Saturday, October 11, 2008

Tak kira, aku nak gak..

Dah lama dah aku berkira-kira pasal perkara ini. And this is it. Aku nak ke sana juga walau macam mana pun. Apa nak jadi pun jadilah. Aku redah je kali nie. Dah terlalu lama sangat aku pendam keinginan aku ni. Dah sampai ke tahap 'gaban' tahap 'dewata raya' dah ni...hehe..

Celik saja mata ni aku terus mandi dan bersiap-siap. Destinasi pertama aku ialah ke MacD. Apa-apapun breakfast perlu. Memang itulah yang aku amalkan. Setiap kali sebelum aku keluar nak pergi window ke shopping ke, aku mesti kena breakfast dulu. Buatnya kang beli barang yang langsung tak ada dalam listing..hehhehe..

Selepas itu barulah aku ke destinasi yang aku nak tuju tue. Korang tau tak apa dia? Aku sebenarnya nak ke Sogo! Dah lama dah aku nak ke sana, sambil-sambil survey barang, bolehlah bajet barang-barang yang aku nak beli. Tapi sampai ke sudah tak kesampaian hajat aku tue. Paling terbaru dah 2 kali berturut-turut aku ke sana dalam bulan puasa, endingnya aku balik dengan rasa hampa. Apa taknya ada sekali tue jalan nak ke sana memang jammed teruk. Kali kedua pulak bila aku dah sampai, parking pulak penuh. Hampa dan 'kiciwa' betul masa tue.

Sempat juga la aku membeli beberapa barang keperluan. Kebetulan pulak ada wholesale untuk Sogo member card. Ada juga diberi hadiah untuk pembelian melebihi RM100.00. Sebelum balik tue sempat aku tapau makanan. Akhirnya aku boleh tidur dengan lena malam nie..zzzzz.....

No comments: