Friday, January 27, 2006

Cuti Layer Cine..

Hari nie mood nak keje mmg x dak dah..semua orang pun cam dah fikir nk lik jer...heh..aku pun salah sorang daripada depa gak ler..hee.pg td adik aku SMS, tanya bila aku nk lik, aku cakap esok pagi insya-ALLAH..sapa2 yang baca entry nie doakan aku selamat pegi dan balik yer..sbb nie ler first time aku lik sowang2..huk..huk..huk..selama nie aku lik ngan kawan aku..alih2 kawan aku tue ada hal gak..tp kan bila difikir2kan lik sampai bila aku nak lik ngan kawan, esok2 pun mati sorang gak kan...hihi..apa la aku nie..nak beli apa kat mak aku yer..

Wednesday, January 25, 2006

MC

Aku MC hari nie, sbb tak tahan sangat geraham nie asyik berdenyut2 jer..nasib baik ler doktor tue faham situasi. Tapi sebelum nak jumpa doktor tue, ada satu couple nie masuk, alahai..depa amik masa dalam 40 minutes gak ler..aku dah budget dah kalau dalam 10.30 ataupun 10.35 depa x kuar gak dari bilik tue, aku nak blah je pegi klinik panel yang lg satu tue..nasib baik ler depa kuar..perghhh..lega..sampai je umah terus hentam tidoq sampai 2.30 petang. Sebelum tue adik aku SMS tanya pasai apa aku x call mama. Aduih..nie mesti dia risau ler nie sbb mmg perjanjian aku ngn mama nk call dia every 2 days..semalam nk call dia berniaga pagi sampai petang. Pas tue terus aku call mama. Tanya pasal si kecik Haris tue; mama cakap dia demam, baru jer lik dr klinik. Mama tanya bila aku nak lik kampung. Aku cakap mungkin hari Sabtu pagi, sbb kalau nk gerak Jumaat malam tue sure jalan jamm tue. Malam aku datang opis jap, ntah 'sheikh' apa ntah mood nk datang office..hehe..sambil2 tue check balance cuti staf.

Tuesday, January 24, 2006

Aduh gigiku..

Patut ler rasa cam x selesa time nk kunyah makanan sebelah kiri. Rupa-rupanya gigi geraham bongsu nie start lik 'nak besar' dia. Pipi sebelah kiri nie rasa bengkak. Bila ditekan sket, memang rasa sakit. Gigi geraham bongsu sebelah kanan ok jer..yang sebelah kiri tue amik masa more than 2 years! Ada sekali tue aku gie jumpa doctor panel pasal nk amik MC (nie gara2 gigi meragam aar..) doktor tue x caya. X kan ler aku nak tipu semata-mata nak dapat MC kan (hheheee..tp ada gak org lain yg aku tengok senang jer dapat MC..). Cuma doktor tue cakap kalau teruk, better gie cabut. Itu yang watkan aku gerun tue. Aku dah blur nak tulih nie..gigi nie asyik berdenyut jer..esok2 ler aku sambung lik..

Monday, January 23, 2006

Aku yang tak bersalah

Niat di hati tue nak sampai awal ke opis sbb aku dah siap awal..tp aku lengah2kan..ntah nape malas lak..agaknya mungkin sbb Monday blues kot..hehe..sebelum tue aku sidai kain dulu..tp cuaca mendung la sampai time aku wrote this entry..
Aku memang nak wat something important hari nie..Something happened last Friday, so i have to clarify that. Last week, bos aku ada appointment at 3.00pm. Time aku parking kete, dia lak tergesa2 kuar. Tertanya2 gak aku. And at the same time orang yang nak jumpa dia pun dah sampai. So aku called dia. Suddenly dia kt ada meeting, so aku double check diary dia. Memang sah x dak. So aku dah notice something; nie mesti kes surat tue dah sampai kt box pentadbiran, tp orang yg bertugas x gie amik. Dari cara dia cakap ngan aku tue memang gaya dia bengang. Tapi aku x bersalah wei..x kan la aku nak wat 'leceh' kt boss aku kot..tul tak? Dia siap cakap lg yang dia nampak surat tue. Aku just diamkan jer since aku x nak wat sesuatu kalau x der bukti. Petang tue barulah salah sorang staf sini gie amik surat dan memang surat meeting tue ada sekali. Tak lama pas tue lak boss aku lik ke opis. Memang muka dia cam 'taik' jer..pas tue aku cakap kt dia yang wife dia call tadi. Langsung dia x pandang muka aku. Tutup pintu pun kuat2. Ni yang watkan aku lg tercabar nie. So pagi nie aku jumpa dia, explained the whole truth. Aku siap bawa surat yang kononnya dia cakap dia 'nampak' tue. Terdiam dia jp..(ha..amik ko labu). Itu la aku dah cakap, aku x tahu menahu pasal meeting tue, x caya. Dia ingat aku nak 'ranjau' dia ke apa. Aku bukan nk revenge ke hapa, tp kalau reputasi aku buruk disebabkan benda yang aku x buat, memang aku akan pertahankan. Buatnya dia kasi markah teruk kt aku hanya disebabkan perkara tue camner? Tak ke kes naya tue..
Nie lg satu hal nie, ada sorang pegawai kt sini dah ditempatkan kt bhgn pentadbiran. A guy, just get married. Dia nie baru lg masuk keje. Kalau nk minta tolong aku gaya mengarah jer..sapa yang tak marah. Cam tadi dia suruh aku binding 2 buah dokumen. Aku pun ngan nada agak bengang terus tanya kt dia, "Saya nak kena buat ke nie?" Dia jawab lik cam nie "Yelah, dah kat bhgn pentadbiran." Pas tue dia blah. Abis tue cam ner. Aku wat gak ler keje tue w/pun rasa cam nak campak je dokumen tue lik kt dia. Apa salahnya dia wat keje binding tue. Apa..hina sangat ke nk wat keje2 cam tue..tue yang leh watkan gap antara kakitangan dan pegawai..agaknya mungkin depa pandang k/tangan biasa nie lekeh sgt kot..tp kalau nk minta tolong kt kami nie gak..aku kalau ikutkan mmg fed up dah..tp aku wat x tau jer..datang keje awal sket..then lik on time..lg byk fikir, lg tension..

Thursday, January 19, 2006

Friday Mood..

Sampai jer opis aku terus ajak kawan aku pegi tapau. Jumaat kan time rehatnya panjang. Aku tapau nasi goreng jer. Ntah nape rasa x selesa belakang bahu sebelah kanan nie, dah masuk 2 hari dah. Agaknya tido x betul kot...hehe..kelmarin time aku cuti tue nak gak pegi ke spa ke apa ker. Tapi bila ingat lik insiden aku gie spa last year; watkan aku fikir 2 kali. Cite dia cam nie aku pegi spa kt tempat aku tue; siap amik package 3 in one; so depa extra 30 minutes lagi massage. Dalam dua ke tiga hari pas tue aku start rasa itchy satu badan. Tak lama pas tue lak kuar rashes..aku pun rasa x sedap hati. Lama-lama keadaan jadi bertambah teruk. Nie x leh jadi nie..so aku gie jumpa skin specialist sebab dah x tahan dah asyik tergaru-garu jer..so doktor tue tanya s/ada aku ada pegi ke spa recently. Aku iakan jer, sebab dah memang tul aku ke sana. Dia cakap kemungkinan besar dari bath yang aku guna time berendam tue. Sebab bukan aku sorang jer customer kt situ. So kemungkinan x dicuci ngan bersih. Isy..tipah tertipu nie bang...hehe..itu la cita dia..memang keinginan nak pegi spa tue meluap2..tp itu la cite dia..semlm aku sempat SMS ngn adik aku. Anak dia selesame, depa tanya bila aku nak lik,aku cakap minggu depan..sbb cuti sampai hari rabu. Teringin sangat nk tengok anak buah aku tue..rasa cam x caya aku dah jadi 'mama long'.

Malam semalam pembukaan filem 'Memoirs Of A Geisha'. Aku ada beli novel dia, target nak abiskan bacaan aku sebelum tarikh movie tue, but i've failed :( kalau hangpa nak tau nie ler the first novel yang aku cuba baca). Sebelum nie pun dah ada 1 novel tue (ntah apa tajuk dia, aku dah lupa) tp baru masuk 3 helai, aku dah campak tepi..hehe..nie dah stok malas aar tue..
3.22 pm

Wednesday, January 18, 2006

Kes rampok..continue..

Bos aku pegi meeting kat KUKTEM, Pahang hari nie. So i am the 'small boss' for a time being..hehe..kontraktor yg semalam tue datang lagi tapi kali nie dia bawa endon lain lak nak betulkan toilet dlm bilik boss aku tue. Kebetulan lak my boss called at that time so aku pun cakap kt dia. Dia pun pelik, semalam kontraktor tue kasi reason nak betulkan 'crack' kt dinding toilet, hari nie pun kasi the same reason, x ker pelik tue. So aku minta guard called ketua guard to make sure of this. Time aku balik dr minum pagi, guard yg bertugas tue cakap kontraktor tue dah sampai dah; but he's smell something; seems he's drinking! Aku diam jer dengar cite guard tue. Guard tue cakap lagi dia siap tanya kt kontraktor tue pasal hal semalam; tp mata dia meliar jer; tengok merata (orang kata kalau cam tue seems he/she's not honest, ntah tui ke tak). Tak lama pas tue kontraktor tue datang ngan endon tue. Guard tue pong siap ikut sekali. Sambil dia betulkan, sambil aku duduk kt kerusi bos..hehe..cam aku cakap jp td..jd 'boss kecik' jp..nak tau tak tenggelam aku dalam kerusi bos aku tue..rasa cam aku duduk kt kerusi 'giant'! Aku tak tipu. Tenggelam bontot aku..hhe..no matter how, as long endon tue dah siapkan keje dia. Kontraktor tue siap tanya kt ner bos aku letak mobile tue semalam. Aku jawab basa-basi jer. Nape la mesti nak kena curi. Agaknya tangan dah diajar untuk 'gatal' jer amik barang orang lain kan.

Cakap bab-bab curi kan, teringat aku time aku study kt UiTM ada sorang budak nie (aku namakan dia Dz). Every sem mesti jadi kes kecurian dalam umah aku. Selalunya dia pun akan cakap yang dia ilang duit gak. Pas tue dia akan cakap cam nie 'erm..nak wat camner, dah x der rezeki aku'..pas tue dia akan pegi beli makanan banyak2 kononnya abang dia kasi duit, so leh share2 makan ngan kami semua. Kami time tue kalau ada sapa2 budak umah bawa makanan of course la serbu jer. Kami nie yang bodoh pun makan jer, sambil gelak la apa la (x tau apa yang dimakan tue dr duit sendiri). Perkara nie terbongkar waktu aku di part 5. Salah sorang budak kt umah tue baru lik dr kampung. Duit dia ilang, dia pun tolong carikan gak. Sampai ler salah sorang senior dlm umah tue panggil aku masuk dalam bilik dan dia mula buka cite. Rupa2nya selama nie dia memang dh syak orang yg 'curi' tue cuma x der bukti sampai ler jd perkara tue. Dia tanya aku 'Ida, aku tau sapa yang selama nie wat onar kt umah kita nie. Ko perasan tak selama nie kalau ada kes ilang duit, akan ada yang dia pun ilang duit gak? Aku terus marahkan dia sbb tuduh x der bukti. Then baru dia buka story, sebelum aku stay situ mmg dia dah masak ngan orang jenis 'cepat tangan nie'. So aku ngan senior nie panggil budak yang ilang duit tue dan kami plan something. Pas Maghrib budak tue announced kt semua yang dia dah called mak dia dan mak dia nk pegi tengok kt bomoh, biar orang yang amik duit tue kembung perut (itu yang aku ngn senior tue suruh budak tue cakap)..meantime kami tolong budak tue cari2 gak ler, dan si Dz nie pun beria2 tolong carikan duit tue. Tup-tup Dz 'terjumpa' duit budak tue dalam almari budak tue, tp duit tue peronyok, seem dimasukkan dalam poket dlm keadaaan tergesa2. Aku ngan senior tue dah saling pandang dah. The next day, budak tue cakap kat kami semua yang mak dia dah gie jumpa bomoh dan bomoh tue cakap orang yang amik duit tue mmg budak umah gak (kejadian nie jadi lebih best sbb sebelum tue beberapa kes kecurian dah jd dalam umah tue..) so budak tue cakap lg supaya orang yang curi duit tue agar ngaku bersalah jer..dan dia x kan marah kt 'orang' yang curi, as long be honest. Starting that moment, umah kami dah start ada dua puak dah; 1 puak aku, senior tue ngan bebudak yang mmg masuk dlm plan nk kenakan budak tue dan satu puak lg geng budak tue; budak nie satu kelebihan dia, dia nie pandai yakinkan orang, mampu buatkan orang yakin ngn story dia walaupun cite tue x betul. Sambil2 tue kami dok perati gak di Dz nie, dia memang gelisah jer..asyik terperap dalam bilik, dah x bape nak get along ngan kami semua. Ajak makan sekali pun x nak. Kami saja jer gelak kuat2 time makan ramai2..bagi dia tau yang kami nie ramai. Meantime kami cuba yakinkan salah orang 'pengikut' Dz ni yang apa kami cuba buktikan tue memang betul, x der yang salah melainkan yang betul jer..hehe..So malam Jumaat tue after solat Mahgrib (kes tue jadi hari Ahad), kami wat bacaan al-Yasin dan letak air mineral kt tengah (kami duduk dalam bulatan kt hall umah tue). Abis jer bacaan al-Yasin tue every one of us kena cakap perkara yang sebenar pas tue minum air tue (tentu time tue sapa yang amik duit tue mesti tengah debak-debuk jantung dia kan..hhaaa..rasakan labu..hehe..) sampai jer turn jer..terus dia ngaku memang dia yang mencuri! Kami yang tau nie memang saling pandang 'bermakna' ler. Cuma budak yang kami cuba yakinkan tue memang terkejut abis. Agaknya mungkin dia tak sangka orang yang selama nie dia anggap sebagai 'kakak' rupenya 'makan' kami semua. Bila tanya apa yang watkan dia curi, dia just cakap 'apa yang dah lepas tue biar ler lepas'. Sapa x geram! Dah wat salah lagi mau ego..Tengah malam tue gak dia decide pindah ke umah lain, sedangkan kami x halau dia pun. Dz nie kan jenis orang yang boleh lebih dari dia. Kalau dalam umah tue pakai prepaid, dia akan pakai 'line'. Aku jer time tue yang memang x der h/set. Selalunya pakai public phone jer..hehe..Dia akan make sure dia akan lebih dari orang lain. Aku nie memang dari dulu lagi dia x suka. x tau pasai apa. No wonder ler kengkawan dia pandang aku semacam jer..ntah apa yang dia kata ntah. Pas tue lak yang watkan dia lagi bertambah2 benci kt aku sebab aku kenal ngan abang dia. Terkantoi sbb abang dia kasi bunga kat aku..hehe..lagi 'hangin' la dia..
Aku jumpa dia lik time nak amik scroll. Nampak jer dia, terus dia peluk aku, aku mengiakan jer..tp mmg x ikhlas beb! Aku nampak mak, abang ngan akak dia. Aku wat x tau jer. Tapi pas tue dia ada call aku minta alamat office aku sbb nk anto kad kawin, aku minta dia alamatkan ke umah aku jer. Last aku dapat tau yang dia dah kawin dan dah ada anak sorang dah. Apa yang dia wat kat aku tue akan aku ingat sampai bila2; camner dia yakinkan orang such way sampaikan orang tengok aku in negative thinking; camner dia 'create' story kat family dia sampaikan family dia x suka aku (nie gara2 aku kenal ngan abang dia ler..tp abang dia nie pun 'bengong' gak, kalau tul2 suka aku, pertahankan perasaan dia, nie tak, biar kan aku sorang jer facing this matter. Atau mungkin sbb status dia yang baru jd duda time tue..ntah ler..); camner kengkawan dia look at me in one kind (cam aku nie jenis yang jahat gitu)...nie soal maruah beb; camner aku tetiba jer kena jerkah sbb aku dituduh curi jam, sedangkan aku tak amik pun). Aku leh terima kalau dia face to face ngan aku cakap apa yang rasa x puas hati, nie pegi wat cite yang bukan2. Itu yang watkan aku x leh terima dia as a frenz. But i've learned a lot of thing because of this matter. Terima kasih kt dia secara x langsung. Walaupun aku nie orang susah, tapi maruah aku tue aku kena pertahankan, by hook or by crook. Kalau boleh tue aku dah x nak kenang lagi apa yang dah jadi, watkan aku lagi jadi sedih. Even aku penah gak online ngan 'pengikut' si Dz nie..memang dia akui kesilapan. But things happened already. Cuma kalau boleh tue aku memang x nak terserempak lagi ngan di Dz nie...

5.36 petang

Tuesday, January 17, 2006

Ikea..Ikano

Aku cuti semalam, tue yang pegi service kete tue. Kalau tau yang untuk service biasa tue leh datang hari sabtu ngn ahad jer, sure aku pegi dah. Kan dah rugi cuti aku sehari..hehe..after service kete, aku pegi ke Ikea, that's the first time i went there. Mai aiiii..besaq tui tempat tue..nasib baik ler aku pegi jalan2 jer..kalau le pegi beli barang..for sure rambang mata nyer..banyak perabot kt sana yang totally different design dia. Pas tue pegi having a drink, then aku minta almond biscotti utk take away yang timbang tue, tp budak tue kasi yg depa dah siap pack. Malas cakap banyak aku amik jer..Pas tue lak aku pegi ke Ampang Point jap, singgah nak beli Strawberry tart. Waktu nak turun escalator, tetiba jer rasa orang cuit bahu aku, terus aku toleh ke belakang, then ada sorang pompuan muda tanya kt ner dia leh dapat top up for prepaid. Aik, pelik aku, x kan le dia terus naik ke atas (even nak ke bowling pong mesti dia leh nampak kedai2 h/phone terdekat. Dengan muka cuaknya (memang aku x ikhlas pong time jawab soalan dia) aku cakap aku tak tau. Turun jer dari escalator tue aku terus jalan laju ke Giant, risau gak. Aku nie bukannya apa, risau wei..manala tau kot2 dia ada niat x baik ker apa ker (tapi kalau time dia tanya tue muka dia sincere dan cara dia meyakinkan aku, i might answer her). Tapi dari cara dia tue ntah ler..biaq ler kt dia..aku siap sambar wallet ngan jam tangan. My watch yang previous tue guna leather, so bila dah lama jadi berbau, itu yang aku x tahan tue..mau pening sat..heh..kan leh jer tukar tali tue, saja jer aku nie suka nk abiskan duit...apa la aku nie..
..............................................................
Sebelum kuar rehat, my boss br jer abis meeting. Suddenly he went out from his office and asked me if i had seen his mobile. Lor, mana lak dia letak mobile dia. Sambil dia tanya tue sambil dia dail no mobile yg ilang tue (he's having two mobile actually) but the mobile was off. So dia dah suspect something, but i keep stressing him to find somewhere; maybe dia tersalah letak ke apa ker; my boss nie pelupa gak kekadang tue..so i went to have my lunch.
Lik jer dari lunch, budak guard yg jaga building office aku ingatkan minta aku hati2 sket sbb h/set my boss aku ilang. Erm..barulah aku tau yang memang h/set tue betui2 ilang; iyer ler kekadang kalau kita cari benda time kita panik walaupun kt depan mata pun x nampak. Kt dalam bilik boss aku ada guard yang bertugas sebelum tue kena soal siasat. Tak lama pas tue ketua di bahagian keselamatan pun datang gak. Pagi tadi aku tertanya2 gak nape time kat guard house tue depa wat sekatan semacam jer. Rupa2nya semalam dah jadi kes kecurian kt bahagian pentadbiran; pegawai tue ilang RM1,000.00, kunci kete, kunci umah ngan h/set 3 buah. Wuishhhh..banyak tue..tup..tup..hari nie jd kt bahagian aku lak. Cuma aku x sure h/set tue ilang time boss aku ada ke idak, sbb he's having a meeting, so a bit rush. Nak kata dia datang time aku ada pun cam relevan gak sbb i am inside my room all the time, except time aku pegi ladies. But one thing for sure (aku ada story pasal hal nie ngn bro dzool), time kontraktor tue bawa pekerja endon (sorang jer) aku memang ada letak my mobile kt atas meja. Tapi hati nie kuat minta aku pegang h/set aku to bring it along ataupun aku simpan dalam laci. Cuma firasat aku tue x ler aku citekan kt bos aku. Kang risau kalau menimbulkan prasangka lak.

Sunday, January 15, 2006

The Crab Story

Kelmarin aku pegi kt kedai mamak nak tapau my lunch, pas tue aku nampak ada ketam goreng...yum..yum..cam sodap jer..so aku amik ler satu..sampai jer umah aku pong makan ketam tue, gigit nyer gigit...pas tue aku nak cungkil isi ketam tue, ntah camner ntah bahagian tajam kt ketam tue terhiris kt ibu jari tangan kanan..aduih..berdarah le plak..dalam gak ler luka tue..aku nie bukan a fan sangat ngn ketam, tp ntah pasai apa hari tue nampak jer terus rasa nak makan. Tapi ending dia jd cam nie..sedih tui..erm..agaknya mungkin aku makan sambil tengok tv kot..hehe..itu la belum sempat apa2 pong lagi, ketam tue dah 'ngap' aku dulu..pas tue aku letak 'burnal plus' sbb kalau letak handaplast kang lagi sakit lak (aku agak je nie...) tup-tup..mlm tue aku terpegang apa ntah jari aku berdarah lik, siap denyut2 lg tue..aku pong naik risau, so aku terus cover ngn handaplast..terasa perit gak x dpt nikmat guna ibu jari kanan nie for a while..nasib baik ler hari nie time aku 'cuba2 berani' buka pembalut tue cam dah ok jer..alhamdulillah..
................... ............................. ...............................
Nama anak sedara aku Mohammad Harris Aiman. Mak ai..panjang bebenor, mesti his dad will have difficulties filling a form later..nama panjang tapi nnt panggil anak tue guna nama pendek jer..lantak kt hagpa ler..anak hangpa..hhehehe..mesti mama ngan ayah happy dapat cucu first. Nak harapkan dari aku yang akak sulung nie, erm..tatau ler bila nyer..hehe...tapi minta dipercepatkan jodoh aku, amin.
.....................................................................................
Yang sebenarnya kan.isy..malu aar nak cakap..aku kan..erm..nak cakap ke tak nie..cakap ke tak..cakap ke tak..hari nie kan aku datang keje ngan x mandiiii! Hahah..semlm x leh lena sbb petang tue aku dah hentam tidoq petang almost 4 hours. So malam tue mata nie asyik nk celik jer..nasib baik aar baju dah seterika dah..isy..'gaban' tui aar..sedar jer dah kul 6.30 pg..bangun cam apa lagi..cuci apa2 yg patut, siap2 terus gerak ke opis..jarak opis ngn umah sewa aku tue mmg ler dekat..tp nak idupkan enjin kete tue lagi, aku nie kan 'slow' sket..datang keje pong ngan x sempat berbedak, x sempat nk calit lipstik pong..as long i reach office on time, pas nie aku lik mandi tau..orang yang baca blog nie jer tau apa yang dah jadi kat aku hari nie..hhe..
12.47 tengahari

Friday, January 13, 2006

Isy..

X tau ler pasai apa ngan sistem kat tempat aku hari nie, asyik system shut down jer..dr pagi sampai ke la nie..ada satu surat yang aku draf tue sampai 3 kali, baru dah masuk suku dah menaip, tetiba jer dia ter'shut down'. Then bila system tue dah ok, same thing still happened. So i've decided to on hold that letter for a while. Bukannya nak lengah2kan keje (tapi ada gak filing system yang aku selalu lengahkan...hehe..rasa nak termuntah setiap kali start wat filing tue), tapi kalau aku baru semangat wat surat tue, tetiba dia wat gila dia..nie pong menaip cam apa jer..
Pagi tadi boss aku panggil aku ngan sorang pegawai masuk bilik dia (suppose ada sorang lagi staf dalam perjumpaan tue tapi dia still cuti). Kami start wat pembahagian tugas. Bila aku tengok2 lik..isy..leh tahan gak tugas aku nie..hopefully aku dapat wat tugas yang diberikan tue, insya-ALLAH..hangpa doakan aku gak tau..
I'd just remembered, last few day aku serve blog http://kemlambaiandanau.blog.spot. Belek nyer belek aku ternampak ada blog Joe Perantau pun depa ada letak kt situ gak. Wah..ramai gak peminat Che Joe nie..cayalah. Pendapat aku journey Che Joe full with a good lesson. Aku masih lom berkesempatan lagi nak abiskan baca blog Che Joe, baru dok baca2 sket. But i will get to the latest blog till the end..hehe..
Tengahari tadi pas tapau jer aku terus makan kt umah. Mahal tue nasi kt tempat yang aku beli tue. Memang x berbaloi tul ngan apa yang aku amik tue..tapi x per la kan..that's the first and the last. Cakap banyak pong semua makanan tue dah masuk dalam perut..hehe..pas makan jer, terus aku 'rehatkan' mata nie jp..kawan aku pong sama gak..masing2 terbongkang..sempat dengkur kecik lg ler...hehe..esok cuti 2 days tapi x sure lagi nak balik kampung ke idak.
Adik aku baru jer give birth to a baby boy on 8th of January 2006. Alhamdulillah mak ngan anak sihat. Tapi baby tue mesti sepet sebab bapak dia tue sepet. Mak adik ipar aku nie Chinese, so convert to Muslim. A nice lady tp expresi muka dia nampak garang. Itu la don't judge a book by it's cover kan. Sepanjang tempoh berpantang nie memang adik aku (kami panggil dia Manje) stay kt umah mak aku. Manje nie adik bongsu pompuan. Kat bawah dia ada sorang lagi adik lelaki bongsu. Nama je adik lelaki bongsu, tp dia leh paling 'beso' dalam family. Hehe..dulu badan dia ok jer..tp start dalam darjah 2 tue, dia ngan kawan dia (Usop) start putting weight. Kalau bapa Usop bawa adik aku ngan dia kuar sekali, sure depa cakap depa dua tue kembaq..hehe..Mak Usop dan ngan mak aku nie dulu kawan time depa muda2. Ntah ler bila zaman dah berumah tangga, dan dah beranak-pinak ni sekampung lak. Pas tue persamaaan family aku ngan family nie, kami 6 beradik (depa pong sama), 3 lelaki 3 pompuan (pong sama), 3 of us lahir pada tahun yang sama (pong sama gak,abih tue camner tue, dirancang ke kebetulan)? Unbelievable but true. Tak per..pasal cite time aku kecik2 nie nanti aar aku cite kt entry lain lak yek..Aku dah nak gerak dah nie..selamat bercuti buat semua..papai..

Wednesday, January 11, 2006

Lit..lap..lit..lap..

Ngantuknyer..nape ler mata nie wat hal lak time nk masuk tengahari nie? Isy..nak kata x cukup tido..kul 10.30 mlm semlm aku dah tidoq dah. Semalam petang after office hour terus aku gie ke dentist wat scaling ngn tampal. Ok gak doktor gigi tue. Cara dia wat keje tue worth it. Aku tunggu x sampai 20 minit, then aku dipanggil for my turn. Time dia nak tampal gigi aku tue, dia kasi kebaskan jp..pas tue lak dia letak cam pengetat kt dlm gigi aku, then dia biar jp..nie yang watkan aku ngeri tue..but overall, memang aku puas hati. Then dia kasi tips after google tue jangan kumur ngan air, let it be for half an hour, then baru la leh kumur ke minum ker. Nnt la kita sambung no..chowchinchow..

Tuesday, January 10, 2006

keje..keje..keje..

Hari nie aku masuk keje after cuti sehari. Rasa sedih dan sayu sebab tahun nie raya Aidiladha aku tak dapat lik kampung; sebab pertama: cuti sehari jer and sebab kedua: aku still letih lagi after went back from camping. Rasa terkilan sebab aku x dapat kucup tangan mama ngan ayah. Dengor lagu raya rasa sayu jer..so i went to auntie's house and celebrate raya there.
( For bro dzool, memang saya pegi ke camping tue). Overall memang best aar gie camping tue. Peserta seramai 40 orang'; 34 lelaki, 6 pompuan. Kami gerak dari kampus hari jumaat pagi. Sampai jer sana kami diberi taklimat leh ketua program sana. Nama samaran dia Pak Let. Untuk info semua, tapak camping nie dibuat atas tanah Pak Let nie. Dia nie orang ketiga yang ada tanah terbanyak kat Melaka nie, 10 ekar. Background tempat nie memang best. Kalau nak tengok matahari terbenam kat jeti memang saat2 yang best. Kat sini ada macam2 program. So kalau ada yang baca nie nak arrangekan apa2 program ker, aku suggestkan hangpa pi la ke tempat nie..kalau x caya leh ke web site nie http://kemlambaiandanau.blogspot.com. Aku sambung lik cite pasal camping tue. Lepas abis solat Jumaat, petang tue kami jog pegi ke 'Grand Canyon'. Tempat nie dulu bekas lombong, jadi hakisan tue dah membentuk kawasan tanah yang agak unit aar. Kat situ ada lubang2 kt tanah untuk burung apa ntah..aku lupa aar..kalau nak wat shooting pong alrigh gak scenary dia. Then kami ke Bukit Tuah. Menurut kata Pak Let, time Hang Tuah nak ke Gunung Ledang (kalau dari atas bukit tue mengadap jer terus leh nampak Gunung Ledang) tue dia rehat sat kt bukit yang kami berdiri time tue. Pasai tue la depa panggil Bukit Tuah..sampai la nie. On the way balik kami lalu kat perkampungan Cina. Tapi sampai jer kat perkampungan tue kami kena pecut sket sebab anjing2 dia mai aaaii...stok2 ganaz gitu..hehe..ngan nyalak dia pas tue lak tuan empunya anjing tue memang x tambat anjing depa. Pas Asar kami dimasukkan dalam kumpulan masing2..pas tue ada aktiviti water confidence. Nie part yang aku 'lomah' nie. Kami kena pakai life jacket, pas tue depa campak kami kt dalam air..aku diberi pengecualian masuk air kemudian..hehe..sebab aku dah explained kat Pak Let yang aku nie memang 'phobia' sket. Then pas depa semua dah dalam air, tinggal aku jer. So Pak Let take charge ajar aku step by step to bring back my confidence. Hehe..nak malu pong ada gak. Baru gaya dia nak lepas aku, aku tarik life jacket dia sekuat mungkin, aku dah x peduli dah time tue..janji aku rasa aku selamat. Mula2 tue aku jejak tanah, then Pak Let pelan2 ajar aku kasi balance badan. Alhamdulillah..aku berjaya gak, pas tue kengkawan aku tarik aku join depa. Aku rasa syukur sangat sebab kengkawan aku memang memahami keadaan aku time tue. Even time aku nak naik ke jeti depa seems jaga aku. Caya lah hangpa. Tengah malam tue kami wat aktiviti NIGHT WALK. Time tue ujan renyai-renyai. Urusetia bawa kami pegi kat tempat yang petang td kami lalu, then semua orang kumpul kt tokong Cina. Dari situ kami dilepaskan sorang2. Tuhan jer yang tau perasaan aku time tue, rasa nak terkucil, nak ter'uk..uk' dan macam lagi. Sampai jer giliran aku (sebelum tue ketua urusetia dah kasi direction laluan kami), aku main redah jer, apa direction yang ketua urusetia tue cakap pong aku dah lupa dah. On the way tue aku ada dengar bunyi air berkocak, memang aku terkejut, but i keep on walking, then sebelum nak sampai ke jalan tar yang ada lampu tue tue aku dengar ada 'orang' wat bunyi 'pst...pst..'x per lagi walaupung aku takut. Dari situ aku dah nampak dah kawan aku. Memang niat di hati aku sampai jer kt jalan tar yang ada lampu tue (dan sememangnya urusetia tue dah pesan sampai jer kt situ if possible lari, sebab kata depa memang area tue 'keras' sket). Lepas jer dari jalan tar tue, memang aku nekad nak panggil jer kawan aku tue, lagipun jarak aku ngan dia memang dekat dah; kalau aku tepuk bahu dia pong sure terkena bahu dia dah. Tapi tetiba aku terfikir, buatnya orang yang aku tepuk bahu tue bukan kawan aku, tapi 'orang lain' camner? Dalam dok2 berfikir nak tegur ke idak, tetiba urusetia sergah aku ngan campak kain putih dari arah kiri dan kanan aku. Aku pong apa lagi, jerit x ingatnyer (kalau hangpa kat tengah utan, then suddenly dengaq jeritan aku, sure meremang bulu roma, betui aku x tipu sebab aku dah tengok lik rakaman time depa wat night walk tue..heheh..itu la sapa suruh takutkan aku yang sedia kala takut nie...hihi..) sampaikan budak yang takutkan aku tue minta aku tenangkan diri aku, time tue yang kelakar lak, aku jerit sambil melutut ngan tutup muka, memang aku dah tekad x nak gerak mana2 dah. Budak tue pegang lengan aku and suruh aku rilex dan bawa aku pegi ke tempat urusetia. Rupa2nya depa rakam setiap aksi kami malam tue..hampeh tui. Pas tue aku minta kawan aku tue tunggu aku then kami saing balik ke dewan skali. Sampai jer kt sana, bebudak lelaki cakap surat jeritan aku tue dengar sampai ke dewan. Hehe..lantak ler kome. At last semua peserta selamat sampai ke dewan. Malam tue peserta pompuan tidoq kt dewan sebab khemah yang kami buat tue masuk air.
HARI KEDUA
Hari still ujan gak. Pagi tue kami dah dibahagikan dalam 2 group. Group aku kena pegi ke aktiviti Kayak Safari. The other group kena wat rintangan berhalang dalam bentuk 8. Untuk kayak safari nie kami diberi taklimat time rafting (rafting nie kumpul semua kayak sekali) dan kami diajar cara nak tukar partner time rafting tue. Then kami dibawa ke tempat2 yang unexpected; dibawa ke tempat yang penuh ngan lumut, kalau time kayak tue memang sauk lumutnyer; then kami masuk ke terowong kecil; time nie memang uji komunikasi sesama partner. Memang mencabar wei..abis jer kayak safari tue kami terus ke aktiviti rintangan berhalang. Redah air lumpur, gayut kt kayu, merangkak and so on. Pendek kata kalau pegi tue pakai tudung putih, time lik tue sure tudung tue dah tukar color lain dah..
Lepas Asar, kami wat aktiviti berakit . Hehe..time final tue rakit aku x dapat join sekali sebab salah satu tayar yang diikat kt buluh tue bocor, then tayar kt tengah tue ntah camner leh terkeluar, itu yang 'slack' tue..leh dikatakan sepanjang hari cuaca memang ujan. Penatnya tok sah citer la..Tuhan jer yang tau. Malam tue after Maghrib, ada ceramah. Rasanya memang dah knot out dah, ngantuk giler. Tp penceramah tue pandai tackle keadaan, ada jer cara dia nak attract kami untuk terus join. Then final for that night, kami ada sesi luahan hati. Time nie urusetia dari kolej memang x dibenarkan langsung untuk join. So banyak ler rasa 'ketidakpuasanan' hati kami baik dari segi management pihak pengurusan. And at the end we come to the conclusion that, apa2 pong kena masuk kesatuan pekerja yang pihak kolej dah ada. Then dari situ baru leh dapatkan hak. Erm..mungkin sebelum nie x diberikan penerangan lanjut, ataupong mungkin terlepas pandang benda-benda cam tue. Apa2 pong pas nie kena masuk union, then we can see the result. Dalam kul 2.00 pagi kami bersurai. Malam tue peserta pompuan dibenarkan tido dalam bilik Ketua Urusetia. Kami diberi kelonggaran yang esok tue x kan ada senaman pagi. So leh aar kami tido lama2 sket.
FINAL DAY
Malas tue nak bangun pagi tue ngan ujannya. After b/fast kami ada aktiviti WAR GAME. Semua orang yang bercoreng dah muka, cam ala-ala komando gitu..hehe..depa bawa kami pegi ke tempat aktiviti tue. Misi setiap kumpulan adalah untuk dapatkan botol kt tengah2 pokok. Depa bahagikan kepada 2 group. Semua orang kena meniarap. Time tue dah memang ujan, so air lumpur naik. Time tue memang dah lupa dah kot2 time tue ada pacat ke apa ker. That was my first experience doing such activities. Really exciting. Abis jer aktiviti tue kami lik ke kem lik, bersihkan khemah, mandi, kemas barang, pas tue letak semua barang kt dewan makan. Abis jer makan dan solat Zohor, kami ada ceramah dari Pendaftar. Abis jer ceramah, ujan turun lg lebat. Overall sepanjang kami kt sini, memang ujan jer. Sampai opis dalam Maghrib. Memandangkan aku still 'cuti' time tue..so aku x ler terkocoh sangat..gie toilet jp..rilex for a while, then kami beramai-ramai gie makan jp..pas tue baru lik umah..
Ni aku nak habaq mai nie..
Sampai jer kt depan umah, aku dah start rasa seram sejuk, mana taknya..umah aku gelap jer..aduih..bebudak umah aku x lik lg aar..nie yang aku 'maleh' nie..apa yang jadi malam sebelum tue watkan aku phobia lik..dah le time ceramah mlm tue penceramah tue kasi tgk 2 slide; satu slide gambar, kt situ ada tulis kalau2 ada nampak pompuan, pas tue suruh tenung lama2, x lama pas tue kuar gambor muka anto, mau x terkejut aku ngn kengkwn yang lain, slide lg satu lak dia tunjuk gambor budak kena rasuk (rasanya mungkin hangpa ada tengok kot) budak pompuan tue pakai telekung ke tudung, orang tue minta budak tue ngucap, tp time tue suara budak tue memang dah berubah dah..aku mmg x tgk langsung slide tue, cuma dengar suara jer..tp serem gak aar..jd semua tue dah bercampur aduk, itu yang kepala hotak aku nie fikir yang negatif jer..hehee..nak x nak, aku kuatkan semangat, on kan semua lampu kt bilik bawah, naik tangga ke bilik atas, tutup pintu, bersihkan diri, pas tue tido..tp still terasa serem sejuk gak ler.. time nak pejam mata pong still lagi teringat insiden yang bukan2..isy..minta dijauhkan..ingat lagi Pak Let tue cakap kalau kita ternampak, kita ptt bersyukur sebab kita diberi anugerah untuk 'nampak', tp kalau dah x nampak, jangan kita gatal2 mulut 'nak nampak', kang lain lak yang jd kang..hehe..
................................................
nie topik lain lak..

Kelmarin budak umah aku yang accident tue ada called aku. Dia tanya s/ada aku nak pindah ke idak since akak dia dah nak pindah kt Puchong. Lagipun dia dah nak kawin. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang rasa kurang selesa yang umah sewa yang kami dok la nie..segala kerosakan yang kami adukan dia wat 'derkk' jer....pas tue lak banyak sgt bocornya..then kt belakang umah kami tue dia bagi kebenaran kt uncle india kt belakang umah tue utk cucuk tanam, ngan kacang panjang ler, pucuk ubi ler..kacang bendi (kacang brandi kata p ramlee). So memang dah semak dah jadinya..lalang lak naiknya MASYA-ALLAH..Terfikir gak adakah sebab aku penah sound pakcik tue; citer dia cam nie, waktu mula2 nak masuk umah tue kawan aku ada cakap kt depan pintu umah kami tue, lantai dia kotor sebab bekas cat. So looked unpleasant. So aku yang tengah 'panas hati' time tue terus jer called cakap nak jumpa. Pas solat Jumaat dia mai ngan wife dia. Dulu time nk tgk umah dia pakai kete Kancil, time jumpa kami time tue dia mai dengan Perdana. Muka wife dia memang dah merah dah. So kami pong explained aar the real situation; mana lagi ngn cat kt lantai, pas tue lak kayu merata2 kt depan ngn belakang umah, sedangkan duit deposit kami time tue dia dah amik dah. Aku ingat lagi dia ada cakap kalau ada kerosakan, cakap ja, nanti dia mai..tp hampeh..takat cakap jer hebat. Waktu dia mai jumpa kami tue wife dia ngn nada marah, agaknya mungkin ada dah ter'laser' kan. Dia pun cakap dalam banyak penyewa, nie ler first time jumpa penyewa yang jenis cakap lepas jer..haku ler tue..aku x kisah dia nak cakap apa pong, tp we want the satisfaction, that's all. Bila sebut jer pasal kepuasan, si husband dia (masa perbualan kami tue, pakcik Labu, aku panggil dia pakcik labu sebab dia stay kat labu) all the way speaking English ngn kami. Dia ingat kami nie heran kot..apa yang aku merepek nie..ok back to the fact..husband dia cakap dia ada 9 buah umah sewa, kalau nakkan kepuasan dia leh kasi kami sewa satu umah tue (siap dia bawa buku anjung seri) yang dia sewakan RM5,000.00 sebulan. Amoi..x tau ler niat dia nk menunjuk ke apa ker (heeh..kepala hotak aku dah start fikir yg negatif dah time tue..). At last kami pong stay kt umah dia sampai la nie. Yang sebenornya aku ada beli umah, dan aku ada ajak kawan aku stay skali..tp depa x mau sebab jarak umah ke kampus agak jauh gitu..so aku pong la nie tengah buntu..tatau nak wat camner, tp aku dah survey dah utk wat grill..kiranya sempat gak ler kenal ngn neibour sebelah umah aku tue orang kelantaan (family) yg sebelah aku lak x dak orang, then selang sebuah umah staf kt tempat aku..aku pong dah letih aar nak mencoret..nanti esok aku sambung lik..a'kum
3.55 petang

Wednesday, January 04, 2006

Nak pegi ke idak..

Aku dapat surat utk pegi kem kt jasin hari jumaat, 6-8/01/06. Dari mula dapat surat lagi aku dah cam cuak dah s/ada nak pegi ke idak. At the end semalam aku amik keputusan tak nak pegi. So aku dah anto dah surat through outlook ke pegawai in charge. Tup-tup pg tadi time aku check email, dia dah reply dan cakap memang permohonan aku untuk x join join ke kem tue x leh diterima. Pas tue lak dia siap called aku lg, ngan nada nak marah pong ada, nada ala-ala tegas pong ada. Nie yang watkan aku lagi jadi malas nie. Dah le time nie aku tengah 'bulan mengambang'..lagi aar aku jadi malas. Salah sorang yang akan kendalikan program tue lak cakap ada kayak. Kayak!? Lagi bertambah2 rasa ketidakmahuan aku nie..hangpa nak tau tak, aku nie kalau bab-bab 'air' nie memang aku phobia. Waktu kat UiTM dulu aku ada join Asas Berkayak kat Air Tawar, Sitiawan Perak. Agaknya mungkin aku dah 'tersilap' cakap (kan ada orang cakap kalau kita kt utan or kt laut ker, cakap tue kena cover sket, ntah ler tul ke idak..) tinggal kayak aku jer kat tengah laut time tue; ngan ujan lebatnyer. Pas tue lak kt depan aku tue memang putih, x nampak hapa. Aku tawakkal jer time tue kalau ditakdirkan ALLAH nak amik nyawa aku, memang aku redha jer..tul..aku x tipu hangpa. Air mata nie mengalir dah bercampur ngan air ujan dah time tue. Tapi nasib baik ler ada pasukan rescue datang selamatkan kayak aku. Kalau x, memang orang lain aar yang tulis blog nie..hhee...lagi satu kan..mak aku citer waktu aku kecik, aku penah jatuh dari perigi. Mungkin orang yang baca blog nie mesti gelakkan aku, mungkin sebab aku nie 'loq laq). Mak aku cakap time tue dia dalam pantang kat adik aku yang no. 2 tue. Mak aku pegi bilik air nak membasuh, ntah ler dia nak cuci pakaian ke apa ker..aku nie lak of course la ikut dia..time tue dalam bilik air tue hanya ada air telaga jer..then time tue baru pas abis ujan, so memang air telaga tue naik..aku lak time tue nampak air jer terus meluru, siap gie 'gagau' lagi air telaga tue..ntah camner ntah agaknya licin air sabun tue..tup-tup aku 'terpeleot' masuk dalam telaga. Doesn't make sence, but it's true. Mak aku siap capai aku sambil jerit panggil jiran aku minta tolong..last-last mak aku sempat capai kaki aku, then terus tarik aku naik atas..eeei..kalau diingat lik kan memang ngeri aar..aku nie memang selalu susahkan mak ngan ayah aku ler..hehe..but no matter how..they are the best parents i had..luv them..tq mama, tq ayah..nie nak habaq mai nie, mak aku nie kulit cerah, ayah aku lak stail kulit mamak sket, so first 'brand' depa, kuaq la aku yang jadi 'kelabu asap' nie..hehe..isy..apa yang aku dah merepek dah nie..kt mana kita tadi..isy..
Tadi aku masuk bilik boss aku minta pendapat dia tentang kes aku nak pegi nie..so dia suggestkan aku untuk pegi sebab nie melibatkan semangat berpasukan. Kadang-kadang aku x paham ngan boss aku nie, dia gak yang suruh aku stay jer kt opis, tp biler mai bab-bab cam nie memang dia akan encourage aku untuk pegi..dia memang bos yang menyenangkan; x banyak karenah, cuma few things yang watkan aku rasa kurang puas hati, but it's normal la kan. Mungkin dia pong ada gak benda yang dia x puas hati ngan aku, iyer dak?hehe..So pas nie lik memang nak kena wat preparation for tomorrow..pada kengkawan yang baca blog aku nie, hangpa doakan aku selamat pegi dan selamat balik ke sini no..minta dipermudahkan segala urusan aku semasa aku kat kem tue..insya-ALLAH..
...................................
Meantime...
Ingat tak aku ada story apa yang dah jadi time aku attend meeting s/u tue, ingat lagi tak? Tadi aku dapat email dari bendahari. Dia pong melahirkan rasa ketidakpuasan hati dia tentang cara pengendalian dalam meeting tue. So at the end dia amik keputusan utk resign. Aku pong x sangka gak dia akan amik keputusan cam tue, but i respect her. She's honest. So bila difikirkan lik, aku pong respond email tue sbb aku nie one of the ahli tertinggi mesyuarat (chewah...heheh...) aku pong kasi komen yang sepatutnya, memang aku pong cakap 'sesedap oren' aku gak ler. Aku pong menyatakan yang aku nak resign gak. Bukan aku nie jenis pak turut, tapi kalau attend sesuatu sedangkan kita x dapat sebarang manfaat, apa yang akan korang buat? 'Soalan cepu cemas nie'..kita bersambung kemudian..papai...