Wednesday, May 14, 2008

hari-hari di sini..

Berehat seketika. Ikutkan hati ni memang aku dah nak balik dah. Tapi aku nak mencoret seketika sebelum aku beransur balik. Kebetulan pula bos aku masih di dalam biliknya. PC aku pulak baru diformat. Kebetulan pulak budak IT tue hantar PC aku dah nak jam 5.00 petang. Lagilah malas aku nak buat kerja.
Suasana di tempat baru ni agak meriah. Meriah dengan keletah kakitangan di sini dan juga kakitangan akademik yang datang singgah ke sini dengan urusan masing-masing. Ada ketikanya aku rasa macam tersisih. Harapnya biarlah perasaan aku sahaja. Mungkin aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Aku berharap sangat agar aku dapat cepat belajar dengan suasana kerja di sini. Dapat memahami kerja-kerja yang sepatutnya menjadi tugas hakiki aku di sini. Dapat faham dengan karenah kakitangan di sini. Aku risau nanti kalau terlalu ramah, mungkin ada orang yang kurang senang. Kalau terlalu pendiam pulak karang, aku dikatakan tak mahu bersosial.
Setakat dah 3 hari di sini, keseluruhannya okey. Kakitangan akademik yang kebetulan masuk ke sini amat mengalu-alukan kehadiran aku ke sini. Alhamdulillah, aku amat menghargainya and i really need to as my strength. Tapi manakan sama dengan orang lama kan? Bos aku pulak memang pendiam, tapi amat memberikan kerjasama. Kalau tengok mukanya memang kita pun takut nak memulakan perbualan. He's a type that need to be approach to. Insya-ALLAH aku akan buat yang terbaik. Aku akui dalam jangka masa sebulan dua nie memang aku tak boleh mahir dengan tugas-tugas di sini.
Memang letih dengan pertukaran di antara jabatan ni. Tapi siapalah aku untuk menolak mentah-mentah pertukaran ni. Aku bukannya anak orang kenamaan. Aku hanyalah anak orang biasa-biasa saja.
Bilik aku lebih kecil berbanding dengan bilik lama. Surat-surat makin banyak dibandingkan dulu. Tapi aku anggap tue sebagai satu cabaran. And i have to catch up things faster.
Aku katogarikan tempat baru aku ni agak mencabar. Apa taknya, setiausaha yang lama telah berkhidmat di sini bermula tempat aku ni ditubuhkan sehinggalah minggu lepas. Just imagine, everything inside her head. Mana lagi dengan program fakulti, mana lagi dengan program pentadbiran sendiri. Sedangkan aku ZERO knowledge dalam bab-bab di fakulti ni. Maunya tak terkedang aku.

No comments: