Tuesday, December 27, 2011

Musykila Kabira

Pelik aku. Kenapa tetiba dia called? Beria-ia pulak tu. Kononnya menyamar dia tu staf Maybank. Kononnya aku ni buat loan dengan bank tu. Bila masa pulak aku buat loan? Bila aku put down the phone, she's keep calling me. Then text sms to me. Mentioning that she's the one. Requiring me to answer the phone. SMS kedua lak menyatakan yang aku ni dah sombong. Tak mahu lagi bercakap dengan kawan lama. Tapi yang menjadi persoalan aku, why suddenly? Sebenarnya dia ni dok buat insuran. Memang dari dulu lagi dia keep on approaching aku suruh masuk insuran tu. Aku tolak dengan cara yang baik. Sebaliknya dia cakap macam perli gitu. Kalau sekali dua tu, bolehlah tahan lagi. Tapi bila selalu dia called, asik suruh masuk insuran aje, maunya kita pun rasa tak selesa. Dah macam MLM dah rupanya. Dari situ aku ambil pendekatan better distance myself to that kind of person. Takut aku wei. Aku bukannya jenis pandai cakap. Kang buat loan out of nothing. At the end i am the one who have to face the consiquences. No way man. Not a chance. Aku bersyukur dengan diri aku sekarang ni. Walaupun hidup biasa-biasa, tapi alhamdulillah makan pakai aku terjaga. Bukanlah serik cuma precaution for myself.

Monday, October 31, 2011

Perihal Roselle

Hehe..bunyinya macam catchy kan.Ni ha aku nak cerita. Tadi aku called Amir. Tengah sembang-sembang, tetiba terdengar bunyi suara tangisan Harris. Amir cakap Harris nangis sebab petang tadi Aylie tebang habis semua pokok-pokok roselle kat depan rumah tu. Sebabnya dipanah petir. Pokok-pokok tu dah mula mati di bahagian rantingnya. Sebenarnya pokok-pokok roselle tu Harris yang tanam. Setiap kail dia datang rumah mak memang dia tak pernah miss untk siram pokok-pokok tu sampailah berbuah dan mendatangkan hasil. Even hasilnya pun ada yang dapat dijual. Untungnya dimasukkan ke dalam tabung Harris. Agaknya mungkin dia sedih sebab lepas nie dia tak dapat lagi siram pokok-pokok tu. Jenuh jugak ayah nak pujuk dia berenti nangis. Aduhai anakku.

Ingat lagi waktu umur dia 6 bulan. Mak beli anak pokok rambutan kahwin. Kiranya mak aku bagi dia tanam pokok tu. Mak dukung dia suruh dia siramkan pokok tu. Memang berbuah. Sempatlah berbuah sekali. Lepas tu ayah tebang sebab pokok tu block parkir kereta kat area rumah. Apalagi, menangis melalak satu rumah. Kat semua orang dikhabarkan yang pokok rambutan dia ditebang dek Tok Wan dia. Nak tergelak waktu tu tapi kami tahankan aje kat depan dia. Somehow tangan dia memang boleh tanam pokok. Bebaru ni time mak masuk hospital, jiran Chinese lady bagi satu jenis pokok herba ni untuk mengubati kencing manis untuk ditanam. Harris yang tanam kat tepi rumah tu. Alhamdulilah, naik elok pokok tu. Hehe..kalau aku, maunya mati pokok tu. Tanam lalang bolehlah..huhu..

Friday, October 14, 2011

Mak

Pagi ni selepas aku selesaikan semua urusan di pejabat, terus aku lunsuri balik ke kampung. Aku sms kt bos, minta kebenaran untuk aku bercuti. Mak dimasukkan ke hospital. Adik cakap, dua hari lepas mak menggeletar satu badan. Dah diberikan ubat. Ok dah lepas tu jadi semula ketar badan. Dorang memantau dalam sehari gitu. Kot-kot kena demam denggi ke apa ke sebab sekarang ni memang musim orang kena demam denggi. Tapi bila mak menggeletar teruk (sampaikan dua orang adik aku kena pegang tangan mak untuk kurangkan ketar dia tu) terus adik lelaki aku hantar mak ke Hospital Apollo. Apa lagi kena tahanlah. Rupa-rupanya mak jadi gitu sebab kuman darah kotor dah masuk ke dalam darah due to sakit kencing manis dia tue. Tahun ni mak baru disahkan ada kencing manis. Since that moment, so many things happened. Macam dia selalu letih.
Hati mana yang tak rasa resah bila tahu keadaan mak gitu. Adik cakap even mak nak bercakap pun suara tak keluar. Mak bertanyakan juga pasal aku, aku balik ke tidak. Adik aku dah cakap yang aku akan balik. Sedih je riak muka mak waktu tue. Aduyai. Luluh hati bila dengar. Terus aku nekad untuk pulang ke kampung jugak. Sebelum jam 6.00 petang aku dah tiba di kampung. Terus aku jemput adik aku dan kitaorang pergi ke hospital. Sesampainya di sana, mak terlantar. Pandangan dia dilontarkan ke arah kami. Terus aku bersalaman dengan mak. Aku kucup pipi dia. Aku senyum pada dia. Kutahan kolam mata ni dari terus mengalir. Kebetulan adik aku memang sentiasa menemani dia. Tak bagi dia sorang-sorang di situ. Dorang bergilir-gilir jaga dia. Alhamdulillah. Itulah yang aku harap-harapkan. Saling bekerjasama. Saling membantu and support each other among us.

Aku dimaklumkan kalau keadaan mak semakin stabil, esok dah boleh discharge. Malam ni adik perempuanku akan temankan mak.

Wednesday, March 30, 2011

Aku Kagum

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 (Jumaat). Gegaran yang bermagnitud 8.9 bermula dari utara Jepun, adalah gegaran paling kuat melanda Jepun. Tak berapa hari, jadi pulak tsunami, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta-benda. Diikuti dengan tangki reaktor yang bocor. Rata-rata negara luar menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek. Malaysia juga tak terkecuali. Apa yang mengkagumkan aku rakyat Jepun amat tenang dan berdisiplin. Nak ambil makanan, sanggup beratur panjang. Nak ambil air bersihpun sanggup beratur. Mangsa-mangsa yang ditempatkan di kawasan penempatan sementara, sempat lagi membaca di masa senggang. Dan lebih mengagumkan aku bila mereka hanya akan ambil barang yang perlu sahaja. Barang yang mereka tak perlukan, mereka tak akan ambil sebab fikirkan orang lain. What an amazed. Dengan masalah yang melanda negara dorang, tapi mentaliti dorang masih kuat, kukuh tersemat. Kita patut ikut contoh macam dorang. Kalaulah semua orang kat dunia ni macam tu, alangkah bagusnya. Tak akan ada rusuhan for nothing. Tak akan ada persengketaan.

Monday, March 28, 2011

Apa yer...


Salam. Dah lama rasanya aku tak memblog. Rasa gatal jari-jemari nak mencoret tu ada, tapi bila kemalasan melanda, terus x der mood. So many things happened. Perkara seronok, perkara yang tak seronok pun ada gak. Tadi aku dok update blog kelab. Dah alang-alang tu aku singgah jap kt 'umah' aku ni. Agak bersarang gak le. Nasib baik boss aku tak datang hari ni. Walaupun dia datang cuma sekejap, tapi macam-macam benda yang perlu dibuat nanti. Aku ni merangkap semua; tea girl, pap dan banyak lagi aar..but i enjoy my work so much. Cuma hari Isnin ni agak boring. Semalam cuba tido awal, mata ni tak leh gak nak lelap. Hamik kau..alamatnya memang hari ni mata agak pedih-pedih. Rasanya pakai baju pun cam 'selebet' je..huhuu... Ingat nak balik on time aar. Pagi tadi aku dah buat listing barang untuk masak mee goreng, tapi entah le..tengok pada kerajinan.

Saturday, March 26, 2011

Jom Layan


Hari ni Bahagian Keselamatan di jabatan aku anjurkan perlawanan bowling kt Jusco Seremban. Aku dengan 3 orang lain kawan aku mewakili kelab. Ramai juga yang turut serta. Even dari company luar pun join gak, cam Bomba, Imegresen, Polis and so on. Sempat lagi VC buat gimik pelancaran sebelum start game. Jam 5.30 petang dah settle. Habis je, apa lagi kitaorang pun terus gi ke food court makan. Lapar beb. Rasanya kali terakhir aku campak bola bowling tu time di One Borneo, Sabah time gi ke UMS. Terasa sengal-sengal gak tangan ni. Tak de training ke hapa ke tup-tup terus join bowling..huhuu..

Banyak gak sale, tapi tu le ongkos tak bape nak sale..hehhee..