Wednesday, October 11, 2006

Puasa hari ke-19

Tak tahulah kenapa tidurku these few days kurang nyenyak. Semenjak aku mula bermimpi aku terkena buatan orang (di awal puasa). Ada juga aku bertanyakan pada kawan-kawan yang lain pasal mimpi aku ni. Rata-rata depa minta aku lebih berhati-hati. Lepas tue aku terus dapat mimpi-mimpi yang lain. Apa mimpinya tue, tak perlulah aku mentionkan. Ada yang okey ada yang tak. Tapi kalau dah namanya mimpi, lumrahnya mainan tidur.
Belum lagi masuk masa aku nak bangun bersahur, Abang called. Katanya he's all the way from Pahang. Terkejut aku. Katanya dia tension, that's why he's driving all the way dan berpatah balik. Dia nie memang perangai dia macam tue. Ada sekali tue, dia tension pasal kerja, terus dia drive dari KL ke Tapah. Lepas tue dia patah balik. Tak ke buat kerja gila tue. Betul-betul buat aku risau. Tapi aku yakin dia kuat semangat dan insya-ALLAH dia boleh selesaikan masalah kerja dia tue.
Pagi nie aku bersahur dengan kuew tiau goreng. Semalam Jannah datang berbuka puasa dan tidur di rumah aku. Dia masak banyak, so panaskan saja dan makan untuk bersahur. Lepas solat Subuh, aku tidur balik.

Susulan

Aku bangun sahur tapi makan kuih makmur dan minum air sikit. Pas tue tidur balik. Bangun saja kaki aku dah start lenguh-lenguh. Tak tahulah kenapa. Dari semalam lagi lenguh kaki nie. Pepagi lagi Abang called. Aku pun story kat dia perkara yang dah jadi semalam. Jadi dia pun cadangkan supaya aku bayarkan saja amout bil elektrik yang kawan aku cakap dah naik tue. About few ringgit saja. Memang time budak rumah aku cakap tue, aku tak respond apa-apa pun. Abang cakap what i did was right sebabnya no point aku nak respond apa yang dia cakap tue.
Tengah hari aku pergi ambil baju kat tempat akak tue. Aku pun tak tahulah apa yang merangsang aku untuk hantar baju kali ke-dua kat akak tue. Sedangkan the first time aku hantar baju, aku dah memang tak berpuasa hati dari segi servis dia. Macam baju yang aku nak ambil nie, dari resit dia tulis siap 4 hb Oktober. Bila call, dia cakap Sabtu baru siap. Bila aku nak tahu kenapa, dia cakap 'tak semestinya baju siap ikut tarikh dalam resit tue.' Aku dah 'hangin' dah. Kalau baju aku tak leh siap, tulislah tarikh yang dia conform boleh siapkan. Ini tak, main 'petik' saja tulis tarikh sesuka hati dia. Jumaat lepas aku call, dia off handphone. Aku pun dah naik malas dah. Then pagi Isnin minggu nie dia sms minta aku ambil baju hari nie. Hopefully baju aku dah siap dah dia tak hilangkan diri. Manalah tau kot-kot dia tutup kedai ke, off handphone ke. Sampai saja aku di depan kedai akak tue, pintu kedai bertutup. Hanya kedai dobi saja yang buka. Terus aku tanya kat akak dobi tue. Sah! Akak tue memang tak der di kedai dia. Geram betul aku. Kelmarin sms minta aku datang hari nie. Nie dah datang, dia pulak tak ada. Habih tue camner?

Tuesday, October 10, 2006

B2,D

Tengah hari, aku pergi renew lesen yang dah nak mati 14 hb nie. Petangnya pulak aku ke pasar ramadhan dengan Jannah. Beli sayur, murtabak, kuih and few items. Hari nie aku masak maggie goreng dibuat sendiri saja..hehe..masukkan sayur sawi dengan carrot. Pas tue minum air suam saja. Aku dah try dah minum ais time buka puasa tapi endingnya tekak aku memang kurang selesa. Jadi aku minum air suam saja.
Malamnya aku pergi terawih dengan bebudak rumah. Habis tue, kami terus balik. Parking saja kereta budak umah aku pun cakap yang bil elektrik naik due to my fridge. Aku dah tergamam. Aik, bukan aku sorang saja pakai electricity dalam rumah tue. Tak pasal-pasal pulak isu fridge aku jadi sasaran.

Thursday, October 05, 2006

Popia goreng? kenapa aku? why?why?

Hari nie aku buka puasa kat luar dengan Jannah. Sampai saja dari pejabat, aku terus mandi dan bersiap. Sementara tunggu Jannah nak sampai, aku siapkan bahan-bahan untuk buat popiah goreng. Entahlah apa mimpinya terasa pulak tangan nie nak buat popiah. Tengah dok potong bawang, Jannah pun sampai dan dia

Tuesday, October 03, 2006

Kisah Selipar Tercabut

Rehat tadi aku balik rumah. Kalau sebelum nie aku balik untuk 'berbuka puasa', tapi tengah hari nie aku balik sebab nak hantar comforter ke laundry. Boleh kalau nak hantar lepas balik kerja, tapi nanti aku nak kena rushing pergi beli juadah pulak. Itu yang aku ambil kesempatan balik tengah hari tue.
Dah habis masukkan comforter dalam plastik, aku pun terus bersiap nak ke pejabat. Alamak! Dah jam 2.00 petang ler. Harap-harap bos aku belum masuk lagi lah. Kalau tak, nahas aku nak kena cari jawapan yang releven.
Sampai saja parking, aku terus kuncikan kereta, dan menuruni anak tangga. Sampai saja di anak tangga terakhir, dalam 4 langkah, tetiba selipar aku yang sebelah kanan tercabut. Aduih! Time nak cepat time nie lah selipar nie buat hal. Selalunya student rajin lepak kat situ sebab ada kerusi. Nasib baiklah time tue depa masuk ke kelas masing-masing. Kalau tak, jenuh aku nak 'berlakon'..wakakaaka..
Aku ternampak sorang budak cleaner masuk ke toilet lelaki. Terus aku minta pinjam selipar kat dia. Aku pun tak tahu nama dia. Nasib baiklah dia ada selipar. Lepas saja dia bagi kat aku, terus aku ke kereta balik. Aku humban selipar ke tepi dan ambil kasut. Betul-betul menyusahkan aku lah. Baru saja 2 minggu lepas aku beli selipar tue. Selalunya selipar tue aku letak balik dalam kereta lepas aku gunakan. Tapi since semalam aku pun dah letih, jadi aku letakkan saja di luar. Then, malam semalam pulak hujan ribut. Agaknya selipar tue dah terlalu lama sangat kena air kot. Mungkin sebab tue gam dia lekang. Aku pergi balik ke toilet tadi dan letakkan semula selipar tue. Budak tue pesan tadi lepas guna selipar tue terus letak dalam toilet tue. So i did what she said. I really owe that girl. She save my ass man!
Sampai saja di pejabat, kengkawan aku yang lain tengah sibuk buat kerja. Iyer ker depa tengah buat kerja tue. Ke buat kerja browse internet? Wakakak..nasib baik bos tak masuk lagi. Selamat aku..