Tuesday, October 03, 2006

Kisah Selipar Tercabut

Rehat tadi aku balik rumah. Kalau sebelum nie aku balik untuk 'berbuka puasa', tapi tengah hari nie aku balik sebab nak hantar comforter ke laundry. Boleh kalau nak hantar lepas balik kerja, tapi nanti aku nak kena rushing pergi beli juadah pulak. Itu yang aku ambil kesempatan balik tengah hari tue.
Dah habis masukkan comforter dalam plastik, aku pun terus bersiap nak ke pejabat. Alamak! Dah jam 2.00 petang ler. Harap-harap bos aku belum masuk lagi lah. Kalau tak, nahas aku nak kena cari jawapan yang releven.
Sampai saja parking, aku terus kuncikan kereta, dan menuruni anak tangga. Sampai saja di anak tangga terakhir, dalam 4 langkah, tetiba selipar aku yang sebelah kanan tercabut. Aduih! Time nak cepat time nie lah selipar nie buat hal. Selalunya student rajin lepak kat situ sebab ada kerusi. Nasib baiklah time tue depa masuk ke kelas masing-masing. Kalau tak, jenuh aku nak 'berlakon'..wakakaaka..
Aku ternampak sorang budak cleaner masuk ke toilet lelaki. Terus aku minta pinjam selipar kat dia. Aku pun tak tahu nama dia. Nasib baiklah dia ada selipar. Lepas saja dia bagi kat aku, terus aku ke kereta balik. Aku humban selipar ke tepi dan ambil kasut. Betul-betul menyusahkan aku lah. Baru saja 2 minggu lepas aku beli selipar tue. Selalunya selipar tue aku letak balik dalam kereta lepas aku gunakan. Tapi since semalam aku pun dah letih, jadi aku letakkan saja di luar. Then, malam semalam pulak hujan ribut. Agaknya selipar tue dah terlalu lama sangat kena air kot. Mungkin sebab tue gam dia lekang. Aku pergi balik ke toilet tadi dan letakkan semula selipar tue. Budak tue pesan tadi lepas guna selipar tue terus letak dalam toilet tue. So i did what she said. I really owe that girl. She save my ass man!
Sampai saja di pejabat, kengkawan aku yang lain tengah sibuk buat kerja. Iyer ker depa tengah buat kerja tue. Ke buat kerja browse internet? Wakakak..nasib baik bos tak masuk lagi. Selamat aku..

No comments: