena dengar jer..jangan ler pulak kita pun sama naik marah. Kang lain pulak yang jadi. Lepas tue dato' tue siap cakap kebanyakan kaunselor nie selalu settlekan masalah orang, tapi 'suami sendiri tak terjaga'. So suasana time tue jadi gamat sket. Sebab situasi kaunselor nie 'sebijik' cam dato' tue cakap. Kawan aku cakap kaunselor tue sengih jer. Agaknya dia terasa kot. Husband dia pun keje kat tempat aku gak. Things happened bila si husband dia nie kawin to one of the secreatary kat sini. Dulu s/u tue keje kat sini. Dia tue time interview sama ngan aku, no staf dia pun selang satu nombor ngan aku. Tapi dia quit bila dia tak tahan sangat dengan environment. Dulu dia s/u pada husband dia, time tue depa belum kawin lagi. Tapi bila time kena reshuffle tue, aku dan dia antara yang kena time tue. Time kami jumpa pendaftar minta penjelasan pasal reshuffle tue memang dia protes gilos. Bila dia dah bertukar kerja barulah depa kawin. But she's the second wife. Aku rasa mungkin si husband tue ada sebab pasal apa he's intend to have the second wife. Hanya dia ngan isteri2 dia jer yang tau..hahahaha..

Wednesday, March 22, 2006

SPR

Tengok dok buat kerja, tetiba i received phone call one of the staff kt one stop center. Dia cakap depa ada buat Daftar Pemilih SPR. Dia minta aku maklumkan kat staf kt tempat aku nie sebab depa buat sehari jer. So time aku nak pegi tapau tue, aku terus singgah jp. Yang sebenornya aku pong belum daftar lagi! Hehehe..bukannya tak mau mengundi (sepatutnya aku dah patut kena membuang undi dah nie..), tapi tahun lepas time aku kat Pandan, aku dah gie dah kt Pejabat Pos yang terdekat tapi at that particular moment, system depa down pulak (time aku tengah semangat berkobar2 nie..time tue ler system problem ler apa ler..). But still not too late.

Tuesday, March 21, 2006

Joe's tagboard

Seharian aku chat kt tagboard Joe. Syok gak sekali-sekala sembang ngan depa. Ahad lepas depa ada buat gathering kat Manhatten, IKEA, Damansara. Aku sure meriah gathering tue. Info yang aku dapat dari blog tue tue, COCO yang organize gathering tue sampai jadi ngan lagi 2 orang kawan chatters gak..caya lah..sebenarnya kehadiran Joe nie walaupun jauh nun di perantauan..tapi dia berjaya satukan orang-orang yang selama nie x pernah kenal sesama sendiri. He is really someone who has a nice quality (tue calon2 bakal suami yang baik nie..hhe..).Secara tak langsung menyemarakkan lagi ukhwah sesama insan. Really salute you Joe. May ALLAH bless you will all the strength. Moga dipanjangkan umur dan diberikan segala kemudahan..amin...

Monday, March 20, 2006

High..

Dari semalam lagi aku dah bajet pagi nie nak bangun awal, so that i could have my breakfast. Mula2 tue set alarm pukul 5.00 am..tido balik..set pulak pukul 6.00am..pun terlelap..sedar2 saja dah 6.30 am..apa lagi, gegas bangun, mandi and so on. Dari Pandan Indah nak sampai ke susur ke The Mines tue memang agak jamm sket..so tak boleh nak laju. Lepas saja tol Sungai Besi, baru leh pecut..yeeehhaaaaa...! Aku selalu fail bila mai bab kat Touch N Go tue..selalu aku kena dekatkan sket kete ke terminal tue. Kalau tak alamatnyer sama ada aku terpaksa tanggalkan my buckle ataupun terpaksa buka pintu sebab nk touch terminal tue!hheee..itu ler time kecik2 tak nak loncat kuat2..kalau tak for sure dah aku dah 'tinggi' sket! Hehe...nasib baik aku sampai office kul 7.54, so leh rilex2 jap.. tengok apa2 yang patut dibuat. Tengahari tue aku pegi ke Bank Rakyat sekejap, tukar no. pin. Lepas tue aku masukkan duit yang Angah kasi tue dalam akaun. Iyer la, kalau lambat simpan..alamatnyer memang habis ler kt tangan. Ada saja yang nak dibeli. Balik tue dah terasa dah kepala nie cam 'high' jer..kepala pun start berdenyut juga nie..aku kena bertahan for few hours jer lagi..pas tue dah leh balik rumah dah. Hopefully aku boleh tido awal. Kalau dulu time nak tidoq tue, once letak kepala kat bantal, sure lena punya. Tapi entah ler start bila..time tido tue mesti terjaga for few times..sampai la nie..agaknya mungkin tue perubahan usia kot..hheee...
Tadi aku ada bukak tag board Joe. Depa ada chat pasal gathering yang baru dibuat semalam kat IKEA Damansara. I wish i could join them, but i got something on at that particular moment.

High..

Dari semalam lagi aku dah bajet pagi nie nak bangun awal, so that i could have my breakfast. Mula2 tue set alarm pukul 5.00 am..tido balik..set pulak pukul 6.00am..pun terlelap..sedar2 saja dah 6.30 am..apa lagi, gegas bangun, mandi and so on. Dari Pandan Indah nak sampai ke susur ke The Mines tue memang agak jamm sket..so tak boleh nak laju. Lepas saja tol Sungai Besi, baru leh pecut..yeeehhaaaaa...! Aku selalu fail bila mai bab kat Touch N Go tue..selalu aku kena dekatkan sket kete ke terminal tue. Kalau tak alamatnyer sama ada aku terpaksa tanggalkan my buckle ataupun terpaksa buka pintu sebab nk touch terminal tue!hheee..itu ler time kecik2 tak nak loncat kuat2..kalau tak for sure dah aku dah 'tinggi' sket! Hehe...nasib baik aku sampai office kul 7.54, so leh rilex2 jap.. tengok apa2 yang patut dibuat. Tengahari tue aku pegi ke Bank Rakyat sekejap, tukar no. pin. Lepas tue aku masukkan duit yang Angah kasi tue dalam akaun. Iyer la, kalau lambat simpan..alamatnyer memang habis ler kt tangan. Ada saja yang nak dibeli. Balik tue dah terasa dah kepala nie cam 'high' jer..kepala pun start berdenyut juga nie..aku kena bertahan for few hours jer lagi..pas tue dah leh balik rumah dah. Hopefully aku boleh tido awal. Kalau dulu time nak tidoq tue, once letak kepala kat bantal, sure lena punya. Tapi entah ler start bila..time tido tue mesti terjaga for few times..sampai la nie..agaknya mungkin tue perubahan usia kot..hheee...

Thursday, March 16, 2006

Bank Rakyat

Time rehat aku terus keluar nak ke Maybank. Dalam perjalanan, baru aku teringat yang buku bank tertinggal dalam hand bag, so camner nk ke sana. So aku cancel ke Maybank, aku terus ke Bank Rakyat; buat saving Al-Mudharabah sekali ngn kad. Staf kt situ bagi kt aku 3 borang utk diisi. Memang ini ler yang aku paling benci, tapi nak tak nak kena isi gak kan..hehe..settle jer isi borang staf tue minta aku tunggu sat. Tak lama lepas tue pegawai in charge tue panggil nama aku dan dia minta aku sign few papers. Rupa-rupanya dia still ingat lagi muka aku. So dia pun nak tahu status statement untuk kereta aku tue. Kelmarin aku ada ke situ sebab aku nak minta statement payment untuk kereta aku dari bulan Julai tahun lepas sampai bulan nie. Tapi bahagian depa x leh keluarkan statement, so dia minta aku refer ngn bahagian Bank Rakyat yang aku deal time aku mula2 nak apply loan. Dia ingatkan mungkin loan aku yang stuck. Tapi aku expained kt dia yang payment aku dah diluluskan, cuma statement of payment jer menyatakan aku still x bayar lagi, tapi aku dah refer dah ngan staf kt bahagian bendahari, dia cakap kt bahagian depa dah clear. Pas tue lak aku called pegawai kt tempat aku mula2 apply loan tue; staf kt situ cakap pegawai tue keluar jap ler..pas tue called lagi dia cakap pegawai tue ada hal ler..terus aku fed up and the matter didn't settle. Hopefully it's ok kot. Bukannya apa, bila aku dah buka account kt sini nanti, senang bebudak yang rent rumah aku tue bank in duit kt situ. Lagipun bila depa dah bank in at least ada hitam putih. Kalau bagi tangan risau gak kan, kot ler tetiba jadi perkara yang tak diingini, we might not know.

Thursday, March 09, 2006

YM

Aku selalu gak ym ngan sorang mamat nie, rasanya dah lama gak ler dok chat ngn dia, ntah camner ntah tetiba dia tanya nama aku. Barulah aku teringat yang kami nie kenal just nick jer, x tau nama..so after aku kasi my office nomber, dia pun called. Mak aii..cakap lagu cam pelakon Sarimah tue. Bila aku cakap cam tue kat dia, gelak jer member. Bukannya apa, saja nak kenal2 as a frenz. Seems he's a good person. Sebelum nie aku penah tengok gambor dia kt web cam. Tapi tak sangka lak bila dia called tue suara dia cam suara teenage..hehe..ingatkan suara dia garau lg besau.
Petang tue sampai jer rumah, mandi, rilex2 and makan sambil nonton tv. Tetiba jer my officemate called kata bos aku minta aku mai jap opis sebab kunci dia tertinggal kat dalam. And i m the only person yang pegang kunci spare bilik dia. Aduih..leceh tui ler. Aku kalau dah balik rumah tue, memang malas dah nak kuar ke mana2. Nak tak nak, terpaksa ler pegi gak. Nasib baik aku tak ke mana2..kalau tak mau ada gak yang tak balik rumah...haahaahaa..(bos aku le tue)..........

Tuesday, March 07, 2006

Pak ke tipang ke tipong..

Alhamdulillah internet aku dah ok..so aku dah leh ym lik..yeeehaaaaaaaaaaaa....Tengah aku wat keje, tetiba kawan aku (aku namakan dia KL) dari jabatan sebelah datang ngan bawa kad jemputan. Ingatkan dia tolong kasi on behalf of her frenz..belek nyer belek kad kawin dia! Really surpised! Sebab aku x penah dengar apa2 pun cite pasal dia nak kawin. Dia kata dia dah nikah Sabtu lepas (kawin ngn staf tempat aku gak), 18/3 nie dia wat kenduri kt umah husband dia kt Telok Intan, since dia dah x der parents. Pas tue lak kampung dia nun..jauh kat Terengganu. Alhamdulillah sorang lagi kawan aku dah melangkah ke alam perkahwinan. Sambil tue aku tanyakan perkembangan terbaru dia. Actually time aku kena reshuffle tahun 2003, she's the one who's involve too. Aku faham perasaan dia time tue yg memang x sangka dia pun kena bertukar jabatan gak. Sedangkan x bos dia (bos aku la nie) langsung x tunjukkan keperihatinan dia time dia nk pindah tue, though kawan aku nie memang excellant dalam keje2 harian dia. Memang dia bagi tip top kat bos dia (bos aku yang la nie, aku jer yang x wat cam tue..hheee..). Dia cakap dia dah berpindah ke umah baru ngan husband dia. Sebelum nie dia ada rapat ngan sorang staf sini (aku namakan dia N), tapi dari desas desus yang aku dengar depa nie 'couple'. Ntah betui ke idak, x berani ler aku nak cakap. Tapi aku penah sekali keluar gie main bowling ngn depa (kami bertiga jer). Leh nampak yang si N nie pegang peha KL and so on. Aku pun dah sense something, tp aku buat andaian mungkin depa tue a very close frenz, so lantak ler. KL cakap kat aku sebelum dia nak couple ngn husband dia nie, dia ada minta husband dia minta permission kt N. And that guy did. So kt depan husband KL, dia cakap dia 'restu' KL couple ngn that guy. The next day, N tue terus x tegur KL. Agaknya dia geram kot. Pas tue lak bila depa dah start couple, N terus bantai @ pukul KL sampaikan lebam2 badan dia. Aku pun tanya pasal apa dia x wat report. Dia cakap x nak besarkan kes tue. Lepas dinasihatkan dek bos dia, terus dia pindah dalam diam2 (at the same time N masuk spital sbb sakit, ntah ler sakit apa). Time KL pindah, husband dia temankan dia sekali. Sambil2 tue the N nie punya x puas hati dia dok sebarkan cite kat orang lain yang KL jenis x kenang budi ler, lupa kawan and so on. Dia pun ada cakap gak kalau dia nampak KL ngn husband dia, N akan bunuh KL dulu! Isyk..memang keje giler. Disebabkan insiden tue ler depa nikah awal sebab risau kalau2 KL diapakan. Meantime N keep on calling sambil menyumpah2 kawan aku nie. Ntah ler, hope all the best for my frenz. Sebelum nie pun aku memang dimaklumkan yang KL penah kena pukul dek N. Aku pun x faham ler apa yang jadi antara depa. Memang dah ada orang nasihatkan KL suruh tinggalkan jer N, cari umah lain and meet new frenz, but she didn't do that. Aku yang cakap cam nie pun sebab aku memang ada bukti kukuh.
Budak umah aku nie walaupun islamic tapi dia nie active sport. So N dah lama dok peratikan dia since N pun dulu budak sports gak tapi kena buang sebab kes dadah. Sampai ler ke sukan staf kt UM, kawan aku ngn N memang sama2 ada sekali. N start minta kawan aku nie jadi 'couple dia. Dia cakap yang dia ada masalah ngan KL. So of course la budak umah aku x nak. Dia bukan jenis 'lesbian'. Bila budak umah aku keep on refusing, N jadi bengang, terus belasah dia. Dihentaknya kawan aku tue kt dinding. Kawan aku yang lagi sorang nie nak tolong pun x terdaya sebab dia tolak kawan aku. Pas belasah, N terus blah ngan KL (time tue depa dok baik lagi and still serumah. KL lak siap leh tengok jer apa yang dah jadi kt budak umah aku, tanpa buat apa2 pun. Siap plan minta budak umah aku kuar dr asrama tempat depa menginap so that N leh belasah dia). At the end kawan aku nie terpaksa gi spital (sbb time after abis sukan tue dia terus lik kampung) sbb doktor sahkan dia ada darah beku. Aku ngn kawan lagi sorang suggestkan dia wat report jer sbb perkara nie mmg x ler dibiarkan. Kawan aku x mau sbb time tue jadi kt UM, so nnt implikasi tue jadi lebih teruk. Kami diam jer la. Tapi x sangka lak pas abis jer kejadian tue, dia keep on calling kawan aku nie pakai macam2 no; sat 019 sat 012 sat 017 sat no. public and so on. Kejap minta maaf, jp lagi dia marah2. Kawan aku cakap N nie dah macam psiko dah; agaknya otak dia dah mereng kot. Sat dia cakap dia jadi cam tue sbb kurang kasih sayang, sat gie lak cakap yang Tuhan x adil kt dia. Isy..itu yang x best tue..cakap cam orang x der iman. Tapi memang kawan aku cakap dia nie x penah solat. Ntah ler bab2 nie it's all on urself ler. Itu dah jadi kewajipan diri sendiri, tinggal nak buat ngan x nak buat jer. Aku maleh nak comment lebih2.

Saturday, March 04, 2006

Cuci rumah tapi nak cakap malu..dan lidahku kelu..

Bajet nak bangun awal gie cuci rumah. Sedar2 jer dah kul 10.00 pagi. Apa lagi, aku ngn kawan aku (aku namakan dia S) nie bingkas bangun, mandi pas tue kuar gie breakfast. Aku amik S petang semalam after dia abih kelas. La nie dia study kt IKBN Sepang. Dulu kami study sekali tapi bila sampai ke part 5 dia dah x mau continue lagi satu sem lagi. So dia quit. Aku ada gak cakap kt dia minta dia teruskan jer sebab dah alang2 satu sem, tolak cuti hari minggu, cuti hari kelepasan am, tinggal bape minggu jer, tapi dia tetap dengan keputusan dia. Aku faham ngan situasi dia. Dia sebenarnya minat bahagian multimedia, tapi mak dia paksa amik couse secreatrial gak. So dia study tue memang tanpa kerelaan dia sebab dah tue bukan course yang dia minat. Tapi dok x minat pun dia leh wat gak. Cuma itu la, mungkin tahap ke'fed up' an dia tue dah ke tahap jingga biru, tue yang dia terus quit tue. Tup-tup bila aku dapat contact dia lik, dia dah kt IKBN dan amik course yang memang dia suka. Agaknya mungkin mak dia dah restu ngn apa yang dia nak kot. Iyer la kan..kalau paksa pun x guna gak. Dia nie muda setahun dari aku. Tapi aku no halnyer. As long x panggil aku ngn gelaran yang x baik dah. Kami start cuci rumah tue sampai ler ke pukul 2.30 petang. Penatnya MASYA-ALLAH. Rasa nak tercabut pinggang nie. Aku tengok S maintain jer. Agaknya sebab dah lama sangat aku dah exercise kot. Start aku pindah sini, dah 3 kali dah aku jumpa dia. Aku sebenarnya ada perkara nak discuss ngan dia. Nie pasal dia ler. Nak kata x cakap tapi dah cakap. Serba salah jadinya. Aku ingatkan sepanjang kami tak jumpa mungkin ada perubahan kt dia especially tang 'tue' tapi tak gak. S nie ada masalah 'bau badan' sket ler (ha...terluah gak apa yang aku nak cakap walaupun rasanya kurang manis jer ayat tue). First time dia mai umah aku time aku baru pindah sini, aku ada bagi kt dia deodorant sambil cakap kt dia camnie "Aku kasi ko deodorant nie, kita nie pompuan, biar wangi sket, baru ler rasa confident" Siap aku kasi perfume lagi kt dia. Tapi dia insist cakap yang dia memang x payah pakai perfume pun x per. Aduih..camner tue! Setepet lik kena kat aku! Aku x tau nak wat camner supaya message aku nie sampai kat dia. Aku bukannya apa, kesian sebab dia tue kawan aku. Of couse aku nak kawan aku feel confident. Aku ada tanya pendapat kengkawan yang lain, tapi nanti ler aku cuba slow talk lik ngan dia. She's a good fren. Kira kalau time kita nak minta pendapat dia tue, memang dia leh kasi pendapat bernas ler. Tapi penah sekali tue dia rajin story kt aku pasal 'balak' dia. So aku nie lak jenis 'kalau hang nak cite, cite ler, takat mana aku leh dengar, aku dengar'. And things happened agaknya mungkin dia nie ingat aku nie jenis ikut perkembangan cite dia, she's keep on searching for me, semata2 nak sembang ngan aku. Sampaikan aku dah naik 'fed up' la tue. Iyer la kalau time kita nk rehat2, tetiba jer ketuk pintu umah, terus cari aku kt bilik selalu. Mana leh tahan beb! Penah jadi few time aku terpaksa menyorok dalam almari, siap minta kawan2 aku tolong cakap yang aku ada hal ke apa ker. Dah tue dia siap leh lepak atas tilam aku, sambil baring baca novel aku (aku selalu letak majalah, novel or whatsoever kt sebelah bantal). Yang aku lak dalam almari nie dah berpeluh2 dah. Pas jer dia balik, aku apalagi terus ler kuar dari almari. Kengkawan aku yang lain pakat dok gelak2 kt aku. Hampeh tul. Tapi x per, kenangan yang mengusik perasaan.

Friday, March 03, 2006

Wiring Guy

Hari nie aku pakai baju kurung, ada labuci sket. Ada sorang pegawai nie (sebaya aku) selalu gelar aku ngan panggilan 'Hajjah' (insya-ALLAH masin mulut dia, jadi 'hajjah' betui le aku)kengkawan aku lak ada yang cakap cam pengantin. Hehhe..apa mengarut ler depa nie. Baju tue aku beli siap. Seingat aku ler setakat nie aku dah beli baju kurung yang siap hanya 2 kali jer, yang lelain tue beli kain, then tempah. Bos aku lak cuti hari nie; dia kata kereta dia rosak, petang tue lak dia called katanya kunci kereta lak ilang. Ntah ler yang mana satu yang betul. Wife dia yang akan amik DO ngan flight ticket kt kaunter pinjaman after office hour jp lagi sebab ahad nie dia nk kena ke UTM, sebab Isnin tue dia ada meeting kt sana.
Tengahari lak aku gegas jumpa budak yang wat wiring. Muda lagi budak tue, itu ler first time jumpa dia. Sebelum nie aku selalu deal tanya pasal lampu rumah kt dia through phone jer. First time call dia memang cakap banyak and loyar buruk as well. Jumpa dia tadi pun aku ngn dia main 'smash' jer. Janji jumpa depa kt depan MacD, pas tue depa follow aku ke rumah yang aku sebab nak minta depa pasang lampu. Aku dah beli dah lampu kelmarin. Mula2 tue memang dia nak beli tapi harga dia RM15. Dia kata lg lampu yang dia beli tue leh save electric sket, itu kata dia ler. Time aku tanya, dia kata dia charge pasang lampu RM10. Tapi bila aku tanya kat officemate aku yang ada minta orang pasang lampu kat taman perumahan sebelah taman aku, dia cakap RM8 jer. So aku tanya kat dia lik. Tup-tup dia agree nk wat ngan harga RM8! So dari situ aku dah buat kesimpulan dah memang depa mark up harga. Betul kata Abang. Aku nie selalu kena tipu, cepat sangat percaya kt orang. Senang sangat agree with something, without asking other people. Pas tue aku bagi kat dia kunci rumah tue supaya senang dia nk buat lampu jp lagi. Time aku nak buka pintu gril tadi dia ada kat tepi aku, kengkawan dia pulak kt luar kereta. Aku saja jer cakap kt dia "Awak nie buat saya nervous, sebab tue x dapat cari kunci nak buka gril nie" (sambil2 tue aku melawak kt dia. Dia sengih2 jer). Pas tue time aku bagi kunci kt dia suruh dia lak kunci lik pintu gril tue, he's saying the same thing that i've said to him. Terus jer aku cakap kt dia "nie ada yang nk kena balik jalan kaki nie". Dia gelak jer. Settle tue aku terus lik umah sebab time tue dah break time dah. Meantime aku minta dia survey harga kipas dinding. Aku minta dia cari kipas KDK. Sebelum tue aku dah survey dah harga kipas kt tempat aku beli lampu tue. Harga dia RM85 dah tue x der brand lak. Aku bukannya apa, better aku beli yang ada jenama sket, so benda2 cam tue ada guarantee. Mula2 tue budak wiring tue cakap harga dia RM180. Aku diam jer, terus aku decide yang aku akan call dia jp lagi. Tak lama pas tue dia sms aku dia bagi harga kipas Panasonic RM150, KDK lak RM165. Aku called dia lik and cakap kt dia aku nak dia beli KDK tue jer. So la nie dah ada 9 lampu x RM8 (untuk sebiji lampu) dah RM72; kipas tue RM165; upah pasang kipas lak RM25, overall RM262.00. Check dalam walled amout x cukup. Nampak gayanya aku nk ke keluarkan duit jp lagi. Risau gak bawa cash banyak2. Dah ler last 2 days, harga minyak naik 30 sen. So nak ke mana2 pun kena secara berhemat. La nie aku nak ke mana2 pun nk kena fikirkan kepentingan gak. Kalau x penting better aku stay kt umah, tengok tv..hehe..kalau ikutkan aku nak sewakan rumah tue kt 2 orang staf yang akan masuk ke tempat aku. Sebelum nie depa praktikal kat tempat aku. So dah alang2 tue aku akan stay sana ler. Sebelum nie aku asyik berbelah bagi nak letak kerta 'FOR RENT' ke idak. Aku ingat kalau x dak sapa yang nak stay ngn aku better aku sewakan rumah tue kt orang jer. Tapi bila dah cam nie better aku stay sekali. Bila lagi nak merasa dok rumah sendiri kan. Mak aku pun suggestkan benda yang sama gak. At least senang depa nak mai sini. Aku x suka kalau mak ngan ayah aku stay umah sedara aku, cam x syok lak. Aku nak depa rasa senang sket, x ler tumpang rumah orang, walaupun rumah yang depa tumpang tue rumah sedara gak. Aku harap sangat dipermudahkan segala urusan aku. Biaq ler depa jd pindah ke rumah aku. Kalau la jadi, nampak gayanya aku nk kena packing barang2 balik..hehe..

Thursday, March 02, 2006

Lebam

Semalam time ngemas barang2, tetiba aku selak baju dan belek2 kt sisi pinggang sebelah kiri. No wonder la time aku tekan jer rasa sakit, rupanya dah jadi lebam. Kelmarin time pindah aku terlanggar bucu tangga waktu nak angkat barang. Lebam besaq pulak tue. Rasa nak letak ubat ke apa, tapi fikirkan nak settlekan sesikit ngemas barang, aku on hold jp..sampai ler terlena (lupa nak letak ubat).
Pagi nie dah hari kedua aku pakai Aura Seri tue. Entah ler sejauh mana keberkesanan produk tue. Pas tue lak Motivasi Pagi nie ada one lady give a talk (kat tv3). Antara cakap dia yang aku ingat ler..cuba jadi pendengar yang baik. Kalau kawan kita tengah cakap, tunggu sampai dia abih cakap, then only leh respon. Kalau dua2 pun cakap, sapa nak dengaq cakap sapa kan? Heh..cam terkena kat aku jer, kengkadang tue time kawan aku cakap, saja jer aku nyampuk, sebab nanti kalau aku tunggu, risau kalau aku lupa nak cakap apa. Memang aku nak kena buat perubahan gak ler. So pagi nie i did my very best to be a good listener. Kalau sebelum nie tone aku mungkin kedengaran agak kasar (tue apa yang depa kata, tapi aku rasa ok jer..nanti kalau aku cakap lemah lembut depa tak nak buat apa yang disuruh lak. Bila aku dah start cakap, depa cakap aku start mengarah. So camner tue? Sebelum nie memang aku ditugaskan untuk buat jadual penghantaran surat untuk tempat aku nie sebab still x dak PAR. Tapi itu la yang terjadi. Kalau x cakap, sure depa tak hantaq suratnyer. Bila dah suruh, depa cakap tone aku cam garang dan nada mengarah. Nasib baik tugas tue dah diambil alih dek orang lain. Kalau tak mau aku 'sakit jiwa' cam nier. La nie orang yang ambil alih tugas aku tue selalu gak share story dia ngan aku; dia pun having the same situation as mine. Aku senyum penuh makna jer la). Tengahari aku ngan budak umah tapau dan balik makan kt umah. Budak yang lagi sorang tue demam panas pulak. Seharian dia baring jer. Dia terpaksa ponteng kelas dia hari nie dari pg ke petang sebab dah x larat sangat dah. Petang nanti balik dari office budak sebilik dia nak bawa dia ke klinik.
Masuk opis, aku terus 'ngemas' sket. Kat bilik aku nie ada 2 fax machine; satu tue yang lama (suppose kena hantar ke bahagian pentadbiran tapi aku cakap kat boss aku yang photostate machine kat kaunter tue selalu meragam, so kalau ada fax machine nie leh membantu aku sket utk buat sehelai dua photo copy and my boss agreed) dan yang satu lagi tue jenis advance sket aar hp laserJet 3015. Hari tue fax machine yang baru nie dah ok dah setting dia, jadi aku letak kt sebelah pintu jer. Fax machine yang lama tue aku letak kt sebelah kanan, sebelah pc aku. Tup-tup hari tue kilat kuat so setting dia 'lari'. Dah jenuh dah aku called IT staff untuk betulkan kerosakan nie, tapi hampeh. Kata nak mai, tapi x mai2 gak. Maleh dah aku nak keep on calling. Jadi aku kena letak balik kt luar so nanti depa senang nak fax ke apa ker. Lagi pun bos aku x suka kalau ada staf sendiri ataupun staf lain mai lepak ataupun sembang kt tempat aku; dia memang x suka sangat ngan pemandangan tue dan pulak dia risau sbb banyak dokumen file dalam bilik aku. Agaknya mungkin sebab tue ler bilik aku yang bilik bos kt ujung sekali kot. Silap hari bulan kalau dok asyik leka buat kerja, dah x sedar yang kengkawan aku yang lain dah balik dah. Kengkadang tinggal aku ngan bos jer..kengkadang lak tinggal aku sorang jer. Nasib baik ler siang. Aku ada called budak yang nak wat wiring tue. Dia nak mai ke area tempat aku esok. So dah alang2 tue dia nak tengok umah aku gak. Aku kalau boleh tue nak kena compare gak quotation yang dia bagi ngan tempat lain, tengok mana yang agak reasonable, then only i will make decision. Nampak gayanya aku kena abihkan gak ngemas barang2 kt umah nie. Minggu nie memang minggu yang meletihkan ler..

Wednesday, March 01, 2006

Aura Seri

Pagi nie celik jer mata, terus capai Aura Seri, bawa masuk ke bilik air. Aku titik dalam 3 titik dalam baldi. Pas tue sebelum mandi tue aku niat yang positif. Wangi tui..siap ngan rasa berangin lagi tue..Sebelum kuar dari bilik air, aku letak 1 titik kt tapak tangan, then usap kat muka, ke ubun kepala, last sekali kt telinga. Yang sebenornya kawan aku baru lagi jual produk nie. Ramai kengkawan dia yang pakai kata ada perubahan kat depa. Contohnya kawan aku yang jual produk nie cakap sebelum nie dia jenis yang cepat angin (cam aku ler tue..hehe...) tapi la nie dia dah leh cool down a bit. Aku pun nak tau gak sejuah mana kebenaran dia. Yang penting niat kita yang psikologi kita..so aku pun amik sebotol. Kalau ok, mungkin aku akan keep on tapi bergantung pada ekonomi aku ler.
Tengahari aku ada kelas Bahasa Inggeris. Tutor yang mengajar pun sempoi jer. Rasa cam gie kelas tue bukan nak belajar, tapi kami asyik ketawa jer..ok gak tue..x ler boring sangat. Aku nie kalau bab2 suruh wat esei ker, menulis ke, silap haribulan mau aku tertido gak tue..
..........................................
Semalam aku cuti sebab pindah rumah. Suppose lori sewa tue mai dalam 8.30 pagi, tapi budak umah aku minta postphone timing dia. So dia mai pukul 10.00 pagi. Punyalah banyaknya barang tak terkata. Mana lagi ngan barang sendiri, barang budak umah ngan barang umah itself. Nasib baik muat satu lori. Orang lori sewa tue okey gak. Dulu dia nie keje ngan PERMANIS. Pas tue dia tukar haluan dengan kerja sendiri; dia kuli dia bos. Sebelum nie dalam pemikiran aku orang lori sewa nie mungkin 'biasa2' jer, but this person memang knowledgable ler. Orang2 yang camnie kita nak. Normally ngan orang yang educated nie dari segi diplomasi tue still can be control. Kalau x agree on something, we still can ignore cara baik. Tapi kalau sebaliknya jenuh gak 'berpeluh jantan' nak explain things. Memang depa yang buat semua kerja angkut barang2 from A to Z. Kami pun ada tolong2 gak. Walaupun bayar depa, tapi kesian gak. Kami siap minta depa pasang katil ngan wat susun atur (especially barang2 dalam bilik aku ler..mana lagi ngan katil, almari, almari kain, tv and iron board). Sebelum aku wat payment, aku bagi depa air mineral sket. Iyerla letih wooo angkat barang nie. Settle satu kerja. Terus gie beli barang2 umah sesikit. Tengah dok ngemas barang, orang lori sewa tue called. Dia cakap kalau aku nak orang yang mesin rumput tue dia leh mai la tue gak. So aku pun janji nak jumpa depa kt depan rumah aku. After wat agreement, suppose harga yang depa cakap tue memang mahal, tapi memikirkan yang aku dah maleh dah nak fikir mana nak cari orang (yang sebenarnya ada, tp aku dah terlalu letih, penat then time tue lak memang panas terik walaupun dah nak kul 6.00 petang) terus jer aku agree and said to them that i will come again one hour after that. Sampai jer pas tue keadaan umah dah clear dah. Abih semua rumput2 depa bagi 'pecerah'.
Aku siap gie tapau lagi sebelum balik rumah. Banyak lagi barang2 yang nak dikemaskan tapi sebab aku dah letih sangat, so i just left there. Kalau tengok kat ruang tamu tue cam 'tongkang pecah' jer rupanya. Aku amik bilik tengah since budak umah aku minta nak bilik master bed room. Ikutkan hati aku memang aku prefer bilik master. Tapi buleh le mana2 pun. Jiran sebelah rumah kami tue bebudak bujang. Nampak jer kami parking kt umah, ramai kengkawan budak bujang lepak kt luar umah. Hehe..hopefully depa ok la kot..risau gak kot2 depa nie skodeng kami ke apa ker..hahaahaa.
Malam tue aku x leh lena sebab bilik tue panas walaupun dah on kipas. Pas tue lak kalau time tidoq tue kerap terjaga. Agaknya sebab rumah baru kot, so nak biasakan diri lagi. Aku berharap sangat keadaan rumah aku nie 'ok'. Dah serik rasanya stay kt umah sebelum nie; rasa x selamat kt umah sendiri, walaupun kt dalam bilik sendiri..