Friday, September 29, 2006

Memaku tulang terpaku serpih, mengata orang...

Heheh..sehari dua nie mulut nie asyik nak berpantun saja. Pagi tadi bila aku terbaca dalam Utusan Malaysia pasal isu nie, aku rasakan apa yang aku nak cite dalam blog nie pun ada kaitan, kalaupun tak banyak, sikit ler.
..................................
Pelihara adab berpuasa semasa uzur
SESUAI dengan ketibaan Ramadan yang mulia, saya mengajak anda menghayati kisah dan teguran seorang lelaki bernama Amin yang menelefon dari Kota Tinggi, Johor.
Menurut Amin, sudah lama dia ingin bercerita tetapi terpaksa menunggu bulan Ramadan kerana kisah itu sesuai untuk disiarkan pada bulan ini.
Saya bertanya Amin kenapa mesti menunggu bulan Ramadan. Sambil tergelak, dia berkata, sebab ia sesuai untuk wanita.
Saya menjadi semakin tertanya-tanya. Apakah topik yang ingin disampaikan Amin.
“Kisah menarik. Topik wanita uzur (tidak boleh berpuasa) makan di surau pada bulan Ramadan,’’ kata Amin memulakan ceritanya.
Saya tergamam. Buat seketika saya terdiam. Malu pun ada. Tapi saya tahu, kalau tak kerana kisah ini menarik untuk dikongsi pembaca, pastinya Amin tidak akan bersusah payah menelefon saya.
Lalu saya meminta dia meneruskan ceritanya.
Kata Amin, dia ingin menegur sikap wanita uzur yang tidak berpuasa tetapi buat pesta makan-makan di surau pejabat.
“Wanita sekarang sudah tidak ada segan silu lagi apabila uzur dan tidak berpuasa. Mereka makan sesuka hati di tempat terbuka terutama di pejabat yang kakitangannya berbagai-bagai kaum.
“Saya sudah lima tahun memerhati senario ini. Tidak pernah berubah. Yang buat semua itu kawan-kawan kita juga. Tegur dikata kita nak tunjuk alim, tidak ditegur sudah semakin melampau.
“Saya juga tidak nafikan ada lelaki yang tidak berpuasa, tetapi mereka tidak makan di tempat terbuka, jauh sekali di pejabat. Mereka ada pot sendiri.
“Tapi masalahnya dengan wanita, mereka suka berhimpun di surau untuk makan-makan pada bulan Ramadan tanpa menyedari bau makanan itu boleh dihidu oleh orang lain.
“Paling saya sedih mereka sanggup menyuruh rakan-rakan yang bukan beragama Islam membeli makanan dan minuman untuk mereka.
“Kemudian bawa ke surau dan makan beramai-ramai. Biasanya satu kumpulan tiga orang. Sambil bersembang sambil makan, kemudian gelak ramai-ramai. Sesekali mereka melayan panggilan telefon atau membalas mesej SMS. Bayangkan Kak Nor,’’ kata Amin dengan penuh perasaan.
Menurut Amin, bukan niatnya menyinggung sesiapa. Ia sekadar teguran ikhlas supaya semua orang menghormati tempat ibadah.
“Saya tidak kata apabila mereka uzur dan tidak boleh berpuasa mereka tidak boleh makan, tapi bukan makan seperti yang saya sebutkan tadi. Sekurang-kurangnya mereka makan terlebih dahulu di rumah sebelum masuk pejabat.
“Ini bukan macam yang saya katakan tadi. Makan ikut suka hati di surau. Bau makanan menusuk hidung orang yang bersolat. Tidak cukup dengan itu, sisa makanan dibungkus dan dibuang ke dalam bakul sampah.
“Bayangkan surau berhawa dingin, tentunya bau itu boleh dihidu ke mana sahaja. Kan tidak manis. Daripada orang lelaki yang bersolat tidak tahu, jadi tahu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
“Saya tidak menuding jari menyalahkan sesiapa. Sekadar teguran telus bagi membina akhlak. saya juga ada anak isteri, anak perempuan, adik perempuan malah ibu pun masih ada. Saya harap wanita pelihara adab mereka pada bulan Ramadan ini. Elak daripada makan di surau.
“Tidak puasa kerana uzur tidak semestinya makan sampai kenyang, memadai dengan meminum seteguk air. Kalau nak makan juga makanlah di rumah, baru datang ke pejabat,’’ kata Amin.
Menurut Amin, setiap tahun dia menghadapi masalah yang sama di tempat kerjanya kerana sikap kakitangan wanita Islam yang tidak berpuasa makan di surau.
“Bayangkan Kak Nor, kita ini dok khusyuk sembahyang dan nak buat amal jariah lebih sikit pada bulan Ramadan, tiba-tiba hidung dicucuk bau kari dan sambal tumis yang meluap-luap.
“Khusyuk pun hilang, sebab dok tertanya-tanya, siapa pula yang tidak tahu adab makan di surau pada bulan baik ini.
“Nyata bau itu datangnya dari surau wanita yang hanya dipisahkan pemidang atau tirai. Bayangkan, macam mana nak buat. Saya berharap apabila teguran ini disiarkan, wanita yang termakan cili akan sedar dan menghentikan tindakan mereka,’’ tambah Amin serius.
Saya tidak berdaya untuk menokok tambah sebab memang betul apa yang dikatakan Amin. Sebelum ini ramai juga teman-teman bercerita perkara yang sama.
Tapi biasalah, banyak orang banyak ragam. Macam Amin kata, tidak boleh ditegur, nanti dikata lebih kuah daripada sudu. Berlagak alim. Kadangkala kita yang berumur ini tegur atas dasar orang tua. Orang muda perlu ditegur, tapi ada masa orang muda sekarang tidak boleh ditegur. Menjelingnya macam nak terkeluar biji mata. Selisih bahu pun menjeling.
“Tidak cukup dengan itu setelah kenyang perut, tidur pula melingkar macam ular sawa kekenyangan dan menyusahkan orang lain untuk bersolat. Itu belum masuk bab kirai kain dan tunjuk contoh kuih... pendek kata surau sudah bertukar menjadi pasar borong.
*Telefon bimbit
“Bunyi telefon bimbit tidak usah ceritalah... yang muda-muda pula tidak henti-henti melayani mesej SMS yang masuk, tit tet tit tet. Kita yang mendengar ini pula yang sakit telinga,’’ tambah Amin.
Saya masih terdiam. Memang mati akal dibuatnya. Lalu saya bertanya Amin tidakkah ada ahli jawatankuasa surau yang bertugas. Merekalah yang perlu ambil tindakan.
“Semua tidak berani Kak Nor. Macam saya katakan, takut dikata nak tunjuk alim,’’ katanya.
Lalu saya mengubah tajuk kepada orang lelaki yang tidak berpuasa.
“Saya tahu ada lelaki yang tidak berpuasa tetapi mereka tidak makan di pejabat. Tidak gunakan surau. Mereka cari tempat selamat yang memang sukar dikesan. Kalau kena cekup nasiblah. Tapi wanita suka lepak di surau,’’ tambahnya.
Tambah Amin, sepatutnya kaum wanita perlu tahu bahawa surau ialah tempat ibadah. Pada bulan baik ini, ada kawan-kawan yang hendak membaca al-Quran, bertadarus atau kuliah zuhur. Hormatilah mereka.
“Saya juga faham memang penat terutama bagi mereka yang bekerja keluar masuk ke pejabat. Letih terutama waktu tengah hari. Tapi macam yang kita tahu, bulan puasa ini bulan ujian. Tuhan menduga kita dengan pelbagai cara. Ini salah satu daripadanya, kita kena akur dan melaluinya dengan tabah.
“Saya harap teguran ini akan diterima baik oleh kaum sejenis Kak Nor. Pun begitu saya juga mengingatkan kaum sejenis saya supaya turut melakukan perkara yang sama. Kalau tidak berpuasa hormatilah orang lain yang berpuasa dan jangan menyalahgunakan rumah Allah.
“Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Nawaitu saya ikhlas menegur. Kerana saya pasti banyak surau pejabat mengalami keadaan ini tetapi tidak ada tindakan.
“Ramadan datang hanya setahun sekali. Itupun tiga puluh hari sahaja. Lakukannya dengan telus dan penuh tanggungjawab sebagai umat Islam. Selebihnya lipatgandakan ibadah agar kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih Kak Nor kerana sudi mendengar dan menyiarkan kisah yang telah lama saya pendamkan ini,’’ kata Amin sebelum meletakkan telefon.
Sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Amin, saya termenung seketika. Memang benar katanya. Perkara ini kalau tidak dibendung akan menjadi amalan. Tahun demi tahun perkara yang sama akan berulang. Sebab tidak ada orang menegur. Walaupun saya seorang wanita, saya turut berasa tempias teguran Amin, tetapi itulah hakikatnya. Ia realiti yang berlaku di depan mata.
Saya harap mereka yang terbaca ruangan ini dan pernah melakukannya, menghentikan perbuatan itu segera. Jaga adab dan maruah wanita khasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pelihara kemuliaan peribadi dan pekerti kaum Hawa yang sering disanjung.
Menutup kata, saya catatkan e-mel yang saya terima daripada seorang hamba Allah untuk tatapan kita bersama.
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian daripada diri,
saatnya istirehat dalam ‘perjalanan dunia’
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan ibadah puasa
bersama kita leburkan kekhilafan
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.a.w. dan yang buruk itu daripada saya hamba-Nya yang serba kekurangan.
Salam.
- NORMALA HAMZAH (kaknor@utusan.com.my)
.......................
Jadi apa yang aku nak kaitkan dengan cerita aku ialah, tengah hari tadi aku balik. Memang dah terbayang dah apa yang aku nak buat once i reached the house. Buka saja pintu, aku nampak budak rumah aku dah mengadap tv. Depa dah sampai rumah dulu. Kelu seketika bila depa tengah menjamu maggi goreng dengan air milo. Kebetulan pulak kami bertiga 'cuti' time nie. Staf yang dulu sama jabatan dengan aku meluru masuk ke bilik. Sementara lagi sorang tue selamba saja. Aku pun buat tak kisah. Sebabnya memang aku pun balik nak makan juga, koko crunch dengan susu. Dari Ramadhan tahun lepas lagi, kalau time aku uzur, aku balik makan. Tapi yang tak bestnya setiap kali aku balik bawa kawan aku yang kebetulan pun uzur jugak, time tue pun kawan aku balik. Terus masuk ke bilik, tutup pintu kuat-kuat. Mula-mula tue rasa segan jugak, tapi dah tak boleh puasa, baiklah aku makan..hahahha..lagipun aku bukannya makan dalam surau sampaikan boleh menaikkan aroma sekeliling. Aku makan kat rumah. Itulah 'pot' aku. First time terkantoi dengan budak rumah aku time aku dengan kawan aku tengah makan tue, aku dapat rasakan yang depa kurang senang dengan cara aku. Iyelah, bagi depa kalaupun tak boleh puasa, minum air pun dah memadai. Nie siap dengan maggie ler apa ler. Depa pun macam agak dingin dengan aku time tu, kononnya nak 'perang psikologi' di atas kesalahan aku tu.
Tapi bila depa pulak terkantoi, bila mana pemandangan yang dulu depa tak suka sangat, dinampakkan di depan mata aku, depa pulak rasa segan. Bagi aku no hal nyer. Itulah dulu dok kutuk-kutuk aku sangat sebab makan time aku tak boleh puasa. La nie depa pun sama juga. 2 kali 5 saja.
Moral of the story: Kalau dah tak boleh puasa dan rasa nak makan tue, go ahead saja. Tak payahlah tunjukkan muka yang jengkel tue depan aku..wakakakakakk..

No comments: