Wednesday, March 30, 2011

Aku Kagum

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 (Jumaat). Gegaran yang bermagnitud 8.9 bermula dari utara Jepun, adalah gegaran paling kuat melanda Jepun. Tak berapa hari, jadi pulak tsunami, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta-benda. Diikuti dengan tangki reaktor yang bocor. Rata-rata negara luar menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek. Malaysia juga tak terkecuali. Apa yang mengkagumkan aku rakyat Jepun amat tenang dan berdisiplin. Nak ambil makanan, sanggup beratur panjang. Nak ambil air bersihpun sanggup beratur. Mangsa-mangsa yang ditempatkan di kawasan penempatan sementara, sempat lagi membaca di masa senggang. Dan lebih mengagumkan aku bila mereka hanya akan ambil barang yang perlu sahaja. Barang yang mereka tak perlukan, mereka tak akan ambil sebab fikirkan orang lain. What an amazed. Dengan masalah yang melanda negara dorang, tapi mentaliti dorang masih kuat, kukuh tersemat. Kita patut ikut contoh macam dorang. Kalaulah semua orang kat dunia ni macam tu, alangkah bagusnya. Tak akan ada rusuhan for nothing. Tak akan ada persengketaan.

Monday, March 28, 2011

Apa yer...


Salam. Dah lama rasanya aku tak memblog. Rasa gatal jari-jemari nak mencoret tu ada, tapi bila kemalasan melanda, terus x der mood. So many things happened. Perkara seronok, perkara yang tak seronok pun ada gak. Tadi aku dok update blog kelab. Dah alang-alang tu aku singgah jap kt 'umah' aku ni. Agak bersarang gak le. Nasib baik boss aku tak datang hari ni. Walaupun dia datang cuma sekejap, tapi macam-macam benda yang perlu dibuat nanti. Aku ni merangkap semua; tea girl, pap dan banyak lagi aar..but i enjoy my work so much. Cuma hari Isnin ni agak boring. Semalam cuba tido awal, mata ni tak leh gak nak lelap. Hamik kau..alamatnya memang hari ni mata agak pedih-pedih. Rasanya pakai baju pun cam 'selebet' je..huhuu... Ingat nak balik on time aar. Pagi tadi aku dah buat listing barang untuk masak mee goreng, tapi entah le..tengok pada kerajinan.

Saturday, March 26, 2011

Jom Layan


Hari ni Bahagian Keselamatan di jabatan aku anjurkan perlawanan bowling kt Jusco Seremban. Aku dengan 3 orang lain kawan aku mewakili kelab. Ramai juga yang turut serta. Even dari company luar pun join gak, cam Bomba, Imegresen, Polis and so on. Sempat lagi VC buat gimik pelancaran sebelum start game. Jam 5.30 petang dah settle. Habis je, apa lagi kitaorang pun terus gi ke food court makan. Lapar beb. Rasanya kali terakhir aku campak bola bowling tu time di One Borneo, Sabah time gi ke UMS. Terasa sengal-sengal gak tangan ni. Tak de training ke hapa ke tup-tup terus join bowling..huhuu..

Banyak gak sale, tapi tu le ongkos tak bape nak sale..hehhee..