Tuesday, January 10, 2006

keje..keje..keje..

Hari nie aku masuk keje after cuti sehari. Rasa sedih dan sayu sebab tahun nie raya Aidiladha aku tak dapat lik kampung; sebab pertama: cuti sehari jer and sebab kedua: aku still letih lagi after went back from camping. Rasa terkilan sebab aku x dapat kucup tangan mama ngan ayah. Dengor lagu raya rasa sayu jer..so i went to auntie's house and celebrate raya there.
( For bro dzool, memang saya pegi ke camping tue). Overall memang best aar gie camping tue. Peserta seramai 40 orang'; 34 lelaki, 6 pompuan. Kami gerak dari kampus hari jumaat pagi. Sampai jer sana kami diberi taklimat leh ketua program sana. Nama samaran dia Pak Let. Untuk info semua, tapak camping nie dibuat atas tanah Pak Let nie. Dia nie orang ketiga yang ada tanah terbanyak kat Melaka nie, 10 ekar. Background tempat nie memang best. Kalau nak tengok matahari terbenam kat jeti memang saat2 yang best. Kat sini ada macam2 program. So kalau ada yang baca nie nak arrangekan apa2 program ker, aku suggestkan hangpa pi la ke tempat nie..kalau x caya leh ke web site nie http://kemlambaiandanau.blogspot.com. Aku sambung lik cite pasal camping tue. Lepas abis solat Jumaat, petang tue kami jog pegi ke 'Grand Canyon'. Tempat nie dulu bekas lombong, jadi hakisan tue dah membentuk kawasan tanah yang agak unit aar. Kat situ ada lubang2 kt tanah untuk burung apa ntah..aku lupa aar..kalau nak wat shooting pong alrigh gak scenary dia. Then kami ke Bukit Tuah. Menurut kata Pak Let, time Hang Tuah nak ke Gunung Ledang (kalau dari atas bukit tue mengadap jer terus leh nampak Gunung Ledang) tue dia rehat sat kt bukit yang kami berdiri time tue. Pasai tue la depa panggil Bukit Tuah..sampai la nie. On the way balik kami lalu kat perkampungan Cina. Tapi sampai jer kat perkampungan tue kami kena pecut sket sebab anjing2 dia mai aaaii...stok2 ganaz gitu..hehe..ngan nyalak dia pas tue lak tuan empunya anjing tue memang x tambat anjing depa. Pas Asar kami dimasukkan dalam kumpulan masing2..pas tue ada aktiviti water confidence. Nie part yang aku 'lomah' nie. Kami kena pakai life jacket, pas tue depa campak kami kt dalam air..aku diberi pengecualian masuk air kemudian..hehe..sebab aku dah explained kat Pak Let yang aku nie memang 'phobia' sket. Then pas depa semua dah dalam air, tinggal aku jer. So Pak Let take charge ajar aku step by step to bring back my confidence. Hehe..nak malu pong ada gak. Baru gaya dia nak lepas aku, aku tarik life jacket dia sekuat mungkin, aku dah x peduli dah time tue..janji aku rasa aku selamat. Mula2 tue aku jejak tanah, then Pak Let pelan2 ajar aku kasi balance badan. Alhamdulillah..aku berjaya gak, pas tue kengkawan aku tarik aku join depa. Aku rasa syukur sangat sebab kengkawan aku memang memahami keadaan aku time tue. Even time aku nak naik ke jeti depa seems jaga aku. Caya lah hangpa. Tengah malam tue kami wat aktiviti NIGHT WALK. Time tue ujan renyai-renyai. Urusetia bawa kami pegi kat tempat yang petang td kami lalu, then semua orang kumpul kt tokong Cina. Dari situ kami dilepaskan sorang2. Tuhan jer yang tau perasaan aku time tue, rasa nak terkucil, nak ter'uk..uk' dan macam lagi. Sampai jer giliran aku (sebelum tue ketua urusetia dah kasi direction laluan kami), aku main redah jer, apa direction yang ketua urusetia tue cakap pong aku dah lupa dah. On the way tue aku ada dengar bunyi air berkocak, memang aku terkejut, but i keep on walking, then sebelum nak sampai ke jalan tar yang ada lampu tue tue aku dengar ada 'orang' wat bunyi 'pst...pst..'x per lagi walaupung aku takut. Dari situ aku dah nampak dah kawan aku. Memang niat di hati aku sampai jer kt jalan tar yang ada lampu tue (dan sememangnya urusetia tue dah pesan sampai jer kt situ if possible lari, sebab kata depa memang area tue 'keras' sket). Lepas jer dari jalan tar tue, memang aku nekad nak panggil jer kawan aku tue, lagipun jarak aku ngan dia memang dekat dah; kalau aku tepuk bahu dia pong sure terkena bahu dia dah. Tapi tetiba aku terfikir, buatnya orang yang aku tepuk bahu tue bukan kawan aku, tapi 'orang lain' camner? Dalam dok2 berfikir nak tegur ke idak, tetiba urusetia sergah aku ngan campak kain putih dari arah kiri dan kanan aku. Aku pong apa lagi, jerit x ingatnyer (kalau hangpa kat tengah utan, then suddenly dengaq jeritan aku, sure meremang bulu roma, betui aku x tipu sebab aku dah tengok lik rakaman time depa wat night walk tue..heheh..itu la sapa suruh takutkan aku yang sedia kala takut nie...hihi..) sampaikan budak yang takutkan aku tue minta aku tenangkan diri aku, time tue yang kelakar lak, aku jerit sambil melutut ngan tutup muka, memang aku dah tekad x nak gerak mana2 dah. Budak tue pegang lengan aku and suruh aku rilex dan bawa aku pegi ke tempat urusetia. Rupa2nya depa rakam setiap aksi kami malam tue..hampeh tui. Pas tue aku minta kawan aku tue tunggu aku then kami saing balik ke dewan skali. Sampai jer kt sana, bebudak lelaki cakap surat jeritan aku tue dengar sampai ke dewan. Hehe..lantak ler kome. At last semua peserta selamat sampai ke dewan. Malam tue peserta pompuan tidoq kt dewan sebab khemah yang kami buat tue masuk air.
HARI KEDUA
Hari still ujan gak. Pagi tue kami dah dibahagikan dalam 2 group. Group aku kena pegi ke aktiviti Kayak Safari. The other group kena wat rintangan berhalang dalam bentuk 8. Untuk kayak safari nie kami diberi taklimat time rafting (rafting nie kumpul semua kayak sekali) dan kami diajar cara nak tukar partner time rafting tue. Then kami dibawa ke tempat2 yang unexpected; dibawa ke tempat yang penuh ngan lumut, kalau time kayak tue memang sauk lumutnyer; then kami masuk ke terowong kecil; time nie memang uji komunikasi sesama partner. Memang mencabar wei..abis jer kayak safari tue kami terus ke aktiviti rintangan berhalang. Redah air lumpur, gayut kt kayu, merangkak and so on. Pendek kata kalau pegi tue pakai tudung putih, time lik tue sure tudung tue dah tukar color lain dah..
Lepas Asar, kami wat aktiviti berakit . Hehe..time final tue rakit aku x dapat join sekali sebab salah satu tayar yang diikat kt buluh tue bocor, then tayar kt tengah tue ntah camner leh terkeluar, itu yang 'slack' tue..leh dikatakan sepanjang hari cuaca memang ujan. Penatnya tok sah citer la..Tuhan jer yang tau. Malam tue after Maghrib, ada ceramah. Rasanya memang dah knot out dah, ngantuk giler. Tp penceramah tue pandai tackle keadaan, ada jer cara dia nak attract kami untuk terus join. Then final for that night, kami ada sesi luahan hati. Time nie urusetia dari kolej memang x dibenarkan langsung untuk join. So banyak ler rasa 'ketidakpuasanan' hati kami baik dari segi management pihak pengurusan. And at the end we come to the conclusion that, apa2 pong kena masuk kesatuan pekerja yang pihak kolej dah ada. Then dari situ baru leh dapatkan hak. Erm..mungkin sebelum nie x diberikan penerangan lanjut, ataupong mungkin terlepas pandang benda-benda cam tue. Apa2 pong pas nie kena masuk union, then we can see the result. Dalam kul 2.00 pagi kami bersurai. Malam tue peserta pompuan dibenarkan tido dalam bilik Ketua Urusetia. Kami diberi kelonggaran yang esok tue x kan ada senaman pagi. So leh aar kami tido lama2 sket.
FINAL DAY
Malas tue nak bangun pagi tue ngan ujannya. After b/fast kami ada aktiviti WAR GAME. Semua orang yang bercoreng dah muka, cam ala-ala komando gitu..hehe..depa bawa kami pegi ke tempat aktiviti tue. Misi setiap kumpulan adalah untuk dapatkan botol kt tengah2 pokok. Depa bahagikan kepada 2 group. Semua orang kena meniarap. Time tue dah memang ujan, so air lumpur naik. Time tue memang dah lupa dah kot2 time tue ada pacat ke apa ker. That was my first experience doing such activities. Really exciting. Abis jer aktiviti tue kami lik ke kem lik, bersihkan khemah, mandi, kemas barang, pas tue letak semua barang kt dewan makan. Abis jer makan dan solat Zohor, kami ada ceramah dari Pendaftar. Abis jer ceramah, ujan turun lg lebat. Overall sepanjang kami kt sini, memang ujan jer. Sampai opis dalam Maghrib. Memandangkan aku still 'cuti' time tue..so aku x ler terkocoh sangat..gie toilet jp..rilex for a while, then kami beramai-ramai gie makan jp..pas tue baru lik umah..
Ni aku nak habaq mai nie..
Sampai jer kt depan umah, aku dah start rasa seram sejuk, mana taknya..umah aku gelap jer..aduih..bebudak umah aku x lik lg aar..nie yang aku 'maleh' nie..apa yang jadi malam sebelum tue watkan aku phobia lik..dah le time ceramah mlm tue penceramah tue kasi tgk 2 slide; satu slide gambar, kt situ ada tulis kalau2 ada nampak pompuan, pas tue suruh tenung lama2, x lama pas tue kuar gambor muka anto, mau x terkejut aku ngn kengkwn yang lain, slide lg satu lak dia tunjuk gambor budak kena rasuk (rasanya mungkin hangpa ada tengok kot) budak pompuan tue pakai telekung ke tudung, orang tue minta budak tue ngucap, tp time tue suara budak tue memang dah berubah dah..aku mmg x tgk langsung slide tue, cuma dengar suara jer..tp serem gak aar..jd semua tue dah bercampur aduk, itu yang kepala hotak aku nie fikir yang negatif jer..hehee..nak x nak, aku kuatkan semangat, on kan semua lampu kt bilik bawah, naik tangga ke bilik atas, tutup pintu, bersihkan diri, pas tue tido..tp still terasa serem sejuk gak ler.. time nak pejam mata pong still lagi teringat insiden yang bukan2..isy..minta dijauhkan..ingat lagi Pak Let tue cakap kalau kita ternampak, kita ptt bersyukur sebab kita diberi anugerah untuk 'nampak', tp kalau dah x nampak, jangan kita gatal2 mulut 'nak nampak', kang lain lak yang jd kang..hehe..
................................................
nie topik lain lak..

Kelmarin budak umah aku yang accident tue ada called aku. Dia tanya s/ada aku nak pindah ke idak since akak dia dah nak pindah kt Puchong. Lagipun dia dah nak kawin. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang rasa kurang selesa yang umah sewa yang kami dok la nie..segala kerosakan yang kami adukan dia wat 'derkk' jer....pas tue lak banyak sgt bocornya..then kt belakang umah kami tue dia bagi kebenaran kt uncle india kt belakang umah tue utk cucuk tanam, ngan kacang panjang ler, pucuk ubi ler..kacang bendi (kacang brandi kata p ramlee). So memang dah semak dah jadinya..lalang lak naiknya MASYA-ALLAH..Terfikir gak adakah sebab aku penah sound pakcik tue; citer dia cam nie, waktu mula2 nak masuk umah tue kawan aku ada cakap kt depan pintu umah kami tue, lantai dia kotor sebab bekas cat. So looked unpleasant. So aku yang tengah 'panas hati' time tue terus jer called cakap nak jumpa. Pas solat Jumaat dia mai ngan wife dia. Dulu time nk tgk umah dia pakai kete Kancil, time jumpa kami time tue dia mai dengan Perdana. Muka wife dia memang dah merah dah. So kami pong explained aar the real situation; mana lagi ngn cat kt lantai, pas tue lak kayu merata2 kt depan ngn belakang umah, sedangkan duit deposit kami time tue dia dah amik dah. Aku ingat lagi dia ada cakap kalau ada kerosakan, cakap ja, nanti dia mai..tp hampeh..takat cakap jer hebat. Waktu dia mai jumpa kami tue wife dia ngn nada marah, agaknya mungkin ada dah ter'laser' kan. Dia pun cakap dalam banyak penyewa, nie ler first time jumpa penyewa yang jenis cakap lepas jer..haku ler tue..aku x kisah dia nak cakap apa pong, tp we want the satisfaction, that's all. Bila sebut jer pasal kepuasan, si husband dia (masa perbualan kami tue, pakcik Labu, aku panggil dia pakcik labu sebab dia stay kat labu) all the way speaking English ngn kami. Dia ingat kami nie heran kot..apa yang aku merepek nie..ok back to the fact..husband dia cakap dia ada 9 buah umah sewa, kalau nakkan kepuasan dia leh kasi kami sewa satu umah tue (siap dia bawa buku anjung seri) yang dia sewakan RM5,000.00 sebulan. Amoi..x tau ler niat dia nk menunjuk ke apa ker (heeh..kepala hotak aku dah start fikir yg negatif dah time tue..). At last kami pong stay kt umah dia sampai la nie. Yang sebenornya aku ada beli umah, dan aku ada ajak kawan aku stay skali..tp depa x mau sebab jarak umah ke kampus agak jauh gitu..so aku pong la nie tengah buntu..tatau nak wat camner, tp aku dah survey dah utk wat grill..kiranya sempat gak ler kenal ngn neibour sebelah umah aku tue orang kelantaan (family) yg sebelah aku lak x dak orang, then selang sebuah umah staf kt tempat aku..aku pong dah letih aar nak mencoret..nanti esok aku sambung lik..a'kum
3.55 petang

No comments: