Wednesday, September 29, 2010

Pelalian Anti-Kanser Pangkal Rahim (Servical Cancer)

Celik saja mata ni, terfikir aku ' nak pergi kerja ke tak nie? Lenguh betul tangan aku nih? Pergi aje la'.
Lenguhnya lengan kiri hingga ke saat ini. Nak angkat tinggi sikit pun dah mula rasa lenguhnya. Agaknya mungkin penangan dari injection semalam kot. Pagi semalam aku pergi ke bahagian HEP tempat aku ni. Di klinik tu ada disediakan kemudahan injection untuk servical cancer. Hanya RM160.00 sahaja. Kalau di luar lagi mahal. Memang dah lama aku fikirkan. Jadi dah alang-alang aku agak berkepalangan tu, terus saja aku lunsuri ke situ. Time nurse tu nak inject, aku halakan pandangan ke arah lain. Tak sanggup beb nak tengok jarum tu ditusuk ke dalam isi lengan aku ni..hhuhuuuuu...Siap lagi nurse tu pesan supaya aku tarik nafas.
Rupa-rupanya kena lengkapkan 3 kali injection. Contohnya kalau bulan ni aku ambil untuk injection pertama, bulan depan aku kena ambil untuk injection ke-2 pula. Tiga bulan lepas tu barulah injection ke-3. Tak pulak aku tahu rasa sengal dan lenguh tu sampai hari ke-2. Rasa sakit tulang selangka kiri aku ni..aduhai...
Nasib baik aku datang ke pejabat. Entah apa mimpinya tetiba bos aku nak datang pulak..kelam-kabut aku. Kesian kat bos aku. Abang dia meninggal Jumaat lepas. Tak dapat dia attend Majlis Santapan di Hotel Equatorial, Bangi. Even Majlis Konvokesyen pun dia tak dapat hadir juga.
Al-Fatihan untuk abang bos aku.

Sunday, September 12, 2010

Poning

Dari hari aku sampai ke kampung lagi, asyik sakit kepala le. Tak tahulah kenapa. Agaknya mungkin timing tidur yang tak menentu. Sempat juga aku lelap tadi. Tapi tidur-tidur ayam gitu..huhuhuu...Pagi aku aku breakfast dengan adik aku di MacD. Then only baru ke Tesco. Ramai gak orang di situ. Agaknya sambil berhari raya sambil membeli barang macam kami gak kot..huhuu...

Tuesday, September 07, 2010

Salam Lebaran

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tersayang, buat semua kawan-kawan yang mengenali aku (glamour ke aku nih..huhuhuu..). Aku juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kiranya tersilap kata, tersalah perilaku. Iye la bila dok bersembang, dok bergurau mungkin terselit kata-kata yang kurang disenangi. Moga lebaran baru, kita juga start dari 0 -0, bersih dari segala kesalahan.
Tahun ni aku rasakan persediaan aku amat simple. Baju raya? Pakai saja baju kenduri time adik kawin last June. So tahun ni, kami sekeluarga semuanya sedondon. Colour cream gitu. Kuih raya? Awal-awal lagi mak aku dah bagi 'pesanan penaja'. Katanya bab tu biar dia yang uruskan. Katanya lagi dia nak buat kuih beberapa jenis. Ada juga yang dia akan order dari orang lain. Isy mak aku ni..buat susah-susah saja. Beli saja kuih tunjuk. Tapi tu la kuih mak jugak jadi kegemaran kami adik beradik. Tengah hari semalam aku belikan beberapa jenis kerepek untuk dibawa balik ke kampung. Jadi aku peruntukkan hanyalah duit TNG, minyak, duit raya (itupun kurang kalau dibandingkan tahun lepas), aku sponser gak adik aku buat rambut. Biar dia pun nampak bergaya gak dengan rambut baru..huhuhuhu...Juga rencam. Iye la balik kampung mesti kita akan berbelanja juga. Tapi aku rasa puas sebab berbelanja untuk keluarga.
Ikutkan nafsu hati ni, la ni gak aku nak terus drive balik ke kampung. Tapi aku kena kerja gak hari ni. Aku berdoakan sangat moga selamat dan dipermudahkan perjalanan aku pergi dan balik nanti...aminnnn...

Thursday, September 02, 2010

Sup Ketam

Al-kisahnya aku baru saja pulih dari demam. Minggu lepas the whole week aku MC. Demam yang tak kebah. Muntah-muntah. Agaknya musim kot. Ataupun dugaan berpuasa..hehehhe..seingat aku, rasanya hampir setahun dah aku tak demam. Kifarat dosa..huhhuuu..
Kelmarin jumpa dengan kawan aku, dia bertanyakan khabar aku. Dia cadangkan supaya aku minum 100 Plus untuk pulihkan semula tenaga dari demam. Lepas tu dia ada mentioned pasal sup ketam. Tak pernah pun makan sup ketam. Terus aku suarakan hasrat aku minta dia buatkan. Kiranya aku upah dia lah. Dalam tengah hari tu dia 'YM' aku. Katanya sup ketam aku dah siap. Aik..bila masanya dia ni memasak? Rupa-rupanya time rehat tue dia pergi ke pasar. Tapi sebelum tu katanya dia tak berani janji bila dia boleh buatkan sup ketam tu sebab katanya ketam ni bermusim. Kalau bukan musimnya, isi ketam tu sikit-sikit je. Manalah aku tahu. Lagipun aku kurang sangat makan ketam ni. Itu pun entah macam mana boleh terjebak mula makan..huhuhuu...terus jatuh cinta. Dalam jam 3.00 petang, aku pergi ambil sup ketam tu dari kawan aku. Terus aku bayarkan upah dia beli ketam tue.
Dalam jam 4.00 petang gitu, ada sorang ni, berpangkat 'Dato'. Dia nak berjumpa dengan bos aku, tapi aku katakan pada dia yang bos aku dah berada di Mekah. Minggu depan baru balik ke Malaysia. Dia nak menghala ke sini. Katanya nak bagi hadiah raya (definately for my boss, betul tak? Waktu awal puasa dulu pun dia datang bagi kurma, tapi aku bercuti). Tak lama lepas tu bila Dato' tu sampai ke lobi, dia maklumkan minta aku turun sebab katanya dia nak cepat. Dato' tu hulurkan satu bungkusan plastik. Ada satu bungkusan ber'wrapping' dari Isetan dan juga sebalang kuih raya. Cookies rupanya. Aku buka bungkusan tu. Terkelu aku seketika. Rupa-rupanya beg kulit brand 'LizClairBorne'. Adoi..mesti mahal nie. Macam mana nie? Takutnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku rasa the best way, nanti tunggu bos aku balik. I will explain the whole matter to him. Tengoklah apa keputusan bos aku nanti.