Saturday, November 17, 2007

Kenduri Kawin..laloq..


Celik saja mata nie, dah jam 7.50 pagi. Malasnya nak bangun. Inilah penangannya sebab tak boleh tido malam semalam. Tak tahu apa puncanya aku tak boleh tidur. Tak kan sebab kopi Radix yang aku minum kat umah akak tue kot. Tapi kemungkinan juga la tue...huhuhuhu..jam 3.30 pagi barulah betul-betul tidur.

Hari nie majlis perkahwinan anak bos aku. Since dewan keraian tue pun dekat dengan rumah aku, jadi aku ambil inisiatif untuk datang. Tengah syok tulis blog nie, tetiba salah sorang pegawai kat sini pun sampai juga. Pucuk dicita ulam mendatang. Bila ditanya, rupa-rupanya pegawai tue pun nak ke kenduri tue jugak. Aku adalah kawan kalau macam tue. But one thing for sure, balik saja dari kenduri tue, aku nak membeli barang-barang rumah sikit. Lepas tue....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...



Sunday, November 11, 2007

Finally...Journey

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan novel yang aku pinjam selama setahun daripada kawan aku. Nasib baiklah pinjam buku kawan, kalau pinjam di library, entah banyak manalah aku kena denda tue..hehe..Tajuknya Journey, nukilan penulis Danielle Stelle. Sedap juga jalan cerita nie. Kalau tengok cover buku nie, nampak okey saja. Helaian kertas novel nie memang jenis lama. Dah bertukar jadi warna kuning gitu..hee..nie pasal institusi kekeluargaan. Rupanya penderaan nie bukan dari segi fizikal yang kita boleh tengok saja. Tapi melalui kata-kata.
Novel nie pasal sorang pompuan nie yang sebelum nie mangsa dera si suami. Kebetulan time tue pompuan nie kerja di stesen tv dan dia kenal dengan sorang tv director nie. Agaknya sebab bersimpati dengan perempuan nie, so lelaki nie pun selamatkan perempuan nie. Lepas 2 tahun, diaorang berkahwin. Memang pompuan nie bahagia dengan suami baru dia. Suami baru dia nie tatangkan dia bagaikan minyak yang penuh. Very loving husband. Cakap saja nak ke mana, confirm they will go. Even they have their own plane jet. Barang kemas, baju-baju mahal tue jangan katalah. Memang pompuan nie dapat segala kemewahan yang diidamkan setiap perempuan. Biasalah bila dah berkahwin nie, kita mesti nakkan zuriat penyambung generasi. Rupa-rupanya suami baru dia nie tak nak anak. Katanya nanti kalau ada anak akan menghalang kebahagiaan depa. Pulak! Disebabkan sayangkan si suami, si isteri disuruh untuk 'ikat' peranakan. Si suami ni hanya nakkan isteri tue saja. He don't want any barrier between us.
Kalau dah namanya isteri ahli korporat, tentulah si isteri nie pun mesti bersosial juga. Jadi si isteri nie pun join kelab ahli korporat yang mana diketuai oleh isteri Presiden White House. Diorang tubuhkan satu persatuan bagi menolong mangsa-mangsa dera. Dalam pertemuan tue, si isteri nie diperkenalkan dengan sorang ahli korporat yang turut serta di dalam perjumpaan tue. Bill Alexender namanya.
Si isteri nie memang dah masak sangat dengan telatah si suami dia tue. Kalaulah diaorang tengah buat bertelagah ke apa ke, confirm si suami tue akan ungkit balik macam mana si suami tue 'kutip' si isteri dia tue. Pendek kata, dia perlekehkan wife dia la tue. Even si suami nie memang sekat pergaulan si isteri tue. Umpama hidup di dalam sangkar emas. Nampak cantik di pandangan, tapi tuan empunya badan sapalah yang tahu. Bila dah sampai ke satu tahap tue, diaorang menghadapi konflik yang memerlukan si isteri nie buat satu keputusan untuk masa depan dia sendiri. Nak tahu keseluruhan cerita nie, kenalah baca novel tue. Bahasa yang mudah difahami. Ayat tak meleret. Cayalah cakap aku.. :) Aku yang merangkak-rangkak baca english novel nie pun akhirnya habis gak baca novel tue selepas setahun, inikan pulak kengkawan aku yang memang teror english. Yang bestnya cerita nie happy ending.

Saturday, November 10, 2007

Pengeras..garam..asam jawa..

Pagi nie aku dah plan dah nak pergi berurut since aku dah minta Kak Ita tolong fix kan appointment aku. Tengah dok panaskan enjin kereta, tetiba jiran sebelah rumah keluar. Chinese family, buat very friendly. Dok sembang basa-basi, tetiba,
"Baju dalam you ada hilang tak?"
"Kenapa? Baju dalam you pun ada hilang jugak ka?" Tanyaku dalam loghat Kedah. The wife nie memang fasih loghat Kedah, jadi rasa tak kekok sangat sembang dengan dia. Even husband dia pun sama gak.
"Bukan, jiran sebelah rumah ada cakap kat saya hari tue baju dalam hilang. Hilang di jemuran." Aku terdiam. Memang jiran sebelah rumah Chinese tue budak bujang perempuan. Rasanya depa tue tutor kot. Tapi kalau bertembung ke apa, langsung tak nak senyum. Bukan kitaorang tak pernah senyum kat depa. Tapi agaknya mungkin zaman la nie masing-masing sibuk dan tak ada masa nak bersosial dengan jiran-jiran. Aku no halnyer. Kalau diaorang tak nak senyum pun, aku tak rugi apa-apa. Tak lama lepas tue barulah aku response kat jiran tue memang kami pun ada kes hilang baju dalam juga. Kalau kat rumah jiran tue, memang kalau hilang baju dalam pun tak heran sangat sebab pagarnya tak berkunci. Macam kes kami ni pulak, pagar memang berkunci. Rasanya 'perampok' tue panjat pagar kot..hehe...
Aku sampai kat kedai mamak pun dah jam 10.10 pagi. Ramai juga yang lepak pepagi kat mamak tue. Jam 10.50 pagi, barulah aku beredar dari situ.
Sepanjang perjalanan, memang keadaan baik-baik saja. Tak ada jammed. Tapi yang buatkan aku rasa geram bila masuk saja UPM, kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. Jammed teruk. Tetiba pulak aku nak terkucil. Adoi, macam mana nie. Tawakkal sajalah. Sampai kat tol Sungai Besi, kereta langsung tak bergerak. Jam dah menunjukkan ke angka 1.00 t/hari. Rupa-rupanya kat depan tue ada kenderaan yang wat U-turn sebab jalan jammed giler. No wonder lah. Ingatkan sebab tue saja. Tak sangka pulak bila sampai ke depan sikit, ada pulak polis buat road-block. Ini confirm gara-gara Perhimpunan Bersih nie. Menyusahkan orang betul la.
Sementara tue Kak Ita dah keep on calling tanya sama ada i can make it on time. Terus aku minta Kak Ita tangguhkan ke jam 2.00 petang. Sampai saja kat area Pandan Indah, aku terus pergi 'berhajat' dulu. Then only aku follow Kak Ita ke tempat aku nak pergi buat massage tue. Akak tue buat massage di rumah dia saja. Nasib baiklah anak-anak dia tak ada. Kecuali sorang saja, itupun gaya macam nak keluar saja. Akak nie memang peramah. What make me in shock was that, dia menceritakan perihal mengenai diri dia. Akak nie janda, anak 3. Husband meninggal. Kena buatan orang. Aku dengar je la. Menyampuk tak sama sekali. Lama jugalah akak tue mengurut aku. Katanya urat-urat aku nie memang dah keras. Huhuhuhuhu..iye la dah berapa lama dah aku tak pergi berurut. Settle saja berurut, sauna pulak. Lepas tue baru buat lulur. Alhamdulillah memang aku rasa segar. Tapi lapar betul. Agaknya sebab aku makan pagi tadi saja. Nanti aku boleh datang sendiri next time. Akak tue minta pengeras garam dengan asam jawa. Katanya itu untuk nak mengelakkan dia daripada terasa lenguh sebab mengurut aku. Erm...hopefully akak tue tue ada buat unsur-unsur degawa ke, susuk ke..Takut aku beb! Terpesong akhidah kang, sapa nak menjawab.
Keluar dari rumah jam 10.00 pagi, fill in the fuelhaving my breakfast in mamak place. Jam Keluar dari mamaknak

Friday, November 09, 2007

Reminder pasal perhimpunan haram

28 Syawal 1428H/ 9 Nov. 2007


Semua Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Dekan Fakulti/Pengarah Pusat


YBhg. Dato’/Datin Sri/Prof./Dr./Tuan/Puan,

LARANGAN KEPADA PENSYARAH, KAKITANGAN DAN PELAJAR UNIVERSITI MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM PADA 10 NOVEMBER 2007

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti telah menerima arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya semua kakitangan dan pelajar Universiti dilarang untuk menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan pada 10 November 2007 di lokasi bermula dari Dataran Merdeka hingga ke Istana Negara. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Naib Canselor telah mengarahkan semua pensyarah, kakitangan dan pelajar mematuhi arahan ini dan sekiranya terdapat pensyarah, kakitangan atau pelajar menyertai perhimpunan ini tindakan sewajarnya akan diambil. Mohon YBhg. Dato’/Datin Sri/Prof./Dr./tuan/puan menyampaikan arahan ini kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar masing-masing.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

`BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA´


Yang benar,


HJ. ADDENAN HJ. ABD. RAHMAN
Pendaftar
b.p. Naib Canselor


s.k. YBhg. Dato’ Naib Canselor
YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)
Bendahari
Ketua Pustakawan
Pengarah Unit Pembangunan


AAR/nai

C:Makluman/Perhimpunan Haram
F: Makluman

Thursday, November 08, 2007

Happy Deepavali

Memandangkan hari nie cuti Deepavali, aku as usual bangun lambat..hehe..celik saja mata, terus kemaskan bilik apa-apa yang patut. Sambil-sambil tue aku onkan cd, layan je la cerita apa yang ada tue. Tengah dok leka buat kerja, kawan aku telefon. Dia tanya aku tak nak ke datang ke rumah dia sempena Deepavali nie. Tergelak aku jap. Iyela, aku pun cuti sehari je, sedangkan rumah dia tue kat kampung aku. So i said sorry to him, wishing him Happy Deepavali. Aku perhatikan Deepavali tahun nie agak meriah sikit. Dengan bunga api bagai. Agaknya tahun nie depa banyak bajet sket kot...huhuhuhuhu..

Tuesday, November 06, 2007

Monday, November 05, 2007

Perhimpunan Haram

Pagi tadi diadakan perhimpunan rasmi kakitangan. Di antara amanat Dato' ialah, Sabtu nie 10 November 2007 akan diadakan perhimpunan haram beramai-ramai kat Dataran Merdeka. Ini memang gara-gara parti pembangkang, bukan dari satu parti saja tapi dari banyak organisasi. Jadi kakitangan kerajaan dilarang sama sekali join perhimpunan tue. Dan kalau didapati ada kenderaan kakitangan berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka tue, akan disita dan dikenakan tindakan. Isy..diaorang nie, macam-macam lah. Ada saja onarnya.

Baru saja nak mula buat kerja, 2 orang kakitangan daripada GIS datang. Diaorang buat taklimat ringkas pasal tarikh baru serta program baru untuk English Class bagi jabatan aku. Iyelah, kali nie with new topic and new lecturer. Salah sorang yang hadir tue (dia nie kiranya ketua di bahagian pentadbiran) maklumkan kat kitaorang yang the previous lecturer (yang selalu buat hal dengan kitaorang tue) are no more with the GIS! She resinged last week. Rupa-rupanya dia memang ada kes di GIS. Jadi bukan salah kitaorang. Feel better to hear that. Ingatkan dia resign sebab dia selalu ngelat dari mengajar kitaorang.Again! dari info yang yang Naib Canselor dapat dari kemakan diupdate kemudian