Monday, October 06, 2008

asik tak tahu je.......

Tersedar saja dah jam 7.10 pagi. Kelam-kabut aku bangun sebab hari nie aku kerja. Penangan balik kampung semalam agaknya nie..hehhehehe..
Sampai kat office hanya ada aku dengan sorang PAR je. Lagi 2 orang staf kena stay back kat Hotel Residence, Bangi sebab kat tempat aku ada program. Kebetulan pulak bos aku pun terlibat sekali. Bagus gak sekurang-kurangnya nanti aku boleh balik on time...huhuhuhuhuhuhuhu...

Tahun ni aku rasa raya macam tak raya aje. Aku tak rasa kemeriahan raya tue. Tak tahulah apa sebabnya. Adakah sebab aku tak menghayati dan memanfaat sepenuhnya bulan Ramadhan? Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku tak penah pergi semayang tarawih walaupun sehari pun. Sampaikan bebudak umah aku pun naik pelik. Apa taknya tahun lepas kalau budak-budak rumah tak dapat pergi tarawikh, aku boleh pergi semayang tarawih sorang-sorang pun tak kisahnyer. Tapi tahun ni rasa malas semacam je. Memang segala setan diikat sepanjang ramadhan, tapi 'setan' dalam hati aku ni dok bermaharajalela...wakakakakak..

Beraya kali ni aku tak berbelanja apapun, hanya beli setakat yang patut sahaja. Tapi yang peliknya bila aku buat kira-kira perbelanjaan raya kali ni, over bajet jadinya. Tak tahulah dah ter'over' belanja kat bahagian mana. Dah jenuh aku semak balik segala yang aku dah tulis, endingnya aku jadi fed up. Lagi fikir pasal duit..boleh jadi 'bengong' sat.

Tahun ni aku jadi sayu, pun tak tahu kenapa. Semalam time aku bersalaman dengan mak dan ayah aku sebelum nak balik, cepat sangat air mata ni berjujuran. Bila aku salam then peluk mak aku, dah berjujuran dah air mata ni. Mak aku pulak bila tengok air mata aku dah meleleh, dia pun ikut sama gak. Agaknya aku ni ikut genetik mak aku kot, cepat sangat mengalir air mata. Kalau gelak banyak-banyak pun tetiba bergenang je air mata...hehhehe..

Aku jenis susah nak meluahkan perasaan. Kalau aku cakap kat mak aku yang aku rindukan dia ke ataupun aku rindu nak makan masakan dia, mesti mata aku dah mula bergenang. Air mata aku jadi terlalu murah sangat untuk mengalir.

Semalam aku call adik aku. Dia baru saja balik dari klinik. Katanya dia mengandung dah 7 minggu. Alhamdulillah. Nampak gayanya tak lama lagi anak sedara aku tu ada le kawan sepermainan.

No comments: