Thursday, March 30, 2006

Lost and Found..

Hari nie aku ambil cuti sebab nak settlekan sikit pasal bab rumah yang nak disewakan tue. Setakat nie jer memang dah ramai dah bertanyakan rumah tue, baik lelaki ataupun perempuan. Habis saja urusan rumah tue, aku terus pergi jumpa Abang. Memang plan aku hari nie nak ikut Abang pergi ke kedai dia. Hari nie aku nak ikut dia pergi kerja..ehhe..memang dah lama dah aku nak ikut dia, cuma hari nie aku berkesempatan untuk follow dia. Sampai saja kt kedai, dia cakap dia masuk dulu, so dia minta aku menyusul kemudian sebab aku nak kena parking kereta dulu. Dia pesan lagi nanti bila dah sampai ke kedai tue nanti buat-buat macam tak kenal dia. Bukannya apa, staf dia kat situ memang jenis kaki 'sibuk' sket. Alahai bf aku yang sorang nie, just said to his staf je ler yang aku nie awek dia..ha..kan dah settle masalah..nie dok still nak berahsia lagi. Agaknya status dia tue yang buatkan dia tak nak dapat 'publisiti murahan'..ahhaa..kan dia bos kat situ(wahai pembaca yang baca entry aku nie, hangpa jangan gatai pulak nak ingat yang bukan-bukan yer..aku bukan kawan dengan laki orang ataupun yang seangkatan dengannya tau..ingat tue..nie AMARAN KERAS nie..)Tengah dok cari parking, dia call tanya aku kat mana. Dalam dok kelam-kabut tue, aku terus jer masuk ke parking yang ada dan langsung ke kedai dia. Aku bunyikan loceng, staf dia tolong bukakan pintu. Aku cakap yang aku nak periksa mata, nak check gak power mata aku nie dah bertambah ke idak. Dari situ aku dah nampak dah Abang kat kaunter sebelah. Dia tengah online dengan customer dia. Kami saling pandang penuh bermakna. Aku dah nak ketawa dah, tapi aku tahan je. Hopefully tak ler terlepas 'gelak jantan' aku tue..hehe..Sales assistant yang assist to me tue memang bagus. Time check mata tue, staf tue minta aku kenal pasti sama ada color merah tue lebih jelas dari color hijau, and so on. Juga dari satu lense ke satu lense dia try kat mata aku. Dia cakap yang 'power' mata aku memang bertambah. So dia akan kasi balance -300 for both eyes. Erm..nampak gayanya lepas nie cermin mata yang sedia ada dengan contact lense aku tue memang tak boleh guna ler. kan ke dah rugi tue. Lepas aku check mata, aku minta staf tue tunjuk kat aku bingkai yang terkini. Sebelum masuk lagi Abang dah pesan suruh aku cari bingkai cermin mata yang aku rasa betul-betul sesuai dengan aku. Banyak jugak ler bingkai cermin yang staf tue bawa keluar tunjuk kat aku. Lepas satu..satu aku try. At last aku pilih bingkai yang tangkai spec tue tebal sket, color hitam. Aku bayar pendahuluan RM150.00. Balance dia RM200.00. Aku minta staf tue siapkan cepat sebab petang tue juga aku nak balik ke tempat aku. Sambil tue aku bertanyakan juga kat staf situ pasal Abang. Depa cakap he's a nice guy (nie yang watkan kembang kempis idung aku nie). Kalau bab-bab duit dia memang jenis tak berkira. Amboi depa nie puji lebih lak, nak kena nie..Settle jer urusan dia, Abang dah start dah keluar dari kedai tue. Bila aku dah settle bayar deposit, aku terus keluar. Baru beberapa langkah, aku teringat yang aku dah tertinggal dompet. So aku patah balik ke kedai tue dan tanya pasal wallet aku tue. Depa turut cari tapi tak dak. Terus aku keluar dari kedai tue dan terus dapatkan Abang yang dah tunggu aku dalam kereta. Aku cakap kat dia yang aku dah tercicir wallet. Dia suruh aku cari balik kat kedai dia. Aku cakap yang aku dah cari tak tak jumpa. Dia tanya lagi aku kat mana last aku letak wallet tue. So aku cakap ler sebelum aku keluar dari kereta aku dah keluarkan wallet tue dari dalam hand bag. Dia pun apa lagi, terus bebel kat aku. Dia cakap yang aku nie memang cuai dan bla..bla..bla..aku diam saja sambil fikir balik kat mana aku dah letak wallet aku tue. Tapi memang seingat aku, sebelum aku nak keluar dari kereta, aku dah letak wallet tue kt sebelah hand bag. Cum time aku keluar tue aku dah tak sure dah sebab aku dah start kelam-kabut. Dalam dok bising-bising tue, Abang patah balik ke rumah aku, suruh aku gie cari kat rumah. Mana lah tau kot2 aku tercicir sebelum nak keluar rumah. Dalam dok membebel dia tue, dia tanya apa lagi yang ada dalam wallet aku tue. Then i said to him everything that i had; my ic, kad bank, checque and so on. Lagi la membebel tue jadi nada marah. Takut aku sat sebab itu ler first time aku tengok dia marah secara 'live'. Aku diam jer tak kata apa pun. Iyer la, kalau dia tengah marah tue, biar dia membebel sorang2, nanti dia cool sendiri. Hehe..nak tergelak pun ada gak. Sampai jer rumah, terus aku masuk ke rumah, dan cari. Pun tak ada gak. Bila aku masuk ke dalam kereta and mention that to him..membebel dia tue dah jadi cam 'bertih jagung'. Terus dia berpatah balik ke kedai tue. Sampai kat sana, dia minta aku tunggu saja kt dalam kereta sebab dia nak pergi cari sendiri kat kedai dia. Lepas dia parking, dia terus masuk ke kedai tue. Tutup pintu pun kuat. Tanda marah dekat aku lah tue. Aku pulak keluar dari kereta. At that particular moment, aku ternampak sorang pak guard Endon. So aku bertanyakan kat dia kot2 dia ternampak ada orang lain buka kereta aku time aku kat dalam kedai tue. Sebab apa tau, time aku parking kereta mula-mula tue, memang pak guard tue ada kat area tue. So aku beranggapan mungkin dia nampak kalau-kalau wallet tue terjatuh ke apa. Aku cakap kat dia yang wallet aku dah tercicir. Dia pun story kat aku yang tadi dia memang ada jumpa satu wallet, tapi dia dah serahkan ke satu pejabat construction kat situ. I feel release, sebab memang aku confirm that's my wallet. Dia minta aku ikut dia ke pejabat tue. Tapi sebelum tue dia cakap bila aku dah dapat wallet tue, dia minta aku belanja dia minum ke apa. Aku dah cuak dah. Memang aku tak nafikan guard tue yang jumpa, tapi kot ya pun bagi ler wallet tue dapat kat tangan aku dulu. Nie belum apa-apa lagi dah nak minta 'habuan'. Tak ke melampau tue. So memang aku ada sebab kuat untuk rasa cuak kan! Sampai kat sana, ada few staff there. Bila tanya pasal status wallet aku, one of the staff (Indian guy) cakap wallet aku ada dalam simpanan one lady yang kerja situ. Tapi time tue waktu rehat, so dia dah keluar dah. And also lepas time rehat tue that lady ada hal lain. Aku minta that Indian lady tue call the lady. Bila dapat bercakap dengan dia, aku explained kat dia pasal apa yang dah jadi. Dia cakap memang wallet aku tue dalam simpanan dia dan dia tak berani nak letak kt office sebab memikirkan dalam wallet tue ada few amout dan sebab keselamatan jugak. Memang betul pun, aku ada duit sket dalam wallet tue yang memang aku nak bank in. Aku tanya bila aku boleh jumpa dia dan ambil wallet tue. Dia cakap dia nak pergi tengok sukan anak dia dekat Sentul. Kalau nak aku boleh jumpa dia dekat situ, lepas tue dia terus balik Kepong. Sudah! Masak aku! Nie kot mana pun memang aku nak kena ambil gak wallet tue sebab driving ada dalam tue. Maunya nanti time nak balik kena tahan dek polis ke or ada apa-apa hal ker, jenuh gak aku. Dalam dok sembang dengan lady tue, Abang keluar dari kedai dia. So aku pun cakap apa yang dah jadi. Aku cakap lagi pak guard tue yang jumpa wallet aku tue. Abang suruh aku bagi sikit duit tue dekat guard tue. Aku minta duit kat Abang since aku pun memang dah tak der duit time tue. Abang cakap lagi that i am very lucky sebab ada orang yang jujur yang sanggup pulangkan wallet aku tue. Lepas kasi duit dekat guard RM100.00 tu kami terus gerak ke kereta. Abang cakap wallet tue nanti petang sikit pergi ambil. Ataupun nanti dia ambilkan untuk aku sekali dengan spec kat kedai dia tue. Aku ingatkan dia dah cool down..rupanya membebel dia tak abih lagi. Dia cakap lagi abih plan keje dia. Memang betul pun apa yang dia cakap. Sambil tue kami gerak ke PJ, dia hantarkan few spec dan ambil cermin yang dah dipotong at few places. Lepas tue kami masuk ke area mana ntah sebab dia nak hantar cermin mata yang dah siap kat rumah dato' apa ntah..lama juga ker dia kat dalam tue. Aku pulak yang kat dalam kereta nie dah berpeluh dah walaupun ada air-cond. Sampai jer dia kat kereta aku pulak bebelkan kat dia. Dia cakap ler yang dato' tue tanya pasal business ler, pasal nak minta dia wat joint venture ler apa ler. Aku cakap lagi kat dia suppose dia suruh saja staf dia hantarkan spec tue. Dia cakap normally for the special case dia akan delivery sendiri penghantaran cermin mata tue. Habis saja that matters tue aku called balik that lady. Dia cakap tadi dia dah singgah kat pejabat construction tu so aku just ambil wallet tue dekat sana jer. Terus kami ke sana balik. Jumpa dengan pak guard tue tapi dia cakap yang dia dah serahkan wallet aku tue kat kedai Abang sebab katanya time dia buka wallet tue dia nampak gambar sorang lelaki (tue gambar Abang), so he recognise him and that's why he gave to wallet to his shop. Lor..pegi le pulak aku ke kedai tue dengan guard tue. Staf tue pun kasi balik wallet aku tue, tapi somebody dah letakkan kad pengenalan aku kt luar wallet sambil diikat di luar. Dari reaksi staf tue pun semacam je. Aku lagi ler buat muka serius..nak cove line beb. Sebab apa? Nanti aku cakap. Aku pun check balik isi wallet tue kalau-kalau ada isi yang hilang. Pak guard tue pulak sambil tue cakap kat aku yang dia minta maaf kalau ada duit yang terkurang ke apa ke. Dia pun cakap dia memang tak ambil sesen pun dari wallet tue (leh caya ke, ntah ler..)..dia cakap lagi kalau dia nak duit dia boleh minta dari aku instead ambil macam tue saja dan kalau ada yang kurang dia minta halal. Aku pun cakap kat dia salah aku gak sambil boleh tercicir wallet. Sebelum nie tak penah jadi pun macam nie. Really messy kalau betul wallet tue betul2 hilang. Macam yang Abang cakap tadi, macam-macam yang aku nak kena buat; kena pegi balik ke JPN buat ic baru dan semua pun baru. From that time i really learn my lesson. Suppose i am not carrying so much things inside my hand bag. Nie gara-gara hand bag dah terlalu sarat sampaikan nak tutup pun dah boleh dah. Itu yang jadi intro aku keluarkan wallet tue dari hand bag tue. Abang cakap lagi, if you are really lucky only one time. Tak ada dua kali, tak ada tiga kali. But in my case, i am really lucky. Serik rasanya. Tak nak lagi ler jadi lagi insiden macam nie. Dah le buta-buta kena marah dek Abang dek kecuaian sendiri (memang aku 'tercuai' pun). Masuk saja dalam kereta aku cakap kat Abang 'i don't think this is a good news'. Dia pun cakap 'i know what you mean by that'. Rupanya time aku masuk dalam kedai tue memang dia dah agak dah staf dia akan tahu sebab aku memang letakkan gambar Abang dalam wallet tue. And of course the staf tue bukak gak wallet tue nak tahu siapa empunya wallet. Abang nie bukannya apa, dia tak mau staf dia dok cakap-cakap belakang. Ending dia seharian tue memang 'hangat' isu wallet aku tue. Apa la aku nie, wallet yang satu tue pun tak terjaga. Aku dah susahkan Abang juga, mana lagi dia tolong carikan wallet tue and so on. Masalah aku dah settle. Cuma Abang pesan supaya aku more particular. Malam tue time Abang called aku pun tanyakan dia macamana dia boleh tahan dengan tekanan kerja yang macam tue; terkejar ke sana sini, mana lagi dengan makan pun tak tentu masa. Kesian pulak aku tengok dia sebab aku sendiri dah lalui 'daily routine' dia. Tak sepatutnya aku bebankan dia lagi dengan masalah aku tadi tue..but what to do, things happened.

No comments: