Tuesday, December 30, 2008

Kena lagi...

Semenjak aku tak mencoret nie, banyak perkara berlaku. Ada saja perkara baru berlaku setiap hari. Minggu lepas aku balik kampung. Seronok juga walaupun pergi dan balik aku sorang-sorang saja. Paling seronok bila mak masakkan makanan yang selama ni aku jarang dapat makan. Alhamdulillah, terima kasih mak. Aku tak boleh bayangkan kalau satu hari nie mak pergi tinggalkan aku.

Seronok juga dengan telatah anak sedara aku yang makin keletah. Aku belikan beg 'Upin dan Ipin'. Seronok betul dia. Menyonget-nyonget dia galas beg tue sambil kayuh basikal. Nampak beg tue lagi besar dari tuannya..heheh..Memang betul lah cakap mak aku. Kalau anak sedara aku tak ada, sunyi je rumah aku tue. Tapi kalau dia ada, dari dapur sampai ke depan selerak dengan barang-barang mainan dia. Nak marah anak sedara, tak marah pulak, rasa geram. Sekarang ni kalau tanya saja nak ke mana, dia akan sebut nak ke rumah 'mak', bukannya 'opah'. Aduhai anak sedaraku yang seorang ni, agaknya sebab dia dengar kami adik-beradik dok panggil mak dengan ayah kot. Kelmarin time aku pack barang untuk dimasukkan ke dalam kereta, si kecik tue pun nak turut membantu jugak. Sambil tue dia tanya, "malong (maklong) sayang kat haris tak?"tanyanya selamba. "Sayang." "Haris pun sayang malong (maklong) jugak". Aduhai, sayu pulak aku bila dia cakap macam tue. Tanya soalan macam orang besar je. Kadang-kadang kalau berkesempatan aku cuba juga speaking dengan dia. Tapi aku tengok dia wat 'donno' je.
Cuma what make me amazed was that, ada skali tue habis saja dia makan aiskrim, terus dia sebut ' finished'. Terkezut kitaorang. Rupa-rupanya dia menaakul dalam diam. Alhamdulillah. Doaku supaya anak sedaraku akan jadi insan yang soleh, yang boleh berbakti kepada orang tua dia kelak, insya-ALLAH.

Petang semalam waktu aku key in surat masuk, tetiba ada surat salinan kepada ketua jabatan. Tak tahu aku nak gambarkan macam mana ekspresi muka aku. Rasa terkejut sebab aku akan ditukarkan. Lagi! Rasa marah sebab aku baru saja bertukar ke sini, dah nak kena tukar lagi. Rasa macam bola saja, ditendang ke sana, ke sini. Tapi yang seronoknya aku akan ditukarkan ke tempat Pengerusi kepada Lembaga Pengurusan Universiti.

Pagi tadi kengkawan aku di bahagian pentadbiran call aku sambil mengucapkan tahniah pasal pertukaran aku tue. They are welcoming me at the new place. Semuanya sokong aku ke sana. Depa cakap seronok di tempat baru tue, tapi entah la. Cuma apa yang aku maklum ialah, bila di tempat baru aku sememangnya kena grooming myself, ala-ala make over gitu. Sebab environment di sana memang macam tue. Bebudak di sana memang jenis make up. Aku kni dah la pakai 'tangkap muat' saja. Kalau sehari dua tue boleh le 'gagah' lagi. Tapi kalau all the time tue entah le. Risau kalau-kalau tak terikut le karenah di sana.

Seperkara lagi yang menggembirakan aku lagi bila aku dimaklumkan bahawa elaun aku akan naik sikit sebab aku jaga Pengerus LPU. Alhamdulillah, rezeki family aku.

Tuesday, December 16, 2008

Lambat weiii....

7.30 pagi! Adoi, tak boleh jadi nie. Bingkas aku bangun dari pembaringan aku. Terus mandi dan bersiap ala kadar saja. Nasib baik la ada sepasang baju yang aku dan seterika dah. Terus saja aku sambar baju tue. Nampak gayanya terlepaslah solat subuh. Bila la aku nak disiplinkan diri nie untuk bangun awal supaya aku tak kelam-kabut, tapi yang lebih penting supaya aku tak terlepas bersolat subuh.