Wednesday, October 11, 2006

Susulan

Aku bangun sahur tapi makan kuih makmur dan minum air sikit. Pas tue tidur balik. Bangun saja kaki aku dah start lenguh-lenguh. Tak tahulah kenapa. Dari semalam lagi lenguh kaki nie. Pepagi lagi Abang called. Aku pun story kat dia perkara yang dah jadi semalam. Jadi dia pun cadangkan supaya aku bayarkan saja amout bil elektrik yang kawan aku cakap dah naik tue. About few ringgit saja. Memang time budak rumah aku cakap tue, aku tak respond apa-apa pun. Abang cakap what i did was right sebabnya no point aku nak respond apa yang dia cakap tue.
Tengah hari aku pergi ambil baju kat tempat akak tue. Aku pun tak tahulah apa yang merangsang aku untuk hantar baju kali ke-dua kat akak tue. Sedangkan the first time aku hantar baju, aku dah memang tak berpuasa hati dari segi servis dia. Macam baju yang aku nak ambil nie, dari resit dia tulis siap 4 hb Oktober. Bila call, dia cakap Sabtu baru siap. Bila aku nak tahu kenapa, dia cakap 'tak semestinya baju siap ikut tarikh dalam resit tue.' Aku dah 'hangin' dah. Kalau baju aku tak leh siap, tulislah tarikh yang dia conform boleh siapkan. Ini tak, main 'petik' saja tulis tarikh sesuka hati dia. Jumaat lepas aku call, dia off handphone. Aku pun dah naik malas dah. Then pagi Isnin minggu nie dia sms minta aku ambil baju hari nie. Hopefully baju aku dah siap dah dia tak hilangkan diri. Manalah tau kot-kot dia tutup kedai ke, off handphone ke. Sampai saja aku di depan kedai akak tue, pintu kedai bertutup. Hanya kedai dobi saja yang buka. Terus aku tanya kat akak dobi tue. Sah! Akak tue memang tak der di kedai dia. Geram betul aku. Kelmarin sms minta aku datang hari nie. Nie dah datang, dia pulak tak ada. Habih tue camner?

No comments: