Friday, November 09, 2007

Reminder pasal perhimpunan haram

28 Syawal 1428H/ 9 Nov. 2007


Semua Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Dekan Fakulti/Pengarah Pusat


YBhg. Dato’/Datin Sri/Prof./Dr./Tuan/Puan,

LARANGAN KEPADA PENSYARAH, KAKITANGAN DAN PELAJAR UNIVERSITI MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM PADA 10 NOVEMBER 2007

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti telah menerima arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya semua kakitangan dan pelajar Universiti dilarang untuk menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan pada 10 November 2007 di lokasi bermula dari Dataran Merdeka hingga ke Istana Negara. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Naib Canselor telah mengarahkan semua pensyarah, kakitangan dan pelajar mematuhi arahan ini dan sekiranya terdapat pensyarah, kakitangan atau pelajar menyertai perhimpunan ini tindakan sewajarnya akan diambil. Mohon YBhg. Dato’/Datin Sri/Prof./Dr./tuan/puan menyampaikan arahan ini kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar masing-masing.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

`BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA´


Yang benar,


HJ. ADDENAN HJ. ABD. RAHMAN
Pendaftar
b.p. Naib Canselor


s.k. YBhg. Dato’ Naib Canselor
YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)
Bendahari
Ketua Pustakawan
Pengarah Unit Pembangunan


AAR/nai

C:Makluman/Perhimpunan Haram
F: Makluman

No comments: