Thursday, January 31, 2008

Tak Terduga

Jam 10.35 pagi, aku dengan sorang lagi pegawai IT kat sini pergi ke Dewan Kuliah 3, untuk perjumpaan SMART TEAM. Sampai saja, dah ada student kat situ tengah dengar ceramah. Rupa-rupanya selepas program student nie barulah ada perjumpaan tue.
Habih saja sesi tersebut, kami keluar kejap sebab pegawai aku nie nak menjemput RA dia kat komuter. Hari nie last day RA tue kerja kat tempat aku. Mulai esok dia akan mula melaporkan diri di tempat kerja baru. Kepala nie tiba-tiba pulak rasa berdenyut-denyut. Peling kepala sebelah kanan saja. Habih mata aku sekali terasa sakit. Bila batuk pun terasa sengal sakit jugak. Sudah! Jangan la dibuat hal. Aku nak kerja hari nie. Nak balik on time as usual.
Sambil pegawai tue nak parkir kenderaan dia, aku menyatakan pendapat aku untuk tak ke perjumpaan tue. Kebetulan pegawai tue pun tak nak pergi juga. Canteekkkkkkkkkkkkkkkk...Sampai saja ke office, aku dah tak boleh tahan dah. Isi saja borang keluar pejabat, terus aku maklumkan pada pegawai kat sini. Terus saja aku meluru ke klinik panel berdekatan.
Tengah menunggu giliran aku, sempat la jugak tengok siaran langsung majlis pernikahan Ning Baizura dengan pasangan mat salleh dia. Wah, cantik dan segalanya went well smoothly. Sama cantik sama padan. Tak berapa lama lepas tue, aku dipanggil untuk diperiksa doktor. Tengah doktor buat pemeriksaan, tetiba telefon bunyi. Agaknya doktor tue pun faham kot, dia minta i answer the phone. Rupa-rupanya PA Dato' Mufti Terengganu. Dia nak confirmkan kehadiran Dato' Mufti untuk majlis konvo khas yang akan diadakan pada bulan Februari ini. Agaknya PA tue tak tau dengan sapa dia nak deal kot, jadi sebab tue la dia call aku. Should be no problem sebab aku kenal dengan staf yang handle kehadiran untuk majlis konvo khas tue. Dah alang-alang tue aku minta MC terus sebab rasanya aku dah tak mampu dah nak bertugas. Dengan rasa sakit kepala asyik menyucuk on and off nie. Sebelum nie pun ada gak jadi sakit kepala, tapi tak adalah macam nie.
Dah dapat MC tue, aku terus sms my bos. Then my officemate. Terus aku pergi tapau. Sampai ke rumah, aku makan then makan ubat yang diberikan. Tak berapa lama lepas tue rasa badan ni macam tak best saja. Aku rasa macam ubat tue menusuk ke hati aku. Heee..aku nie macam-macam saja. Ingatkan dah sampai rumah boleh lelap, tak bolehlah pulak. Jadi aku baring-baringla sampai ke petang. Jam 4.00 petang, tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Aku tahan saja rasa mengantuk nie. Ini sah nie kalau aku tidur, mahunya malam nanti tak boleh nak lelap.
Dalam Mahgrib tue, kawan aku called. Dari cara suaranya macam dia tengah menangis. Bila ditanya, rupa-rupanya dia cakap yang boyfried dia dah bertunang dengan orang lain. Terus aku tergamam. Setengah jam selepas tue kawan aku nie pun sampai. Aku keluar, then terus minta kunci kereta tue kat dia. Risau la aku suruh orang yang tengah bersedih nie drive kereta. Mahunya karang dia tak boleh kawal rasa sedih dia tue, then terus langgar apa-apa ke, mati katak aku. Tak sempat nak mengucap....hahhahahhaa...
Kami lepak kat usual mamak restaurant. Dia ceritakan perkara sebenar. Aku tengok dia tabah saja. Tapi aku yakin, jauh di sudut hati dia berkecamuk dan berkecai perasaan dia. Apa taknya, selama nie boyfriend yang sering kali membujuk dengan kata-kata sayang, akhirnya berpaling kepada orang lain. Aku tahu kawan aku nie memang jenis yang setia, dan sayang 'baget' pada pakwe dia tue. Kenapa pakwe dia sanggup memperlaku dia sebegitu? Dah la tue, yang call dan menyatakan perkara yang sebenar tue bukannya pakwe dia, tapi tunang pakwe dia tue. Mana kawan aku nie tak terkezut...Aku nak menasihatkan lebih-lebih pun tak berapa pandai sangat. So the best way aku minta kawan aku tue kuatkan semangat. Itu saja yang terbaik untuk masa sekarang. Dia lepak kat rumah aku kejap. Lepas tue barulah dia balik. Aku yakin kawan aku tue kuat semangat.
Jam 10.30 malam aku dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........................
dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan

Monday, January 28, 2008

Al Ikhsan

Disebabkan penangan teh tarik malam semalam, hari nie aku datang ke office denga muka tak 'siap'. Macam muka 'pecah rumah' pun ada gak. Segala-galanya rasa serba tak kena. Kerani aku ni pulak tetiba buat hal. Sesuka hati cakap main 'petik' saja. Apa lagi, terus la aku 'sound' dia. Jadi 'dragon' aku sat...hehehhe..
Sharp jam 5.00 petang, aku terus balik. On the way balik, jalan jammed la pulak di sekitar Jalan Maluri tue. Parking kereta, aku terus ke Al Ikhsan. Ada kasut yang aku berkenan, tak ada la pulak size aku. Adoi..tension betul aku.
Sampai rumah jam 7.00 malam. Jam 9.00 malam aku dah tidur dah.

Sunday, January 27, 2008

Prihatin..dah tua dah..




Jam 9.45 pagi, aku dah tersedar. Terus saja aku turun ke bawah untuk 'off' lampu luar. Rupan-rupanya tuan umah dah ada kat bawah sambil menonton televisyen. Terus aku naik ke bilik semula. Confirm dia dah 'off' kan lampu. Kan kami la nie ke 'arah penjimatan'..huhuhuhuhuhuhu..Pelik betul aku. Selalunya tuan rumah nie balik rumah family dia. Minggu nie dia stay pulak kat rumah..erm..tak kan nak monitor pergerakan kami budak-budak rumah nie kot...?huhuhuhuhuhuhu..
Hopefully hari ni aku dapat keluar dengan Abang. Kesian kat Abang, lately nie memang dia kerja non-stop. Sekarang nie dia tengah buat renovation; dinding cafe tue dah dibuka. So kedai dia akan jadi lebih besar gitu. Dah la pulak tue, dia sorang saja yang monitor kerja-kerja penyelenggaraan tue. Mana lagi dengan nak monitor 2 kedai. Dengan rehat tak cukup, tidur pun tak cukup. Kalau aku la di tempat dia, belum tentu lagi aku boleh menguruskan semua perkara tue dalam satu masa. Silap haribulan, pengsan aku...hehehe..
Sambil-sambil tue aku membasuh baju. Time aku pergi ke ampai baju nak ambil baju-baju yang kering dan nak ampai baju basah, i realize someting. Baju tidur aku dah tak ada! Aik! Biar benar. Takkan hilang kot! Sob..sob..sob...aku baru saja beli jumaat, baru saja sidai semalam. Sapa lak yang amik nie? Nak kata ada orang lain amik, kat umah hanya ada aku dengan tuan rumah saja. Lagi 2 orang housemate tak ada. Lagipun jarak ampai dengan pagar belakang tue memang banyak betul jaraknya. Takkan la tuan rumah tolong angkat baju aku kot. Sedangkan 'baju kecik' dia still kat ampai tu..hhehehe..adoi..camner nie?
Lepas Zohor, aku rasa mengantuk pulak. Hentam tidur sampai ke jam 6.30 petang. Sedar saja, kepala terasa cam 'high' saja..hehehehe..Macam mana badan tak mengembang, bagai dipam-pam. Ada saja masa terluang, terbongkang la aku..hehe.Tengok handphone, rupanya ada miss call daripada kawan aku. I returned her call. Then we decided to go the JJ Seremban! Masuk nie dah 3 hari berturut-turut dah aku ke JJ Seremban nie..hehe..bagus gak ada aktiviti. Sekurang-kurangnya aku tak la boring. Nampak gayanya hari nie tak dapat la aku jumpa dengan Abang. Hampa dan kiciwa...huhuhuhuhuhuhu..
After Maghrib, kawan aku tu sampai. Terus kami ke JJ Seremban. Nasib baik la tak jammed, cuma agak hujan sikit. Sampai saja ke JJ Seremban tue kami terus cari parking di tingkat atas. Dalam dok melilau cari parking, kebetulan ada satu kereta Cina nie siap bagi signal suruh kami ambil parkir dia since dia dah nak keluar. Apa lagi, terus aku buat satu pusingan. Sampai ke tempat Cina tue, dia pun tunggu kami. Dia keluar saja , kami terus masuk. Aku hon kat Cina tue, dia siap angkat tangan lagi. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan kami. Then, terus menuju ke food court. makan. Gambar yang letak tue time aku order Black Pepper Sizzling Yee Mee. Sedap gak. Kawan aku pulak order Nasi Goreng Thai. Dah kenyang baru la kami pergi shopping. Aku beli T-shirt dengan handbag. Kebetulan tengah ada sale 70% di GIAMAX. Tapi aku beli handbag murah-murah saja untuk digunakan ke pejabat..hehe..
Sampai saja ke Nilai dah jam 10.45 malam. Terus kami pergi minum teh tarik kat kedai mamak as usual tue. Ramai gak mamat-mamat menebeng kat situ. Rupa-rupanya depa tengah tengok match MU vs Totentem. Kesudahannya MU menang, berapa mata aku tak berapa pasti pulak.
Time aku nak tutup pagar rumah, kebetulan tuan rumah aku pun baru sampai jugak. Dia tak banyak cakap pun. Aku pun malas la nak ajak dia bersembang. Agaknya dia letih kot. Aku masuk saja ke bilik, terus kemaskan bilik. Mandi untuk kali ke-3. Panas betul malam nie. Sambil aku sisirkan rambut, tetiba aku ternampak ada sehelai rambut putih. Terus aku cabut rambut putih tue. Dah menginjak dah usia aku nie. Dah beruban dah rambut aku. Hrmmmmm...
Jam handphone dah menunjukkan ke angka 4.00 pagi. Mata ni dok segar lagi. Adoi, nie mesti penangan teh tarik nie. Kenapa la aku minum gak teh tarik time malam hari? Kalau siang tue tak apa la. Ini la padahnya.












Saturday, January 26, 2008

Boling Lagi..dan lagi..dan lagi..


Erm...baru jam 10.00 pagi..awal lagi. Sementara nak tunggu jam 12.00 tengah hari nie, aku buat dulu apa-apa yang patut; sidai baju, kemas bilik yang dah selerak bagai dengan baju and other stuff, kemaskan katil yang dah macam kapal karam, seterika baju etc..etc..etc..

Sewaktu aku turun ke bawah nak sidai baju, tuan rumah tengah menonton televisyen. Sambil dok sidai baju tue, tuan rumah tue bertanyakan pasal program aku untuk hari ini. Jadi aku pun maklumkan yang aku akan je JJ Seremban untuk bowling tournament under my department. Siap lagi tanya aku nak gerak ke sana jam berapa. Erm..nampak gayanya aku kena pergi ke sana sorang-sorang nie. Bukan tak pernah ke sana, semalam pun aku dah ke sana dah..hehe..tapi tak pernah ke sana seorang diri. Tawakkal sajalah, drive pelan-pelan kan. Biar lambat asal selamat. Tapi tak adalah terlalu perlahan hingga membangkitkan kemarahan orang lain..huhuhuhuhuhuhu..

Tepat jam 1.00 tengah hari, aku keluar dari rumah. Erm..rasanya baiklah aku pergi makan dulu. So aku singgah kejap ke kedai mamak as usual tue. Makan sikit saja. Kemudian barulah aku ke sana. Tepat jam 1.50 tengah hari, aku dah sampai dah. Tapi memusing cari parking daripada parkir dalam bangunan hinggalah ke luar. Nasib baiklah kebetulah ada satu kereta tue nak keluar. Cuma nak menunggu orang tue masuk ke dalam kereta, seksa amat. Sebab dia tau aku nie dok nak tunggu untuk amik parkir dia, saja je dia wat pergerakan 'lenggang mak limah'. Lepas satu, satu barang dia masukkan dalam bonet kereta tue. Dapat saja parkir, terus aku meluru ke aras bowling tue.

Lucky me. Sesampai saja, one of my friend baru nak umumkan pemain setiap lane. Alhamdulillah. Ambil saja kasut, terus aku ke lane group aku. Dalam nak menuju ke sana, tiba-tiba pandanganku terarah ke satu arah. Aku nampak tuan rumah aku! Sampai hati dia buat kat aku macam nie. No wonder beria-ia menanyakan pasal bowling. Rupa-rupanya dia pun join skali. Agaknya dia tak nak aku tumpang naik kereta dia kot. Aku pun tak hingin! Tapi apa salahnya cakap yang dia pun nak pergi sekali. At least bolehlah kami saing sekali. Umur dah banyak pun, tapi perangai macam budak-budak. Apa da...lantaklah kat dia.

Habis saja tamat 3 frame, group aku terus beredar dari situ. Kalau tunggu pun confirm group kami dah sememangnya dah kalah..wakakakaka...sambil tue kami berlegar-legar dalam kawasan tue. Kengkawan aku ada le membeli barang sikit. Kemudian barulah kami balik. Kebetulah ada sorang budak nie memang aku offer dia balik dengan aku. Sekurang-kurangnya aku ada kawan nak bersembang.

Sampai saja ke rumah, dalam 15 minit kemudian kawan aku datang jemput aku. Aku menemankan dia ke KL. Hantar borang untuk adik dia. Kemudian, dia keluar dengan sorang mamat nie, jiran depan rumah dia. Kami pergi makan kat area Sentul gak. Adoi, sesak nafas aku makan di kawasan tue. Kalau boleh, tak nak la aku ke sana lagi. Tak sanggup dah rasanya. Bukannya aku memilih, tapi aku kurang selesa dengan environment tempat tue.

Monday, January 14, 2008

Markah LNPT

Tengah syok buat kerja, bos aku masuk. Macam biasa la dia akan check surat. Tetiba dia panggil aku. Dia tunjukkan Borang LNPT aku. Katanya dia nak maklumkan markah yang aku dapat. Aku tengok 80.6 markah. Dia komen boleh dipertingkatkan lagi prestasi aku nie. Ada lagi la few matters yang dia komen. Siap tanya sama ada aku berpuas hati tak dengan markah yang diberikan. Aku ucapkan terima kasih pada dia. Abih tue tak kan la aku nak komen lebih-lebih pulak. Kang diturunkan lagi markah sedia ada tue, tak pasal-pasal saja, hehehhe...

Sunday, January 13, 2008

Cermin

Adoi..malehnya nak balik hari nie. Kenapalah masa berlalu terlalu pantas sangat. Jam 9.45 pagi baru aku bangun. Nasib baik lah aku masih dalam tempoh 'bercuti' lagi nie..hehe..Anak sedara aku nie pun dah bangun dah. Celik saja mata, terus ke dapur. Dengan muka tak berbasuh, dia terus minum air masak. Eei..tak senonoh betul la anak sedara aku nie.
Aku terus mandi. Pagi nie aku nak keluarkan duit. Aku minta adik aku saja yang drive. Definately si kecil tue ikut sekali. Kalau tak dibawa sekali, mahunya meraung bagai. Sampai saja ke rumah, terus aku bawa masuk si kecil tue ke dalam rumah.
Sementara adik aku pulak terus ke kedai kereta. Aku minta adik aku tinted kereta aku. Nak letak colour apa tue, aku serahkan kat dia. Sebab dia lagi arif. Memang sebelum nie aku nak tinted kereta. Tapi asyik tertangguh saja sebab memikirkan ada perkara lebih penting lagi yang aku boleh buat dengan duit untuk tinted tue. Bila dah lama-lama tue kan, tengok saja kereta orang lain yang cantik ber'tinted' dan letak sport rim...isy..jealous la pulak. Tak boleh jadi nie. Jadi sebab tue la aku pun nak letak tinted jugak. Tak la panas sangat.
Mama pulak beria-ia masak. Bekal untuk aku katanya. Adoi, mak aku nie, tak payah le beria kirimkan bekal untuk aku. Bukannya apa, aku tak nak susahkan dia. Dah la dia letih balik berniaga, nie lagi nak masak untuk aku. Memang aku tak akan jumpa mak yang sememangnya memahami dan prihatin cam mama aku yang seorang ini..hehe..
Jam 3.00 petang, barulah adik aku sampai. Siap dia berpesan pada aku lagi, tingkap jangan dibuka sekurang-kurangnya 4 hari, tingkap belakang pulak jangan guna heater untuk seminggu. Adoi..ada pantang larang la pulak. Ini yang aku 'lomah' ni.
Lepas bersalaman dengan semua ahli keluarga aku, aku terus balik. Sebelum tue aku sempat lagi kucup si kecil tue. Nasib baik dia tidur, kalau tak, jenuh dia menangis nak ikut. Sepanjang perjalanan tue, ada jugak kawasan yang agak jammed. Apa taknya, banyak jalan dah jadi satu laluan saja sebab under construction.
Sampai rumah dah jam 8.00 malam. Then keluar makan dengan kawan aku. Kawan aku tue lepak kat rumah aku kejap. Around 11.30 malam barulah dia balik. Nampak gayanya aku sorang saja di rumah. Kengkawan yang lain belum balik lagi.

Sunday, January 06, 2008

CD..neck tie..



Petang tadi aku called Abang. Aku katakan padanya aku nak jumpa dia. He said okey. Aku pun bersiap lebih kurang. Then terus ke pusat bandar. Sebenarnya aku plan nak celebrate birthday Abang. Kalau awal-awal lagi aku cakap tujuan sebenar aku nak berjumpa dengan dia, sah-sah dia tak nak. Jadi better aku buat selamba saja.

Sampai saja di Ampang Point, aku terus ke kedai CD. Cari CD Bonie Tyler. Got 2 album. Tahun 1994 dengan tahun 1998. Tapi tak adalah track 'Eclips of my heart'. Kalau ada, memang senang dah kerja aku. Tak apa. I got another alternatif. Dalam nak menuju ke bahagian lelaki, di ruang legar bawah tue, diadakan pameran untuk pakej kawin. Amboi meriahnya suasana. Mana lagi dengan pasangan yang sibuk bertanyakan itu dan ini. Manakan lagi staf kat situ yang sibuk mengedarkan pamplet berkaitan. Dengan dummy patung yang memperaga baju-baju pengantin yang 'grand banget' gitu....hehe..

Sebenarnya minggu lepas time aku ke Berjaya Times Square, aku dah belek-belek dah tali leher yang ada dijual kat sana. Ada satu tali leher tue memang aku berkenan. Colour orange dan berbelang-belang sikit. Tapi duit tak cukup time tue. Kawan aku pulak suggestkan aku pilih colour biru. Cuma aku kurang berkenan dengan colour. Abang call saja terus aku cakap kat dia,

"I ada berkenan dengan satu neck tie nie, but i don't have enough money to buy,"rungutku. Rasa terkilan sangat.

"No need to buy anything for me, sayang. Just keep your money okey. Jangan membazir untuk i," itu la ayat yang dia selalu gunakan. Dia memang tak suka aku membazir, tapi apa salahnya kalau aku berbelanja untuk orang tersayang kan? Tahun lepas dia hadiahkan aku jam tangan, tapi rasanya aku belum mampu lagi untuk hadiahkan dia jam tangan jugak, hehhehe..

Sebaik saja kaki mencecah di 'men section', terus aku meluru ke bahagian tali leher. Sebelum tue sempat lagi aku membelek pemetik api. Kang kalau aku beli pemetik api kang, dikatanya aku nak bagi dia mati cepat...hehe..Aku belek-belek gak tali pinggang. Erm..tak pandai la aku nie nak memilih tali pinggang nie. Kang silap pilih kang, dia tak nak pakai pulak. Terus aku bulatkan tekadku untuk beli tali leher.

Selepas membelek-belek, akhirnya aku pilih tali leher colour maroon, ada belang-belang sikit. Hopefully he likes the colour that i choose, insya-ALLAH. Harganya RM139.00. Sekurang-kurang aku berpuas hati. Sama ada dia nak pakai ke tidak, terpulanglah pada dia. Tapi harap-harap dia pakai le..hehe.. Aku minta sales girl tue balutkan sekali. Kang kalau aku yang balutkan hadiah tue kang, hancur jadinya kertas wrapping tue..hehe..aku minta gak sales girl tue berikan aku paperbag.

Aku turun pulak ke level yang jual english novel terpakai tue. Dah alang-alang tue aku tolong carikan novel yang kawan aku nak tue. Jenuh membelek-belek, tak adala pulak. Perhaps next time i will come again.

Turun lagi sampai ke level bawah di ruang legar tue. Aku nak beli kad ucapan pulak. Aku nak tukar la paper bag nie. Rasanya macam kurang sesuai saja. Nanti baru saja bagi hadiah tue nanti, Abang dah tahu dah apa isinya. Jadi aku belikan kad ucapan dengan paper bag. Last but not least, aku belikan mocca cake.

Terus aku menuju ke kedai kejap. Setibanya aku di sana, dia tak ada. I called him. He went to buy something nearby for a while. Jadi aku terus masuk ke kedai dia. Bagus gak dia tak ada, boleh aku buat persediaan sikit. Aku buka penutup kek tue, keluarkan kek dan nyalakan lilin. Dalam lima minit lepas tue, dia pun sampai. Nasib baik aku letakkan semua barang-barang birthday tue dalam bilik yang lagi satu tue.

Dia masuk saja, terus aku wish kat dia. Senyum panjang member..hehe..terus aku keluarkan kek. Tergamam dia. Tak sangka i will make such surpise to him. Dia tiup lilin. Aku berikan pula kad ucapan. Tengah dia dok baca kad tue, aku keluarkan pulak hadiah dia. Terus dia buka. Alhamdulillah dia suka dengan pilihan warna yang aku pilih tue. Boleh suit dengan banyak baju. Siap tanya aku beli kat mana, berapa harganya, tapi aku katanya padanya price is not the subject. Alhamdullillah, dia nie satu perangai dia yang aku dah faham sangat, kalau dia dah tak berkenan tue, jangan harap la dia nak pakai. Kebetulan kemeja yang dia pakai tue belangnya warna agak maroon, terus dia pakai tali leher tue. Kembang kempis jap hidung aku...wakakakakaka..

Wednesday, January 02, 2008

Bengkel Khas Setiausaha


Pagi-pagi lagi PA Dekan (PA bos aku di fakulti tue) buat aku hot! Aku call dia pagi tadi hanya nak double check in case kalau bos aku still available esok, aku nak settingkan mesyuarat. Alih-alih terus dia sound aku,

"Apa hal nie?" Amboi sedapnya bahasa. Sebelum nie bercerita dengan aku dia penah kerja di sektor swasta. Macam nie ke cara PR dia? Rupa macam orang yang tak pernah kerja saja lagaknya. Cakap tue selalu nak menyakitkan hati. Geram betul aku. Kalau aku nie mulut celupar, memang aku 'bahasa'kan jugak budak nie. Tapi kalau aku pun bertindak macam dia, aku pun nampak bodoh cam budak tue gak.


Petang tadi aku ada Bengkel Khas Setiausaha. Biasa la bila Dato' VC dah berucap tue, macam-macam isu yang keluar. Itu la, ini la..dah la bengkel tue start jam 2.15 petang. Mengantuk tue jangan cerita la. Kalau mata nie boleh ditongkat dengan mancis macam dalam cerita 'Tom and Jerry' tue, memang aku dah buat dah...hehe..Kebetulan PA yang selalu buat hal dengan aku tue kena perkenalkan diri dia pada ahli yang lain-lain. Siap bercerita pasal pengalaman kerja di tempat lama dia tue. Bunyinya 'gempak' saja. Kita tengok sajalah nanti perkembangan selanjutnya..hehe.


Tepat jam 5.35 baru lah tamat. Pelik tue! Kalau buat program nie pada waktu pagi dan dinamakan 'bengkel' memang relevan. Tapi buat di waktu petang? Dinamakan sebagai 'bengkel'? Apa-apalah..

Habis saja bengkel tue, aku terus cabut balik. Di pertengahan jalan, tetiba seekor ular melintas. Kecik saja ular tue. Eeeeeiiii..nape la dalam tempoh 2 minggu nie asyik terserempak dengan ular melintas saja? Ngeri dan geli lak...ahaks..
Hari nie gak hari jadi adik ipar aku. Jam 7.00 malam tue aku called dia. Ucapkan selamat hari jadi kat dia. Ikutkan hati, aku memang maleh bab-bab nak wish kat orang nie. Tapi memikirkan yang dia la sorang-sorangnya adik ipar aku buat masa la nie..hehe..lagipun adik ipar aku nie tinggal semua sedara lelaki saja. Satu-satunya kakak dia meninggal, tak tahu la pulak sakit apa. Tak la pulak aku tanya. Jadi rasanya tak salah kalau nak menggembirakan hati adik ipar aku nie dengan wish kat dia. At least biar dia rasa macam mana rasanya ada kakak. :)

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Tahun Baru 2008


Jam 8.30 pagi dah celik dah mata nie. Nak buat apa yer hari nie..malam tadi jam 1.30 pagi baru terlelap. Boleh dengar jugak le bunyi bunga apa. Tapi entah la dari mana datangnya. Aku keseorangan saja kat rumah. Budak-budak rumah yang lain dah ke mana-mana hala dah. Ada yang balik ke rumah family. Ada yang balik ke rumah adik. Tinggal aku sorang saja yang jad penjaga rumah 'tegar'! Wakakakakaka..


Selalunya ramai orang akan keluar untuk celebrate new year. Tapi bagi aku, lagi bagus kalau aku stay kat rumah saja. Aku memang tak suka dengan crowd nie. Maunya nanti aku sesak nafas; sesak dengan bau badan yang pelbagai, ahaks..sesak berhimpit kalau dalam LRT ataupun time nak tengok konsert ke apa ke. So the best way, baik aku dok kt rumah saja..


Kalau ditanya azam untuk tahun nie, erm..apa yer..aku nak memantapkan lagi diri dan prestasi. Nak membuat penambahbaikan dalam diri aku. Memperbaiki kekurangan. Nak melawan 'setan' malas dalam diri ini untuk jadi lebih rajin lagi...huhuhuhuhuhuhuhu. Hari nie gak hari jadi Abang. Nak gie jumpa dia pun, dia demam teruk. Tue la orang kalau bekerja tue ada masa rehat, ini tak. Kerja..kerja..kerja..nak kata kaya, tak kaya kaya gak....hehe..nak beli apa yer kat dia? Erm...


Petang tue kawan aku datang ke rumah. Lepas Mahgrib, kitaorang barulah keluar. Gie makan dan beli barang-barang sikit.