Saturday, April 08, 2006

Hujan ribut

Ikutkan perancangan, aku nak balik kampung lepas Zohor, tapi entah ler camner tergerak hati nak gerak awal. Lagipun Abang nak kena pergi ko Johor, ada kerja yang nak diuruskan. Dia pun suggestkan aku balik awal jugak. So lepas hantar dia ke kedai, terus aku gerak balik. Alhamdulillah aku selamat sampai dalam 2.45 petang. Masuk saja rumah, anak sedara aku dah ada kt depan tv sambil dikelilingi dek Mama Andak ngan Pakchu dia. Wah..dah besar Harris. Hari nie genap dia 3 bulan tengok dunia. Time aku nak agah dia tue, dia terus diam. Adik aku pun cakap tadi dia galak jer 'berkayuh' kaki ngan sengih. Tapi bila aku nak agah, dia senyap saja. Agaknya mungkin sebab muka baru kot..itu yang dia pun agak konpius gitu...hehe..tak lama lepas tue barulah dia nak senyum. Memang aktif betul si Harris nie, tak duduk diam. Rupa-rupanya dia dah nak belajar meniarap..cuma time dia nak berkalih tue kena nak tengok gak ler..sebab risau kalau-kalau dia tak boleh nak angkat kepala. Baik betul, susah nak dengar suara dia menangis, kecuali kalau diapers dia basah, lapar atau mengantuk. Itu pun takat merengek jer ler..
Lepas Asar aku ajak Nor dengan Manje keluar sekejap beli barang dengan beli handphone. Time tue dah start hujan rintik-rintik. Lepas je dapat parking kami terus masuk ke pasar raya Fajar. Manje cakap nak beli baju dekat mak sebab minggu depan ada kenduri kt rumah jiran aku yang selang 5 buah rumah je tue. Lepas jer pilih dan bayar harga baju, kami turun ke bawah pulak bahagian barang-barang yang lain. Kami beli barang-barang rumah yang dah tak der. Sekali-sekala berhabis beli barang rumah apa salahnya, bukannya selalu. Itu saja yang termampu aku buat masa la nie. Minta sangat aku dimurahkan rezeki supaya aku boleh senangkan ibu bapa aku, amin..Bila aku pergi dekat kereta aku tengok yang dekat wiper cermin tue depa ada letak kompoun! Aduih, nie yang aku benci nie, memang dah betul ler aku letak coin ikut arrow yang diarahkan. Nie sure aku dah terletak coin untuk kereta sebelah. Cittt! Hampeh tul ler..sampai jer kt tepi jalan adik aku dah tunggu dah, so aku pun parking tepi dan diaorang pun masukkan barang-barang dalam kereta. Terus kami gerak. Aku tunjuk resit kompoun kt adik-adik aku. So depa pun cakap Isnin nie boleh bayar. Ada saja masalah. Sampai dekat kedai handset yang adik aku cakap boleh dapat h/phone dengan harga murah sket, dah start nak hujan lebat. Terus kami masuk dalam kedai tue. Mula tue aku nak ambil h/phone yang sama dengan adik aku, 1100. Lepas tue tengok h/phone 1110 cam sempoi lak. Deal punya deal at last dapat gak h/phone 1110 dengan harga RM200.00. Tapi cuma dapat charger jer ler. Okey ler tue..On the way balik dah start hujan ribut dah. Alhamdulillah we make it to the house.
Sebelum Maghrib tue Wan (ayah) dia tidokan Harris. Hujan ribut semakin kuat, tak berhenti. Kuat juga ler. Takut gak aku. Pintu depan yang kami tutup pun mak suruh buka biar angin masuk. Tue tak kena gaya tue alamatnya memang terbanglah bumbung rumah tue. Harris lak yang time tue dah nak tidur terus tak jadi. Agaknya dia takut kot dengan bunyi guruh. Tambah pulak rumah aku tak pasang siling. Tak lama lepas tue pulak black-out. Tapi sekejap je ler, sebab fius kt main tue 'tertendang'. Rupa-rupanya berita dah maklumkan hari jadi hujan ribut nie memang dijangkakan kat Perak, Seremban and few places more. Nasib baik lah aku sempat sampai awal, kalau tak, i just can't imagine i am stranded dekat tengah jalan dengan hujan lebat. Nauzubillah..

No comments: