Wednesday, September 29, 2010

Pelalian Anti-Kanser Pangkal Rahim (Servical Cancer)

Celik saja mata ni, terfikir aku ' nak pergi kerja ke tak nie? Lenguh betul tangan aku nih? Pergi aje la'.
Lenguhnya lengan kiri hingga ke saat ini. Nak angkat tinggi sikit pun dah mula rasa lenguhnya. Agaknya mungkin penangan dari injection semalam kot. Pagi semalam aku pergi ke bahagian HEP tempat aku ni. Di klinik tu ada disediakan kemudahan injection untuk servical cancer. Hanya RM160.00 sahaja. Kalau di luar lagi mahal. Memang dah lama aku fikirkan. Jadi dah alang-alang aku agak berkepalangan tu, terus saja aku lunsuri ke situ. Time nurse tu nak inject, aku halakan pandangan ke arah lain. Tak sanggup beb nak tengok jarum tu ditusuk ke dalam isi lengan aku ni..hhuhuuuuu...Siap lagi nurse tu pesan supaya aku tarik nafas.
Rupa-rupanya kena lengkapkan 3 kali injection. Contohnya kalau bulan ni aku ambil untuk injection pertama, bulan depan aku kena ambil untuk injection ke-2 pula. Tiga bulan lepas tu barulah injection ke-3. Tak pulak aku tahu rasa sengal dan lenguh tu sampai hari ke-2. Rasa sakit tulang selangka kiri aku ni..aduhai...
Nasib baik aku datang ke pejabat. Entah apa mimpinya tetiba bos aku nak datang pulak..kelam-kabut aku. Kesian kat bos aku. Abang dia meninggal Jumaat lepas. Tak dapat dia attend Majlis Santapan di Hotel Equatorial, Bangi. Even Majlis Konvokesyen pun dia tak dapat hadir juga.
Al-Fatihan untuk abang bos aku.

No comments: