kadang-kadang kita menilai.. kadang-kadang kita dinilai.. tetapi sejauh mana penilaian kita, belum tentu sama dengan orang lain menilainya..
Wednesday, October 11, 2006
Puasa hari ke-19
Susulan
Tuesday, October 10, 2006
B2,D
Thursday, October 05, 2006
Popia goreng? kenapa aku? why?why?
Tuesday, October 03, 2006
Kisah Selipar Tercabut
Saturday, September 30, 2006
Lagi kisah orang tak posa di bulan Ramadhan
Friday, September 29, 2006
Memaku tulang terpaku serpih, mengata orang...
..................................
Pelihara adab berpuasa semasa uzur
SESUAI dengan ketibaan Ramadan yang mulia, saya mengajak anda menghayati kisah dan teguran seorang lelaki bernama Amin yang menelefon dari Kota Tinggi, Johor.
Menurut Amin, sudah lama dia ingin bercerita tetapi terpaksa menunggu bulan Ramadan kerana kisah itu sesuai untuk disiarkan pada bulan ini.
Saya bertanya Amin kenapa mesti menunggu bulan Ramadan. Sambil tergelak, dia berkata, sebab ia sesuai untuk wanita.
Saya menjadi semakin tertanya-tanya. Apakah topik yang ingin disampaikan Amin.
“Kisah menarik. Topik wanita uzur (tidak boleh berpuasa) makan di surau pada bulan Ramadan,’’ kata Amin memulakan ceritanya.
Saya tergamam. Buat seketika saya terdiam. Malu pun ada. Tapi saya tahu, kalau tak kerana kisah ini menarik untuk dikongsi pembaca, pastinya Amin tidak akan bersusah payah menelefon saya.
Lalu saya meminta dia meneruskan ceritanya.
Kata Amin, dia ingin menegur sikap wanita uzur yang tidak berpuasa tetapi buat pesta makan-makan di surau pejabat.
“Wanita sekarang sudah tidak ada segan silu lagi apabila uzur dan tidak berpuasa. Mereka makan sesuka hati di tempat terbuka terutama di pejabat yang kakitangannya berbagai-bagai kaum.
“Saya sudah lima tahun memerhati senario ini. Tidak pernah berubah. Yang buat semua itu kawan-kawan kita juga. Tegur dikata kita nak tunjuk alim, tidak ditegur sudah semakin melampau.
“Saya juga tidak nafikan ada lelaki yang tidak berpuasa, tetapi mereka tidak makan di tempat terbuka, jauh sekali di pejabat. Mereka ada pot sendiri.
“Tapi masalahnya dengan wanita, mereka suka berhimpun di surau untuk makan-makan pada bulan Ramadan tanpa menyedari bau makanan itu boleh dihidu oleh orang lain.
“Paling saya sedih mereka sanggup menyuruh rakan-rakan yang bukan beragama Islam membeli makanan dan minuman untuk mereka.
“Kemudian bawa ke surau dan makan beramai-ramai. Biasanya satu kumpulan tiga orang. Sambil bersembang sambil makan, kemudian gelak ramai-ramai. Sesekali mereka melayan panggilan telefon atau membalas mesej SMS. Bayangkan Kak Nor,’’ kata Amin dengan penuh perasaan.
Menurut Amin, bukan niatnya menyinggung sesiapa. Ia sekadar teguran ikhlas supaya semua orang menghormati tempat ibadah.
“Saya tidak kata apabila mereka uzur dan tidak boleh berpuasa mereka tidak boleh makan, tapi bukan makan seperti yang saya sebutkan tadi. Sekurang-kurangnya mereka makan terlebih dahulu di rumah sebelum masuk pejabat.
“Ini bukan macam yang saya katakan tadi. Makan ikut suka hati di surau. Bau makanan menusuk hidung orang yang bersolat. Tidak cukup dengan itu, sisa makanan dibungkus dan dibuang ke dalam bakul sampah.
“Bayangkan surau berhawa dingin, tentunya bau itu boleh dihidu ke mana sahaja. Kan tidak manis. Daripada orang lelaki yang bersolat tidak tahu, jadi tahu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
“Saya tidak menuding jari menyalahkan sesiapa. Sekadar teguran telus bagi membina akhlak. saya juga ada anak isteri, anak perempuan, adik perempuan malah ibu pun masih ada. Saya harap wanita pelihara adab mereka pada bulan Ramadan ini. Elak daripada makan di surau.
“Tidak puasa kerana uzur tidak semestinya makan sampai kenyang, memadai dengan meminum seteguk air. Kalau nak makan juga makanlah di rumah, baru datang ke pejabat,’’ kata Amin.
Menurut Amin, setiap tahun dia menghadapi masalah yang sama di tempat kerjanya kerana sikap kakitangan wanita Islam yang tidak berpuasa makan di surau.
“Bayangkan Kak Nor, kita ini dok khusyuk sembahyang dan nak buat amal jariah lebih sikit pada bulan Ramadan, tiba-tiba hidung dicucuk bau kari dan sambal tumis yang meluap-luap.
“Khusyuk pun hilang, sebab dok tertanya-tanya, siapa pula yang tidak tahu adab makan di surau pada bulan baik ini.
“Nyata bau itu datangnya dari surau wanita yang hanya dipisahkan pemidang atau tirai. Bayangkan, macam mana nak buat. Saya berharap apabila teguran ini disiarkan, wanita yang termakan cili akan sedar dan menghentikan tindakan mereka,’’ tambah Amin serius.
Saya tidak berdaya untuk menokok tambah sebab memang betul apa yang dikatakan Amin. Sebelum ini ramai juga teman-teman bercerita perkara yang sama.
Tapi biasalah, banyak orang banyak ragam. Macam Amin kata, tidak boleh ditegur, nanti dikata lebih kuah daripada sudu. Berlagak alim. Kadangkala kita yang berumur ini tegur atas dasar orang tua. Orang muda perlu ditegur, tapi ada masa orang muda sekarang tidak boleh ditegur. Menjelingnya macam nak terkeluar biji mata. Selisih bahu pun menjeling.
“Tidak cukup dengan itu setelah kenyang perut, tidur pula melingkar macam ular sawa kekenyangan dan menyusahkan orang lain untuk bersolat. Itu belum masuk bab kirai kain dan tunjuk contoh kuih... pendek kata surau sudah bertukar menjadi pasar borong.
*Telefon bimbit
“Bunyi telefon bimbit tidak usah ceritalah... yang muda-muda pula tidak henti-henti melayani mesej SMS yang masuk, tit tet tit tet. Kita yang mendengar ini pula yang sakit telinga,’’ tambah Amin.
Saya masih terdiam. Memang mati akal dibuatnya. Lalu saya bertanya Amin tidakkah ada ahli jawatankuasa surau yang bertugas. Merekalah yang perlu ambil tindakan.
“Semua tidak berani Kak Nor. Macam saya katakan, takut dikata nak tunjuk alim,’’ katanya.
Lalu saya mengubah tajuk kepada orang lelaki yang tidak berpuasa.
“Saya tahu ada lelaki yang tidak berpuasa tetapi mereka tidak makan di pejabat. Tidak gunakan surau. Mereka cari tempat selamat yang memang sukar dikesan. Kalau kena cekup nasiblah. Tapi wanita suka lepak di surau,’’ tambahnya.
Tambah Amin, sepatutnya kaum wanita perlu tahu bahawa surau ialah tempat ibadah. Pada bulan baik ini, ada kawan-kawan yang hendak membaca al-Quran, bertadarus atau kuliah zuhur. Hormatilah mereka.
“Saya juga faham memang penat terutama bagi mereka yang bekerja keluar masuk ke pejabat. Letih terutama waktu tengah hari. Tapi macam yang kita tahu, bulan puasa ini bulan ujian. Tuhan menduga kita dengan pelbagai cara. Ini salah satu daripadanya, kita kena akur dan melaluinya dengan tabah.
“Saya harap teguran ini akan diterima baik oleh kaum sejenis Kak Nor. Pun begitu saya juga mengingatkan kaum sejenis saya supaya turut melakukan perkara yang sama. Kalau tidak berpuasa hormatilah orang lain yang berpuasa dan jangan menyalahgunakan rumah Allah.
“Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Nawaitu saya ikhlas menegur. Kerana saya pasti banyak surau pejabat mengalami keadaan ini tetapi tidak ada tindakan.
“Ramadan datang hanya setahun sekali. Itupun tiga puluh hari sahaja. Lakukannya dengan telus dan penuh tanggungjawab sebagai umat Islam. Selebihnya lipatgandakan ibadah agar kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih Kak Nor kerana sudi mendengar dan menyiarkan kisah yang telah lama saya pendamkan ini,’’ kata Amin sebelum meletakkan telefon.
Sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Amin, saya termenung seketika. Memang benar katanya. Perkara ini kalau tidak dibendung akan menjadi amalan. Tahun demi tahun perkara yang sama akan berulang. Sebab tidak ada orang menegur. Walaupun saya seorang wanita, saya turut berasa tempias teguran Amin, tetapi itulah hakikatnya. Ia realiti yang berlaku di depan mata.
Saya harap mereka yang terbaca ruangan ini dan pernah melakukannya, menghentikan perbuatan itu segera. Jaga adab dan maruah wanita khasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pelihara kemuliaan peribadi dan pekerti kaum Hawa yang sering disanjung.
Menutup kata, saya catatkan e-mel yang saya terima daripada seorang hamba Allah untuk tatapan kita bersama.
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian daripada diri,
saatnya istirehat dalam ‘perjalanan dunia’
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan ibadah puasa
bersama kita leburkan kekhilafan
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.a.w. dan yang buruk itu daripada saya hamba-Nya yang serba kekurangan.
Salam.
- NORMALA HAMZAH (kaknor@utusan.com.my)
.......................
Thursday, September 28, 2006
Terkenang semasa dulu..zaman kecik-kecik
Aku diputerikan 27 tahun yang lalu. Anak sulung dari 6 beradik. Kami seri; pompuan; lelaki; lelaki; pompuan; pompuan dan lelaki. Jarak aku dengan adik pompuan aku 6 tahun. Sebab tue lah time kecik-kecik perangai aku macam lelaki sikit. Teringat lagi first time ayah ngan mak belikan aku rantai. Punyalah seronok sebab hanya aku saja yang boleh pakai rantai. Adik-adik lelaki time tue pandang tanpa memahami keadaan sebenar. Sampailah bila adik-adik pompuan aku ada dan bila mak dan ayah belikan barang kemas kat depa, aku mula memberontak. Aku rasakan time tue parents aku tak adil. Kalau adik-adik aku dibelikan rantai, aku nak mak ngan ayah aku belikan aku subang pulak. Biar lebih sikit dari depa..hehehe..
Mak cakap aku sejak dari lahir lagi memang kuat menangis. Dah jenuh berubat merata tempat, tapi aku dok menangis gak. Macam dalam cerita Ahmad Albab tue. Depa cakap aku kena sawan tangis. Entahlah betul ke tak. Kesian kat mak ngan ayah aku kan. Disebabkan aku yang tak berhenti menangis nie, depa tak cukup tidur. Mana lagi kena keluarkan duit untuk berubat so that aku akan sembuh dan tak nangis. Agaknya mungkin sebab tue kot aku dah tak boleh membesar. Kalau nak dibandingkan dengan adik-adik aku yang lain, depa lagi besaq dari aku.
Adik aku yang nombor 2 namanya Aylie. Mak cakap dia ni memang senang dijaga. Tak kuat meragam. Kalau orang tak nampak ada bersidai kain lampin di ampaian, depa sure tak tau kat umah aku ada budak kecik. Even sampai la ni pun adik aku jenis yang tak banyak cakap. Dia akan cakap perkara yang perlu saja.
Ayah aku nie jenis yang suka manjakan anak-anak dia. Ada sekali tue adik lelaki aku yang nombor 3, time tue umur dia dalam 2 ke tiga tahun. Ayah aku pun agah adik aku sambil angkat adik yang tengah bertelanjang bulat ke atas sikit. Ayah pulak dekatkan 'anu' adik aku ke mulut dia. Kononnya nak bergurau-gurau la tue.
"Aypon, kencing la..syyy..syy..syu...;' ujar ayah. Agaknya adik aku nie dah terbiasa dengar perkataan tue, apa lagi terus adik aku pancut kencing dalam mulut ayah. Terkejut ayah. Terus dia keluarkan balik isi 'toksid' yang adik aku dah masukkan dalam mulut dia. Hampeh betul adik aku. Sebab tue la bila dah besaq nie kuat melawan.
....................................................
Zaman aku kecik-kecik dulu kami tinggal di rumah kampung yang berkembar. Jadi kalau jiran sebelah rumah gelak ketawa, memang kami pun tumpang dengar juga lah. Rumah aku nie dikelilingi dek pokok manggis. Bila tiba musim berbuah dan time tue pulak hujan, aku, adik-adik aku dengan geng-geng yang lain akan keluar dari rumah sambil usung baldi besi (time tue payah sikit nak cari baldi plastik yang ada la nie) untuk kutip buah manggis yang gugur. Sambil tue kami pun tumpang la sekali mandi hujan. Siap cari rumah jiran yang ada hujung bumbungnya yang runcing, ala-ala shower gitu. Lepas sorang mandi di pancur tue, diikuti dek sorang lain. Sampailah semua dari kami dah mandi. Then only balik ke rumah masing-masing dengan menjinjing baldi yang dah penuh dengan buah manggis tue.
Kehidupan kami time tue nak dikatakan susah sangat tue, taklah. Cuma biasa-biasa saja. Walaupun macam tue, mak sentiasa akan memastikan aku dengan adik-adik aku terjaga dari segi pendidikan, walaupun mak dan ayah aku hanya bersekolah rendah sahaja. Tiap-tiap petang mak akan pastikan aku dan adik-adik lelaki aku dah mandi. Dah dipakaikan baju, dah bersikat rambut, dah berbedak. Lepas tue mak akan suapkan kami makan. Selalu jugak anak-anak jiran mengendeng minta mak aku suapkan jugak. Lagi la depa seronok. Macam tau saja time tue waktu kami adik-beradik makan, depa pun akan mai ke rumah aku. Waktu tue ingat seronok jer sebab ramai kawan yang makan sekali. Menu kesukaan aku ialah nasi panas yang dicampur dengan mentega ataupun nasi yang dah dicampur dengan minyak lauk yang digoreng. Perghhh..mahunya makan bertambah saja. Bila aku dah pandai makan sendiri, siap dalam pinggan tue aku buat nasi tue dalam 'jemput-jemput' kecil. Contohnya aku buat dalam 5 ke 6 'jemput-jemput'. Sambil makan tue sambil aku kira 'jemput-jempt' aku tue sampailah habis makan.
Ayah aku pulak time tue bertugas sebagai pemandu bas ekspress. Jadinya waktu balik tak menentu. Kadang-kadang balik petang. Time tue seronoklah sebab ayah akan bergurau senda dengan kami adik beradik. Bila ayah sampai waktu malam dan kami pun dah tidur time tue, dia tetap akan kejutkan kami bangun untuk makan makanan yang dia beli. Dia belikan mee gorenglah, apalah. Selalunya dia akan kasi kat aku tisu basah. Memang seronok tak dak dah time tue.
Friday, September 22, 2006
Corat-coret
Thursday, September 21, 2006
Should or Shouldn't I?
"Akak, saya nak minta favour sikit boleh tak?". Tanyanya dengan nada mengharap.
"Favour apa tue dik?". Tanyaku sambil tangan lincah menaip. Apa lagi lah pulak yang dia nak nie, rungutku.
"Nak minta akak bawa saya ke pejabat pos, dalam jam 3.00 petang,"ujarnya. Oooo..gitu citenya. Patutnya cakap bebaik je ngan aku. Baik ada makna rupanya.
"Tak berani janjilah dik, sebab ada keje berkaitan dengan Prof yang kena disiapkan nie. If by that time free, bolehlah kita ke sana jap,"jawabku.
"Banyak sangat ke keje kak?" tanyanya lagi dengan nada inginkan kepastian dan keputusan.
"Banyak tue taklah juga tapi ada few files yang akak kena compile untuk rujukan Prof nie." Dah jadi macam nie baru nak minta pertolongan aku. Kenapa dia tak minta pertolongan kerani lelaki yang ngam dengan dia tue? Kerani lelaki tue ada kereta juga. Kenapa bila time susah macam nie, muka aku nie juga yang dia nampak? That day buta-buat saja aku kena sound dek perkara yang aku tak buat. Tetiba hari nie bersikap baik pulak.
Menjelang lepas rehat tue, aku pun masuk ke pejabat seperti biasa dan aku buat tak tahu saja. Aku nak tengok reaksi dia sama ada dia masih minta favour tue ke apa ker, tapi sampailah aku balik, dia pun buat tak tahu saja.
Kalau pembaca entry nie ingat aku nie bersikap jahat ke apa ker, go ahead. I don't mind. Think whatever you want to think. I don't give a damm. Pantang bagi aku kalau aku dimarah atas sebab yang aku tak lakukan, dan aku tak diberi peluang untuk terangkan keadaan sebenar.
Question:
Kalaulah hangpa kat tempat aku, apa yang akan hangpa buat? Buat bodoh? hahaha...
Sunday, September 17, 2006
Salah Akukah?
.................
Sesampainya aku di pejabat, terus aku masuk ke bilik bos dan aku dapati ada surat di bahagian tray keluar. Jadi aku pun ambil. Rupa-rupanya ada nota dari bos aku untuk salah seorang dari penyelaras untuk buat terjemahan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu. Aku serahkan pada salah seorang dari kerani di tempat aku untuk diserakan kepada penyelaras berkenaan. Bila aku ke kantin, aku terserempak dengan penyelaras dari Libya dan dia menyatakan bahawa selesai bersarapan, dia akan singgah untuk ambil artikel tue. Tak lama lepas tue dia pun masuk ke pejabat aku. Tapi kerani tue tak adalah pulak, jadi aku pergi ke tempat kerani tue dan ambil artikel tue dan serahkan kepada penyelaras. After look for a while, penyelaras tue memaklumkan bukan dia yang kena buat terjemahan tue tapi ada salah sorang dari pensyarah. Jadi aku pun tolong notekan apa yang penyelaras tue cakap supaya senang nanti kerani tue nak draf surat berkaitan. Kerani tue ada kat bilik sebelah rupanya. Kebetulan pulak penyelaras tue masih lagi ada dalam pejabat aku. Bila kerani tue tengok note tue, terus dia datang ke bilik aku.
Wednesday, September 13, 2006
Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II-hari pertama
(Ini adalah sebahagian peserta, termasuk dengan urusetia yang sedang bertungkus-lumus menjayakan bengkel nie. Sebelah kiri yang bercermin mata tue, my first x-bos. Dia pun pada mulanya macam tak mahu tegur aku, tapi bila aku memulakan dulu, dia pun okey...entahlah apa yang bermain dalam fikiran dia, tapi aku tahu apa yang dia dah buat pada aku yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi aku, mungkin juga salah aku..)
Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II-hari pertama
(Ini adalah sebahagian peserta, termasuk dengan urusetia yang sedang bertungkus-lumus menjayakan bengkel nie. Sebelah kiri yang bercermin mata tue, my first x-bos. Dia pun pada mulanya macam tak mahu tegur aku, tapi bila aku memulakan dulu, dia pun okey...entahlah apa yang bermain dalam fikiran dia, tapi aku tahu apa yang dia dah buat pada aku yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi aku, mungkin juga salah aku..)
Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II
Dalam sibuk menyiapkan peralatan untuk ke bengkel tue, rupa-rupanya ada seperkara yang dah terlepas pandang. Cepat-cepat salah sorang kerani aku dengan sorang lagi PAR bergegas siapkan tentatif program. Sebaik saja kami sampai ke asrama, bas pun dah lama menunggu kami. Even beberapa pensyarah dengan keluarga masing-masing pun dah menunggu. Officer aku pun dah ada situ. Katanya dia kena sampai dulu ke asrama. Ada kerja sikit, entah lah. Aku pun tak berminat nak ambil tahu. Waktu kitaorang sibuk masukkan barang-barang dalam bas pun dia tak berapa nak menolong sangat. Hanya menyambut barang dari dalam bas saja. Rasanya kalau aku sengaja tak menghulurkan barang-barang pada dia, sahlah memang dia langsung tak buat apa-apa. Berat kederat betul. Ingat dia pegawai nak goyang kaki saja. Tak faham aku dengan orang-orang yang spesis macam nie. Agaknya kalau angkat barang jatuh prestige depa kot. Piiirrrraaaaaaaaaa!
Kami tiba di lobi hotel jam 8.45 malam. Itupun jenuh memusing merata-rata tempat. Mana lagi dengan sesat, dan tersilap masuk jalan. Sampai saja sana, aku dah tergamam dah. Betul ke hotel nie? Erm..betul la tue..dah tertera tulisan di situ. Tapi kalau dari jauh agak sukar untuk cam sebab berdekatan dengan hotel tue ada few apartments yang agak tinggi dari hotel tue. Cam hotel bajet jer..hopefully bos aku berpuas hati.
Lepas saja makan malam, terus check in. Aku kebetulan sebilik dengan officer tue. Erm..lantaklah..nasib baiklah ada saperate bed, kalau tak..erm..jenuh la time tidur nanti aku asyik terpeluk dia saja..haha..jam 10.00 malam, mata nie dah mula mengantuk yang memang tahap tak boleh ditahan dah. Terus aku masuk tidur, tinggalkan officer tue sorang-sorang menonton tv.
Monday, September 11, 2006
Lawatan dari Mufti Wilayah Persekutuan
(Ini adalah sesi bergambar di lobi sebelum warga dari Mufti Wilayah pulang)
Sampai saja ke pejabat, aku serta kawan-kawan sepejabat yang lain sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut kedatangan warga kerja dari Mufti Wilayah Persekutuan. Ikutkan perancangan, diaorang akan sampai dalam jam 10.00 pagi. Tapi entahlah macam mana, jam 9.30 pagi aku dimaklumkan oleh bos aku yang Mufti dah sampai dah. Kelam-kabut kitaorang dibuatnya. Siap bos aku minta penyelaras yang lain tiba lebih awal dari jangkaan sebenar. Alhamdulillah, penyelaras nie semuanya akur dan tak banyak mulut. Rupa-rupanya warga kerja dari jabatan mufti nie datang dengan 3 buah kenderaan. Lama juga agenda ni berjalan. Aku pulak bila dah separuh dari agenda tue berlangsung, terus bergegas pergi ke bilik jamuan. Rupa-rupanya brother yang hantar makanan tue baru sampai. Terkocoh-kacah dia siapkan hidangan di atas meja. Apa lagi, aku dengan sorang lagi staf kat jabatan aku terus tolong brother tue. Tak lama lepas tue, bos aku bawa mufti tue ke bilik jamuan. Terkejut bos aku bila tengok menu kitaorang hanya nasi hujan panas dengan kuah dalca saja. Tergamam dia seketika. Aku yang dah tengok riak muka dia semacam terus minta sorang officer dengan sorang lagi staf temankan aku amik lauk tambahan. Penolong Pendafta aku pulak buat bodoh saja, seolah-olah dia tak tahu keadaan sebenar. Langsung tak tunjukkan muka bersalah. Geram aku, kalau macam tue baik aku saja jadi Penolong Pendaftar. Hahhaa...memanglah bukan dia yang uruskan, sebaliknya kerani bawahan dia, tapi dia sebagai ketua kepada kerani-kerani tue kenalah tengokkan sama. Takkan perkara sekecil tue aku nak kena ajar juga kan? Sambil-sambil diaorang makan tue, sempat juga aku terdengar perbualan bos aku dengan mufti tue. Sebenarnya jabatan aku dalam perancangan untuk membuat Seminar Manhaj pada penghujung Disember nie. Jadi dalam mesyuarat terdahulu, kami dah buat keputusan untuk mencari penaja bersama. Mufti Wilayah ni salah satu dari target kitaorang. Alhamdulillah tadi dalam bilik mesyuarat aku sempat selitkan nota kecil kepada bos aku sebagai reminder untuk perbualan dengan mufti tue. And he did. Later on bila aku minta kepastian mengenai lawatan dari mufti nie, bos aku cakap memang dikatakan berjaya. Cuma aku rasa yang buatkan dia rasa terkilan bila tiba bab menu. Aku faham dia agak kelam-kabut sebelum ketibaan mufti tue lagi. Bos aku nie mementingkan ketelitian, kekemasan dan kepuasan. Itulah bila tiba menu yang agak kurang, berubah riak muka. Bukannya dia menjaga prestige dia, tapi dia mewakili keseluruhan jabatan aku.
Saturday, September 02, 2006
Massage
Thursday, August 31, 2006
Aduhai rambutku..
Tuesday, August 29, 2006
Jeng..jeng..jeng..
Monday, August 28, 2006
Cable Car
Kawan aku jemput aku jam 7.30 pagi. We are having breakfast then only gerak ke sana. Disebabkan tak nak lambat, kawan aku nie pun rempit selaju mungkin..hehe..tapi still in safety wise. On the way, dari sebelah kiri ada sebuah kereta Merc dah naik ke pembahagi jalan. Tak tahulah punca sampaikan keadaan kereta macam tue. Sampai saja di sana, staf pun tak sampai lagi. Iyelah, kami sampai jam 8.25 pagi, sedangkan service dibuka jam 8.50 pagi...hehe..biar cepat asalkan selamat. Settle saja service kami terus gerak balik.
Isy..mata nie, tadi dalam dok menunggu service tue siap, asyik terkuap saja. Tapi sampai saja di rumah dan kepala pun dah letak atas bantal, cerah pulak bijik mata nie. Ditambah pulak, ada satu cerita tamil nie yang aku suka tengok kalau jalan cerita tue lain dari yang lain. Weh! Aku bukan fanatik cerita Tamil tau, tapi ada certain ceritanya yang membawa plot yang berbeza, even dalam cerita Melayu. Habis cerita tue, aku layan pulak siri Nona. Then only Abang called. Bersiap apa-apa yang patut, aku terus pergi jumpa Abang.
Entahlah apa mimpinya, dia cadangkan kami jalan-jalan ke Genting Highlands. Sebelum nie bila diajak, dia tak berkesempatan, tapi hari nie dia agak lapang sikit. Tapi yang tak bestnya aku kena memandu, dia pulak duduk di sebelah. Hehe..aku nak juga merasa duduk di sebelah, tapi dia bagi alasan supaya aku akan lebih pandai dengan corak pemanduan. Hisy..biar benar, jalan nak naik ke Genting Highlands nie bukannya boleh dibuat main-main. Macam aku nie yang baru saja setahun drive, walaupun dah bertahun ada lesen kereta, tentulah rasa takut sebab jalannya berpusing-pusing. Abang pulak minta aku drive dalam keadaan steady as long i am in my own lane. Nak tak nak, kena jugaklah.
We decided to take cable car. Aku pun memang tak pernah naik cable car nie. Bila saja cable car tue mula bergerak, aku dah rasa gerun dan 'seriau'. Aku pejamkan mata nie sambil pegang DADA, bukan BUAH DADA tau! Hehe..Apa taknya bila pandang bawah, terasa sayup saja.
"You nak tahu tak, kalaulah cable car nie jatuh ke bawah, erm..sure mati nie." Ujar Abang. Isy..mamat nie memang tak sayang mulutlah. Tapi sempat jugaklah aku perhatikan cable car nie umpama di'klip' pada batang besi. So the way it runs it that is use electricity. Kalaulah tiba-tiba bekalan elektrik terputus, dah tentu cable car nie akan berhenti macam tue saja.
"Whatever you want to say, after we reach the place, okey. But not inside the cabel car." jawabku. Hangin betul aku. Nasib baik boyfriend aku. Kalau tak, ada yang nak merasa tapak kasut kat muka..haha.Kalau lah aku tahu begini rasanya naik cabel car, aku lebih rela drive sampai ke atas. Rasa menyesal pulak ikut cadangan si mamat nie. Bila cable car tue dah naik sampai ke atas, berkabus dan tak nampak apa-apa. Sampai saja di sebelah sana,
"This is the first and the last kita naik cable nie, after this no more, i tak nak dah," komenku. Dia senyum saja. Di sana kami menyusuri tempat-tempat yang menjual pelbagai barangan. Majority chinese. Mostly they come to gambling. Abang cakap lagi normally people yang pergi gambiling nie dalam keadaan mabuk. Sesiapa pun yang masuk sure akan keluar dari kasino tue dengan tangan kosong though they have win first. Dah puas berjalan, kami makan bufet, then only bergerak balik.
Wednesday, August 23, 2006
Pertemuan Rektor bersama Setiausaha
(Ini adalah sesi bergambar bersama Rektor selepas tamatnya sesi soal jawab. S/u baru bersama dengan s/u yang sedia ada)
Nasib baiklah bilik mesyuarat yang ditempah boleh memuatkan semua setiausaha. Kalau diperhatikan, setiausaha badge baru nie ala-ala 'kerek' sket. Stok perasan cun gitu. Bagi aku senang saja. As long depa tak kacau aku, itu dah cukup baik dah.
Ini adalah beberapa catatan yang sempat aku ambil dari ucapan Rektor:
a.) Pertukaran akan dibuat setiap 3 tahun, kecuali di tempat-tempat kritikal mungkin pertukaran agak sukar. Ini kerana orang luar yang selalu deal dengan seseorang s/u dah rasa biasa dan senang berkomunikasi dengan s/u tue.
b.) S/U kena nilai keutamaan terlebih dahulu. Apa-apapun kena utamakan kerja bos.
c.) S/U umpama 'tangan kanan' bos.
d.) Menjaga kerahsiaan kerja
e.) Ketepatan dalam sesuatu perkara. Bos mestilah diberikan info yang tepat update info terkini.
f.) Ketepatan memberikan surat kepada bos. Dari segi draf surat tue, make sure tak ada error mistake ataupun kesilapan kecil. Periksa betul-betul. Jangan main hentam keromo je.
g.) Surat tak boleh lebih dari 3 hari berada di atas meja bos. Melainkan kalau dia pergi ke seminar ke apa ker. Ataupun bercuti ke.
h.) Separuh kejayaan bos berada di tangan S/U.
i.) Pengetahuan, keterampilan mestilah dipertingkatkan.
