Monday, February 16, 2009

Terkilan Rasa Hati

Pagi ni ada tazkirah syahriyyah yang disampaikan oleh mantan bos aku. Jadi aku pun siap call staf kat sana dan aku cakap yang aku nak saing diaorang ke tempat tazkirah tue. Sampai saja di tempat letak parkir kereta, aku terus saja menghala ke arah tempat tazkirah memandangkan aku dah nampak kelibat diaorang. Lepas ambil kehadiran aku pun duduk sebaris dengan diaorang, tapi pegawai dengan seorang lagi staf senior tue buat tak tahu saja. Aku berfikiran 'erm..agaknya mungkin sebab jarak agak jauh dari aku kot'. Aku membuat telahan sendiri. Selesai saja tazkirah tue, aku singgah sekejap di office lama sebab tertinggal barang. Hampir nak sampai ke parkir kereta, aku terserempak dengan salah sorang pensyarah di tempat lama. Katanya semalam ada family day kat tempat lama aku bertugas. Dia sebagai salah sorang urusetia tertanya-tanya jugak kenapa aku tak hadir sepanjang family day tersebut. Aku dah tergamam dah. Memang aku maklum yang tempat lama aku tue nak buat family day, cuma kurang pasti tarikh sebenarnya. Katanya dia bertanya juga dengan kakitangan pentadbiran pasal aku, tapi tak ada respon langsung. Yang membuatkan aku jadi lagi terkilan bila aku dimaklumkan mantan setiausaha sebelum aku datang. Aku akur mantan setiausaha tue memang bertugas di situ dari mula penubuhan fakulti tu lagi, tapi sekurang-kurangnya aku dimaklumkan, itu pun dah memadai. Aku tahulah aku bertugas di situ hanya selama 6 bulan sahaja. Tapi tak kanlah sampai macam tue sekali buat pada aku. Memang mood aku 'down' sepanjang aku mencoret entry ini. Aku cuba untuk positifkan diri aku. Kuatkan semangat aku YA ALLAH.

No comments: