Tuesday, December 01, 2009

Lambaian Kaabah


Hari Raya Qurban baru saja berlalu. Ramai orang yang melakukan kenduri korban atas pelbagai sebab. Jemaah haji juga sudah memulakan perjalanan balik ke negara masing-masing. Macam penerbangan balik ke Malaysia, hanya 4 penerbangan saja dalam sehari. Moga-moga jemaah haji bawa balik haji mabrur, insya-ALLAH.
Pagi tadi aku terima panggilan telefon daripada kawan bos aku, yang kebetulannya orang ni adalah antara di belakang tabir untuk siapkan buku biografi bos aku. Dia dengan wife dia baru saja balik ke sini. 3 bulan ke luar negara, pergi ke Liverpool dulu untuk jenguk anak dia study kat sana, then baru pergi ke umrah. Sempat dia berselorah suruh aku pergi mengerjakan ibadah haji di usia yang muda. Katanya sekarang dari tempat penginapan nak ke masjid agak jauh berbanding dulu. Dia suruh aku mendaftar saja dulu. Katanya lagi kalaulah aku nak pergi, dia boleh minta tolong daripada kawan dia yang bertugas di Tabung Haji bagi mempercepat proses aku nak ke sana. Terharu aku buat seketika. Itulah tempat yang aku memang nak pergi selama hayat aku ni. Kalau diizinkan serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, nak saja aku ke sana.

No comments: