Saturday, March 25, 2006

Salam takziah

Lepas Maghrib aku ajak bebudak umah aku gie dinner. Dalam dok tunggu depa bersiap,aku leh tengok cite kt tv lagi..lepas tue terus kami gerak ke tempat favourite aku tue. Tempat makan tue memang aku suka pergi makan situ dari aku mula pindah sampai ke la nie. Bagi aku tempat dia memang syok..okey masakan dia. Sampaikan kat menu tue pun depa boleh silap tulis. Contohnya 'Udang Besar' jadi 'Udang Besa', entah ler agaknya dari dok loghat kelantan tue dah terbawa2 sampai ke tulisan dalam menu. Selalunya kami sambil tunggu makanan sampai, sambil belek menu, sambil sengih2 pasal menu tue. Settle jer makan kami terus balik rumah. Rumah baru aku la nie sebelah tue bebudak bujang. Quite impress sebab depa nie bukan jenis yang suka buat bising; diam jer walaupun seramai mana pun kengkawan budak bujang tue datang. Rasanya depa nie budak Kelantan kot. Waktu mula2 pindah situ, bebudak bujang yang nyewa situ memang jenis tak tegur orang. Agaknya dia ngan kawan dia pun jenis yang pemalu, especially ngan pompuan kot. Sebabnya aku cakap cam tue bila time aku sampai rumah on time dan depa pun ada, saja jer aku toleh ke arah bebudak lelaki tue, tapi memang depa leka jer wat keje. Langsung tak tengok kat aku pun. Heheh.agaknya aku pun buat muka 'masam' jer..depa pun takut nak tegur. Bukannya aku tak mau tegur ke apa ker, tapi kang depa ingat aku ngan bebudak rumah gatal lak..malu beb! Tapi kawan depa yang selalu lepak situ dari hari pertama lagi kalau nampak jer kami terus say 'hi'. Konon nak tegur ler tue..hehe..aku no halnyer as long jaga ketertiban tue. Kalau nampak cam kurang ajar jer esok2 tue..memang akan ada yang kena
'smash' jer tue. Lagi satu kalau kat laman rumah depa tue memang bersih. Rumput tue memang sentiasa jer depa tebas ataupun dicangkul. Bukan macam laman rumah kami. Berselerak abih. Mana lagi ngan tong minyak yang tuan rumah lama tinggalkan, mana lagi dengan pasu yang pecah and so on. Rasa malu gak, tapi nanti ler bila ada masa lapang nanti akan dibersihkan laman tue. Payah2 sangat nanti, aku pinjam jer cangkul dari bebudak bujang tue..abih citer. Lagipun budak umah aku dah 'pecerah' sket dah lalang tue. Then jiran yang sebelah kanan aku pulak orang India, a married couple with no children. Aku tak pernah nampak rupa husband and wife tue. Kawan aku cakap wife dia tue fully housewife. Memang dia lepak umah jer. Kat area rumah aku tue kalau petang2 je sure ramai bebudak main kat luar tue..riuh gitu. Terasa lak aku cam suasana kat kampung. Selalunya aku jenguk bebudak tue main kot tingkap jer. Kalau nak bukak pintu gril tue memang time kalau nak keluar, aku akan keluar terus, cam nak keje ker mana ker.
Okey back to the main story yang aku nak tulih nie..
Tengah dok tengok tv, budak umah aku datang lepak kat bilik aku. Dia plan esok dia nak balik jenguh mak dia. Aku pun terfikir, alamatnya aku tinggal sorang lagi nie..Kawan aku nie walaupun budak islamic tapi she's really okey. Aktif dalam taekwondo. Tapi nampaknya minat tue dah tak boleh diteruskan sebab last year dia accident dan tengkuk dia problem. So la nie setakat jadi coach je. Dia cakap akak ngan abang ipar dia dah kat Pudu, on the way balik kampung. Dia rasa a bit frustrated jugak sebab depa balik tak inform dia. Jam 11.45 malam, dia dapat satu SMS. Terus dia tunjukkan kat kat. Akak dia cakap yang mak dia baru jer meninggal dunia. Terpana aku jap. Macam tak percaya jer. Memang aku tahu yang mak dia selama nie terlantar kat hospital. Sebelum nie selalu pegi buat homeodialisis. Dia terus keep on calling abang dia yang time tue kt Melaka. Sambil tue dia dapat sms dan phone call bertalu-talu. Dia decide nak balik malam tue jugak. So aku cakap dia time macam tue memang sure tak der bas dah. Lagipun komuter sampai pukul bape jer. Lepas tue pulak dari komuter nak sampai ke Pudu tue ambil masa dalam 2 jam. Terus dia start cari kereta sewa. Aku faham dia time tue memang dah tak tau nak buat apa dah. Dah tenggelam punca. Aku cakap kat dia kalau dia nak guna kereta aku tue memang tak der masalah tapi the next day tue aku ada something on. Dia pun cuba called kengkawan yang lain. Call punya call dia dah dapat satu kereta staf. Aku pun cakap kat dia lagi kalau dia and my officemate (2 orang budak lelaki) nak hantar dia malam tue jugak lepas tue terus balik ke Nilai, aku boleh temankan. Iyer la kan, tak kan dia nak balik ke sana sedangkan dia sorang jer pompuan. At the end, kami pun decide yang aku akan hantar dia balik ke kampung guna kereta aku jer. So kami bertiga saja jer; aku, dia ngan sorang lagi budak rumah. Tapi aku dah inform dia awal2 lagi yang aku akan hantar dia ke kampung lepas tue kami terus gerak balik ke Nilai. Kebetulan budak yang lagi sorang tue pun ada dinner sabtu malam tue. Dari Nilai kami gerak jam 2.00 pagi. She's insisted to drive. Aku dah memang mengantuk giler dah tue; kepala nie 'high' jer. Tapi aku pesan kat dia kalau mengantuk, cakap kat aku, biar aku pulak yang drive. Sepanjang perjalanan tue memang berhenti banyak tempat. Aku tahu kawan aku tue mengantuk dan nak sampai rumah cepat. Banyak kali jugak lah kami berhenti kan kawasan rehat. Last sekali kat Sungai Perak Sultan Azlan Shah. Solat Subuh kat situ. Dia cakap dia rasa menyesal sebab last dia jumpa arwah mak dia tue dia ada ter'marah' sket mak dia. Puncanya sebab that day dia nak hantar mak dia ke hospital untuk buat homodialisis, tapi mak dia tak nak pegi hospital. Beria-ia mak dia tak nak pergi. Tengah dok drive tue tetiba jer mak dia capai stereng yang dipegang oleh kawan aku dan pusing ke arah bertentangan. So apa lagi, terus jadi small accident. Itu yang dia marah kat mak dia tue. Tapi aku cuba keep her calm. Lagi pula bapa dia cakap nak kebumi pagi sebelum Zohor. Itu yang buatkan dia nak balik malam tue jugak. Sampai saja kami kat rumah dia jam 8.30 pagi. Bapak dia dah ada dah dekat depan rumah. Siap pakai baju melayu colour putih. Dari laman rumah tue dah ada dah beberapa kawan bapak dia duduk kt kerusi yang disediakan. Lepas dia salam dengan bapak dia terus masuk ke rumah. Kami pulak menyusul dari belakang. Nampak saja situasi depa dok menangi sayu rasa hati nie. Aku boleh bayangkan perasaan depa sekeluarga masa tue. Time aku salam dengan akak dia (masa stay kat rumah sewa lama, akak dia stay sekali, tapi dia baru saja kawin last 2 weeks so dia dah berpindah keluar), aku peluk dia untuk redakan sikit kesedihan dia. Erat dia peluk aku. So aku usap belakang dia, minta dia banyak-banyakkan bersabar. Dalam 15 minit, kami minta beransur balik dulu. Aku salam dengan akak sulung dia, and explained that kami hanya menghantar kawan aku tue saja dan tak boleh nak berlama-lama. Dekat bapak dia pun cakap yang sama gak. Aku perhatikan bapak dia cool jer. Agaknya mungkin dia pun rasa release kot sebab wife dia dah sakit for quite some time dah. Kalau dulu sakit macamana pun wife dia still on his side. Mesti dia rasa apa-apa pun dia akan keseorangan la nie. Kawan aku cakap selalunya kalau time nak makan, apa-apapun dia akan suap wife dia dulu. Itu tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi pada isteri tercinta. On the way balik tue, aku pun terpaksa stop dekat few kawasan rehat sebab mengantuk dan nak kena juga cuci muka gak kasi segar sikit. Aku ingat kalau budak umah aku yang lagi sorang tue memang tak ikut, for sure aku akan balik ke kampung aku jer. Then the next day tue baru i'll make my move. Plan aku tue leh di'adjust' masa dia. Time lalu kat susur Changkat Jering tue, aku jeling jer..nie kalau tahu dek mak aku yang aku dah lalu kat area tue tapi tak singgah walaupun sekejap, sure dia bising tue. But mom..i had my own reason..nanti ler aku balik..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik tue jalan tak jammed. Aku ikut jalan Batu Caves tue. Dari situ dah boleh nampak tak patung Buddha yang paling besar. Depa baru saja letak kat situ. Lepas nie tak tau apa lagi yang orang India nak wat kat situ lagi. Bila melepasi jalan MRR2 kt kawasan Pandan Indah, aku mula masuk lane ketiga. Memang aku bajet jarak kereta aku dengan kereta yang di depan tue agak jauh. Entah macamana, tetiba kereta yang di depan tue brek, dan aku pun tak semena-mena brek sehabis mungkin sampaikan tayar kereta berbunyi kuat! Aku dah tergamam dah. Aku bajet time tue nak elak in case dari langgar kereta kat depan aku tue. Nak kata aku mengantuk..tak jugak..tapi entah..really unexpected. Time tue ketar satu badan. Dah lah aku bawa anak orang. Alhamdulillah semuanya selamat. Sampai nilai dalam 3.15 petang. Lepas parking kereta, terus mandi. Segala baju yang aku pakai for that day, aku rendam. Apa yang mak aku penah cakap, lepas jenguk orang meninggal, terus basuh baju yang dipakai. Sebab diumpamakan time kita pergi ke rumah jenazah nie, darah bersemburan merata-rata. Wallahualam. But we are taking precaution, right? After solat, mata nie terasa segak pulak, puas dah aku pujuk mata nie suruh tidoq, tapi mata nie degil sungguh ler..so aku amik satu novel yang aku dah start baca, tak sampai 5 minit, terus aku terlelap. Itu pun tak sampai 1 jam. Malam tue dalam jam 11.00 malam, terus zzzzzzzzzzzzzz........

No comments: