Monday, May 03, 2010

Tudung lagi


'taukeh' posing dengan tudung dalam kereta

Aku tak tahu macam mana boleh terjebak dengan 'aktiviti' ni. Langsung tak terlintas di fikiran nak cuba pakai, apatah lagi nak menjual. It come suddenly. Sebelum ni aku memang suka sangat pakai shawl. Asyik membeli (nafsu membeli) saja sampaikan ada shawl-shawl tu yang langsung tak ada yang 'match' dengan baju. Sampai le bila aku balik ke kampung, kena kutuk 'rapat' dengan adik-adik. Depa cakap muka aku dah le bulat macam telur. Pakai shawl (yang aku rasa time tu aku cun habis dah la tu). lagilah muka aku jadi bulat. Hampeh betul adik-adik aku ni. Komen terang-terangan. Panas telinga kejap. Tapi aku suka sebab komen yang membina. Itu yang aku nak. Kebetulan Abang pun bagi komen yang sama. Dia cadangkan supaya aku cuba pakai tudung Ariani. Katanya tudung tu makes you look smart sebab awning yang memang dah terletak. Aku katakan pada dia yang tudung jenis tu agak mahal. Tak mampu aku membeli. Sehelai saja dah mencecah ke RM50.00 ke atas. Aduyaiiii....
Dalam bulan lepas aku ajak kawan aku makan di Sup Ani Utara di Bangi. Berdekatan situ ada cawangan Ariani. Habis saja makan, terus aku ajak kawan aku masuk ke dalam butik Ariani tu. Aku cuba kenakan sehelai dua ke mukaku. Erm..macam best pulak. Terus aku beli 5 helai. Unbelievable but it's true. The next day aku pakai tudung Ariani tu, kengkawan aku cakap aku nampak okey pakai tudung sebegitu. Ikhlas ke tu puji? Ni buatkan aku 'kembang' nie. Kembang kempis hidung ni..huhuuu...Bila aku war-warkan aku ada beli tudung Ariani, ada kengkawan aku yang datang tengok dan dorang terus beli dari aku. Quite impress! Petang tu jugak aku ke butik skali lagi untuk 'order' lagi tudung. Since that alhamdulillah, ada kawan-kawan yang datang membeli. Iyelah dorang nak ke sana kadang-kadang tu kekangan masa. Jadi aku tolonglah setakat mana yang terdaya. Aku berdoa semoga dimurahkan rezeki aku. Dipermudahkan segala urusan aku ini, insya-ALLAH. Kalau berkesempatan nanti aku update lagi gambar-gambar aku pakai tudung Ariani yer. See you all.