Friday, March 31, 2006

Seminar Setiausaha

Pagi nie bila aku masuk ke bilik aku as usual, alatan pen di merata-rata tempat. Mana lagi dengan kertas A4 dan kertas pelekat tue merata-rata tempat. Tue macamana aku tak hangin pepagi jumaat nie. Check pulak dialy diary aku pun tak dak jugak dekat meja aku. Terus aku pergi ke meja staf yang selalu ambil alih tugas aku time aku cuti (semalam kan aku cuti). Tengok diary aku ada dekat situ, terus aku amik dan balik ke bilik aku. Rasanya tak perlu staf tue ambil diary tue bawa ke tempat dia. Dari dulu lagi aku dah pesan, anything kalau ada orang nak buat appointment ke apa ke, just buat note. Lagipun aku bukannya nak bercuti sampai sebulan ke, setahun ke, memang patut dia ambil diary aku. Nie aku bercuti sehari sahaja. Lagi pulak semalam time dia call aku pun dah aku maklumkan hari yang aku cuti tue boss aku memang available dari pagi sampai petang. So dia tak perlu nak ambil diary tue. Aku bukannya jenis yang cerewet. Aku still boleh bertolak ansur dalam banyak perkara. Cuma aku tak nak ajar staf tue ataupun siapa juga yang ambil alih tugas aku time aku tak der tue dengan just simply ambil letak diary sesuka hati depa. Juga alatan stationery. Dah ler bilik aku nie berselerak, penuh dengan buku dan fail. Nanti yang susah, yang kelam-kabut aku jugak. Depa yang lain mungkin rasa ooo..tugas sebagai pembantu kepada bos nie senang saja, dok kt bilik tue bersolek bagi lawa, lepas tue jawab phone call. Itu saja. Depa tak tau yang aku nie terpaksa tapau di awal pagi yang time tue depa kena susun buku (shelving). Lepas tue depa akan pertikaikan sebab apa aku boleh keluar awal pergi tapau, pergi makan. Depa tak tau yang aku terpaksa tapau awal sebab kalau keluar lambat alamatnya terus ke makan tengahari. Depa tak nampak semua tue. Yang depa nampak kenapa aku boleh keluar lebih awal dari depa. Tak ke bodoh bangang tue, job description aku bukannya sama dengan depa. Tugas aku jaga bos, bukannya nak kena susun buku. Apa raaa..itu pun tak boleh pikiaq..gapla jingga betui..
Sepagian aku dah prepara apa-apa yang patut untuk bos aku sebelum aku pergi ke seminar tue. Siap aku divert phone call aku kat staf yang selalu replace me. Sebelum nak pergi tue siap aku inform dekat bos aku lepas solat Jumaat aku tak masuk ke office, terus pergi ke seminar tue. Time aku mention tue baru dia teringat yang aku akan ke seminar tue. Bos aku nie memang jenis yang pelupa gak. That's his problem. Not mine. Yang penting aku dah maklumkan dekat dia dah. Aku pun dah emailkan kepada pegawai kat jabatan aku dan s.k kan jugak pada bos aku as well. Selalunya kalau hari biasa tue rasa macam masa tue terlalu lama sangat. Tapi kalau ada something on ada jer perkara yang nak kena disettlekan. Tepat 12.15 tengah hari, aku terus keluar, langsung pergi tapau. Aku beli nasi bungkus, letak sket kuah kari, letak sikit sayur dan lauk sikit. Terus balik ke rumah. Meantime Abang called tanya aku nak gerak dari tempat aku jam berapa. Aku cakap anything i will let him know after solat Jumaat. Hehehe..macam aku pulak yang nak pergi solat Jumaat. Lepas dah siap mandi dan makan, aku terus mengemas barang-barang. Nasib baik pendaftaran tue start jam 2.00-5.00 petang. So i still have time. Dalam 2.30 petang, Abang call Abang. Aku cakap dekat dia yang aku start gerak dari tempat aku jam 2.45 petang. Sampai saja dekat tol Sungai Besi aku call dia lagi. Tapi tak dapat le pulak. Cuma aku tinggalkan message minta dia call aku balik. Tak lama lepas tue aku call dia sekali lagi. Dapat. So dia minta aku jumpa dia dekat kedai yang dia tengah buat renovation tue. Bukannya apa, aku minta dia hantarkan aku ke hotel then suruh dia bawa balik kereta tue, lagi senang. Kawan aku pulak sms aku cakap yang depa dah sampai dan dah check in dah. Time aku sampai kat lobby hotel tue memang dah ramai dah peserta yang sampai. Aku pun keluarkan barang-barang dari dalam kereta. Abang tanya pasal apa aku bawa beg banyak sangat, macam gaya nak pindah saja. Aku sengih saja. Confirm lepas nie mesti dia akan call tanya the same thing lagi. Caya ler cakap aku. Keluar dari kereta aku terus join peserta yang lain buat pendaftaran and so on. Settle jer semua tue aku call kawan aku balik dan depa cakap depa dah dapat bilik dah. Time depa turun tue aku naik ke bilik dengan salah sorang kawan aku yang akan jadi kawan sebilik aku for 3 days and 2 nights kat sini. Turun saja dari lif kawan aku yang lagi 2 orang tue dah tunggu kami dah. So kami pun terus jejalan kat area tue. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Kami singgah kejap dekat area orang jual baju. Not bad gak baju kt situ. Ala baju-baju yang ala-ala Camelia tue. Kalau orang tinggi yang pakai memang sesuai bangat. Tapi kalau orang yang 'rendang' cam aku nie, alamatnya macam aku pakai baju tido ler..hehe..dekat tempat jual baju tue ada kedai yang jual gelang, rantai yang orang la nie dok pakai tue. Apa lagi, kami pun masuk situ, dan aku pun sempat ler rembat satu gelang tangan tue, RM10 jer..color light choclate, so akan sesuai dengan baju kurung batik yang aku nak pakai time dinner malam nie.

Malam Dinner (Majlis Makan Malam dan Perasmian)
Dah bersiap-siap, kami pun turun ke Ballroom yang akan berlangsung semua agenda untuk 3 hari 2 malam nie. Tengok banyak meja yang dah letak tanda "Reserved". Memang ramai dah ler amik tempat duduk. Cari punya cari at last kami dapat seat meja yang last sekali. Aduih, leceh betul ler..sure tak berapa syok pemandangan nanti sebab jauh dengan stage. Untuk makluman sapa-sapa yang baca entry aku nie, seminar nie under Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan (PSUKM). Seminar nie dah 2 kali dah aku attend under PSUKM nie..the first time tue last 2 year kat Grand Season, KL. Tahun nie pulak buat dekat Hotel Crown Princess, ala yang dekat dengan Citi Square Centre dan Ampang Park tue. Bila ramai yang dah ambil seat masing-masing, depa pun start pasang muzik gamelan dan kombo (bukan kombo set KFC tue). Diikuti oleh tarian dan peragaan batik. Yang kelakarnya orang yang memperaga batik tue hanya ditrain 2 jam saja. So hangpa boleh imagine camner 'aksi cat walk' depa kat pentas. Boleh dikatakan pattern batik yang diperagakan tue sama jer, kalau pun ada kelainan sikit aje. Settle jer tue ada pulak persembahan nyanyian duet Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumi bersama wife dia. Siap dia jemput wife dia naik ke pentas. Time depa duet tue, wife dia nyanyi tak ikut tune. Kami kat belakang nie dah sengih-sengih dah. Agaknya dia tau kot apa lagi, siap cover giler kasi nyanyian dia kuat sket, so suara wife dia bagi tenggelam. Jadi tak le kedengaran sangat lari tune suara wife dia tue..hehe..Diikuti pulak nyanyian kumpulan Panca Sitara. Aku ingatkan depa jemput Panca Sitara yang betul tue, rupanya kumpulan tue terdiri dari Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari UKM. Amboi depa nyanyi sakan. They are the men in the house. Rasanya depa nie memang rajin karaoke dekat rumah ke launge ke. Rasanya kalau ada function macam nie memang akan ada slot karaoke nie. Sebab apa tau, time aku pergi ke seminar anjuran MPAJ dekat PD last few years, memang ada slot karaoke. Masing-masing tunjuk bakat nyanyi. Kami yang dekat belakang nie ada yang dah terkuap. Nak tergelak pun ada, tapi lantak ler, bukan selalu kan..hheee. Sambil tue waiter and waitress dah start buka menu kat atas meja. Sambil tengok persembahan tue sambil ler makan. Disebabkan meja kami nia dah ler kat belakang sekali, lepas tue pulak tersorok, so kami pun minta sorang budak waiter tue tolong alihkan kasi meja tue agak ke tengah. Memang lepas tue pandangan jelas ler, tapi still rasa tak best gak. Dalam dok berkira nak balik bilik ke tidak, tetiba depa announced penyanyi Adibah Noor naik ke pentas. Terus cancel balik ke bilik. Dia dendangkan lagu medley..diikuti lagi yang la nie dok berkumandang kat radio tue. Memang power suara dia secara live. Solute sama Adibah Noor. Boleh tahan jugak kelakar dia nie. Rupa-rupanya dia nie dulu x-student UKM. No wonder ler dia still kenal few of the staff there. Settle jer semua tue ada pulak penyampaian cenderamata. Abih time bersurai, kengkawan aku bergegas keluar sebab nak salam dengan Adibah Noor. Aku just follow depa dari belakang saja. Kengkawan aku nie jenis yang suka ambil gambar dengan artis ataupun yang seangkat dengannya. Aku pulak maleh bab-bab nie. Sekadar nak temankan tue bolehlah. Dah tiba nak balik ke bilik, aku dok tercari-cari jugak kawan aku dari KUITTHO dengan UKM. Nampak saja kawan aku dari KUITTHO tue, terus aku pergi dapatkan dia. Terkejut dia bila nampak aku. Terus kami berpelukan. Aku mula kenal akak nie nie time seminar dekat Grand Season last two years tue. Ada juga ler kami chat. Tak lama lepas tue aku ternampak pulak kawan aku yang dari UKM tue, aku pun cuit dia dari belakang. Dia memang tak berubaha walaupun dah ada anak sorang. Actually dia nie dulu senior aku dan kami pun serumah jugak time tue. But something had happened at that time yang buatkan aku akan ingat memori tue sampai bila. Dia tuduh aku ambil jam dia sedangkan dia dah tersilap letak. Aku ingat lagi time dia 'sembur' aku tue, few of my housemates ada situ. Malu sesangat waktu tue. Aku ditudah untuk perkara yang tak pernah aku lakukan. Alhamdulillah nasib menyebelahi aku waktu tue sebab dia terjumpa balik jam dia. Tak say sorry pun kt aku..tapi itu semua dah jadi memori dah. Hanya aku sorang jer yang ingat peristiwa tue, entah kan dia ingat ntah kan tidak. Aku pun tak tau. Sebab tue kalau ada kengkawan budak serumah yang ajak jumpa k ataupun pergi ke kenduri depa, aku jadi agak keberatan. Bukannya marah, tapi rasa malu dan rasa kecik hati tue masih ada lagi in me up to this moment. Kalau boleh tue memang aku tak nak langsung terserempak langsung dengan depa. Tapi dunie nie kecik kan, kot mana pun pergi sure kita akan jumpa jumpa, cuma lambat dengan cepat saja. Pi mai pi mai tang tue jugak ler. Memang aku nak tulis entry dari aku kecik sampai le aku masuk ke uitm, sampai le ke la nie, tapi masa tue membataskan...kt mana kita tadi..okey ler dalam tengah malam dah nie, aku nak tido. Esok aku akan ada jadual lebih padat lagi..papai..A'kum..

No comments: