Monday, June 24, 2013

Fogging

Keluar je dari rumah, humang aihhh....jerebu..Nampak gayanya kena pasang air-cond kereta la ni walaupun jarak rumah dengan office tu takat sekangkang king kong jekk.  Aiyarkkk..minggu ni pun masih lagi minggu yang malas, tak tahulah kenapa. 
 
Jam 10.33 pagi tu, tetiba ada sms masuk.  Rupanya dari jiran rumah aku, Kak Pah.  Dia cakap tadi ada orang Kementerian Kesihatan hantar notis untuk buat fogging hari  Khamis (27/6/13).  Uitss..apa mimpinya ni.  Katanya area kawasan perumahan aku tu dah ada 5 kes denggi, kiranya dah jadi wabak denggi gitu, aiyoo...Siap tertera kat Notis Perintah tu lagi kalau rumah yang kosong pun dorang akan terjah masuk gak, aiyayaha.tak boleh jadi neh.  Tak per bertenang dulu.  Siapkan keje dulu.  Fikir kemudian.
 

agak-agaknya ada tak rupher cam ni orang nak buat fogging tuh..heh

Tepat jam 1.00 tengah hari, aku terus cabut gi ke Pusat Komersil.  Aku dimaklumkan hari ni dorang start buat promotion Maxis Education.  Dah terberkenan dengan satu pakej yang ditawarkan ni.  Dah dapat barangnya nanti aku post kan kat sini yer.Ini adalah antara item menarik yang ditawarkan: 

Promosi Pakej Pendidikan Maxis
  
·Promosi

o   iPhone5 (LTE) serendah RM 950
o   Blackberry Z10 (LTE) serendah RM 899
o   Blackberry Q10 (LTE) serendah RM 1099
o   Samsung Galaxy S4 (32GB) LTE serendah RM 1499 + PERCUMA Flip Cover Ori Samsung
o   Samsung Galaxy Note2 serendah RM 999
o   Samsung Galaxy Mega serendah RM 699
o   HTC ONE XL (LTE) serendah RM 199
o   Sony Xperia L serendah RM 99
o   Sony Xperia E PERCUMA
o   iPad Mini serendah RM 559
o   iPad with Retina Display serendah RM 999

 

·         Kelebihan yang ditawarkan di dalam Pakej Pendidikan Maxis (tertakluk kepada terma dan syarat):

1.        Talian telefon

a.        Percuma masa berbual, SMS dan MMS diantara warga Kementerian Pendidikan  yang menggunakan pakej Kerajaan, Korporat atau Pendidikan
b.       Hanya 10 sen/minit untuk panggilan ke talian Maxis dan operator yang lain
c.        Tambahan percuma nilai RM30 masa berbual dan SMS
d.       Percuma 20 jam panggilan dan 2000 SMS di kalangan talian keluarga
e.       Percuma telefon bimbit atau peluang membeli telefon bimbit dengan harga diskaun yang hebat
f.         Harga tetap “Mobile Data” tanpa caj tambahan

2.        Talian “wireless broadband”

a.        Kelajuan  mengakses (speed) sehingga 42Mbps
b.       Percuma WiFi modem (berkebolehan untuk berkongsi akses sehingga 5 alat peranti)
c.        Harga tetap tanpa caj tambahan
d.       Percuma Maxis Loker (cloud storage) dan akses kepada Maxis WiFi
 
Lepas rehat aku called Celcom Centre.  Aku cakap yang aku nak terminate no subline aku tu.  Iye la nama je guna no tu kat tab.  Tapi hampeh asik buffering je, ke agaknya sebab 1 GB je..hahahaaa...Operator tu cakap by tomorrow akan ada orang dari Celcom Centre call untuk buat pengesahan pasal termination ni.  Okey gak tuh.  Boleh aku try guna nombor Maxis neh.  Kita test dulu camner hasilnya nanti, chayokkk..
 
Sharp on time aku terus cabut.  Lunsuri ke rumah aku tuh.  Kebetulan jiran aku tu ada kat rumah.  Dia jemput aku masuk dan dia pun jelaskan citer sebenar.  Lepas tu aku cakap la andai kata kalau dorang nak buat fogging Khamis pagi memang la aku tak dapat nak lari balik ke rumah.  Jadi hari Rabu nant aku singgah jap rumah dia, passing kunci rumah (aku cakap yang aku percaya kat dia, siap ko kalau ada barang aku yang hilang, aku tuntut..hahhaaaa..)
 
 
Sampai rumah pun dah jam 6.50 petang dah.  Terus saja berkurung dalam bilik.  Rasanya budak rumah aku tuh puasa hari neh.  Gigih memasak kat dapur..huhuhuu..
 

No comments: