Thursday, May 29, 2008

hati...

Kenapa hati ini selalu berkata-kata? Pantang nampak apa sahaja yang terlintas di depan mata, pantas hati ini terus berkata-kata; mengomel, memuji, mengutuk dan pelbagai lagi. Tapi hanya terluah di dalam hati ini saja. Kalaulah orang yang aku berhadapan tue jenis boleh baca fikiran orang, alamatnya habis la orang tue boleh baca apa yang aku sedang fikirkan pada ketika itu. Tak kiralah apa juga perkara yang terlintas di depan mata. Itulah perkara yang aku sedari sehari dua nie. Kenapa yer? Isy..jenuh aku memikirkan logik bagi permasalahan aku ni, hehehe.

Thursday, May 22, 2008

Kenapa..tiba-tiba..

Sedang aku 'berhajat' tetiba terlintas di fikiranku, kenapa aku adalah di antara yang selalu ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan? Aku rasakan aku ni umpama menyinggah dari satu one stop ke next stop yang lain. Apakah rahmat di sebaliknya yang tak dapat aku fikirkan dengan akal dangkalku ini? Apakah aku ditakdirkan untuk bertemu, saling mengenali, saling tumpah rasa sayang, terpaksa berpisah dan memulakan segala-galanya kembali di dalam situasi yang berlainan? Jenuh aku memikirkan rumusan terbaik untuk memujuk hatiku ini. Rasanya aku dah terlalu letih untuk mengenali orang baru, mengkaji perlakuan mereka demi menyesuaikan aku dengan keadaan persekitaran.

Thursday, May 15, 2008

Alahai..

Kenapalah bos aku ni belum balik lagi? Apalah yang dia dok 'kelebet' dalam bilik dia tue?
Nak jenguk, kang dia perasan lak, hehhee..aik..mana pegi budak-budak opis nie? Senyap saja. Sah! Depa dah balik dan tinggalkan aku sorang je ngan bos kt sini. Tak apalah, sat gi aku gerak balik lah.
Aku sebenarnya bercadang untuk berpindah keluar dari umah sewa yang aku stay la nie. Aku tak nafikan yang aku suka dengan environment umah sewa aku la ni. Cuma rasa kurang selesa dengan tuan rumah. Ada beberapa insiden yang rasanya kalau diceritakan pun agak remeh, tapi bila dah selalu sangat perkara remeh berlaku, akan membebankan perasaan juga, betul tak?
Aku tengok ada nota atas meja di rumah sewa tue. Tuan rumah note kan bil api dan bil air yang perlu dibayar setelah dibahagi 3 orang. Juga diselitkan juga charge untuk potong rumput! Terkezut aku tengok. Apa taknya, dia sebagai tuan rumah sepatutnya bab-bab potong rumput ke, kerosakan alatan rumah ke, itu dah memang tanggungjawab dia. Kenapa pulak dia charge aku dengan sorang lagi budak rumah? Lainlah kalau kami sama-sama menyewa, then it's going to be different issue.
Aku ingat lagi tahun lepas dalam 2 bulan aku berpindah ke situ, berlaku insiden bilik air aku tak function; tekanan air tak sampai ke bilik air aku. Tuan rumah panggil staf kat bahagian unit pembangunan suruh repair. Dah tue dia boleh pulak minta aku bayarkan separuh! Aku bukan berkira tapi kalau dah selalu macam nie, baik aku fikirkan sesuatu.
Nantilah bila aku dapat satu keputusan yang aku rasakan patut dan releven, akan aku coretkan di sini.

Wednesday, May 14, 2008

hari-hari di sini..

Berehat seketika. Ikutkan hati ni memang aku dah nak balik dah. Tapi aku nak mencoret seketika sebelum aku beransur balik. Kebetulan pula bos aku masih di dalam biliknya. PC aku pulak baru diformat. Kebetulan pulak budak IT tue hantar PC aku dah nak jam 5.00 petang. Lagilah malas aku nak buat kerja.
Suasana di tempat baru ni agak meriah. Meriah dengan keletah kakitangan di sini dan juga kakitangan akademik yang datang singgah ke sini dengan urusan masing-masing. Ada ketikanya aku rasa macam tersisih. Harapnya biarlah perasaan aku sahaja. Mungkin aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Aku berharap sangat agar aku dapat cepat belajar dengan suasana kerja di sini. Dapat memahami kerja-kerja yang sepatutnya menjadi tugas hakiki aku di sini. Dapat faham dengan karenah kakitangan di sini. Aku risau nanti kalau terlalu ramah, mungkin ada orang yang kurang senang. Kalau terlalu pendiam pulak karang, aku dikatakan tak mahu bersosial.
Setakat dah 3 hari di sini, keseluruhannya okey. Kakitangan akademik yang kebetulan masuk ke sini amat mengalu-alukan kehadiran aku ke sini. Alhamdulillah, aku amat menghargainya and i really need to as my strength. Tapi manakan sama dengan orang lama kan? Bos aku pulak memang pendiam, tapi amat memberikan kerjasama. Kalau tengok mukanya memang kita pun takut nak memulakan perbualan. He's a type that need to be approach to. Insya-ALLAH aku akan buat yang terbaik. Aku akui dalam jangka masa sebulan dua nie memang aku tak boleh mahir dengan tugas-tugas di sini.
Memang letih dengan pertukaran di antara jabatan ni. Tapi siapalah aku untuk menolak mentah-mentah pertukaran ni. Aku bukannya anak orang kenamaan. Aku hanyalah anak orang biasa-biasa saja.
Bilik aku lebih kecil berbanding dengan bilik lama. Surat-surat makin banyak dibandingkan dulu. Tapi aku anggap tue sebagai satu cabaran. And i have to catch up things faster.
Aku katogarikan tempat baru aku ni agak mencabar. Apa taknya, setiausaha yang lama telah berkhidmat di sini bermula tempat aku ni ditubuhkan sehinggalah minggu lepas. Just imagine, everything inside her head. Mana lagi dengan program fakulti, mana lagi dengan program pentadbiran sendiri. Sedangkan aku ZERO knowledge dalam bab-bab di fakulti ni. Maunya tak terkedang aku.