Wednesday, January 18, 2006

Kes rampok..continue..

Bos aku pegi meeting kat KUKTEM, Pahang hari nie. So i am the 'small boss' for a time being..hehe..kontraktor yg semalam tue datang lagi tapi kali nie dia bawa endon lain lak nak betulkan toilet dlm bilik boss aku tue. Kebetulan lak my boss called at that time so aku pun cakap kt dia. Dia pun pelik, semalam kontraktor tue kasi reason nak betulkan 'crack' kt dinding toilet, hari nie pun kasi the same reason, x ker pelik tue. So aku minta guard called ketua guard to make sure of this. Time aku balik dr minum pagi, guard yg bertugas tue cakap kontraktor tue dah sampai dah; but he's smell something; seems he's drinking! Aku diam jer dengar cite guard tue. Guard tue cakap lagi dia siap tanya kt kontraktor tue pasal hal semalam; tp mata dia meliar jer; tengok merata (orang kata kalau cam tue seems he/she's not honest, ntah tui ke tak). Tak lama pas tue kontraktor tue datang ngan endon tue. Guard tue pong siap ikut sekali. Sambil dia betulkan, sambil aku duduk kt kerusi bos..hehe..cam aku cakap jp td..jd 'boss kecik' jp..nak tau tak tenggelam aku dalam kerusi bos aku tue..rasa cam aku duduk kt kerusi 'giant'! Aku tak tipu. Tenggelam bontot aku..hhe..no matter how, as long endon tue dah siapkan keje dia. Kontraktor tue siap tanya kt ner bos aku letak mobile tue semalam. Aku jawab basa-basi jer. Nape la mesti nak kena curi. Agaknya tangan dah diajar untuk 'gatal' jer amik barang orang lain kan.

Cakap bab-bab curi kan, teringat aku time aku study kt UiTM ada sorang budak nie (aku namakan dia Dz). Every sem mesti jadi kes kecurian dalam umah aku. Selalunya dia pun akan cakap yang dia ilang duit gak. Pas tue dia akan cakap cam nie 'erm..nak wat camner, dah x der rezeki aku'..pas tue dia akan pegi beli makanan banyak2 kononnya abang dia kasi duit, so leh share2 makan ngan kami semua. Kami time tue kalau ada sapa2 budak umah bawa makanan of course la serbu jer. Kami nie yang bodoh pun makan jer, sambil gelak la apa la (x tau apa yang dimakan tue dr duit sendiri). Perkara nie terbongkar waktu aku di part 5. Salah sorang budak kt umah tue baru lik dr kampung. Duit dia ilang, dia pun tolong carikan gak. Sampai ler salah sorang senior dlm umah tue panggil aku masuk dalam bilik dan dia mula buka cite. Rupa2nya selama nie dia memang dh syak orang yg 'curi' tue cuma x der bukti sampai ler jd perkara tue. Dia tanya aku 'Ida, aku tau sapa yang selama nie wat onar kt umah kita nie. Ko perasan tak selama nie kalau ada kes ilang duit, akan ada yang dia pun ilang duit gak? Aku terus marahkan dia sbb tuduh x der bukti. Then baru dia buka story, sebelum aku stay situ mmg dia dah masak ngan orang jenis 'cepat tangan nie'. So aku ngan senior nie panggil budak yang ilang duit tue dan kami plan something. Pas Maghrib budak tue announced kt semua yang dia dah called mak dia dan mak dia nk pegi tengok kt bomoh, biar orang yang amik duit tue kembung perut (itu yang aku ngn senior tue suruh budak tue cakap)..meantime kami tolong budak tue cari2 gak ler, dan si Dz nie pun beria2 tolong carikan duit tue. Tup-tup Dz 'terjumpa' duit budak tue dalam almari budak tue, tp duit tue peronyok, seem dimasukkan dalam poket dlm keadaaan tergesa2. Aku ngan senior tue dah saling pandang dah. The next day, budak tue cakap kat kami semua yang mak dia dah gie jumpa bomoh dan bomoh tue cakap orang yang amik duit tue mmg budak umah gak (kejadian nie jadi lebih best sbb sebelum tue beberapa kes kecurian dah jd dalam umah tue..) so budak tue cakap lg supaya orang yang curi duit tue agar ngaku bersalah jer..dan dia x kan marah kt 'orang' yang curi, as long be honest. Starting that moment, umah kami dah start ada dua puak dah; 1 puak aku, senior tue ngan bebudak yang mmg masuk dlm plan nk kenakan budak tue dan satu puak lg geng budak tue; budak nie satu kelebihan dia, dia nie pandai yakinkan orang, mampu buatkan orang yakin ngn story dia walaupun cite tue x betul. Sambil2 tue kami dok perati gak di Dz nie, dia memang gelisah jer..asyik terperap dalam bilik, dah x bape nak get along ngan kami semua. Ajak makan sekali pun x nak. Kami saja jer gelak kuat2 time makan ramai2..bagi dia tau yang kami nie ramai. Meantime kami cuba yakinkan salah orang 'pengikut' Dz ni yang apa kami cuba buktikan tue memang betul, x der yang salah melainkan yang betul jer..hehe..So malam Jumaat tue after solat Mahgrib (kes tue jadi hari Ahad), kami wat bacaan al-Yasin dan letak air mineral kt tengah (kami duduk dalam bulatan kt hall umah tue). Abis jer bacaan al-Yasin tue every one of us kena cakap perkara yang sebenar pas tue minum air tue (tentu time tue sapa yang amik duit tue mesti tengah debak-debuk jantung dia kan..hhaaa..rasakan labu..hehe..) sampai jer turn jer..terus dia ngaku memang dia yang mencuri! Kami yang tau nie memang saling pandang 'bermakna' ler. Cuma budak yang kami cuba yakinkan tue memang terkejut abis. Agaknya mungkin dia tak sangka orang yang selama nie dia anggap sebagai 'kakak' rupenya 'makan' kami semua. Bila tanya apa yang watkan dia curi, dia just cakap 'apa yang dah lepas tue biar ler lepas'. Sapa x geram! Dah wat salah lagi mau ego..Tengah malam tue gak dia decide pindah ke umah lain, sedangkan kami x halau dia pun. Dz nie kan jenis orang yang boleh lebih dari dia. Kalau dalam umah tue pakai prepaid, dia akan pakai 'line'. Aku jer time tue yang memang x der h/set. Selalunya pakai public phone jer..hehe..Dia akan make sure dia akan lebih dari orang lain. Aku nie memang dari dulu lagi dia x suka. x tau pasai apa. No wonder ler kengkawan dia pandang aku semacam jer..ntah apa yang dia kata ntah. Pas tue lak yang watkan dia lagi bertambah2 benci kt aku sebab aku kenal ngan abang dia. Terkantoi sbb abang dia kasi bunga kat aku..hehe..lagi 'hangin' la dia..
Aku jumpa dia lik time nak amik scroll. Nampak jer dia, terus dia peluk aku, aku mengiakan jer..tp mmg x ikhlas beb! Aku nampak mak, abang ngan akak dia. Aku wat x tau jer. Tapi pas tue dia ada call aku minta alamat office aku sbb nk anto kad kawin, aku minta dia alamatkan ke umah aku jer. Last aku dapat tau yang dia dah kawin dan dah ada anak sorang dah. Apa yang dia wat kat aku tue akan aku ingat sampai bila2; camner dia yakinkan orang such way sampaikan orang tengok aku in negative thinking; camner dia 'create' story kat family dia sampaikan family dia x suka aku (nie gara2 aku kenal ngan abang dia ler..tp abang dia nie pun 'bengong' gak, kalau tul2 suka aku, pertahankan perasaan dia, nie tak, biar kan aku sorang jer facing this matter. Atau mungkin sbb status dia yang baru jd duda time tue..ntah ler..); camner kengkawan dia look at me in one kind (cam aku nie jenis yang jahat gitu)...nie soal maruah beb; camner aku tetiba jer kena jerkah sbb aku dituduh curi jam, sedangkan aku tak amik pun). Aku leh terima kalau dia face to face ngan aku cakap apa yang rasa x puas hati, nie pegi wat cite yang bukan2. Itu yang watkan aku x leh terima dia as a frenz. But i've learned a lot of thing because of this matter. Terima kasih kt dia secara x langsung. Walaupun aku nie orang susah, tapi maruah aku tue aku kena pertahankan, by hook or by crook. Kalau boleh tue aku dah x nak kenang lagi apa yang dah jadi, watkan aku lagi jadi sedih. Even aku penah gak online ngan 'pengikut' si Dz nie..memang dia akui kesilapan. But things happened already. Cuma kalau boleh tue aku memang x nak terserempak lagi ngan di Dz nie...

5.36 petang

No comments: