Friday, December 11, 2009

Perlukah aku?

Tak mampu untuk aku rungkaikan apa yang bergelodak di hatiku tika dan saat ini. Keputusan yang bakal kuambil nanti bakal menuntut pengorbanan yang bukan sahaja dari segi penat lelah, tetapi juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang. Perlukah aku melakukan untuk kesekian kalinya lagi? Ikutkan rasa hati, memang penat dan letih dengan semua ini. But that's the best way that i could think of.
Aku berdoa biarlah keputusan aku nie tepat dan tidak mengguris mana-mana hati.

Wednesday, December 02, 2009

Kalau kita tengok seseorang tu selalu sahaja nampak gembira, sepertinya tak ada masalah. Jangan mudah tertipu sebab di sebalik keceriaan yang dipamerkan, terselit secebis kisah. Kisah yang tak mampu dirungkaikan. Kisah yang hanya akan dikongsi bersama bila duduk bersembang, mungkin secara tidak sengaja akan terluah segalanya tanpa sedar. Bukan bertujuan untuk menjaja cerita, mungkin hanya ingin mengurankan beban perasaan. Hanya dengan berperwatakan ceria sekurang-kurangnya mampu mengurankan rasa gundah gulana di hati. That's what i learn today.

Tuesday, December 01, 2009

Lambaian Kaabah


Hari Raya Qurban baru saja berlalu. Ramai orang yang melakukan kenduri korban atas pelbagai sebab. Jemaah haji juga sudah memulakan perjalanan balik ke negara masing-masing. Macam penerbangan balik ke Malaysia, hanya 4 penerbangan saja dalam sehari. Moga-moga jemaah haji bawa balik haji mabrur, insya-ALLAH.
Pagi tadi aku terima panggilan telefon daripada kawan bos aku, yang kebetulannya orang ni adalah antara di belakang tabir untuk siapkan buku biografi bos aku. Dia dengan wife dia baru saja balik ke sini. 3 bulan ke luar negara, pergi ke Liverpool dulu untuk jenguk anak dia study kat sana, then baru pergi ke umrah. Sempat dia berselorah suruh aku pergi mengerjakan ibadah haji di usia yang muda. Katanya sekarang dari tempat penginapan nak ke masjid agak jauh berbanding dulu. Dia suruh aku mendaftar saja dulu. Katanya lagi kalaulah aku nak pergi, dia boleh minta tolong daripada kawan dia yang bertugas di Tabung Haji bagi mempercepat proses aku nak ke sana. Terharu aku buat seketika. Itulah tempat yang aku memang nak pergi selama hayat aku ni. Kalau diizinkan serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, nak saja aku ke sana.

Monday, November 23, 2009

Shawl

Kalau kengkawan aku gila dengan Facebook, aku turut tak ketinggalan, cuma agak kurang sebab tak berapa pandai nak explore itu dan ini. Tapi semenjak dua menjak ni pun aku dah mula gila. Gila untuk mencuba shawl. Entah apalah mimpinya. Aku jumpa kawan aku. Tengok kawan aku pakai shawl, berkenan pulak. Iyelah, kawan aku tu pun memang cantik, ditambah pulak dengan kesesuaian dia mengenakan shawl ikut baju yang dipakai. Terus aku mencuba sehelai. Jenuh jugaklah sebab kalau pakai shawl yang agak jarang, kena pakai anak tudung penuh. Aku ni dah le cepat kena sakit kepala. Lama-kelamaan, barulah rasa okey.
Ada jugak aku browse internet. Rupa-rupanya ramai yang buat business jual shawl. Pandai betul dorang buat duit. Kalau pandai cari kat Jalan TAR tu rasanya boleh dapat item yang sama, dengan harga yang lebih murah. Iyelah kalau beli through internet, dorang akan charge dari segi pos lagi. Itulah yang aku belajar dari kawan aku.
Dari sehelai, aku dah ada hampir 20 helai shawl. Ini adalah antara shawl koleksi aku.























Tuesday, November 17, 2009

Oakley Frogskin


Isy..tak pernah aku dengar. Ke aku yang ketinggalan informasi?huhuhuhuuu..Adik ipar aku minta aku carikan sunglass jenis Oakley Frogskin. Katanya dia dan kawan-kawan dia dah cari kat serata Penang dan Ipoh, tak jumpa. Biar benar! Apa istimewanya sunglass ni sampaikan macam tu sekali. Jenuh gak aku google. Rupa-rupanya inilah antara koleksi Oakley yang sempat aku attach. Agak mahal jugak brand Oakley, dalam RM400.00 ke atas. Macam sunglass budak-budak saja nie. Agaknya mungkin guys nowadays sukakan sunglass yang agak funky kot. Entahlah. Lain orang lain citarasanya.

Monday, November 16, 2009

Kenapa dengan aku nie..

Rasa sakit kepala ni masih lagi. Bila tunduk saja, aku rasa macam kepala aku yang nak jatuh dulu. Alhamdulillah hari ni aku berjaya menggantikan puasa, walaupun badan mula rasa seram sejuk, ditambah pula dengan rasa 'ting tong' nie. Bebudak umah ajak keluar makan, but since aku dah masak seadanya (nasi putih/kangkung goreng/sambal belacan), aku tak join dorang.


Lepas tu aku masuk ke bilik. Hujan lagi di luar tue. Aku tak on kan kipas pun sebab rasa sejuk. Badan aku dah mula menggigil. All my muscles feel aching. Terus aku pakai stoking dengan baju sejuk. Even nak bangun pun rasa tak larat sangat. Rasa nak muntah pun iya jugak. Ke aku ni nak demam? Dah lama dah aku tak demam nie. Kalau betul keadaan aku macam ni gak esok, memang aku nak amik cuti saja. Terus aku telan ubat (sebenarnya aku tak nak amalkan makan ubat, tapi memandangkan rasa 'flat' tahap gaban, terus saja aku telan ubat tue). Layan tengok tv untill 10.30 pm.

Tidur aku memang tak lena. Sekejap beralih ke kiri, ke kanan. Cuma aku notice awal pagi baju aku basah. Alhamdulillah badan aku dah rasa kebah. Rasa sakit kepala pun dah tak ada lagi. Never feel like this before.

Thursday, November 12, 2009

Tak reti bahasa





Kadang-kadang pelik dengan telatah manusia nie. Dah kata tak nak, tak nak lah. Janganlah dipaksa. Ni dok keep on approaching. Dah berkias, tak faham bahasa jugak. Kang kalau aku terlepas cakap kasar kang, terasa hati pulak. Kadang-kadang letihlah nak kena jaga hati dan perasaan orang nie. Hati sendiri yang terbakar, membara. Kalau guru umpama lilin. Kalau aku ni pulak umpama apa?huhuhuhu...nak bakar apa...heheee..

Time rehat, aku pergi ke Maybank. Buat cardbank baru. Kad lama hilang masa aku pindah rumah. Sepatutnya buat kad tu boleh siap on the dot, tapi sistem untuk buat kad tu tergendala. Even aku pergi ke Maybank Bandar Baru Salak Tinggi pun sama jugak. Hari ni barulah sistem tu beroperasi semula, itupun on and off. Nasib baik time aku pergi tu sistemnnya ok. Aku test kad tu di mesin atm, function as well. Melangkah keluar dari Maybank, kami notice ada sorang lelaki di belakang, pakai T-shirt. Aku pegang erat wallet dan handphone di tangan. Risau jugak. Manalah tahu kalau-kalau perkara yang tidak diingini berlaku. Sampai ke kereta, aku terus tutup pintu dan turunkan tingkap agak luas bagi udara keluar sikit. Bila aku perasan ada sorang lelaki berjalan menghampiri ke kereta aku (rasanya lelaki yang sama yang ikut kami dari bank tadi), aku naikkan tingkap tu hampir separuh.
"Nak beli handphone?". Tanya lelaki tu sambil dia tunjukkan ada satu handphone yang ada di tangannya. Terkejut kitaorang. Tiba-tiba diapproach sebegitu. Terus aku tunjuk isyarat tangan yang aku tak nak. Terus mamat tu blah. Saling berpandangan aku dengan kawan aku seketika. Tak pernah jadi macam ni sebelum nie. Entah-entah tu handphone curi ataupun lelaki tu 'mat pet'. Who knows. Jadi blank jap.


Wednesday, November 11, 2009

Sakit urat















Kalau cerita kat orang, buat malu saja. Sakit apa? Sakit urat..huhuhuhuu..cam sakit orang tua. Tapi itulah yang jadi pada aku. Dah 4 hari dah badan aku rasa sengal-sengal, sakit urat pun iyer gak. Puncanya sebab aku tido malam tak nyenyak. Asik beralih ke kiri, ke kanan. Awal pagi barulah nak terlelap. Ditambah lagi dengan pendingin hawa dalam bilik aku yang agak sejuk. Selalunya sehari dua rasa sengal-sengal ni akan berkurangan. Tapi kali ni masih juga macam tu. Risau jugak aku. Ke aku ni ada simptom awal untuk apa-apa penyakit ke?
Tak berfikir panjang, terus aku ke klinik panel. Aku nyatakan pada doktor bertugas pasal penyakit aku ni. Doktor tu cakap kadang-kadang angin yang buatkan kita jadi sengal-sengal badan. Dia cadangkan agar aku pergi massage. Juga dia bagi tips dari segi pemakanan; kurangkan makanan berminyak, amik sup, makan ikan ataupun ayam pun bagus. Banyakkan makan buah-buahan. Elakkan minuman bergas (yang dah lama aku tinggalkan kecuali kalau di fast food), kurangkan makan daging. Dia cadangkan juga untuk aku berjalan dalam 15 minit gitu dalam sehari. Setelah selesai semuanya, terus doktor tu bagi ubat berkaitan. Aku minta untuk rehat sehari. Doktor tue berikan sijil cuti sakit. Bukan nak culas dari kerja, but i really need a rest and a good sleep. Aku telefon bos aku maklumkan pada dia yang aku ambil cuti sakit hari ni dan nyatakan sebab aku sakit. Ketawa saja bos aku tu. Iyela, sakit uratlah katakan. Terus dia suruh aku rehat secukupnya.
Sampai saja di rumah terus aku tidur sampai ke petang. Alhamdulillah, lepas Mahgrib barulah rasa sengal-sengal tu beransur hilang.

Tuesday, October 20, 2009

Program HL

Hari ni dah 3 hari aku berjaya ikut program diet dengan jayanya. Pagi aku shake dengan F3, tapi 2nd shake aku letak quaker oat. Ikutkan memang aku langsung tak suka makan oat, tapi bila difikirkan khasiatnya, aku cuba juga. Cuma kena campur dengan bahan yang lain. Kalau nak harapkan semata-mata oat saja, mahunya aku tolak ke tepi. Kebetulan Kak Farah pun ikut program juga untuk 3 hari berturut-turut.
Hari ni barulah aku berjaya siapkan filing aku yang pending for few months. Hari ni barulah selesai semuanya. Inilah dia penangan bila ditangguhkan dari sehari ke sehari. Aku called mak. Aku katakan pada dia yang aku akan balik minggu ni. Ikutkan hati memang tak sabar nak balik ke kampung nie. Banyak benda yang aku nak buat. Nak rasa masak lemak tempoyak ikan patin, nak makan nasi 'lemuni' dll. Aku juga ada belikan tikar untuk mak. Harapnya mak aku suka. Kalau dia berkenan, next time aku boleh beli lagi. Hari ni juga my first day of menstrual. Nasib baik tak sakit perut sangat.

Tuesday, October 13, 2009

Stok

Habis saja time kerja, terus aku balik ke rumah. Tukar baju. Tak tahan aku nak keluar dengan baju kebaya ni. Mahunya karang jadi 'hulk hogan' juga nanti..hehhehe..aku bersiap sekadar yang ringkas.

Aku pergi jemput Kak Mizah dulu kat rumah dia. Aku minta dia temankan aku ke Sogo, jumpa Kak Farah, ambil stok. Actually ada lagi, cuma aku tak nak kehabisan stok. Selain tu juga, Kak Farah akan bertukar ke UTM Skudai dalam jangka masa terdekat nie. Kiranya sambil ambil stok sambil jumpa kawan aku ni, in case lepas ni payah la kami nak berjumpa lagi. Akhirnya Kak Farah balik ke kampung halaman. Dekat dengan family.

Nasib baik jalan tak jammed. Kami tiba awal dari jangkaan. Kak Farah pun dah sampai kat Sogo. Terus ke food court. Sambil 'ngap' sambil snap beberapa kenangan.

Sedih jugak la Kak Farah dah nak pindah. Baru saja nak kenal, nak beramah mesra, tup-tup dia pulak akan pulang ke gagang. Aku perasan antara aku dengan Kak Farah ni banyak persamaan. Dari segi makanan, kebetulan juga kami memiliki handphone yang sama jenis, sama colour. Bukan satu handphone, even kedua-dua handphone kamipun sama juga. Memang la 'sehati sejawa'...huhuhuhuhuu...tak caya tengok gambar yang aku upload kat bawah tue. Rupa-rupanya time kami dok sibuk 'posing' (time tue kat tempat kasut) dengan handphone masing-masing, ada mata yang sedang memerhati. Ada sorang lady yang berdiri berhadapan dengan kami dok perati je telatah kami. Agaknya mesti lady tu cakap 'bebudak ni perasan ala-ala syok sendiri, malas mak nak layan nor'...huhuhuhuhuhuu..Bila aku pandang dia balik dia senyum kat aku. Lantak le as long kami tak kacau orang, betul tak?hehehe...


Kak Farah ni sebelum aku jumpa dia dulu aku mengandaikan yang dia ni jenis muka garang, sebab suara dia besar. Tapi bila dah jumpa, mak aaaiii...mesra alam. Meriah le Cik Yah oooiiii...hehhehe...but overall memang aku suka berkawan dengan Kak Farah ni. Macam yang dia tulis dalam blog dia, harapnya bila dah jauhpun kami akan still contact, insya-ALLAH.









































































1. Kak Farah posing dengan Kak Mizah.
2. Cayo tak cakap den, handphone kitaorang sama kan..kan..jenet kan..
3. itu la tudung 'marhaban' Kak Farah untuk hari tue..ihiks..
4. rojak buah kesukaanku..nyum..nyum..nyum..
5. chow..ape ntah nama menu ni, tak ingat aku.
6. char kuew tiaw my favourite
7. Kak Farah posing ngan Kak Mizah skali ngn botol air dia tue.

Sunday, September 06, 2009

Lahabau .. marah betul mak

Erm..nak buat apa yer hari nie? Got it. Aku nak ke saloon. Nak buat 'rambut raya'..huhuhuhuhu...Aku bersiap apa-apa yang patut. Sampai saja berdekatan dengan Ampang Point, kebetulan ada parking kosong. Terus aku parking kereta di situ. Memang banyak betul jualan yang dibuat. Ground floor tu memang penuh dengan pelbagai booth. Kebetulan pulak Serina, anak Chef Wan sedang kendalikan some sort like quiz di situ. Lagi lah bertambah ramai pengunjung.
Lari daripada kesesakan di Ground floor, aku terus menaiki escelator. Tetiba aku rasakan ada kelibat 2 orang yang berdiri terlalu dekat di belakang aku. Siap cakap 'apa khabar'. Terus aku naik 3 anak tangga. Malas nak melayan karenah orang yang entah apa-apa tue. Sampai saja di atas, sekali lagi 2 ekor jantan tadi turut melangkah rapat di belakang aku. Tetiba aku rasa salah sorang mamat tue sentuh belakang aku. Kurang ajar betul! Terus aku berhenti melangkah, terus pandang dorang. Manakala dorang pulak terus melangkah ke depan. Tak pasti sama ada orang Arab ataupun orang Pakistan. Yang geramnya jantan yang sentuh belakang aku tu, pandang aku balik sebelah 'blah'. Cinabeng betul. Nak kata aku dok senyum-senyum tak adalah pulak. Nak kata aku pakai seksi pun tak jugak. Hanya T-shirt dengan seluar Jeans saja. Tak kan le dorang naik 'stim' kot...eeeeiiiii...minta le dijauhkan. Zaman sekarang ni banyak betul orang gila. Macam-macam jenis gila yang tak terbayang dek fikiran yang dangkal nie. Sambil menuju ke saloon tu sambil aku menyumpah dalam hati. Kalaulah aku terus pergi meluru kat mamat 2 ekor tue dan maki dorang dengan bertanyakan sebab salah sorang tu sentuh bahu aku, buatnya tetiba dorang tak paham Bahasa Melayu ataupun buat-buat tahu, macam mana? Tak ke aku yang malu sendiri? Marah? Memang aku marah dan bengang betul tahap gaban. Kalau aku ada taekwondo ke karate ke, dah lama aku karate tangan dengan tengkuk dorang tu. Hidup pun menyusahkan orang saja.
Sampai di saloon, kuperhatikan dah ada 3 orang pelanggan yang sedang didandan oleh pekerja di situ. Aku nampak taukeh saloon tu, terus aku sapa dia. Aku katakan pada dia yang aku nak gunting rambut. Pekerja dia nak start tengok-tengok rambut aku tapi taukeh tu kata pada pekerja dia nanti she will assist to me herself. Katanya pekerja yang selalu layan aku tu dah berhenti kerja. Aku mengiakan saja. Sementara menunggu giliran, aku belek-belek dulu majalah yang ada. Memang dari dulu lagi aku ke saloon ni saja, tak pernah bertukar-tukar sebab aku sukakan servis yang diberikan.
Pengunjung tak putus-putus keluar masuk ke saloon nie. Tak lama lepas tu ada pelanggan Melayu masuk. Dia bertanyakan sesuatu pada taukeh tue. Kurang pasti apa yang ditanyakan. Aku tak tengok, cuma dengar perbualan saja. Tetiba pelanggan tu menaikkan suara dia pada taukeh tue. Aku pandang pada pelanggan tu, dan dia memandang aku semula. Pelanggan tu bawa anak perempuan dia. Terus aku belek semula magazine yang berada di tanganku. Malas le nak ambil pusing. Tapi saraf otakku bekerja keras untuk mengetahui the whole matter since he's raising the voice in front of the counter. Semua pelanggan dalam saloon tu dah senyap dah. And i m quite sure pengunjung yang mundar-mandir pun mesti terdengar juga bias-bias bising pelanggan tue.
"You cakap mahal, apa you ingat i nie Malay, i don't have money? I tak boleh bayar? Is this Malaysian culture ker?" Terus dia berlalu pergi. Aku dengar taukeh tu ucapkan perkataan 'sorry' 3 kali dah. Tak lama kemudian, taukeh tue datang pada aku. It's my turn. Terus aku tanyakan pada dia incident tadi. Tanya ala-ala makcik kaypoh...hihhihiii.. Dia cakap customer tu nak tahu kalau dia nak straighten rambut anak dia berapa harganya. Terus taukeh tu cakap since dia masih lagi budak dan rambutnya agaknya panjang, MAHAL. Itulah permulaan tercetusnya salah faham tu. Terus pelanggan tu marah tak bertempat.
Well, for me that guy was stupid. Not gentlemen at all. Scolding the lady for nothing. He should asked the price then maybe he could bargain. Bukannya menghamburkan kemarahan. Tahulah dia berpuasa (puasa ker?....haahhahaaa...) menahan lapar dan dahaga, tapi tak perlulah buat macam tu. Show good image of a Muslim. Buat malu kat orang aje. Aku tak nak salahkan sesiapa. Hanya sedikit salah faham yang memerlukan sedikit kebijaksanaan untuk make things better. Lagipun aku rasa tak ada salahnya kalau kita bercakap baik. Tak pasal-pasal taukeh tu kena marah atau kesalahan yang dia langsung tak tahu. Tak kes naya tue? Haru-biru. Moral of the story, jangan nak marah tak bertempat.
Proses menyiapkan rambut aku siap 3 jam kemudian. Nasib baiklah berpuasa. Kalau tak, maunya minta tolong pekerja situ tolong belikan roti jugak untuk aku jamah...hahaaaa...terbanglah RM315.00; RM250.00 untuk gunting dan relaxing treatment, RM25.00 untuk shampoo dan RM40.00 untuk mask rambut, macam ala-ala continioner gitu. Adoi, masak mak. Boleh masuk iklan syampoo dah lepas nie...ahaks..
Sebelum balik aku tapau dulu. Tak larat rasanya nak masak (masak ker). Dari permulaan puasa hinggalah ke hari nie, baru sekali aku ke bazar Ramadhan, dan baru sekali aku tapau. Selebihnya lebih selesa masak yang ringkas saja. Kadang-kadang juadah lauk pauk yang dibeli nampak menyelerakan, tapi bila dah jamah, tak kena dengan selera. To play safe better masak. Lagipun dengan situasi sekarang ni kalau boleh nak elakkan daripada bertembung di tempat yang ramai orang. Sebagai langkah pencegahan.

Thursday, August 13, 2009

Subhanallah...syukur padaMu ya ALLAH

The time i wrote this blog, aku masih lagi di dalam trauma. Masih lagi mamai. Ada ketikanya aku seolah-olah tenggelam di dalam 'duniaku' sendiri. Ada ketika aku leka, then back to the realiti. Apa yang berlaku sekelip mata sahaja, sekilas pandang. Apa dayaku ketika itu. Hanya mampu memandang dengan pandangan yang kosong. Seolah-olah dipukau. Tak mampu berbuat apa-apa. Seolah-olah seluruh tubuhku kaku; tak mampu menggerakkan walau satu saraf. Tak pernah terbayang perkara ni terjadi di depan aku, atau dengan lebih tepat lagi nyaris-nyaris aku antara yang akan menjadi mangsa kejadian.


Petang tadi lepas habis kerja, aku terus ke Pizza Hut. Tunggu kawan aku. Kami dah berjanji untuk makan di situ, memandangkan esoknya kawan aku dah nak balik ke Terengganu. Parking saja kereta, kawan aku pun sampai juga. Terus kami masuk ke dalam Pizza Hut menikmati hidangan yang telah dipilih.


Jam 7.10 petang setelah segalanya selesai, kami terus menuju ke kereta aku yang berada tidak berapa jauh dari Pizza Hut. Aku sandang beg tangan di bahu kanan sambil menuju ke kereta. Begitu juga dengan kawanku. Dia juga menyandang beg tangan di bahu kanan. Aku tekan alarm
kereta, lalu aku buka pintu belakang di belakang tempat duduk pemandu. Aku ambil satu bungkusan epal yang kawan aku pesan untuk kuberikan pada dia. Sambil membongkok untuk mengambil bungkusan tersebut, beg tangan masih lagi kusandangkan di bahu kanan.


Dalam seketika dalam sekelip mata, kurasakan ada deruan motosikal yang kuat berderum berdekatan denganku seraya terdengar benda jatuh dan terdengar jeritan. Aku toleh pandanganku ke arah kanan. Kawan aku dah rebah jatuh ke tanah. Pandanganku terarah pula pada motosikal yang dah bergerak ke depan, membelok membuat pusingan sambil memandang ke arah kami. Aku pulak pandang dengan pandangan kosong. Kuperhatikan handbag kawan aku telah berada di tangan si empunya motosikal tersebut.


Baru aku tersedar dari igauanku. Kawan aku kena ragut begnya! Dan peragut tu boleh pulak pandang dengan pandangan mengejek pada kitaorang. Seolah-olah dia berkata "padan muka, aku dapat rembat handbag ko". Memang sah budak Melayu. Badan gempal sket. Pakai motosikal sama ada LC ataupun Lagenda. Pakai seluar steng, pakai T-shirt lengan pendek. Kulit hitam manis.


Aku dengar kawan aku cakap, "beg akak kena ragut". Kebetulan ada beberapa orang pelajar perempuan yang ada di depan Pizza Hut, meluru ke arah kami. Dorang pun nampak apa yang terjadi. Terus dicadangkan untuk buat laporan polis di balai berdekatan.

Aku tanpa banyak berfikir terus meminta pelajar tersebut untuk mengikut aku ke balai juga, memandangkan mereka turut menyaksikan insiden tue. Sampai di balai, polis bertugas terus mengambil keterangan kawan aku, sementara aku telefon budak rumah kawan aku, meminta supaya dia datang.

Kebetulan pulak ada sorang polis baru masuk ke balai. Bila kuamati, macam kenal. Bila bersetentang mata saja, terus aku tanyakan sama ada dia kawan kepada kawan aku. And he said yes. Jadi memudahkan kerja kami. Dah selesai kawan aku bagi statement, kami terus Pizza semula memandangkan kereta kawan aku masih tersadai di situ. Kebetulan time jadi tu, pelajar-pelajar pompuan tu minta 2 orang kawan dorang untuk tengok-tengokkan kereta sementara kami ke balai polis tadi. Polis tadi ikut kitaorang pergi ke kereta, dan dia menyatakan bahawa peragut tu tak mungkin akan datang semula. Kitaorang pulak risau sebab dalam handbag kawan aku tu ada kunci kereta. Dibuatnya peragut tu datang semula dan bawa lari pulak kereta tue, tak ke jadi kes lain pulak.

Then polis tu follow kami ke rumah kawan aku tu. Kawan aku minta tolong pecahkan bilik dia sebab terkunci dan kunci kereta spare pun ada dalam bilik. Selepas itu barulah kami amil semula kereta kawan aku.

Pergi pulak buat laporan perubatan di Hospital Putrajaya. Punyalah ramai orang. Siap ada kaunter untuk pesakit yang demam ataupun batuk-batuk. Hampir 1 jam lebih jugak le menunggu. Finally kami ke KLIA. Issue tiket guna laporan balai polis. Tak sampai 5 minit kami dah bergerak balik.

Aku sampai rumah jam 1.40 pagi. Jenuh juga le nak lelapkan mata. Asyik nampak saja insiden yang jadi, umpama gambar yang ditayang berulang-ulang. Aku tak pasti jam berapa baru terlelap. Aku panjatkan kesyukuran pada ALLAH. Kejadikan yang berlaku hari ini banyak memberikan pengajaran kepada aku. Mungkin selama ini aku leka dengan keadaan sekitar. Menganggap apa juga perkara enteng.

Saturday, August 01, 2009

Dapat salam

Hari ni tempat aku diadakan Majlis Konvo ke-7, bertempat di PICC Putrajaya. Tahun ni aku berkesempatan untuk turut serta sebagai penyambut tetamu. Seronok gak tengok semua yang terlibat sibuk dengan tugasan yang diberikan. Ada yang bertugas untuk jaga VVIP, ada yang kena jaga ibu bapa, ada juga yang bertugas untuk jaga jubah.


Hari ni aku drive ke sana, ditemani oleh kawan aku. Nak harapkan aku drive sorang-sorang, memang taklah. Aku tak tahu jalan ke sana. Nasib baik time sampai masih lagi ada parking. Terus kami bersarapan di tempat yang disediakan. Nasi lemak yang dihidangkan tak berapa menarik, cuma kuih karipapnya memang marvellous.


Wednesday, July 22, 2009

Chayukkk..



























Berjaya juga aku settle mengemas susun atur perabot dalam bilik nie. Entah kenapa tiba-tiba saja "TING!" nak ubah perabotnyer. Dari minggu lepas lagi aku dok meng'adjust'. Kejap letak sini, tak kena. Tukar balik. Finally semalam barulah lengkap segalanya susun atur. Itupun hasil pertolongan kengkawan terdekat. Nak harapkan aku sorang yang alihkan perabot-perabot ni, mahunya tertanggal tangan aku ni ha. First day aku cuba alihkan sikit meja, terus tergeliat tangan. Ambil masa 3 ke 4 hari jugak le nak sembuh.
Dari minggu lepas lagi jadual tidur aku tak menentu. Jadi bila bangun pagi saja, malasnya ya amat. 'Urat baloq' cakap orang utara. Rasa macam nak sambung semula tidur.
Minggu lepas aku balik kampung. Ikutkan jadual nak balik Jumaat lepas, tapi tetiba ada kerja pulak. So aku balik awal pagi Sabtu. Jam 10.40 pagi dah tiba di kampung. Anak sedaraku si Harris makin keletah. Letih nak layan karenah dan juga setiap pertanyaan dia. Dia tanya itulah, tanya inilah. Si adiknya Harras makin besar. Belum mencecah 2 bulan, dah 4 kilo beratnya. Aku larat dukung jap je. Lepas tu kena letak semula ke bawah. Tak tahan beb! Lenguh tangan dibuatnya. Aku tengok Harras ni jenis muka serius la. Jenuh diagah, tak nak gak senyum. Macam si abangnya time kecik pantang diagah, senyum le sengih memanjang. Aku perhatikan Harris memang cukup sayang dengan adiknya. Kalau nak ke mana-mana siap tanya sama ada adiknya akan ikut sekali ke camner.
Hari Ahad lepas aku keluar dengan mama Harris dan definately bawa Harris sekali. Sampai saja depan rumah, dia terdengar adik dia menangis. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah.
"Baby jangan nangis. Abang ada nie." Amboi, ketawa kitaorang. Tak padan dengan umurnya bercakap macam orang besar aje. Sekarang ni pun dah pandai merajuk, siap cakap lagi yang dia nak merajuk. Aduhai anak sedaraku.
Hari Isnin tu pulak mama dia ngan dia temankan aku pergi tempah baju. Lepas tu boleh pulak dia ternampak kedai mainan. Terpaksalah kita menyinggah ke situ jap. Sempat la dia 'pow' mama dia pistol kecik. Katanya dia belum ada lagi pistol jenis macam tue. Kang kalau tak dibeli kang dia buat aksi ala-ala Hindustan pulak kang. Then only baru kami ke post office. Setelah selesai semua urusan, time nak bergerak keluar, Harris tetiba buat aksi berjalan dengan lagak cam 'samseng kampung dusun' dengan pistol di tangan dia tu. Dia boleh buat gak memek muka serius dia tuh. Orang kat situ semuanya tengok telatah dia. Sabo je la. Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada gak. Aku dengan mama dia tak terkata apa tengok aksi dia tue.
Masa nak balik tu rasa cam malas je. Kalau umah aku ni dekat je dengan area kampus, mahunya aku ulang-alik je dari rumah.
Lepas ni bolehlah aku teruskan kerja dengan jayanya...chayukkkk.. :)

Tuesday, June 30, 2009

Satu kebetulan ataupun memang tersurat..

Pertemuan yang disangka

Seringkali mendatangi kita

Itukah suratan atau kebetulan

Atau sekadar ...



Itulah yang terjadi kepada aku. Baru saja aku bercerita dengan budak rumah aku pasal kawan aku ni.



Petang tadi aku pergi ke pasar malam. Dalam demam-demam pun nak berjalan gak. Bosan la asyik terperap dalam rumah saja. Dah alang-alang ada pasar malam apa salahnya pergi. Kalau tak membeli pun sekadar keluar ambil angin pun jadilah, betul tak?
Dah selesai membeli barang, aku dengan budak rumah terus menuju ke kereta. Tetiba ada satu kereta bergerak terlalu hampir dengan aku. "Isy kereta nie, kuang asam tul, kang terlanggar kang kaki aku ni, mana nak cari ganti?" Marahku dalam hati.
Tetiba dengar seseorang memanggil. Erm..sapalah melaung ni. Tahulah pasar malam, tapi tak perlulah melaung bagai. Terdengar lagi laungan nama yang sama. Aku turut menoleh pada arah orang yang memanggil tue. Rupa-rupanya yang melaung tu kawan lama aku! Tak pasal-pasal aku dah menyumpah orang tu, rupa-rupanya kawan sendiri..hehheheee...Terus berpelukan kitaorang kat situ. Kitaorang beralih sikit ke tepi dan saling tanya perkembangan diri masing-masing. Kawan aku tu bertugas di IKBN lepas habis belajar di situ. Rezeki dia. Bila kulihat yang memandu tu sorang jejaka, terus aku usik dia kalau-kalau tu boyfriend dia, tapi dia menafikan. Katanya kawan dia. Okeylah apa-apalah, as long she's happy.
Baru saja 2 hari lepas aku sebut pasal dia kat budak umah aku, tetiba hari ni berkesempatan berjumpa, alhamdulillah. Aku kenal kawan aku ni masa aku belajar lagi. Budak Pontian. Putih serlah. Maknya bekas cikgu tapi anaknya huru hara. Kalau dapat menyembang, mulut becok saja. Tapi tak pernah ambil tahu pasal orang lain. Itu yang buatkan aku salute dengan kawan aku ni. Sempoi giler. Really nice friend. Comfortable to be talk with. Senang dibawa berbincang dan akan menolong kawan yang susah. Really hard to find that type of friend.

Wednesday, June 03, 2009

Anakku..





Inilah dia anak sedara aku yang kedua. Namanya Muhammad Harras Al Amsyar. Lahir pada 21 Mei 2009, sama bintang dengan aku. Jangan perangai sama macam aku dah le..hehhe..aku balik ke kampung minggu lepas, dia baru berumur seminggu. Asyik tidur saja, puas aku cium dia kuat-kuat pun dia tidur saja. Cuma dia akan buka mata time hampir nak tengah malam. Time orang dah nak tidur. Macam kucing pulak, siang tidur malam berjaga. Aku tengok kulit dia pun belum habis menggelupas lagi. Aku doakan si kecil ni akan jadi seorang anak yang soleh, mendengar kata dan berbakti pada orang tua, and respect others as well. Aminnnn....

Thursday, April 02, 2009

Peraih Undi

Balik dari rehat aku tengo ada missed call. Bila diamati, nombor yang tidak dikenali. Isy..sapalah pulak ni? Aku telefon nombor tue semula. Suara yang amat asing sekali. Bila ditanya, katanya dia peraih undi bagi kawasan Bukit Gantang. Erm..ni semuanya gara-gara berkempen la nie. Bila ditanya dari mana dapat nombor telefon aku, katanya dia ada data-data pengundi bahagian Bukit Gantang. Ditanya atas tujuan apa, katanya dia antara yang bertugas sebagai peraih undi untuk Pakatan Rakyat. Lagilah aku terkejut. Biar benar! So desperate ke golongan nie sampaikan kena buat phone call kepada setiap pengundi. Langsung tak ada rasa gentlemen. Dikhabarkan ramai penyokong golongan ini, tak kanlah kena buat panggilan telefon, betul tak? Fikir-fikirkanlah............

Wednesday, April 01, 2009

Gulp..masak aku...

Memikirkan yang aku kena bawa kereta ke bengkel dan mungkin akan mengambil masa, aku ambil cuti hari nie. Sebelum tue aku settlekan apa-apa yang patut dulu. Aku singgah kejap ke bank. Isy..penuh pulak parking time nie. Terpaksalah aku pusing lagi sekali sebab aku perasan ada satu parking tue tapi sebab aku dah terlepas dah. Nasib baik aku sampai situ, parking tue masih kosong lagi.

Selesai saja urusan di bank, aku keluar dan terus menuju ke kereta. Sebelum nak undurkan kereta, aku peratikan ada beberapa tiang kecil, erm..okey lagi kalau nak undur nie. Aku alihkan perhatian ke hadapan. Tapi kalau aku undur ke belakang pun okey gak ni sebab kereta aku di parking terakhir. Tak perlulah aku memandu ke hadapan. Nanti nak kena pusing lagi satu hal. Terus aku undur lagi tanpa memikirkan yang tadi aku ternampak ada beberapa tiang kecil ke belakang. Apa lagi. Degedanggggggggg! Adoi..terus aku keluar dari kereta. Masak aku! Memang sah aku langgar tiang kecil tue. Kemik bahagian bumper dan bonet kereta. Aku matikan enjin kereta. Aku cuba buka bonet menggunakan kunci kereta. Tak boleh! Aku cuba buka dari dalam pulak, barulah boleh dibuka. Agaknya sebab aku undur agak laju dan hentamnya kuat, sebab tue la jadi cam tue.

Macam-macam hal jadi dalam minggu nie. Kuatkanlah semangat aku ya ALLAH...

Tuesday, March 31, 2009

Kuatkah aku.....?

Sehari dua ni memang aku dah buat sedikit persiapan diri. Atas nasihat dari Abang serta kengkawan aku. Moga dipermudahkan segala urusan aku. Moga dikuatkan semangat aku. Insya-ALLAH.
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 3.35 petang, aku dah sampai ke jabatan lama aku. Petang nie aku buat temu janji untuk berjumpa dengan mantan bos aku. Sampai di sana aku terus berjumpa dengan kakitangan di sana. Aku kasi isyarat kat Setiausaha mantan bos aku. Sambil-sambil tue aku bawakan sekali barang-barang yang bebudak situ order. Seketika kemudian, setiausaha mantan bos aku maklumkan yang dia dah available. Aku tenangkan fikiran seketika.
Setelah memberikan salam, aku terus masuk berjumpa dengan mantan bos. Aku maklumkan kepada dia tujuan sebenar kedatangan aku. Aku maklumkan kepada dia yang aku dah check dalam sistem. Terkejut aku bila terpapar yang markah aku menurun. Jadi aku minta penjelasan daripada dia. Aku pun nak juga tahu kalau-kalau di pihak aku ada sebarang kekurangan supaya aku boleh pertingkatkan di masa-masa akan datang. Daripada apa yang aku faham ialah:
1. aku di situ hanyalah 6 bulan sahaja. Jadi aku perlu banyak belajar pasal fakulti serta setiap organisasi bahagian tersebut.
2. dari segi filing kena diperkemaskan lagi. Aku tak menafikan yang memang meja aku berselerak, tapi setiap kali dia nak meeting ke apa ke, memang aku akan pastikan fail berkaitan sentiasa ada di meja dia. Langsung tak timbul isu cari surat tak jumpa ke apa ke. Memang di belakang aku penuh dengan segala macam fail. Kalau kerja banyak, mana mungkin meja akan kemas.
3. dia cakap untuk kali ni tak apalah kalau markah rendah (mana boleh! nanti effect untuk aku tak boleh ambil exam PTK. Akan effect juga pada buku perkhidmatan aku). Mantan bos tak apalah sebab tak perlu susah payah nak fikir untuk ambil ptk and so on.
4. katanya dia akan double check perkara ini dengan pegawai bertugas sebab aku maklumkan juga bahawa, markah aku merosot disebabkan oleh kaedah pemarkahan mantan bos aku. Aku minta supaya perkara ini diteliti semula.
Sekurang-kurangnya aku rasa lega sebab aku dah pergi berhadapan sendiri dengan mantan bos. Aku berharap sangat dia akan melakukan sesuatu supaya markah aku dinaikkan ke apa ke. Letih sangat bila selalu saja perkara yang sama terjadi pada aku. Fed up ada juga.

Friday, March 27, 2009

Merah..merah jambu

Sana sini semenjak Perhimpunan Agung UMNO ke-59 ni, suasana serta berita yang dipaparkan, rata-ratanya pasal nie. Memang boleh tengok reaksi penyokong, daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke peniaga yang meraih rezeki demi kelangsungan hidup. Semalam kemuncak agenda bila mana diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru. Bila mana Pak Lah menyampaikan ucapan dasar terakhir beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Bila mana selepas ini pemerintahan akan ditadbir oleh insan-insan yang 'fresh' yang aku kira akan membawa kepada revolusi baru, insya-ALLAH...
Isy...tetiba pulak cakap pasal politik. Aku ni setakat 'politikus' aje adalah...hehheee. Doaku serta harapanku biarlah pembaharuan ini membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara. Cukuplah dengan apa yang berlaku di negara-negara luar. Segala macam penindasan yang tak terbayangkan di minda. Lagi banyak fikir agaknya boleh sewel otak nie..hehe..
........................................ .................................... ....................................
Petang semalam aku berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk LNPT (Penilaian Prestasi). Aku khabarkan pada dia yang markah aku untuk tahun lepas tak berapa 'memberangsangkan' dan aku minta untuk tengok semula borang tersebut. Sebabnya aku memang langsung tak berjumpa dengan my recent boss dan aku pun tak tahu berapa markah yang diberikan kepada aku. Alih-alih bila markah dah dipaparkan, tak seperti yang aku jangka. Keputusan markah tersebut menunjukkan seolah-olah aku tak buat kerja. Seolah-olah aku tak tunjukkan peningkatan dalam kerja. Seolah-olah membandingkan aku dengan staf lama yang dah bertahun-tahun bertugas di situ. Aku kira itu perlu dipertimbangkan semula. Bukanlah aku tidak berpuas hati, cuma biarlah aku dipertimbangkan atas dasar kerja, itu sahaja. Biarlah ianya adil. I just want to have piece in mind, that's all.
Pegawai tersebut menyatakan bahawa aku berhak untuk berjumpa dengan mantan bos aku bagi menjelaskan perkara sebenar. Itu adalah hak aku.

Thursday, February 19, 2009

Sembang Santai

Akhirnya siap juga tagging file aku. Cuma tinggal nak update file aje sikit lagi sebab fail putih dah habis. Di saat ini aku memang mengantuk. Agaknya sebab air-cond agak kuat dari biasa. Kelmarin panas betul. Aku pergi ke bilik sebelah pun, panas jugak. Tak tahulah kenapa sehari dua ni memang payah nak lelapkan mata di kala malam (bukan kala malam bulan mengambang yer..hehe...). Pejam saja mata, bermacam-macam perkara terlintas di fikiran. Nak buat itulah..nak buat inilah. Masa tue juga teringat macam-macam yang perlu dibuat. Aku cuba untuk lupakan seketika. Entah jam berapa baru terlelap.

Semalam lagi 5 minit nak ke jam 5.00 petang, aku membelek surat khabar sambil nak tunggu masa balik. Tetiba bunyi ketukan pintu dari luar bilik aku. Terjengah bos aku. Tergamam aku. Apa taknya, dia sepatutnya masih lagi bercuti, tapi tercegat di depan aku. Terus dia minta surat khabar sambil berlalu masuk ke bilik dia. Aku kasi kat dia. Isy..bos aku ni, suka buat 'lawak sinchan'. Buatnya masa dia masuk tue, aku tengah korek hidung ke..tengah tengok gigi rongak aku di cermin ker..tak ke naya tue..hehheee...Aku pun apa lagi; kelam-kabut kemaskan meja aku yang agak berselerak. Aku difahamkan oleh mantan staf di sini yang bos aku tak suka meja yang berselerak. Erm..tapi kalau dah kerja menimbun, mana sempat nak mengemas meja, betul tak? Heheheheee..

Dia panggil aku masuk ke biliknya. Rupa-rupanya dia nak tahu jadual terkininya. Lama juga la dia kat dalam bilik tue sambil aku siapkan dokumen untuk dibuat pembetulan. Jam 6.00 petang dia keluar dari bilik nak balik, sambil minta aku tolong bawakan beberapa dokumen untuk diserahkan kepada driver dia di lobi. Jadi aku pun saing sekali dengan bos aku. Siap lagi dia cakap kalau aku nak balik, dia tunggu. Jadi aku tak perlu lagi naik ke pejabat. Tapi aku katakan pada dia yang aku nak mengemaskan meja dulu. Aku tak pernah menjangka akan bertugas dengan bos aku nie. Tak perlulah aku sebut siapa bos aku nie. Merendah diri walaupun berpangkat. Sampaikan kawan-kawan aku yang dalam proses yang siapkan biografi bos aku ni, memang terharu la bila berjumpa dengan bos aku ni. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Illahi.

Dah aku letakkan semua dokument tue di tempat duduk depan, bos aku pun terus balik. Akupun balik semula ke office. Terus ke ladies. Balik saja tengok ada 2 missed call. Sapelah pulak nie. Bos aku! Nak buat apa pulak dia call nie..tertinggal barang ke apa? Aku pun call dia semula. Dia minta aku tolong periksa kalau-kalau dia tertinggal cermin matanya di atas meja dia. Aku tengok, tak ada pun. Terus aku cari dalam bilik air. Rupa-rupanya ada. Ingatkan dia nak berpatah balik. Dia minta aku letak cermin matanya di atas meja dia dan katanya lagi dia ada spare spectacle. Nasib baik. Lepas tue aku terus 'calibut'.

Monday, February 16, 2009

Terkilan Rasa Hati

Pagi ni ada tazkirah syahriyyah yang disampaikan oleh mantan bos aku. Jadi aku pun siap call staf kat sana dan aku cakap yang aku nak saing diaorang ke tempat tazkirah tue. Sampai saja di tempat letak parkir kereta, aku terus saja menghala ke arah tempat tazkirah memandangkan aku dah nampak kelibat diaorang. Lepas ambil kehadiran aku pun duduk sebaris dengan diaorang, tapi pegawai dengan seorang lagi staf senior tue buat tak tahu saja. Aku berfikiran 'erm..agaknya mungkin sebab jarak agak jauh dari aku kot'. Aku membuat telahan sendiri. Selesai saja tazkirah tue, aku singgah sekejap di office lama sebab tertinggal barang. Hampir nak sampai ke parkir kereta, aku terserempak dengan salah sorang pensyarah di tempat lama. Katanya semalam ada family day kat tempat lama aku bertugas. Dia sebagai salah sorang urusetia tertanya-tanya jugak kenapa aku tak hadir sepanjang family day tersebut. Aku dah tergamam dah. Memang aku maklum yang tempat lama aku tue nak buat family day, cuma kurang pasti tarikh sebenarnya. Katanya dia bertanya juga dengan kakitangan pentadbiran pasal aku, tapi tak ada respon langsung. Yang membuatkan aku jadi lagi terkilan bila aku dimaklumkan mantan setiausaha sebelum aku datang. Aku akur mantan setiausaha tue memang bertugas di situ dari mula penubuhan fakulti tu lagi, tapi sekurang-kurangnya aku dimaklumkan, itu pun dah memadai. Aku tahulah aku bertugas di situ hanya selama 6 bulan sahaja. Tapi tak kanlah sampai macam tue sekali buat pada aku. Memang mood aku 'down' sepanjang aku mencoret entry ini. Aku cuba untuk positifkan diri aku. Kuatkan semangat aku YA ALLAH.

Tuesday, February 10, 2009

Sekadar Basa-basi

Dalam tak sedar sudah hampir sebulan aku di penempatan baru. Segala-galanya baru. 2 minggu di sini ramai yang bertanyakan keadaan aku di sini; aku kurang pasti sama ada pertanyaan tersebut lebih kepada ingin tahu, menyibuk ataupun simpati. Aku tak tahu. Aku tak pandai nak meramal orang, tak pandai baca hati orang.
Alhamdulillah aku semakin suka di sini. I got things to do. So i will be accopied all the time.
Minggu lepas bos aku belanja aku, mantan staf di sini, bersama dengan 5 orang kakitangan yang lain untuk makan tengah hari di Hotel Pan Pacific, KLIA. Per person RM 84.00. Tapi berbaloi setiap setiap hidangan yang disediakan memang serba sedap dan menyelerakan. Bos aku cakap sempena nak meraikan aku, juga mantan staf di sini. Juga bagi meraikan kakitangan yang terlibat dalam menyiapkan biografi beliau.
Minggu lepas juga aku berpeluang ke main office bos aku. Berkesempatan berjumpa dengan 'orang kanan' bos aku di sana. Very humble person. Like 'mother's type', but a very good person. Aku mengharapkan agar perjalanan aku goes smoothly..insya-ALLAH. Aku dah nak balik nie. Kang lewat2 kang, tinggal aku sorang2 saja nanti, tak nak le aku..tatutttttttt...papai..

Thursday, January 15, 2009

Permulaan Baru

Ketika aku mencoretkan entry nie, aku sudahpun di tempat yang baru. Aku sampai saja pagi tadi, jadi 'blank' sat. Terkulat-kulat macam hamster dok memusing dalam bilik nie, sebab tak tahu apa yang nak dibuat. Dah le aku sorang-sorang saja kat sini. Kalau tempat Naib Canselor ataupun di tempat Timbalan Naib Canselor tue memang meriah juga la. Aku kira ketika dan saat ini, cara yang terbaik adalah dengan bermuhasabah serta berfikiran positif.
Ikutkan kata hati yang 'jahat' nie memang ada saja perkara negatif yang akan terlintas di fikiran. Kenapa aku? Kenapa orang lain yang buat permohonan tukar, dan kenapa aku pulak antara sasarannya sedangkan aku baru saja 6 bulan di fakulti. Tup-tup dah kena beralih ke tempat lain. hhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......................

Thursday, January 01, 2009

Sekolah..sekolah..

Bermula persekolahan untuk tahun 2009. Aku rasa yang paling seronok mestilah budak-budak yang mula bersekolah. Macam-macam telatah. Ada yang seronok. Ada yang masih lagi nakkan ayah ataupun mak untuk turut serta dalam kelas tue. Teringat pulak zaman aku sekolah di Darjah Satu. Ayah terpaksa temankan aku selama seminggu untuk membolehkan aku membiasakan diri dengan kengkawan dan juga suasana pembelajaran baru. Pantang saja bila aku toleh dan ayah tak ada di tepi pintu kelas, sure aku menangis nyer..hehhe...Difikirkan, cepat sungguh masa berlalu. Sekali-sekala ada juga aku melalui jalan ke sekolah lama aku tue. Memang dah banyak perubahan. Tak pernah sekalipun aku jenguk ke sekolah rendah.