Friday, December 11, 2009

Perlukah aku?

Tak mampu untuk aku rungkaikan apa yang bergelodak di hatiku tika dan saat ini. Keputusan yang bakal kuambil nanti bakal menuntut pengorbanan yang bukan sahaja dari segi penat lelah, tetapi juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang. Perlukah aku melakukan untuk kesekian kalinya lagi? Ikutkan rasa hati, memang penat dan letih dengan semua ini. But that's the best way that i could think of.
Aku berdoa biarlah keputusan aku nie tepat dan tidak mengguris mana-mana hati.

Wednesday, December 02, 2009

Kalau kita tengok seseorang tu selalu sahaja nampak gembira, sepertinya tak ada masalah. Jangan mudah tertipu sebab di sebalik keceriaan yang dipamerkan, terselit secebis kisah. Kisah yang tak mampu dirungkaikan. Kisah yang hanya akan dikongsi bersama bila duduk bersembang, mungkin secara tidak sengaja akan terluah segalanya tanpa sedar. Bukan bertujuan untuk menjaja cerita, mungkin hanya ingin mengurankan beban perasaan. Hanya dengan berperwatakan ceria sekurang-kurangnya mampu mengurankan rasa gundah gulana di hati. That's what i learn today.

Tuesday, December 01, 2009

Lambaian Kaabah


Hari Raya Qurban baru saja berlalu. Ramai orang yang melakukan kenduri korban atas pelbagai sebab. Jemaah haji juga sudah memulakan perjalanan balik ke negara masing-masing. Macam penerbangan balik ke Malaysia, hanya 4 penerbangan saja dalam sehari. Moga-moga jemaah haji bawa balik haji mabrur, insya-ALLAH.
Pagi tadi aku terima panggilan telefon daripada kawan bos aku, yang kebetulannya orang ni adalah antara di belakang tabir untuk siapkan buku biografi bos aku. Dia dengan wife dia baru saja balik ke sini. 3 bulan ke luar negara, pergi ke Liverpool dulu untuk jenguk anak dia study kat sana, then baru pergi ke umrah. Sempat dia berselorah suruh aku pergi mengerjakan ibadah haji di usia yang muda. Katanya sekarang dari tempat penginapan nak ke masjid agak jauh berbanding dulu. Dia suruh aku mendaftar saja dulu. Katanya lagi kalaulah aku nak pergi, dia boleh minta tolong daripada kawan dia yang bertugas di Tabung Haji bagi mempercepat proses aku nak ke sana. Terharu aku buat seketika. Itulah tempat yang aku memang nak pergi selama hayat aku ni. Kalau diizinkan serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, nak saja aku ke sana.