? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 26, 2010

Cepat betul

Nak menunggu sebulan, 'bercinta' rasanya. Nak menghabiskan dalam sehari saja. Itulah gaji yang dapat tiap-tiap bulan. Bayar itu dan ini, tinggal berapa saja bersih dalam tangan. Aduhai duit. Agaknya betul kot kata orang; lagi banyak duit lagi tak cukup. Duit kalau berbukit pun, ditarah setiap hari, akan landai jugak akhirnya.

Saturday, January 23, 2010

Tooth Fairy / Spy Next Door

Hari ni aku ajak kawan aku ke Jusco Seremban. Stay kat rumah macam boring saja. Nasib baik sampai sana agak awal, so parking kat atas. Belek-belek movie yang ada untuk hari ni. At last buat kerja gila, beli tiket untuk dua movie. But before that 'brunch' dulu di Chicken Rice Shop. Take usual menu for 2 person. Jam 11.40 kami naik ke atas. First movie, tayangan Tooth Fairy lakonan The Rock jam 11.45 pagi. Pawagam punya le gabak, tapi penonton tak sampai 20 orang. Sejuknya jangan kira le. Tak berapa best sangat le sebab The Rock tu wataknya sama je with the previous movie.

Habis saja Tooth Fairy, kami masuk semula ke 2nd movie Spy Next Door lakonan Jacky Chan. Pawagam kecik tapi penuh. Much-much better than the first one.

Finally barulah kami bers'hopping'. Got few item i bought for my mum. Hopefully she like it.

Friday, December 11, 2009

Perlukah aku?

Tak mampu untuk aku rungkaikan apa yang bergelodak di hatiku tika dan saat ini. Keputusan yang bakal kuambil nanti bakal menuntut pengorbanan yang bukan sahaja dari segi penat lelah, tetapi juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang. Perlukah aku melakukan untuk kesekian kalinya lagi? Ikutkan rasa hati, memang penat dan letih dengan semua ini. But that's the best way that i could think of.
Aku berdoa biarlah keputusan aku nie tepat dan tidak mengguris mana-mana hati.

Wednesday, December 02, 2009

Kalau kita tengok seseorang tu selalu sahaja nampak gembira, sepertinya tak ada masalah. Jangan mudah tertipu sebab di sebalik keceriaan yang dipamerkan, terselit secebis kisah. Kisah yang tak mampu dirungkaikan. Kisah yang hanya akan dikongsi bersama bila duduk bersembang, mungkin secara tidak sengaja akan terluah segalanya tanpa sedar. Bukan bertujuan untuk menjaja cerita, mungkin hanya ingin mengurankan beban perasaan. Hanya dengan berperwatakan ceria sekurang-kurangnya mampu mengurankan rasa gundah gulana di hati. That's what i learn today.

Tuesday, December 01, 2009

Lambaian Kaabah


Hari Raya Qurban baru saja berlalu. Ramai orang yang melakukan kenduri korban atas pelbagai sebab. Jemaah haji juga sudah memulakan perjalanan balik ke negara masing-masing. Macam penerbangan balik ke Malaysia, hanya 4 penerbangan saja dalam sehari. Moga-moga jemaah haji bawa balik haji mabrur, insya-ALLAH.
Pagi tadi aku terima panggilan telefon daripada kawan bos aku, yang kebetulannya orang ni adalah antara di belakang tabir untuk siapkan buku biografi bos aku. Dia dengan wife dia baru saja balik ke sini. 3 bulan ke luar negara, pergi ke Liverpool dulu untuk jenguk anak dia study kat sana, then baru pergi ke umrah. Sempat dia berselorah suruh aku pergi mengerjakan ibadah haji di usia yang muda. Katanya sekarang dari tempat penginapan nak ke masjid agak jauh berbanding dulu. Dia suruh aku mendaftar saja dulu. Katanya lagi kalaulah aku nak pergi, dia boleh minta tolong daripada kawan dia yang bertugas di Tabung Haji bagi mempercepat proses aku nak ke sana. Terharu aku buat seketika. Itulah tempat yang aku memang nak pergi selama hayat aku ni. Kalau diizinkan serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, nak saja aku ke sana.

Monday, November 23, 2009

Shawl

Kalau kengkawan aku gila dengan Facebook, aku turut tak ketinggalan, cuma agak kurang sebab tak berapa pandai nak explore itu dan ini. Tapi semenjak dua menjak ni pun aku dah mula gila. Gila untuk mencuba shawl. Entah apalah mimpinya. Aku jumpa kawan aku. Tengok kawan aku pakai shawl, berkenan pulak. Iyelah, kawan aku tu pun memang cantik, ditambah pulak dengan kesesuaian dia mengenakan shawl ikut baju yang dipakai. Terus aku mencuba sehelai. Jenuh jugaklah sebab kalau pakai shawl yang agak jarang, kena pakai anak tudung penuh. Aku ni dah le cepat kena sakit kepala. Lama-kelamaan, barulah rasa okey.
Ada jugak aku browse internet. Rupa-rupanya ramai yang buat business jual shawl. Pandai betul dorang buat duit. Kalau pandai cari kat Jalan TAR tu rasanya boleh dapat item yang sama, dengan harga yang lebih murah. Iyelah kalau beli through internet, dorang akan charge dari segi pos lagi. Itulah yang aku belajar dari kawan aku.
Dari sehelai, aku dah ada hampir 20 helai shawl. Ini adalah antara shawl koleksi aku.























Tuesday, November 17, 2009

Oakley Frogskin


Isy..tak pernah aku dengar. Ke aku yang ketinggalan informasi?huhuhuhuuu..Adik ipar aku minta aku carikan sunglass jenis Oakley Frogskin. Katanya dia dan kawan-kawan dia dah cari kat serata Penang dan Ipoh, tak jumpa. Biar benar! Apa istimewanya sunglass ni sampaikan macam tu sekali. Jenuh gak aku google. Rupa-rupanya inilah antara koleksi Oakley yang sempat aku attach. Agak mahal jugak brand Oakley, dalam RM400.00 ke atas. Macam sunglass budak-budak saja nie. Agaknya mungkin guys nowadays sukakan sunglass yang agak funky kot. Entahlah. Lain orang lain citarasanya.