Thursday, September 28, 2006

Terkenang semasa dulu..zaman kecik-kecik

Sebenarnya sejak dari mula aku mula guna blogger lagi, memang aku nak mula buat entry nie, tapi ada saja perkara terhalang. But i will try my very best to write what's in my mind.
Aku diputerikan 27 tahun yang lalu. Anak sulung dari 6 beradik. Kami seri; pompuan; lelaki; lelaki; pompuan; pompuan dan lelaki. Jarak aku dengan adik pompuan aku 6 tahun. Sebab tue lah time kecik-kecik perangai aku macam lelaki sikit. Teringat lagi first time ayah ngan mak belikan aku rantai. Punyalah seronok sebab hanya aku saja yang boleh pakai rantai. Adik-adik lelaki time tue pandang tanpa memahami keadaan sebenar. Sampailah bila adik-adik pompuan aku ada dan bila mak dan ayah belikan barang kemas kat depa, aku mula memberontak. Aku rasakan time tue parents aku tak adil. Kalau adik-adik aku dibelikan rantai, aku nak mak ngan ayah aku belikan aku subang pulak. Biar lebih sikit dari depa..hehehe..

Mak cakap aku sejak dari lahir lagi memang kuat menangis. Dah jenuh berubat merata tempat, tapi aku dok menangis gak. Macam dalam cerita Ahmad Albab tue. Depa cakap aku kena sawan tangis. Entahlah betul ke tak. Kesian kat mak ngan ayah aku kan. Disebabkan aku yang tak berhenti menangis nie, depa tak cukup tidur. Mana lagi kena keluarkan duit untuk berubat so that aku akan sembuh dan tak nangis. Agaknya mungkin sebab tue kot aku dah tak boleh membesar. Kalau nak dibandingkan dengan adik-adik aku yang lain, depa lagi besaq dari aku.
Adik aku yang nombor 2 namanya Aylie. Mak cakap dia ni memang senang dijaga. Tak kuat meragam. Kalau orang tak nampak ada bersidai kain lampin di ampaian, depa sure tak tau kat umah aku ada budak kecik. Even sampai la ni pun adik aku jenis yang tak banyak cakap. Dia akan cakap perkara yang perlu saja.
Ayah aku nie jenis yang suka manjakan anak-anak dia. Ada sekali tue adik lelaki aku yang nombor 3, time tue umur dia dalam 2 ke tiga tahun. Ayah aku pun agah adik aku sambil angkat adik yang tengah bertelanjang bulat ke atas sikit. Ayah pulak dekatkan 'anu' adik aku ke mulut dia. Kononnya nak bergurau-gurau la tue.
"Aypon, kencing la..syyy..syy..syu...;' ujar ayah. Agaknya adik aku nie dah terbiasa dengar perkataan tue, apa lagi terus adik aku pancut kencing dalam mulut ayah. Terkejut ayah. Terus dia keluarkan balik isi 'toksid' yang adik aku dah masukkan dalam mulut dia. Hampeh betul adik aku. Sebab tue la bila dah besaq nie kuat melawan.
....................................................
Zaman aku kecik-kecik dulu kami tinggal di rumah kampung yang berkembar. Jadi kalau jiran sebelah rumah gelak ketawa, memang kami pun tumpang dengar juga lah. Rumah aku nie dikelilingi dek pokok manggis. Bila tiba musim berbuah dan time tue pulak hujan, aku, adik-adik aku dengan geng-geng yang lain akan keluar dari rumah sambil usung baldi besi (time tue payah sikit nak cari baldi plastik yang ada la nie) untuk kutip buah manggis yang gugur. Sambil tue kami pun tumpang la sekali mandi hujan. Siap cari rumah jiran yang ada hujung bumbungnya yang runcing, ala-ala shower gitu. Lepas sorang mandi di pancur tue, diikuti dek sorang lain. Sampailah semua dari kami dah mandi. Then only balik ke rumah masing-masing dengan menjinjing baldi yang dah penuh dengan buah manggis tue.
Kehidupan kami time tue nak dikatakan susah sangat tue, taklah. Cuma biasa-biasa saja. Walaupun macam tue, mak sentiasa akan memastikan aku dengan adik-adik aku terjaga dari segi pendidikan, walaupun mak dan ayah aku hanya bersekolah rendah sahaja. Tiap-tiap petang mak akan pastikan aku dan adik-adik lelaki aku dah mandi. Dah dipakaikan baju, dah bersikat rambut, dah berbedak. Lepas tue mak akan suapkan kami makan. Selalu jugak anak-anak jiran mengendeng minta mak aku suapkan jugak. Lagi la depa seronok. Macam tau saja time tue waktu kami adik-beradik makan, depa pun akan mai ke rumah aku. Waktu tue ingat seronok jer sebab ramai kawan yang makan sekali. Menu kesukaan aku ialah nasi panas yang dicampur dengan mentega ataupun nasi yang dah dicampur dengan minyak lauk yang digoreng. Perghhh..mahunya makan bertambah saja. Bila aku dah pandai makan sendiri, siap dalam pinggan tue aku buat nasi tue dalam 'jemput-jemput' kecil. Contohnya aku buat dalam 5 ke 6 'jemput-jemput'. Sambil makan tue sambil aku kira 'jemput-jempt' aku tue sampailah habis makan.
Ayah aku pulak time tue bertugas sebagai pemandu bas ekspress. Jadinya waktu balik tak menentu. Kadang-kadang balik petang. Time tue seronoklah sebab ayah akan bergurau senda dengan kami adik beradik. Bila ayah sampai waktu malam dan kami pun dah tidur time tue, dia tetap akan kejutkan kami bangun untuk makan makanan yang dia beli. Dia belikan mee gorenglah, apalah. Selalunya dia akan kasi kat aku tisu basah. Memang seronok tak dak dah time tue.

No comments: