Monday, March 28, 2011

Apa yer...


Salam. Dah lama rasanya aku tak memblog. Rasa gatal jari-jemari nak mencoret tu ada, tapi bila kemalasan melanda, terus x der mood. So many things happened. Perkara seronok, perkara yang tak seronok pun ada gak. Tadi aku dok update blog kelab. Dah alang-alang tu aku singgah jap kt 'umah' aku ni. Agak bersarang gak le. Nasib baik boss aku tak datang hari ni. Walaupun dia datang cuma sekejap, tapi macam-macam benda yang perlu dibuat nanti. Aku ni merangkap semua; tea girl, pap dan banyak lagi aar..but i enjoy my work so much. Cuma hari Isnin ni agak boring. Semalam cuba tido awal, mata ni tak leh gak nak lelap. Hamik kau..alamatnya memang hari ni mata agak pedih-pedih. Rasanya pakai baju pun cam 'selebet' je..huhuu... Ingat nak balik on time aar. Pagi tadi aku dah buat listing barang untuk masak mee goreng, tapi entah le..tengok pada kerajinan.

No comments: