Friday, July 28, 2006

Jalan-jalan

Celik saja mata nie, perut aku dah rasa semacam saja. Terus saja aku ke toilet. Sebenarnya dari malam tadi lagi perut aku dok memulas. Agaknya mungkin juadah semalam kot. Dalam jam 7.15 am, aku sms to one of my officemate yang aku tak datang kerja hari nie. Lepas bersiap-siap, aku terus ke klinik panel. Sampai kat sana dalam jam 7.55 pagi, my officemate yang lain department dah ada situ dah. Dia sampai dulu dari aku. Tapi staf sana cakap doktor akan sampai dalam jam 8.30 am. Aduih! Time nie lah pulak doktor tue nak datang lambat. Sambil tunggu doktor, aku berbual kosong dengan kawan aku tue. Tak lama lepas tue staf tue panggil nama, tapi dia panggil aku dulu! Sambil dok blur tue aku dah pandang terpisat-pisat kat kawan aku tue. Bukan salah aku, tapi staf tue mention nama aku. After explaining to the doctor what is the problem, aku minta cuti untuk hari nie. Nasib baiklah dibenarkan. Aku risau juga nak ambil cuti sebab aku baru lagi ditempatkan di jabatan baru tue. Aku tak naklah nanti dikatakan baru saja masuk ke tempat baru, dah memandai cuti. If possible aku nakkan imej yang baik. Tapi untuk kes aku kali nie memang tak boleh nak elaklah.
Meantime kawan aku pun dapat MC jugak. So kami having breakfast together di kedai makan berdekatan. Then only kami balik ke destinasi masing-masing. Dah alang-alang dapat cuti nie, terus aku langsaikan perkara-perkara yang tertangguh:
1. Pergi ke maintenance office untuk collect refund.
2. Pergi bank in duit refund dan update buku akaun aku.
3. Pergi bank in duit dan masukkan dalam akaun tetap aku.

Sampai saja rumah dah jam 11.15 pagi. Terus aku siapkan apa-apa yang patut. Tengah dok seterika baju, Abang called. Cakap lebih kurang, then we put down the phone. Malam tue Abang jemput aku keluar kejap untuk minum. On the way dari Ampang nak ke Hulu Kelang jalan dah start jammed. Abang mentioned selalunya area situ memang cam tue sama ada accident ataupun kereta rosak. He'a right! Bila kami dah sampai ke depan sikit dan Abang pun dekatkan kedudukan kami dengan lokasi tue, rupa-rupanya ada accident; kereta wira aeroback dengan Rexton; kereta wira tue di belakang dengan bahagian depan tue memang dah hancur dah dan keadaan pemandu tue memang ngeri sangat. Kereta tue terbakar and that time pulak pasukan penyelamat tengah bertungkus-lumus tengah keluarkan mayat pemandu tue. Posisi pemandu tue tengah pegang stereng dengan kepala terkulai tapi tak nampak kepala; rasanya hancur kot. Lepas tue pemandu kereta Rexton tue dah tak nampak dah. Seram aku tengok. Terus aku pegang kepala dan tutup mata aku. Terus aku minta Abang cepat-cepat berlalu dari situ. Memang teruklah keadaan kemalangan tue. Malam tue sampai saja rumah, mata nie payah nak lelap; asyik teringatkan incident tue saja. Entah jam berapa barulah terlelap.

Thursday, July 20, 2006

Sate Kajang

Hari nie aku balik on time. Tiba masa aku nak scan kad staf aku, tetiba system terminal tue buat hal pulak. Jenuh aku berpatah balik untuk scan ke bahagian fakulti. Agaknya system tue pun tak benarkan aku balik on time kot..haha..sampai saja lepas stadium, kawan aku dah tunggu. So bila kereta aku dah dekat dengan kereta dia, aku bunyikan hon as a signal so that she will follow me. Sampai rumah aku lock kereta and get into her car. Kami keluar pergi makan. Dalam dok sembang-sembang tue tetiba keluar idea nak pergi makan sate Kajang.
Sampai saja rumah, pakcik sebelah tue cakap yang dia ada masak something, so dia nak kasi sikit kat aku dengan budak rumah aku. Terus aku mentioned pada kawan aku minta dia standby sebab aku nak kena rush mandi and so on. Lepas Maghrib, dia dengan boyfriend dia datang ambil aku. By the time we reached there, orang dah ramai dah. Aku perhatikan kawan aku dengan boyfriend dia memang serasi, boyfriend dia memang caring, cuma itulah..depa nie suka sangat gaduh. Ada saja benda yang depa nak bertekak. Gaduh lepas tue baik balik, pas tue gaduh balik. Aku pun dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Habis makan kami round KL; Bangsar, Bukit Bintang. Tetiba aku terperasan ada signal miss call from my mobile. Bila aku amati, nombor Abang. Terus i dialed him. "Why you didn't answer me?"
"I tak perasan sebab by the time i makan sate Kajang tadi surrounding dia bising sangat. I am in KL right now; exactly Bukit Bintang area."
"Kenapa you tak cakap tadi? You pergi dengan siapa tue?" Tanya dia bertubi-tubi.
Terkejut dia bila aku cakap aku ada di KL. Cuma aku mentioned pada dia that i was on my way home. Bukannya dia mengongkong pergerakan aku, cuma dia risau kalau aku keluar malam tanpa ada tujuan. Lagipun aku perempuan. Kurang manis katanya.
Sampai depan rumah waktu aku nak buka pintu, Abang called again. Aku cakap aku dah sampai. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone. Wash my face, cuci kaki then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Wednesday, July 19, 2006

Hari ke-4

Pagi nie sedar saja dah 6.20 am. Aduih, nak kata aku tak setkan alarm, aku dah setkan, tapi still can't make it to wake up exactly time yang aku dah timing tue. Sampai office saja dah ngam-ngam before 8.00 am..fuhh...hehe..but seems i am a bit blur sebabnya banyak perkara tertangguh yang aku nak kena tunggu sebelum aku boleh settingkan mesyuarat.
Frankly speaking i like my new environment. Biliknya pun besar dan very pleasant. Cuma aku tak sempat nak mengemas dan menyusun atur barang-barang aku.

Monday, July 10, 2006

Renung-renungkan..

As i opened my eyes, terasa yang mata sebelah kiri aku kecik sebelah! Biar benar! Terus aku meluru ke arah cermin. Dibelek-belek mata kiri aku tue. Sah! Memang mata aku kecik gara-gara geraham bongsu sebelah kiri aku yang start membengkak. Patutlah malam semalam aku payah nak lelap tidur. Bukan sebab final football world cup yer..hehe..Terus aku decide ambil MC saja. Nak pergi ke office tue boleh, tak ada masalah, tapi nanti aku khuatir kalau-kalau tumpuanku tidak pada kerja. Asyik mengerang sakit gigi saja. Before 8.00 am, i sms my bos mentioning that i will take a leave. Aku lelap kejap. Dalam jam 10.00 pagi terus aku mandi dan bersiap-siap untuk berjumpa dengan dentist.
Masuk saja dalam bilik, doktor yang bertugas terus minta aku baring di tempat yang disediakan. Memandangkan aku dah biasa dengan doktor tue, jadi dia pun dah arif dengan previous record aku. Terus aku terangkan perkara sebenar. Lepas aku pun dengar penerangan doktor tue, so we decided supaya aku buat minor surgery untuk buang gigi geraham bongsu tue. Dia minta aku datang lagi hari Sabtu nie utk buat minor surgery tue. Lega aku dengar bila doktor tue cakap implikasi yang akan timbul selepas tue hanya bengkak saja. More than that insya-ALLAH tak ada.
Bukannya apa, last few months pun geraham aku bengkak dan aku berjumpa denga dentist tue. Tapi bila doktor tue suggestkan aku buat minor surgery, aku buat endah tak endah saja. Lepas tue Abang bring me to see this one dentist in KL. Apa yang buatkan aku risau bila doktor tue cakap akan ada implikasi bila buang geraham bongsu, gigi geraham bongsu atas akan ambil ruang geraham gigi bawah. Bila tiba waktu tue, semua gigi akan mula rasa sakit. Itu yang buatkan aku terus lupakan hasrat nak cabut ke apa ker. Sampailah ke insiden hari nie. Nampaknya nak tak nak aku kena buang juga gigi geraham bongsu sebelah kiri ni. Lagipun no point aku keep it tapi aku asyik sakit saja.
Lepas doktor bagi MC dan preskipsi ubat, aku terus ke Pejabat Pos untuk cash the cheque PLUS yang aku terima. Terjumpa dengan my officemate. Dia pulak EL. Ada hal berkenaan dengan rumah dia beli katanya. Kami sama-sama pergi tapau makanan tengah hari sebelum makan cendol berdekatan situ jugak. Then aku ke tempat car wash yang aku pergi dengan rumah Nana tue. Nasib baik waktu ke sampai, hanya kereta aku saja, so cepatlah servicenya.
Sampai rumah pakcik sebelah tue pulak ajak sembang. Nak tak tak, layan le jap orang tua tue. Peramah gilos orang tua tue. Apa yang aku boleh katakan pakcik tue educated, then he's got a good memory. Boleh sebut nama kengkawan yang dia kenal, siap dengan bin atau binti lagi. That's impressed me!
Lepas tue baru aku masuk rumah, having my lunch, then lepak saja menonton tv. Sempat call mak. Katanya si Harris tue tetiba pulak nangis. Tak tahu apa puncanya. Petang tu bila adik aku call sempat aku bertanyakan keadaan Harris. Adik aku cakap 'orang' datang tengok dia. Itu yang buatkan dia menangis tu. Erm..entah lah nak percaya ke tak. Kalau tak percaya, memang makhluk halus nie wujud. Jiran sebelah rumah letakkan celak pada pelupuk mata Harris, then only baru dia tidur. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone.
Aku ada kata-kata selayang pandang untuk renungan bersama:
Masa berlalu dan kita berubah mengikut peredaran zaman. Sama ada perubahan tersebut ke arah kebaikan ataupun sebaliknya, kita sendiri yang menentukannya.
If we expect people to respect us by treating people bad, then we won't go anywhere and we won't get the respect that we want to.

Thursday, July 06, 2006

I put a full stop for it!

Sampai saja office aku teruskan kerja-kerja transfering fail peribadi kakitangan tue ke dalam arch file. Dalam 9.00 am a take my handphone. I have to do it, by hook or by crook. Otherwise it's going to make things come worst to worst. Lalu aku taip,
"I don't think i could help you in your matter, so please stop call and sms me anymore!" Terus aku hantar pada penama tue. Tegas dan muktamad.
.....................................
Inilah punca kemarahan Abang semalam. And i feel release as well sebab aku dah bertindak sepatutnya. Still not too late for me to put a full stop for it. Bukannya risau Abang akan membebel, tapi i do it for myself. Aku tak nak orang lain yang ada kepentingan simply ambil kesempatan ke atas aku.
Ceritanya macam nie, aku terserempak dengan one of my friends's boss time aku ke MacDonald. Aku pulak bercuti waktu tue so on the way nak ke KL aku singgah makan kejap di MacD. Tak sangka pulak terserempak dengan dia. After bertanyakan khabar, aku pun bukak cerita.
"Kenapa dah lama tak datang jumpa bos i?" Soalan basa-basi.
"My mom and dad just passed away last April in Johor. Met with an accident with lorry. So after the funeral, i am a kind of not in a mood. Recently only i start back my business."
After saying good bye dia pun ambil seat dan having his meal with his friend. Kawan dia tue dari awal lagi aku perhatikan 'gatal' saja mata tue. Melilau tengok pompuan. Korek bijik mata tue karang buat batu seremban...macam dalam cerita dongeng Puteri Ratna Sari tue..hehehehe...
Tup-tup the next day he came to the office. Terkejut badak aku. Mana taknya semalam terjumpa dia dan bertanyakan bila dia akan datang give a visit to my boss, alih-alih the next day dah terpacul kt office aku. Lama juga dia dalam bilik bos aku tue. Apa yang disembangkan pun,aku tak ambil pusing. Lagipun waktu dia jumpa bos aku pun dah another 15 minutes to 5.00 pm. So of course lah sharp at 5.00 pm aku punch out. Dalam sejam aku sampai rumah telefon aku berdering. Bila aku amati, number that appeared is unknown. So i just ignore it.
Malam tue lagi sekali the same number appeared. Dengan nada suara marah, i answer. It's him! Nie mesti bos aku yang bagi my number. S*** tul! Memang tak amanah ler my bos nie. Dia cakap dia ada letak draf surat nak minta my favour aku untuk draf surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada management koperasi tempat bapak dia kerja tue. Juga dia nak mencadangkan supaya warga emas yang kerja dalam koperasi nie diadakan seorang pemandu so that bila depa nak kena outstation ke apa ker, lagi senang tak warga emas nie nak travel dan tak letih, juga dari segi keselamatan tue lebih terjamin.
The next day bila aku check ke tray out my bos, ada draf surat tue. Memang berat hati nak tolong tapi sebab memikirkan aku niat aku nak tolong siapkan draf tue sebagai menghormati kematian his parents, aku turutkan jugak. Tapi aku tak sangka lepas tue dia call dan request something else pulak. Ini dah lebih dah nie, kasi betis nak peha lak nie. Katanya dia tengah set up a business. Since kerani dia yang previous tue dah berhenti, so he need my favour (AGAIN!) untuk draf surat and the best part is that dia cakap "Nanti i will give something.
" F*** him! Imbuhan lah tue. Aku tak sangka di sebalik pertolongan kecil yang aku hulurkan yang mana aku dah niat dalam hati sebagai nak membantu untuk bela nasib arwah bapa dan mak dia supaya perkara yang sama tak akan berlaku pada ahli koperasi yang lain, dah disalahertikan. Apa dia ingat dia boleh guna-gunakan aku dengan RM dia? Nak pergunakan aku untuk kepentingan business dia? Just to draf paper of letter but it's still not right! Hati aku tak membenarkan aku buat perkara-perkara yang aku rasakan bertentangan dengan prinsip aku. Bos aku nie pulak bodoh bangang sangat. Bagi saja orang lain pinjam setiausaha dia untuk buat kerja-kerja di luar pejabat. Siap boleh gunasama gitu. Idiot! Stupid!
Di sinilah kemuncaknya aku mula miscommunication dengan Abang bila aku ceritakan perkara nie padanya. Meluap-luap marahnya. Menyesal pulak aku cerita kat dia tapi kalau aku tak share this story, aku nak share dengan siapa lagi? Lagi pulak buatnya dia dapat tahu perkara ni dari orang lain, maunya jadi kes naya aku! Before anything happen, better i make my first move to tell it first. Terus dia tuduh yang aku simply biarkan orang lain ambil kesempatan terhadap aku. Dia biasalah kalau tengah marah, dia akan cakap apa saja..ala-ala mulut tak ada insurans gitu. Tapi bila aku dah terangkan letak duduk perkara sebenar, dia cool a bit! Aku faham perasaan dia. Aku pun tak mahu orang lain pergunakan kemahiran aku ke arah aku yang aku tak suka. Aku tahu Abang risaukan aku. Akupun kena jaga nama dia juga. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati. Aku cukup tak suka kalau ada even a small miscommunication dan aku tak akan biarkan apa juga unsur lain jejaskan perhubungan aku dengan Abang. Itu yang aku cuba elakkan sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang bila orang lain minta tolong, aku jadi alpa seketika. Itulah lumrah manusia kan? Selalu kena diingatkan supaya tak terbabas dari norma kehidupan.

Wednesday, July 05, 2006

Ikan kerapu steam halia

Tengah hari masuk saja dalam kereta, kebetulan kawan my bos parking sebelah kereta aku. Diaorang pun nak keluar makan jugak tue. Bila aku dah start enjin, tetiba my bos give hand signal, so aku pun turunkan cermin kereta.
"U nak pergi makan ker?"
"A'ah."
"Ikutlah i dengan kawan i sekali."
"Tunggu sekejap boleh tak? Sebab keluar makan dengan kawan i nie. Boleh tunggu ke?" Bos aku angguk. Aku pun salah juga. Tak fikir panjang, terus saja setuju dengan cadangan dia. Itulah semalam dok kutuk-kutuk dia. Hari nie pulak siap pergi makan sekali. Kami berempat pergi ke tempat makan, tapi guna kereta sendiri lah. Tak nak nanti dikatakan apa-apa pulak dek kengkawan lain. Aku bawa depa ke tempat makan favourite aku dengan kengkawan aku yang lain. Bos aku dengan kawan dia pesan untuk semua; nasi putih, ikan kerapu masak steam halia, udang tepung, tom yam and air minuman. Banyak juga yang disembangkan. Dari sekecil perkara hinggalah kepada hal pentadbiran. Kawan bos aku nie memang aku kenal time aku dari previous department lagi. Dia pernah ajak one of my friend keluar, tapi kawan aku cakap that guy semacam saja. Nasib baiklah kawan aku cepat-cepat mengelak bila that guy tue dah start cakap merepek. Itulah lelaki. Baik ada makna. Nampak saja ruang yang ada terus cuba nak menggatal.
......................................................
Malam, Abang called. I said to him i feel sad because i don't even have time to talk to him since he's so busy. He admid that but he wants me to understand his situation for a time being. A few minutes later we have miscommunication a bit. Berpunca daripada aku, kelalaian aku, ke 'terlepas pandang' aku. Memang patut pun Abang marah aku sebab dia risaukan aku dan dia tak nak who ever simply ambil kesempatan ataupun cuba pergunakan aku. Aku akan buat yang terbaik untuk perbaiki kesilapan aku nie. Itu yang buatkan aku makin sayang dia...hehe..sebab dia selalu ingatkan aku di saat aku terlalu alpa, terlalu leka.

Monday, July 03, 2006

Dipanggil

After lunch time, aku dipanggil dek my bos regarding the reshuffle. Aku assume dia dah baca surat yang aku letakkan dalam in tray.Tak sempat duduk dia dah bersuara.
"I tak expect u pun kena tukar jugak. U ada minta ditukarkan ke?" Soalan yang bertubi-tubi. Aku menidakkan. But inside of me, i feel someting is fishy somewhere. He's lying, that's definately. Dia siap cakap lagi mungkin the girl yang akan bertukar dengan aku nanti tue sebenarnya mungkin bosan dengan her environment and maybe she's the one who request to reshuffle. Pulak! Sesuka hati saja menuduh tanpa bukti. Itu yang buatkan aku lebih rasa cuak dan benci dengan my boss's attitute nie. Sesuka hati cakap tak fikir terlebih dahulu. Mentang-mentanglah dia bos.
"U take this reshuffle as a positive thinking. Maybe you will have a bright future there. Memang i puas hati selama u berkhidmat dengan i, kalau ada yang i rasa tak puas hati tue only a little but we are human being, mesti ada buat silap. Tapi i ada cakap pada board of directors if there is any vacant at any place in department building (since he said that ada sorang secreatary pada salah sorang board of directors nie kurang disenangi oleh bos dia sebab dia kurang efisien, dan dia mengganggapkan dengan purpose dan mencadangkan aku, mungkin aku akan ke sana bila tiba waktu pertukaran macam ni) i would be very glad you go there since you boleh pelbagaikan lagi kemahiran u, but i tak sangka pulak you akan ditukarkan tapi ke tempat lain."
Lagilah aku benci bila dia cakap macam tue. Sengaja nak salahkan pihak lain pulak. Entah-entah dia yang jadi orang pertama mencadangkan supaya aku bertukar ke department lain. Tapi bagus jugak, aku tak perlu lagi nak bersemuka dengan bos yang hipokrit dan hanya pentingkan diri sendiri, even takut nak buat keputusan. Bagaikan lembu dicucuk hidung saja. Sebab itulah apa juga peralatan yang department aku minta through kertas kerja yang dibuat selalu kena reject. Dah tue langsung tak fight untuk dapatkan hak. Diam saja. Pas tue nanti dia akan bising pada staf dia. Orang pertama yang akan dengar bebelan dia, aku lah dulu.
"Nanti bila you kerja di tempat baru nanti jagalah nama baik department kita nie. Jangan kasi malu." Apa yang aku dah buat sampaikan dia nak rasa malu pulak? Stupid! Idiot!
Dia minta aku settlekan filing system sebelum aku bertukar. Itu dah semestinya lah, dah tugas aku tue.

Saturday, July 01, 2006

Feels like s***

Pagi bila aku buka pintu bilik, kawan aku dah keluar dah. Tue sure dia pergi ambil kawan aku yang lagi sorang tue sebab dia tak ada kenderaan. Tengah aku dok siap-siap, budak rumah aku pun sampai dengan budak yang dia ambil tue. Depa masuk ke dalam rumah ambil apa-apa yang patut. But i sense something. Depa buat 'dono' jer. Takkan marahkan aku sebab hal semalam kot. Bukannya aku tak nak tolong depa, but yesterday i was not myself. Aku ignore saja, dan aku buat kesimpulan sebab pagi lagi so mungkin mood tue tak berapa nak ada lagi..'enjin tak start lagi gitu'...hhe..tapi aku dah terasa bahang dah. After taking apa-apa yang patut, depa pergi dulu. Aku pulak akan menyusul kemudian since ada lagi sorang budak akan join aku. At 7.10 am budak yang lagi sorang tue pun sampai dengan motosikal dia. Parking dalam pagar rumah aku, then kami terus gerak ke tempat jualan kami tue. Sampai situ kami masuk ke office jap ambil apa-apa yang patut. Bila sampai ke gerai jualan tue, kami terpaksa tukar lokasi sebab tempat tue kurang sesuai. Kami terus ke tempat yang dimaksudkan. Aku perhatikan the two of them memang tak cakap banyak dengan aku. Even cakap pun langsung tak pandang muka aku. Tak ke aku dah bengang tue. Apa juga yang depa cakap memang buatkan aku 'hangin' saja. Lagi lah aku rasa tak ikhlas langsung. Kalau ikutkan rasa jahat aku nie, memang aku tinggalkan saja gerai tue. Biar depa saja yang uruskan. Memang aku rasa kehadiran aku tak diperlukan dan tak disenangi, so instead of waiting there, baik aku 'blah' saja. Tapi aku tunggu juga sampai depa tutup gerai tue. Reaksi depa macam tue jugak. After kemaskan air mineral, aku masukkan dalam kereta aku, terus aku cakap aku nak letak kt office saja. Esok baru aku nak ambil. Tapi budak rumah aku tue jawab dengan nada yang aku kurang senang. Dia nak aku simpang saja air mineral tue dalam kereta. So early in the morning terus saja ke gerai. Itu cadangan dia. Tak apalah kalau dia nak macam tue. Tapi dalam hati memang aku dah set dah tomorrow i won't go defenately! Pergi menyakitkan hati buat apa. Baik aku bermalas-malasan atas katil aku...hahaha..jahat kan idea aku nie..hehe..
Petang tue aku pergi ambil kawan aku dan we went to PD, tempat adik aku tue. Hantarkan baju melayu kat dia. Tengok dia pun muat dengan saiz yang dia bagi tue. Sampai rumah pun dah petang, tapi aku rasa boring lah pulak. Mana lagi dengan 'perang dingin' antara aku dengan budak rumah, i decidet to overnite kat rumah kawan aku. Lagipun rumah dia ada ASTRO..boleh tengok AF4! After Maghrib terus aku gerak ke rumah dia. Malam tue juga sebelum pengumuman penyingkiran pelajar, pengacara Aznil umumkan yang bapa penyanyi Mawi, baru saja passed away. Komplikasi jantung.
Habis AF4 aku dah start mengantuk dah. Rasa pening saja kepala aku nie. Agaknya separuh hari kena dek terik matahari semasa menjual kot. Abang called and i told him about what had happened. Juga aku maklumkan pada dia aku tidur rumah kawan untuk malam tue. Aku katakan padanya yang aku rasa bengang dengan apa yang dah jadi siang tadi time aku di gerai jualan. Abang pun cakap apa-apa yang patut. Betul juga cakap dia tue. Buat apa aku nak amil 'port' untuk perkara yang remeh-temeh. Such a childish! Habis dengar 'tazkirah' Abang, aku terus terbongkang. Kawan aku dengan budak rumah dia lagi sorang, watching a football match. Entah ler pukul bape depa tidoq.