Thursday, December 29, 2005

Last day..

Hari nie last keje..yyaaaaaahhhhhhhooooo..minggu depan dah masuk tahun 2006. Cepat jer masa berlalu kan..boss aku dah start cuti hari nie..kalau boss nak cuti senang jer kan..tapi kalau aku nie nak cuti, siap dia suruh aku turunkan 'amanat' kt pembantu sorang tue..kadang-kadang sian gak kat dia..lain yang disuruh, lain yang dibuat..memang la tempat aku berselerak (kalau 'che tie' masuk bilik aku, sure x leh dapat cari jalan kuar...hehee...) tapi aku prefer barang-barang yang dah guna tue letak lik kat tempat dia..bukan sekali dua jadi, selalu kalau time aku lik bercuti, situasi cam tue ler yang jadi; dengan stapler ntah ke mana hala, ngan pen nya..
sat..aku kena pegi meeting secretary jp..sat gi aku sambung lik no..tunggu..........

Wei..aku sambung lik nie..aku dah lik dah dari meeting s/u tue..dan seperti yang dijangka, aku memang x suka attend meeting tue. Banyak sangat rasa ketidakpuasan hati nie kalau attend meeting tue. Sepatutnya that time bahagian bendahari kena bentangkan perbelanjaan ngan info pada sapa2 yang lom bayar yuran lg. Nak dijadikan citer, orang tue x mai sebab mak dia sakit so dia terpaksa EL. Yang depa nie lak yang memang terkenal ngan sikap 'suka main smash' jer terus kutuk x tentu hala. Aku pong rasa hangin gak, kalau ikutkan hati nie memang aku nak back up kawan yang dah kena smash nie, but i don't have enought info..mana la tau, nak back up kawan punya pasal kang x pasal2 aku lak yang kena. So aku just diam jer..walaupun hati nie x membenarkan (hipokrit kan aku nie..). So dipendekkan cite, depa cakap meeting tue sat jer..tp dah sampai kul 2.15 petang, x abis2 lagi..isu yang dibangkitkan tue sikit jer..tp selingan tue byk sangat..tue yg jd lambat tue..then acara akhir depa nk potong kek, aku pong terus blah jer..x heran aku kalau x makan kek tue..dah ler time tue perut aku dah berkeroncong giler..so kuar jer dr meeting tue terus aku gie makan, x tahan beb perut nie..cian kan kt perut aku..hehhe..
Pas tue lak aku terserempak ngan sorang x staf; dia dulu keje sama department ngan aku, tp dia dah tukar keje kt tempat lain. Rupa-rupanya dia ditugaskan kt pekan tempat aku..agaknya itu la rezeki dia kan..so lama gak ler kami sembang..siap dia mai lepak kat tempat aku lagi..nasib baik aar boss aku on leave that day..tp aku rasa dia memang enjoy aar keje kat tempat baru tue..becok mulut dia cite itu dan ini..dia nie kalau dari segi keje memang baguih, otak dia pong leh pakai, tp itu la dia sendiri yang cari pasal kan..at the end dia yang amik keputusan keje tempat lain. Erm..apa yang dah jadi kat dia yang watkan dia keje lain tue..rasanya biarlah aku rahsiakan..tul tak? Kang kalau mendedahkan rahsia orang lain pong x elok kan..so let his story end with it...hehe..
Esok aku nak lik kampung, yeehaaa...so selamat tahun baru kat hangpa semua. Doakan perjalanan aku selamat pegi dan selamat balik ke sini semula. Moga tahun baru akan bawa lebih keberkatan dan kita akan lebih bersemangant lagi dalam apa jugak perkara yang kita lakukan, insya-ALLAH..

Wednesday, December 28, 2005

Geram..geram...dan geram..

Erm..dah bape hari gak ler aku tak mencoret nie..semalam baru jer tangan nie menggatal nak coret kat blog nie, tetiba jer pc nie wat giler dia..so terpaksa ler tangguh ke hari nie..tp tak per..aku akan cuba my best untuk kuarkan cite yang dah bape hari terperap jer dalam kepala otak nie...heeheee..td aku dah abis tulis tetiba lak sekali lagi pc nie 'hang'...abih tue camno..abis ilang semua cite2 aku..huk..huk..huk..dari semalam ujan bawa sampai ke pagi tadi..kan best kalau time ujan cam nie time tue lak cuti..erm..lagi tarik selimut ler aku..hhe..tapi tak per..ujan rahmat..heeheee...
Bebaru nie aku dipanggil dek boss regarding Laporan Penilaian Prestasi (nie antara yang aku paling tak suka). Aku just wat muka selamba jer though Tuhan jer yang tahu apa yang bakal boss aku nak cakap nanti. Alhamdulillah tahun nie aku ada peningkatan cuma nak kena wat penambahbaikan. Cuma target nak siapkan filing sehari suntuk memang tak dapat aar..mau meroyan aku..kang tak terusik lak tugas hakiki..mau boss aku marah aku lak..walaupun dia tak marah, tapi sendiri mau ingat la kan... :)

Tahun lepas aku memang frust giler pasal penilaian aku sampaikan mood aku down for the whole day. Memang tak leh sembunyikan expresi muka aku yang macam s**t that time, buruk benor rupernyer..hehe..ada ka patut aku diberi markah berdasarkan penilaian orang lain, dan bukan from my boss judge (ketidakadilan telah berlaku nie, so kalau korang kat tempat aku, apa korang rasa..?!). Hari tue gak aku pegi jumpa ngn sorang pegawai yang memang incharge mengenai penilaian nie, aku luahkan isi hati aku kat dia..ngalir gak aar air mata nie..memang untuk tahun tue aku dah struggle untuk buat terbaik since aku kat tempat baru..last-last jadi cam tue..memang sedih wei..rasa cam nak lari jer gie tempat lain for a while..at least aku rasa release a bit sebab pegawai tue kasi kata perangsang kat aku..thanx a million kat pegawai tue..
..............................................
Flash back

Sebelum nie aku ditempatkan kat unit lain since aku mula keje sini. Aku kat sana dalam setahun jer, tup-tup aku kena reshuffle ngan 2 orang s/u lain. Agak terkejut lak sebab time aku dapat surat tue aku baru jer lik bercuti. So aku gie jumpa my boss privately for expalanation. Rupa-rupanya pertukaran dalam jabatan nie perkara biasa (but not for me for the first time). Then bila aku dah di tempat la nie, baru aku dapat tahu dari sumber-sumber yang memang aku tahu sahihnya my x boss nie memang tak nak aku kat unit tue..so mungkin nie timing nak baik ler untuk reshuffle aku. Lepas jer aku ditempatkan kat tempat la nie aku jadi benci sangat nak tengok muka dia. If possible memang aku tak mau langsung terserempak ngan dia. Tapi kan bila dah lama-lama cam bodoh lak aku nie kan..aku dah ler still keje kat sini, kot mana pong mesti ternampak or mungkin he will come to see my boss (since he and my boss la nie good frenz) ker apa ker..so at last aku amik pendekatan cam nie jer...what ever happened, let it be, kalau nak ikutkan amarah, memang sampai bila2 pong marah kan..but what ever it is, i will bear in mind and i want to make it as my strength (korang jangan nak memandai lak amik pendekatan aku nie, kang jadi ajaran sesat lak kang..susah...heheh..)
...................................................
aku sambung lagi...hhee..
aku tak tau nape orang dari Standard Charted tue called aku twice..pagi dia calleed, ktnya bank depa offer utk wat pinjaman..bla..bla..aku cakap kt dia nnt aku call lik..pas tue after lunch hour dia called lagi..mmg aku sound dia ler..tp dia wat 'tongong' jer..aku pong malas nk panjangkan cite, so aku cakap kalau aku berminat nak wat loan, aku akan call. Orang kalau nak kurangkan utang..nie disuruh tambahkan utang..abis tue kalau dah x mampu nanti, nak bayo ngan apa?!Isy..hari nie asyik nak marah jer..tatau ler nape..

Monday, December 26, 2005

26 Disember yang pilu

BANDA ACEH 26 Dis. - Beribu-ribu rakyat Aceh hari ini memperingati setahun tsunami melanda wilayah itu dengan menghadiri majlis-majlis tahlil dan doa di masjid-masjid dan surau.
Air mata yang mengalir setiap kali mengaminkan doa serta raut wajah yang dipaparkan cukup memberi gambaran bahawa peristiwa 26 Disember tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.
Majlis terbesar diadakan di perkampungan nelayan Ulee Lhue yang merupakan kawasan pertama ombak tsunami melanda Aceh menyebabkan lebih 200,000 penduduk wilayah itu terkorban.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden, Jusuf Kalla menghadiri majlis itu yang diadakan di pekarangan Masjid Baiturrahim, Ulee Lhue, bersama lebih 100,000 warga Aceh di daerah yang kini turut dikenali sebagai `zero point tsunami'.
Turut hadir ialah wakil khas dari negara seluruh dunia yang menghulurkan bantuan dalam membina serta memulihkan semula Aceh selepas tsunami.
Malaysia diwakili oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Upacara yang diselubungi kesedihan itu dimulakan dengan nyanyian lagu tradisional Aceh oleh kanak-kanak sekolah dan mangsa yang terselamat mempersembahkan tarian memaparkan ombak ganas dalam malapetaka 26 Disember yang meruntuhkan bangunan serta menghanyutkan segala-galanya tanpa belas kasihan.
Hari ini genap 365 hari peristiwa dahsyat itu berlaku yang akan tercatat dalam sejarah sebagai antara bencana paling buruk melanda umat manusia.
Tragedi itu yang diberi julukan `kiamat kecil' mengakibatkan 200,000 orang terkorban, 500,000 kehilangan tempat tinggal, memusnahkan 3,000 kilometer jalan raya, 14 pelabuhan, 2,000 sekolah, 120 jambatan besar, 1,500 jambatan kecil, lapan hospital utama, 114 klinik, lapan lapangan terbang dan 4,717 bot di seluruh Aceh.
Dalam ucapannya, Susilo berkata sungguhpun bencana itu mengakibatkan banyak kerosakan fizikal dan mental bagi masyarakat Aceh, namun komitmen serta semangat mereka dalam menghadapi cabaran masa depan perlu disanjungi.
``Kita telah menyaksikan ketabahan mereka. Menerusi kekuatan dan ketabahan anda semua, anda telah menunjukkan kepada dunia bahawa hidup ini indah dan penuh dengan kekuatan.
``Tragedi ini menyatukan kita semua dengan kesepakatan global. Saya merayu agar biarlah semangat muhibbah dan persahabatan ini terus membara,'' katanya.
Di Masjid Baiturrahman pula, lebih 10,000 orang menghadiri majlis zikir dan tahlil yang dipimpin oleh ulama terkenal Indonesia, Ariffin Ilham.
Walau di mana juga majlis memperingati mangsa tsunami diadakan, ia bukan sahaja mengundang kehadiran ribuan warga Aceh, malah diselubungi dengan kesedihan dan kepiluan.
Doa yang dibaca di majlis-majlis berkenaan terutama di Masjid Baiturrahman ternyata merentap perasaan warga Aceh yang boleh dikatakan majoritinya kehilangan ahli keluarga dalam tragedi hitam 26 Disember itu.
Hampir kesemua yang hadir menitiskan air mata dan sebak apabila mengenangkan tragedi itu yang dianggap bencana alam paling buruk dalam sejarah Indonesia.
``Ya Allah, ampunilah dosa mereka yang Engkau jemput melalui arus tsunami, berilah kekuatan kepada kami yang masih hidup untuk bangkit semula dan menerima kenyataan bahawa semua ini ada hikmahnya,'' kata Ariffin dalam doanya.
......................................................
aku nak cite nie..
korang nak tau tak, by the time jadi tsunami nie..aku dah kat kampung time tue, kena demam campak..orang lain time kecik-kecik kena, tapi aku lak time dah beso nie lak kena..tapi tu aar..aku tak rasa apa2 gegaran pong..ntah ler..mungkin ada gak rasa gegaran tue tapi time tue aku dah memang knot out dah..dengan satu badan penuh ngan bintik-bintik ruam beso..from head to toe..pendek kata memang tak leh langsung pakai 'baju kecik'..everything has to be loose..makan pong kena pantang..aduih..memang tension betui tengok adik2 aku makan nasi goreng, tomyam and so on..semua makanan yang aku suka, semua depa tayang makan kat depan aku..siap cakap 'kakak, nasi goreng nie shedap...yum..yum...' aku leh sengih dlm kesakitan jer ler time tue..mak aku lak siap masak khas utk aku..semua jenis yang rebus-rebus..

Actually 3 hari sebelum tue aku baru jer lik dari team building kt Gombak. Memang seronok bagi aku yang jarang-jarang sangat join camping-camping nie..Mula-mula tue takut gak, tapi kengkawan yang lain nampak enjoy so aku pong jadi cam best jer..aku nie yang sebenornye takut nak masuk utan ngan laut; especially laut sebab time aku kat uitm dulu aku kayak aku jer kt tengah laut, pas tue lak time tue ujan lebat dan air pong dah masuk dalam kayak tue..aku ngn kawan aku memang tawakkal jer kalau time tue ALLAH nak amik nyawa kami(air mata ngan air ujan dah bercampur sekali), tapi alhamdulillah tak lama lepas tue ada rescue datang sbb kengkawan lain dah sampai kat darat..
Ada satu acara hari kedua(time team building tue) pada sebelah malam tue kena redah paya. Just image pijak jer kaki kiri tenggelam paras paha, pijak lak kaki kanan pong sama gak..so aku capai jer tangan sapa-sapa yang sempat. Memang tak der malu dah that time..as long aku tak terus tenggelam. Then ada satu insiden tue ada satu jaring cam 'spider'. Kami disuruh masuk ke mana-mana je jaring tue but only one time, means biler sorang tue dah masuk dlm jaring tue orang lain kena guna jaring lain lak..cuma yang bestnya jaring spider yang tengah-tengah tue nak masuk bape orang pong tak per..so nak dijadikan citer, cuma aku jer peserta pompuan yang last..so salah sorang staf lelaki cempung aku masuk ke dalam spider yang tengah-tengah tue then budak-budak pompuan kat sebelah sana sambut aku..malu giler wei..orang lelaki cempung aku..tapi aku wat muka sardin jer..sbb orang yang amik markah tue ada kt situ, so kena tunjuk konon-kononnya kami nie bagi kerjasama baikkkkkkk gitu..
Tapi memang best sebab banyak info menarik join aktiviti cam tue..belajar camner masak nasi dalam buluh (tapi kalau korang minta aku ajar korang la nie, memang aku dah lupa aar..), at the end nasi kami tue x masak2, so fasilitator kasi nasi yang depa masak guna rice cooker..kitaorang belasah jer sebab memang dah lapo sangat dah time tue..
..................................................
nie aku flash back lagi nie..

2 minggu sebelum tue aku pegi btn kat KLIUC (dulu depa panggil IKRAM). Best gak join ngan staf KUTKM, Melaka. Satu bilik ngan 4 orang staf KUKTM, memang meriah giler bilik kitaorang tue, depa siap bawa radio lagi tue..ada sorang tue budak silat..rambut dia panjang sampai bawah paras punggung, itam lagi tue..rupa-rupanya budak nie memang family dia aktif silat..even silat nie dari family dia ler..bapa dia guru silat..dia pong ajar silat gak kat KUTKM tu...ala-ala leh wat side income gitu..muka dia ala-ala pelakon utama drama 'meniti bara'..tul..aku tak tipu korang..baru aku tau orang melaka nie ramah-ramah belaka, cuma waktu first time dengor depa sempang..mak ai..ada cam gaya nak gaduh jer..tapi tak, itu la cara depa sembang..bunyi kasar tapi tak..so camner tue..korang ada yang membaca nie kebetulan orang melaka, aku memang salute korang sebab bergaul di kalangan orang melaka watkan aku rasa tak canggung..ala leh 'ngam' gitu..mungkin kebetulan kot..tapi bebudak KUTKM nie memang bagus ler..bukan nak puji.. :)

Friday, December 23, 2005

hehe..testing..

Dear my citer..
penghormatan untuk diri sendiri..akhirnya aku berjaya gak create blog nie..yeeehaaaaaaa(nie hasil tunjuk ajar bro dzool..tq bro) ..yg sebenornya sebelum nie pong aku dah create satu dah (itupun with my frenz help)..tp aku nie hangat2 taik ayam (bau taik ayam tue bucuk kan..hehee...) so aku dah lupa dah apa my previous blog aku tue..so hopefully this blog will lasting..insya-ALLAH..
okey la aku dah nak lik umah dah nie..isnin nie aku cuti christmas..so pd bro dzool yg terpaksa keje esok..sabo jer yek..hehe..papai..