Sunday, September 17, 2006

Salah Akukah?

Rasa sedih dan kecewa. Mengenangkan rasa hormat dan berfikiran waras yang buatkan aku masih boleh bertenang, sedangkan hati aku bergelodak kencang. Salah akukah jika aku kebetulan hanya ingin menolong? Tidak lebih dari itu apatah lagi nak melangkaui kerja mereka.
.................
Sesampainya aku di pejabat, terus aku masuk ke bilik bos dan aku dapati ada surat di bahagian tray keluar. Jadi aku pun ambil. Rupa-rupanya ada nota dari bos aku untuk salah seorang dari penyelaras untuk buat terjemahan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu. Aku serahkan pada salah seorang dari kerani di tempat aku untuk diserakan kepada penyelaras berkenaan. Bila aku ke kantin, aku terserempak dengan penyelaras dari Libya dan dia menyatakan bahawa selesai bersarapan, dia akan singgah untuk ambil artikel tue. Tak lama lepas tue dia pun masuk ke pejabat aku. Tapi kerani tue tak adalah pulak, jadi aku pergi ke tempat kerani tue dan ambil artikel tue dan serahkan kepada penyelaras. After look for a while, penyelaras tue memaklumkan bukan dia yang kena buat terjemahan tue tapi ada salah sorang dari pensyarah. Jadi aku pun tolong notekan apa yang penyelaras tue cakap supaya senang nanti kerani tue nak draf surat berkaitan. Kerani tue ada kat bilik sebelah rupanya. Kebetulan pulak penyelaras tue masih lagi ada dalam pejabat aku. Bila kerani tue tengok note tue, terus dia datang ke bilik aku.
"Akak, nape pensyarah nie yang kena buat terjemahan nie. Bukan pensyarah lain ker?" Tanyanya dengan nada yang tak best.
"Kalau nak tahu detail, kena tanya penyelaras tue. Akak hanya tolong ambil note saja," jawabku bersahaja. Malas nak layan karenah dia. Hati aku dah panas waktu tue.
"Akak nie main petik jer tulis nama pensyarah nie sedangkan bukan dia," ujarnya lagi dalam nada yang tak puas hati. Aku dah terdiam. Aikk..! Budak nie, ini dah lebih nie. Dia tahu hangin dia saja. Sesuka hati nak sound aku, tanpa tanya letak duduk perkara sebenar. Dia tau marah dia saja.
"Habih tue dah penyelaras tue mentionkan nama tue, akak tulihkan sajalah, manalah akak tahu. Lagipun penyelaras tue refer dalam buku buletin tue," ujarku membetulkan keadaan.
"Nanti kitaorang yang kena hentam dengan pensyarah," katanya terus berlalu. Amboi, bisanya ayat. Aku hanya tolong ambilkan note saja, itupun sebab aku nak menolong dia memudahkan kerja dia, tak lebih dari itu. Alih-alih aku kena sound untuk kesalahan yang aku tak buat. Memikirkan kalau aku lawan cakap memang ada potensi akan gaduh mulut, aku diamkan saja. Dalam hati tuhan saja yang tahu macam mana bergelodaknya hati aku nie. Macamana nie? Tak tolong salah, dah tolong kena marah pulak. Dalam hati aku dah siap berkata,
Kenapa tak tanya dulu? Kalaupun tak berpuas hati penyelaras tue dah ada di depan mata, kenapa tak tanya terus untuk further details? Kalau nak terus-terusan sound aku macam tue, memang tak tahan beb! Gua pun panas kalau macam nie.
Dalam jam 10.00 pagi, kerani tue tetiba panggil aku.
"Akak, jom kita pergi breakfast. Laparlah." Ada hati pulak nak ajak aku pergi breakfast dengan dia. Entahkan betul ke dia ajak ataupun dia dah rasa bersalah. Itulah time nak bercakap tue ikut sedap mulut saja. Dah terlepas cakap tue, barulah terhegeh-hegeh nak betulkan keadaan. Lepas tue langsung tak ada ucapkan kata maaf ke apa ker. Buat bodoh jer. Aku pun perkara yang sama juga lah.
"It's ok, ada keje sket nak buat nie," jawabku menolak baik perlawaan dia. Sedangkan dia terus-terusan mengajak aku. Alasan yang sama juga yang aku berikan, sampaikan dia fed-up. Geram aku. Lain kali aku tak akan ambil tahu dah hal dia ataupun yang berkaitan dengan kerja dia.
Moral of the story: belum tentu lagi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
..................
Family aku baru sampai dari kampung. The time i wrote this entry, they are in the house already. Insya-ALLAH after punch out, all of us will be on the way to PD. Tomorrow there will be the last day for Aypon's course.

No comments: