Monday, December 26, 2005

26 Disember yang pilu

BANDA ACEH 26 Dis. - Beribu-ribu rakyat Aceh hari ini memperingati setahun tsunami melanda wilayah itu dengan menghadiri majlis-majlis tahlil dan doa di masjid-masjid dan surau.
Air mata yang mengalir setiap kali mengaminkan doa serta raut wajah yang dipaparkan cukup memberi gambaran bahawa peristiwa 26 Disember tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.
Majlis terbesar diadakan di perkampungan nelayan Ulee Lhue yang merupakan kawasan pertama ombak tsunami melanda Aceh menyebabkan lebih 200,000 penduduk wilayah itu terkorban.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden, Jusuf Kalla menghadiri majlis itu yang diadakan di pekarangan Masjid Baiturrahim, Ulee Lhue, bersama lebih 100,000 warga Aceh di daerah yang kini turut dikenali sebagai `zero point tsunami'.
Turut hadir ialah wakil khas dari negara seluruh dunia yang menghulurkan bantuan dalam membina serta memulihkan semula Aceh selepas tsunami.
Malaysia diwakili oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Upacara yang diselubungi kesedihan itu dimulakan dengan nyanyian lagu tradisional Aceh oleh kanak-kanak sekolah dan mangsa yang terselamat mempersembahkan tarian memaparkan ombak ganas dalam malapetaka 26 Disember yang meruntuhkan bangunan serta menghanyutkan segala-galanya tanpa belas kasihan.
Hari ini genap 365 hari peristiwa dahsyat itu berlaku yang akan tercatat dalam sejarah sebagai antara bencana paling buruk melanda umat manusia.
Tragedi itu yang diberi julukan `kiamat kecil' mengakibatkan 200,000 orang terkorban, 500,000 kehilangan tempat tinggal, memusnahkan 3,000 kilometer jalan raya, 14 pelabuhan, 2,000 sekolah, 120 jambatan besar, 1,500 jambatan kecil, lapan hospital utama, 114 klinik, lapan lapangan terbang dan 4,717 bot di seluruh Aceh.
Dalam ucapannya, Susilo berkata sungguhpun bencana itu mengakibatkan banyak kerosakan fizikal dan mental bagi masyarakat Aceh, namun komitmen serta semangat mereka dalam menghadapi cabaran masa depan perlu disanjungi.
``Kita telah menyaksikan ketabahan mereka. Menerusi kekuatan dan ketabahan anda semua, anda telah menunjukkan kepada dunia bahawa hidup ini indah dan penuh dengan kekuatan.
``Tragedi ini menyatukan kita semua dengan kesepakatan global. Saya merayu agar biarlah semangat muhibbah dan persahabatan ini terus membara,'' katanya.
Di Masjid Baiturrahman pula, lebih 10,000 orang menghadiri majlis zikir dan tahlil yang dipimpin oleh ulama terkenal Indonesia, Ariffin Ilham.
Walau di mana juga majlis memperingati mangsa tsunami diadakan, ia bukan sahaja mengundang kehadiran ribuan warga Aceh, malah diselubungi dengan kesedihan dan kepiluan.
Doa yang dibaca di majlis-majlis berkenaan terutama di Masjid Baiturrahman ternyata merentap perasaan warga Aceh yang boleh dikatakan majoritinya kehilangan ahli keluarga dalam tragedi hitam 26 Disember itu.
Hampir kesemua yang hadir menitiskan air mata dan sebak apabila mengenangkan tragedi itu yang dianggap bencana alam paling buruk dalam sejarah Indonesia.
``Ya Allah, ampunilah dosa mereka yang Engkau jemput melalui arus tsunami, berilah kekuatan kepada kami yang masih hidup untuk bangkit semula dan menerima kenyataan bahawa semua ini ada hikmahnya,'' kata Ariffin dalam doanya.
......................................................
aku nak cite nie..
korang nak tau tak, by the time jadi tsunami nie..aku dah kat kampung time tue, kena demam campak..orang lain time kecik-kecik kena, tapi aku lak time dah beso nie lak kena..tapi tu aar..aku tak rasa apa2 gegaran pong..ntah ler..mungkin ada gak rasa gegaran tue tapi time tue aku dah memang knot out dah..dengan satu badan penuh ngan bintik-bintik ruam beso..from head to toe..pendek kata memang tak leh langsung pakai 'baju kecik'..everything has to be loose..makan pong kena pantang..aduih..memang tension betui tengok adik2 aku makan nasi goreng, tomyam and so on..semua makanan yang aku suka, semua depa tayang makan kat depan aku..siap cakap 'kakak, nasi goreng nie shedap...yum..yum...' aku leh sengih dlm kesakitan jer ler time tue..mak aku lak siap masak khas utk aku..semua jenis yang rebus-rebus..

Actually 3 hari sebelum tue aku baru jer lik dari team building kt Gombak. Memang seronok bagi aku yang jarang-jarang sangat join camping-camping nie..Mula-mula tue takut gak, tapi kengkawan yang lain nampak enjoy so aku pong jadi cam best jer..aku nie yang sebenornye takut nak masuk utan ngan laut; especially laut sebab time aku kat uitm dulu aku kayak aku jer kt tengah laut, pas tue lak time tue ujan lebat dan air pong dah masuk dalam kayak tue..aku ngn kawan aku memang tawakkal jer kalau time tue ALLAH nak amik nyawa kami(air mata ngan air ujan dah bercampur sekali), tapi alhamdulillah tak lama lepas tue ada rescue datang sbb kengkawan lain dah sampai kat darat..
Ada satu acara hari kedua(time team building tue) pada sebelah malam tue kena redah paya. Just image pijak jer kaki kiri tenggelam paras paha, pijak lak kaki kanan pong sama gak..so aku capai jer tangan sapa-sapa yang sempat. Memang tak der malu dah that time..as long aku tak terus tenggelam. Then ada satu insiden tue ada satu jaring cam 'spider'. Kami disuruh masuk ke mana-mana je jaring tue but only one time, means biler sorang tue dah masuk dlm jaring tue orang lain kena guna jaring lain lak..cuma yang bestnya jaring spider yang tengah-tengah tue nak masuk bape orang pong tak per..so nak dijadikan citer, cuma aku jer peserta pompuan yang last..so salah sorang staf lelaki cempung aku masuk ke dalam spider yang tengah-tengah tue then budak-budak pompuan kat sebelah sana sambut aku..malu giler wei..orang lelaki cempung aku..tapi aku wat muka sardin jer..sbb orang yang amik markah tue ada kt situ, so kena tunjuk konon-kononnya kami nie bagi kerjasama baikkkkkkk gitu..
Tapi memang best sebab banyak info menarik join aktiviti cam tue..belajar camner masak nasi dalam buluh (tapi kalau korang minta aku ajar korang la nie, memang aku dah lupa aar..), at the end nasi kami tue x masak2, so fasilitator kasi nasi yang depa masak guna rice cooker..kitaorang belasah jer sebab memang dah lapo sangat dah time tue..
..................................................
nie aku flash back lagi nie..

2 minggu sebelum tue aku pegi btn kat KLIUC (dulu depa panggil IKRAM). Best gak join ngan staf KUTKM, Melaka. Satu bilik ngan 4 orang staf KUKTM, memang meriah giler bilik kitaorang tue, depa siap bawa radio lagi tue..ada sorang tue budak silat..rambut dia panjang sampai bawah paras punggung, itam lagi tue..rupa-rupanya budak nie memang family dia aktif silat..even silat nie dari family dia ler..bapa dia guru silat..dia pong ajar silat gak kat KUTKM tu...ala-ala leh wat side income gitu..muka dia ala-ala pelakon utama drama 'meniti bara'..tul..aku tak tipu korang..baru aku tau orang melaka nie ramah-ramah belaka, cuma waktu first time dengor depa sempang..mak ai..ada cam gaya nak gaduh jer..tapi tak, itu la cara depa sembang..bunyi kasar tapi tak..so camner tue..korang ada yang membaca nie kebetulan orang melaka, aku memang salute korang sebab bergaul di kalangan orang melaka watkan aku rasa tak canggung..ala leh 'ngam' gitu..mungkin kebetulan kot..tapi bebudak KUTKM nie memang bagus ler..bukan nak puji.. :)

2 comments:

Zul Abdullah said...

dear citer...

Tahniah .. blog awak dah menjadi... aper2 pon harap leh la maintain selalu.. ni komen pon dah ok dah.. so tak de menda sangat dah.. cuma add in lain tu nanti2 leh la masukkan..

anyway good luck yer...

langkah pertama.. said...

tq awak..ur helped in this matter really appreciated..tq.