Wednesday, March 30, 2011

Aku Kagum

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 (Jumaat). Gegaran yang bermagnitud 8.9 bermula dari utara Jepun, adalah gegaran paling kuat melanda Jepun. Tak berapa hari, jadi pulak tsunami, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta-benda. Diikuti dengan tangki reaktor yang bocor. Rata-rata negara luar menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek. Malaysia juga tak terkecuali. Apa yang mengkagumkan aku rakyat Jepun amat tenang dan berdisiplin. Nak ambil makanan, sanggup beratur panjang. Nak ambil air bersihpun sanggup beratur. Mangsa-mangsa yang ditempatkan di kawasan penempatan sementara, sempat lagi membaca di masa senggang. Dan lebih mengagumkan aku bila mereka hanya akan ambil barang yang perlu sahaja. Barang yang mereka tak perlukan, mereka tak akan ambil sebab fikirkan orang lain. What an amazed. Dengan masalah yang melanda negara dorang, tapi mentaliti dorang masih kuat, kukuh tersemat. Kita patut ikut contoh macam dorang. Kalaulah semua orang kat dunia ni macam tu, alangkah bagusnya. Tak akan ada rusuhan for nothing. Tak akan ada persengketaan.

No comments: