Friday, December 20, 2013

Sedihnya...


Pagi ni kononnya bangun awal nak buat epal juice.  Hampeh.  Juice entah ke mana.  Minggu ni asyik bangun lambat saja.  Nasib baik dah seterika baju.  Kalau tak memang datang ke pejabat dengan baju yang maha kedut..hahahaaa..Malam semalam Amir telefon.  Kami plan nak balik kampong hari Ahad ni.  Aku punyalah teruja sampai tidur lena.
Pagi ni juga aku dengan rasa berbunga di hati informed kat bos yang aku nak bercuti miggu depan.  Terus bos aku tak benarkan sebab dia suruh aku bercuti bulan Januari seminggu.  Aiyarkk..punah harapan den.  Berkecai.  Berderai.  Sabar je la.

Tuesday, December 17, 2013

Cerita Subway


Teringin sangat nak makan Subway.  Aku singgah dekat PETRONAS sebelum masuk susur Serdang ke apa le.  Dalam dok menunggu giliran, ada sorang mat saleh ni beratur kat belakang aku.  Sampai saja giliran aku, terus aku order wrap.  Aku amik turkey breast.  Sampai giliran sos, aku pilih 4 jenis sos;  sos cili, sos tomato, sos ranch ngn lagi satu ntah aku pun dah tak ingat.  Tiba-tiba mat saleh ni tegur 'banyak sos.  Rojak'.  Terkezut aku nokkk.  Terus aku jawab 'I want to give some spice'.  Dia sengih je.  'Agak lucu'.  Aku tanya dah lama ke dia kat sini.  Rupa-rupanya wife dia orang melayu.  Patutlah cakap Bahasa Melayu lancar.  Waktu aku dah nak beredar siap dia wish lagi 'selamat makan'.  Aku wish dekat dia semula.  Yang penting aku dapat makan menu yang aku idam-idamkan..yehaaa...  

Sunday, July 07, 2013

Mee Bandung

gambar contoh semata-mata.  gambar ori tak leh pulak nk tag kt sini, tak tau naper


Tadaaa...amacam..ada rupher macam Mee Bandung tak?  Berbanyak terima kasih pada adikku terchenta, Manje yang sudi berkongsi resepi.  Al maklum la, tuan tanah kedaung nak masuk ke dapur jarang sekali.  Dah teringin sangat baru la terhegeh-hegeh cari bahan bagai.  Nasib baik la budak rumah pun nak gak share beli barang.  Kalau tak, memang aku masak untuk seorang makan aje, aci dan ada gaya-gaya sadis tak di situ? hahahahaaa...

Bahan-bahan untuk buat mee bandung adalah:

Mee Kuning
Bawang Merah
Bawang Putih
(berapa ulas suka hati korang la.  Tapi ada yang cakap kalau nak lagi sedap masakan letak banyak bawang.  Ada jugak yang cakap kalau letak banyak bawang, nanti kopak ongkos..hahaha)
Cili blender
Isi ayam/daging/udang
Sawi/bunga kubis/carrot
Sos Tiram
Sos Cili
Serbuk Perasa
Telur
Gula
Garam
Tepung Jagung

Cara-cara nak memasknyer:

Masukkan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.  Dah kuning sikit masukkan cili blender.  Kalau nak masukkan isi daging ke ayam ke, bolehlah dimasukkan sekali.  Dah garing sikit cili tu, masukkan air.  Bila air dah menggelegak, masukkan udang.  Kemudian letak gula, garam, sos tiram, sos cili dan serbuk perasa.  Bila dah menggelegak, masukkan sayur sawi/bunga kubis/carrot (sayur ikut suka hati).  Bila air menggelegak, masukkan tepung jagung (pastikan kacau dulu tepung jagung dalam bekas lain sebelum dimasukkan dalam periuk).  Akhir sekali barulah pecahkan telur.  Mee kuning tu celur aje.  Sudah siap untuk di'ngap' bak kata Manje.  Selamat mencuba..chayokkk...

Friday, July 05, 2013

Pemeriksaan Pap Smear dan Pemeriksaan Payudara



Hari ni kt Unit Kesihatan kampus adakan pemeriksaan paps smear dan pemeriksaan payudara.  Actually aku dah bagi dah nama untuk buat breast check up.  Punya lah teruja aku pergi on time.  Dah pergi ke kaunter.  Staf tu pun dah amik no. staf aku.  Sampai saja kt depan pintu bilik pemeriksaan, ada 3 orang nurse menunggu.  Sembang punya sembang rupa-rupanya aku tak boleh buat breast check sebab aku tengah period.  Selalunya seminggu sebelum period ataupun tengah period memang lazim akan ada ketulan ataupun benjolan di sekitar breast.  Selepas seminggu period barulah masa yang sesuai untuk buat breas check.  Aiyarkkk...pitammm Cik Su.  Nampaknya memang tak ada lah rezeki aku.  Nurse tu siap cadangkan supaya aku pergi ke klinik kesihatan berdekatan.  Alamatnya memang tak gi la jawabnya.

Tuesday, June 25, 2013

Sengal


Inilah yang melanda diriku sehari dua ni.  Rasa malas nak buat apa pun.  Bila malam, time nak tido tu memang mengantuk tapi aku noticed aku beralih saja tido aku.  Bila bangun pagi, ha..mendapat..satu badan rasa lenguh-lenguh.  Rasanya kalau cukup tido mungkin rasa sengal-sengal badan ni kurang sikit.  Adakah disebabkan factor umur?  Huhuhu..1 Jun bebaru ni aku baru je menjangkau 34 tahun.  Kira still young (perasan la sangat Cik Ton oooiii...).  Moga Allah permudahkan segala urusan aku, insyaALLAH.  Kat sini jerebu pun boleh tahan gak nie, nak lemas rasanya.  Rasa sesak nafas pun ada gak.
 
Rehat tadi budak maxis tu sms cakap sim card aku dah siap.  Apa lagi mencanak la gi amik.  Cuma handphone tu kena tunggu dalam seminggu dua lagi.

Monday, June 24, 2013

Fogging

Keluar je dari rumah, humang aihhh....jerebu..Nampak gayanya kena pasang air-cond kereta la ni walaupun jarak rumah dengan office tu takat sekangkang king kong jekk.  Aiyarkkk..minggu ni pun masih lagi minggu yang malas, tak tahulah kenapa. 
 
Jam 10.33 pagi tu, tetiba ada sms masuk.  Rupanya dari jiran rumah aku, Kak Pah.  Dia cakap tadi ada orang Kementerian Kesihatan hantar notis untuk buat fogging hari  Khamis (27/6/13).  Uitss..apa mimpinya ni.  Katanya area kawasan perumahan aku tu dah ada 5 kes denggi, kiranya dah jadi wabak denggi gitu, aiyoo...Siap tertera kat Notis Perintah tu lagi kalau rumah yang kosong pun dorang akan terjah masuk gak, aiyayaha.tak boleh jadi neh.  Tak per bertenang dulu.  Siapkan keje dulu.  Fikir kemudian.
 

agak-agaknya ada tak rupher cam ni orang nak buat fogging tuh..heh

Tepat jam 1.00 tengah hari, aku terus cabut gi ke Pusat Komersil.  Aku dimaklumkan hari ni dorang start buat promotion Maxis Education.  Dah terberkenan dengan satu pakej yang ditawarkan ni.  Dah dapat barangnya nanti aku post kan kat sini yer.Ini adalah antara item menarik yang ditawarkan: 

Promosi Pakej Pendidikan Maxis
  
·Promosi

o   iPhone5 (LTE) serendah RM 950
o   Blackberry Z10 (LTE) serendah RM 899
o   Blackberry Q10 (LTE) serendah RM 1099
o   Samsung Galaxy S4 (32GB) LTE serendah RM 1499 + PERCUMA Flip Cover Ori Samsung
o   Samsung Galaxy Note2 serendah RM 999
o   Samsung Galaxy Mega serendah RM 699
o   HTC ONE XL (LTE) serendah RM 199
o   Sony Xperia L serendah RM 99
o   Sony Xperia E PERCUMA
o   iPad Mini serendah RM 559
o   iPad with Retina Display serendah RM 999

 

·         Kelebihan yang ditawarkan di dalam Pakej Pendidikan Maxis (tertakluk kepada terma dan syarat):

1.        Talian telefon

a.        Percuma masa berbual, SMS dan MMS diantara warga Kementerian Pendidikan  yang menggunakan pakej Kerajaan, Korporat atau Pendidikan
b.       Hanya 10 sen/minit untuk panggilan ke talian Maxis dan operator yang lain
c.        Tambahan percuma nilai RM30 masa berbual dan SMS
d.       Percuma 20 jam panggilan dan 2000 SMS di kalangan talian keluarga
e.       Percuma telefon bimbit atau peluang membeli telefon bimbit dengan harga diskaun yang hebat
f.         Harga tetap “Mobile Data” tanpa caj tambahan

2.        Talian “wireless broadband”

a.        Kelajuan  mengakses (speed) sehingga 42Mbps
b.       Percuma WiFi modem (berkebolehan untuk berkongsi akses sehingga 5 alat peranti)
c.        Harga tetap tanpa caj tambahan
d.       Percuma Maxis Loker (cloud storage) dan akses kepada Maxis WiFi
 
Lepas rehat aku called Celcom Centre.  Aku cakap yang aku nak terminate no subline aku tu.  Iye la nama je guna no tu kat tab.  Tapi hampeh asik buffering je, ke agaknya sebab 1 GB je..hahahaaa...Operator tu cakap by tomorrow akan ada orang dari Celcom Centre call untuk buat pengesahan pasal termination ni.  Okey gak tuh.  Boleh aku try guna nombor Maxis neh.  Kita test dulu camner hasilnya nanti, chayokkk..
 
Sharp on time aku terus cabut.  Lunsuri ke rumah aku tuh.  Kebetulan jiran aku tu ada kat rumah.  Dia jemput aku masuk dan dia pun jelaskan citer sebenar.  Lepas tu aku cakap la andai kata kalau dorang nak buat fogging Khamis pagi memang la aku tak dapat nak lari balik ke rumah.  Jadi hari Rabu nant aku singgah jap rumah dia, passing kunci rumah (aku cakap yang aku percaya kat dia, siap ko kalau ada barang aku yang hilang, aku tuntut..hahhaaaa..)
 
 
Sampai rumah pun dah jam 6.50 petang dah.  Terus saja berkurung dalam bilik.  Rasanya budak rumah aku tuh puasa hari neh.  Gigih memasak kat dapur..huhuhuu..
 

Saturday, June 22, 2013

Soping kerrr

 
 
 
 
 
 

 
Memang rambang mata nengok barang lay out kt IKEA tuh.  Asalnya gi hanya nak browse Periuk Masak yang RM75.00 tuh.  Tup-tup lain pulak yang aku beli.  Hishhh...tangan ni memang biasa neh.  Ramai sungguh orang ke situ.  Chinese pun ramai gak, siap sapa yang kat bahagian layout tu amik dulu coding barang.  So nanti pergi kat bahagian yang dah dikhaskan dorang terus cari kod je.  Semudah itu kan?

Thursday, June 20, 2013

Minggu Yang Malas

Tak tahulah aper ngan aku minggu ni, malas ya amat. Nak buat apapun rasa tak der mood.  Patutnya aku dah settlekan semua filing bagai sementara bos aku gi outstation.  Jenuh la aku nak bersilat bagai nak siapkan itu dan ini.  Amek kau.  Sapa suruh malas...aiyarkkkkk...minggu ni asik baca blog aje. Ada satu blog neh best untuk dibaca.  Kalau nak baca hampa taip je KAK SENDUK.  Selamat memblog la yer..huhuu...

Cameron Highlands

Ni lah dia sebahagian dari moment holiday bersama dengan familyku ke Cameron Highlands. Aku sampai kat Ipoh.  Tunggu mak dan ayah dari Taiping. Lepas tu baru bertolak ke destinasi.  Alhamdulillah perjalanan kani berjalan dendan lancar.  Asalnya nak over night dua hari semalam je. Tup-tup adik iparku, Jadid ,mencadangkan supaya extend lagi semalam. Hari pertama stay kat Puncak Arabella. Owner nya orang Kuala Kangsar. Senang berurusan dengan dia.  Aku just bank in deposit.  Bakinya time check in. Amat selesa. Kebanyakan lukisan dalam rumah hasil air tangan isteri dia.
Hari kedua pulak kami stay kat Puncak Athirium. Amat selesa. Yang menariknya owner hanya menerima customer Muslim. Iyelah agaknya kalau non muslim nanti mungkin kena samak bagai.  Amir negotiate camner ntah dengan owner tu, dapat la murah sket.
Comey tak Adik????
Nor n tuan tanah
bergambar di rumah pertama
Ayah dan Mak.  Susah depa ni nak bergambar berdua..huhu..
di Taman Rama-rama
mak dan Manje
one family

Adik dan Abang

Ni lah dia rupa anak-anak sedaraku bila disuruh berposing. Main hentam sesedap oren depa je, layankan aje..huhuuu..

Friday, March 01, 2013

Gathering @ Flavours

j
Tumpang mandi kat rumah Ayu.  Sambil bersiap-siap tu sempat lagi snap gambar..

Ayu

tuan tanah kedaung

Ayu dan Tuan Tanah kedaung


Char kuew tiau dan fruit punch yang marvellous

Shima, ayu dan tuan tanah kedaung

Su'e dan Shima






Tepat jam 5.00 petang, aku terus punch out,  Zasss terus ke KL.  Lepas je Tol Sg. Besar, memasuki susur lumba kuda Kuantan Cheras tu, humang aihhhh....jammed giler.  Baru je terlewat seminit dua, dah jammed macam ni.  Alhamdulillah, by 6.15 aku dah sampai kat Pandan Indah.  Ayu pun dah tunggu kat kedai mamak yang berdekatan.  Terus aku follow dia ke rumah.  Rupa-rupanya dekat je.  Aku yang tak pernah masuk kawasan perumahan dia.  Nasib baik suami dia belum balik lagi.  Aku tumpang mandi jap.  Tak lama lepas tu anak-anak dia pun balik.  Kami pulak bersiap kat bilik tengah.  Bergilir-gilir anak-anak dia ketuk pintu sebab nak masuk tapi mama dia kunci pintu dari dalam.  Seketika kemudian barulah dia buka pintu bilik, tapi siap pesan jangan bagi anak-anak dia masuk ke dalam bilik.  Risau nanti dorang ngacau aku lak..huhu..biasalah budak-budak.  Tiba-tiba si kakak buka pintu terus aku ajak dia masuk.  Terus dia panggil si adik masuk gak.  Apa lagi melompat-lompat si adik tu.  Si kakak gi cari mainan.  Sempat aku tangkap gambar si kakak.  Si adik lak tak mahu posing.  Datang mama dia, nak kiss si adik.  Dia merajuk.  Jenuh panggil suruh peluk mama, dia buat dekkk saja.  Tapi si kakak baik.  Kami keluar dari rumah jam 8.30 malam.

Alhamdulillah berhasil juga sampai kat kawasan Bangsar Village.  Kami sampai dulu.  Punyalah parking kereta sikit punya jauh.  Menapak la pulak cari Jalan Telawi 3, cari punya cari akhirnya jumpa Flavours.  Memang cantik tempat tu.  Lokasi pun strategik.  Sampai kat depan restoran tu, ada mamat botak dah menunggu situ.  Dia senyum.  Kami pun senyum gak.  Dia nak tahu kalau-kalau kami dah buat tempahan.  Bila double check, memang tak ada tapi still ada seat yang available.  Terus kami book meja depan restoran.  Sambil menunggu lagi 3 orang nak sampai, aku dengan Ayu order makan.

Tak lama lepas tu Shima datang dengan Su'e.  Then Fida.  Selama 6 tahun tak berjumpa ni, macam-macam perkembangan kengkawan yang kami update sesama sendiri.  Ada yang telah bertugas ke luar negara.  Jam 11.30 malam gitu, kami decided nak gi karoks kat area Ampang Park.  Parking depan area Macd.  Fida, Su'e dan Shima dah booked bilik.

Jam 3.30 pagi barulah aku sampai ke Nilai, aduyai.  Ni memang betul-betul gathering ni.  Overall very glad to meet them.

Sunday, February 24, 2013

Santai

Ni lah dia penangan banyak sangat tengok cerita kartun.  Bergambar pun nak ada juga 4 tangan..aduyaii...

Baby Q dah menginjak umur 7 bulan

Opah kat belakang tunggu order, cucu yang dua orang ni sibuk posing bagai...

Belon yang dorang dapat kat kedai buku

Saturday, February 23, 2013