Thursday, October 09, 2008

Apa plan

Sat je dah hari Jumaat. Cadang nak berpuasa untuk minggu ni pun tak jadi. Ada saja agenda berbangkit. Hehehehhe..keje pun dok banyak lagi yang belum selesai ni. Balik lambat pun keje tak siap, inikan pulak kalau balik on time...Filing dah makin menimbun kat belakang aku ni. Langsung tak terusik.

Kalau tak ada apa-apa aral aku nak ke KL la esok. Sepanjang bulan puasa lalu, aku langsung tak berkesempatan nak pergi bershopping ataupun membeli-belah. Apa taknya dah sampai di sekitar area Campbell tue, tak dak pulak parking. Dan macam-macam lagi.

Aku sebenarnya nak berterima kasih kat Abang Dzool. Dialah yang selama ni jadi reminder aku dan tolong mengemas 'rumah' aku. Nak harapkan aku, sampai bila-bila le tak ngemasnya. Agaknya kalau dia tak tolong, bukan takat bersawang, langsung tak nampak agaknya rumah aku ni....hehehehehheehheee..banyak perkara yang aku nak share, tapi rasa malas nak mencoret.
Mungkin selepas ini rasanya aku patut kurangkan bercerita tentang orang lain. Mungkin aku belum cukup mengenali diri sendiri. Mungkin aku terlepas pandang, perkara yang dianggap sebagai perkara yang kurang senang di hati, tapi sebaliknya mendatangkan implikasi sebaliknya. Asyik nampak kekurangan orang lain, sedangkan kekurangan diri jelas terserlah. Cuma apa yang aku paparkan mengenai telatah orang lain di sekeliling aku ini, adalah kerana ianya rencah kehidupan, ianya untuk menjadi pengajaran bukan kepada aku sahaja tetapi kepada sesiapa yang membaca blog aku ini. Bukan niat untuk untuk membuka kelemahan orang lain.

Time rehat aku dengan kawan aku pergi makan dulu. Sebelum nak sampai tue, ada accident. Kete dengan motosikal. Tuan punyak kete tue orang Cina, penunggang ngan pembonceng tue Endon. Rasanya baru lagi accident tue. Perut pun dah kenyang, kitaorang terus ke Nilai 3. Kawan aku tue nak survey karpet dengan tikar yang la ni dok popular tue. Entah la apa nama tikar buluh tue.

Lepas Maghrib, aku dengan semua budak umah pergi ke majlis pernikahan budak rumah aku kat Labu. Kitaorang ikut jalan belakang. Punyalah jauh rumah dia. Ada sampai kat satu-satu kawasan tu yang memang tak ada lampu jalan. Dalam perjalanan ada satu accident (accident lagi). Kitaorang lalu saja, tak singgah pun. Tapi aku sempat la jeling tengok ada satu motosikal tue dah terperosok masuk bawah divider jalan. Teruk juga keadaan motosikal tue. Kurang pastilah sama ada tunggang terlalu laju ataupun apa. Tak nampak la pulak penunggang ataupun pemboncengnya. Cuma ada 4 ke 5 biji motosikal kat situ. Agaknya kengkawan pada tuan empunya motosikal yang accident tue kot.

Inilah pertama kali aku ke Labu, ikut jalan belakang pulak tue. Kawasan nak ke rumah dia tue memang jauh ke pedalaman. Rumah dia pulak dah di penghujung sekali. Sebelum nak sampai tue, jenuh jugak la kitaorang cari jalan sampai tersesat ke kawasan kubur la...hehehe..salah sorang kawan aku punyalah 'lenga' ringan mulut dia sebut " eh, kawasan kuburlah," adoi..fail betul la kawan aku ni. Dah la malam pulak tu. Kot iya pun nampak, diam aje dah la. Aku diam saja. Bukan takut tapi waktu tue kitaorang masuk kat kawasan orang, jadi kena la jaga mulut. Bukan terlalu berpantang larang, cuma mengambil langkah berjaga-jaga. Who know's, anything can happen.

Alhamdulillah we manage to reached there safely. Kawan aku tu pulak nikah lepas Isyak. Sempat la tengok upacara nikah dijalankan. Bapa kawan aku tu yang nikahkan anak dia. Kawan aku pun cantik bersolek dengan pakaian nikah dia. Aku tengok kawan aku tu selamba saja. Cuma aku peratikan dia agak sebak bila tiba di upacara tukar barang hantaran dan di kena bersalaman dengan mak dia. Nampak dia sayu sikit ketika itu.

Kawan aku ni baru lagi menyewa kat rumah yang aku menginap ni. Tak banyak yang aku tahu pasal dia. Aku pun malas nak bertanya banyak. Aku kira kawan aku ni memang tabah orangnya. Apa taknya lagi 2 minggu sebelum hari pernikahan, bapa dia kena serangan strok. Jadi dia dengan tunang dia la yang terkejar ke sana ke sini untuk memanggil tetamu dan juga persiapan yang lain. Dah ayah dia sihat, mak dia pulak kurang sihat. Agaknya terlalu letih sebab menjaga ayah dia sepanjang berada di hospital kot. Alhamdulillah segala persiapan berjalan lancar. Ramai sanak sedara ada di rumah dia di hari pernikahan dia tue.

Habih saja majlis nikah, mak dia suruh kitaorang makan dulu. Selesai saja, kitaorang minta diri untuk balik dulu sebab risau nanti tiba di rumah agak lewat pulak. Nasib baik la mak dia paham. Kalau tak, jenuh juga la. Cuma aku perasan waktu nak masuk tadi ada tandu di luar rumah. Kitaorang dimaklumkan lepas upacara nikah, mempelai akan ditandu. Agaknya memang adat orang Minang kot.

No comments: