Wednesday, April 26, 2006

Che Gu..Che Gee..

Dah masuk 2 hari dah aku start 'mengajar' dua orang kawan aku subject Shorthand, bukan tangan pendek tau..hehe..bukannya apa depa nie dulu dari SS14 so memang tak dak subject tue only Note Taking saja. Tapi cam aku yang ambil SS10 nie memang beruntung sebab waktu di last sem kami amik Shorthand dan Trengkas yang 80 p.s.m tue just ditransfer kredit dia saja. Maknya tak payah amik the same exam lagi bila masuk government servant. Kalau mana-mana s/u yang tak ada Shorthand dia kena ambil subjek tue sebagai salah satu syarat untuk confirm dalam perkhidmatan. Overall kawan-kawan aku nie memang jenis cepat catch gak ler..cuma nak kena bagi depa faham konsep Shorthand tue.
Bila bercerita pasal subjek Shorthand nie kan, teringat masa aku study dulu, aku extend satu paper Shorthand nie so dia drag ler sampai ke Part 5. Nie semua gara-gara sebab first introduction to this subjek nie aku memang tak faham langsung apa yang lecturer aku tue ajar, sebab aku langsung tak nampak gambaran sebenar Shorthand. Bila time exam, aku cakap kat hati aku memang aku akan fail subjek nie. Meantime time cuti semester, aku cuba belajar balik, aku tengok balik apa kesalahan aku, di mana silap aku and so on. Dapat result, memang sungguh pun aku fail. So bila aku di part 2, aku cuma sematkan dalam hati aku yang subjek Shorthand dan Trengkas nie satu mata pelajaran yang menarik. Since that day aku akan drill setiap 'stroke' yang aku dah belajar dalam kelas. Selalunya kalau kawan-kawan aku start buat 'dictation' dari walkman, aku akan join juga depa ambil dictation. Iyer ler time tue aku tak ada duit nak beli walkman, aku just tumpang jer dengan mana2 kawan aku yang ada walkman time tue. Nak minta duit dari mak ngan ayah time tue, rasa tak sampai hati. Aku fikir time tue biarlah aku susah sikit pun tak apalah. Dalam rumah aku tue hanya aku saja student yang ambil secreatrial course yang tak ada walkman. Tapi aku berlatih dari 'drilling' aku, aku belajar dengan kawan-kawan yang teror subjek tue. Meantime juga kalau aku dengar english song, ataupun tengok english movie, aku akan mula gerakkan tangan aku di awang-awang drill apa yang perbualan yang sempat aku ambil. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan juga tunjuk ajar dari kengkawan dan juga dari lecturer, aku berjaya naikkan prestasi subject tue dari F ke A! Memang aku bersyukur sangat time tue. Aku juga dah buktikan asalkan ada kesungguhan, susah ler macam mana pun kita boleh atas kesusahan. Dan aku juga dah buktikan juga walaupun aku tak ada kemudahan walkman and so on, but i did it. Sebab itulah time kengkawan aku minta aku ajar depa, aku cakap aku boleh ajar, cuma aku dah lama sangat tinggalkan subject tue. Aku pun dah cakap kat depa aku cuma boleh ajar setakat yang termampu saja. Aku juga bagi kata-kata positif kt depa, as long they set in their mind that this subject easy, then they will succeed, insya-ALLAH. Sebab aku nie bukannya pandai mengajar orang walau pun aku nie pernah mengajar..tapi itulah kenangan mengusik perasaan..erm...
-2 days teaching (story the incident of fail paper shorthand, kena extend 1 sem)
-

No comments: