Thursday, May 29, 2008

hati...

Kenapa hati ini selalu berkata-kata? Pantang nampak apa sahaja yang terlintas di depan mata, pantas hati ini terus berkata-kata; mengomel, memuji, mengutuk dan pelbagai lagi. Tapi hanya terluah di dalam hati ini saja. Kalaulah orang yang aku berhadapan tue jenis boleh baca fikiran orang, alamatnya habis la orang tue boleh baca apa yang aku sedang fikirkan pada ketika itu. Tak kiralah apa juga perkara yang terlintas di depan mata. Itulah perkara yang aku sedari sehari dua nie. Kenapa yer? Isy..jenuh aku memikirkan logik bagi permasalahan aku ni, hehehe.

No comments: