Sunday, July 07, 2013

Mee Bandung

gambar contoh semata-mata.  gambar ori tak leh pulak nk tag kt sini, tak tau naper


Tadaaa...amacam..ada rupher macam Mee Bandung tak?  Berbanyak terima kasih pada adikku terchenta, Manje yang sudi berkongsi resepi.  Al maklum la, tuan tanah kedaung nak masuk ke dapur jarang sekali.  Dah teringin sangat baru la terhegeh-hegeh cari bahan bagai.  Nasib baik la budak rumah pun nak gak share beli barang.  Kalau tak, memang aku masak untuk seorang makan aje, aci dan ada gaya-gaya sadis tak di situ? hahahahaaa...

Bahan-bahan untuk buat mee bandung adalah:

Mee Kuning
Bawang Merah
Bawang Putih
(berapa ulas suka hati korang la.  Tapi ada yang cakap kalau nak lagi sedap masakan letak banyak bawang.  Ada jugak yang cakap kalau letak banyak bawang, nanti kopak ongkos..hahaha)
Cili blender
Isi ayam/daging/udang
Sawi/bunga kubis/carrot
Sos Tiram
Sos Cili
Serbuk Perasa
Telur
Gula
Garam
Tepung Jagung

Cara-cara nak memasknyer:

Masukkan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.  Dah kuning sikit masukkan cili blender.  Kalau nak masukkan isi daging ke ayam ke, bolehlah dimasukkan sekali.  Dah garing sikit cili tu, masukkan air.  Bila air dah menggelegak, masukkan udang.  Kemudian letak gula, garam, sos tiram, sos cili dan serbuk perasa.  Bila dah menggelegak, masukkan sayur sawi/bunga kubis/carrot (sayur ikut suka hati).  Bila air menggelegak, masukkan tepung jagung (pastikan kacau dulu tepung jagung dalam bekas lain sebelum dimasukkan dalam periuk).  Akhir sekali barulah pecahkan telur.  Mee kuning tu celur aje.  Sudah siap untuk di'ngap' bak kata Manje.  Selamat mencuba..chayokkk...

Friday, July 05, 2013

Pemeriksaan Pap Smear dan Pemeriksaan Payudara



Hari ni kt Unit Kesihatan kampus adakan pemeriksaan paps smear dan pemeriksaan payudara.  Actually aku dah bagi dah nama untuk buat breast check up.  Punya lah teruja aku pergi on time.  Dah pergi ke kaunter.  Staf tu pun dah amik no. staf aku.  Sampai saja kt depan pintu bilik pemeriksaan, ada 3 orang nurse menunggu.  Sembang punya sembang rupa-rupanya aku tak boleh buat breast check sebab aku tengah period.  Selalunya seminggu sebelum period ataupun tengah period memang lazim akan ada ketulan ataupun benjolan di sekitar breast.  Selepas seminggu period barulah masa yang sesuai untuk buat breas check.  Aiyarkkk...pitammm Cik Su.  Nampaknya memang tak ada lah rezeki aku.  Nurse tu siap cadangkan supaya aku pergi ke klinik kesihatan berdekatan.  Alamatnya memang tak gi la jawabnya.