Pertemuan Rektor bersama Setiausaha
Nasib baiklah bilik mesyuarat yang ditempah boleh memuatkan semua setiausaha. Kalau diperhatikan, setiausaha badge baru nie ala-ala 'kerek' sket. Stok perasan cun gitu. Bagi aku senang saja. As long depa tak kacau aku, itu dah cukup baik dah.
Ini adalah beberapa catatan yang sempat aku ambil dari ucapan Rektor:
a.) Pertukaran akan dibuat setiap 3 tahun, kecuali di tempat-tempat kritikal mungkin pertukaran agak sukar. Ini kerana orang luar yang selalu deal dengan seseorang s/u dah rasa biasa dan senang berkomunikasi dengan s/u tue.
b.) S/U kena nilai keutamaan terlebih dahulu. Apa-apapun kena utamakan kerja bos.
c.) S/U umpama 'tangan kanan' bos.
d.) Menjaga kerahsiaan kerja
e.) Ketepatan dalam sesuatu perkara. Bos mestilah diberikan info yang tepat update info terkini.
f.) Ketepatan memberikan surat kepada bos. Dari segi draf surat tue, make sure tak ada error mistake ataupun kesilapan kecil. Periksa betul-betul. Jangan main hentam keromo je.
g.) Surat tak boleh lebih dari 3 hari berada di atas meja bos. Melainkan kalau dia pergi ke seminar ke apa ker. Ataupun bercuti ke.
h.) Separuh kejayaan bos berada di tangan S/U.
i.) Pengetahuan, keterampilan mestilah dipertingkatkan.
Tuesday, August 22, 2006
Ampunkan aku ibu..
Saturday, August 19, 2006
Final Decision
Thursday, August 17, 2006
Perbarisan Kemerdekaan
(kat sebelah tue gambar selepas habis perbarisan...)
Aduih, dah habih tulis tetiba aku terdelete lak..aduih..sabar je la. Pagi nie ada perbarisan kemerdekaan ke-49 peringkat universiti. Suppose jam 7.30 pagi dah kena ada di tempat perbarisan dah, tapi itulah dia, janji melayu. Macam department aku nie gabung dengan tiga jabatan lain, so kami dah buat kemeja ala-ala Formula 1 tue. Tengah dok sembang dengan kengkawan aku, tetiba salah sorang pegawai from my previous department tegur aku.
"Su, dah tak join department kitaorang dah ker?" Aku kurang pasti sama ada pertanyaan dia tue ayat bergurau ataupun sebaliknya. Tapi aku buat tak tahu saja. Pegawai nie memang jenis suka menyibuk hal orang, tanya itu, tanya ini, kononnya prihatin, but at the end dia akan jaja cerita orang. Aku pun tak terkecuali juga. Nasib baiklah aku dah bertukar ke jabatan lain. Tak lama lepas tue tetiba pandangan mataku terarah pada seseorang. Dengan kot hitam bersama kain yang dikenakan juga dengan boot. Pegawai tue nampak kelakar dengan boot yang dia pakai tue..hehe..bukan kes dengki ye. Agaknya dia nak kelainan kot. Lantaklah. As usual person yang accompany tue kiranya pengikut dia juga ler. Setia menemani dia ke mana saja. Eloklah tue dah perangai tue sama-sama teruk. Pada pembaca entry aku nie, pegawai nie memang jenis yang kaki 'kay poh' jugak. Pegawai yang tegur aku tadi tue sama genglah dengan pegawai yang aku ceritakan nie. Satu kampunglah katakan. Sanggup buatkan apa saja demi kepentingan diri sendiri. Tak faham aku, dunia semakin maju, tapi mentaliti MELAYU masih lagi di takuk lama. Bersifat parasit. Sanggup jatuhkan orang lain. Sedangkan bangsa lain membantu sesama sendiri dan berlumba-lumba untuk maju bersama. Seolah-olah erti kemerdekaan tak diolah dengan cara yang lebih baik.
Petang, aku ikut kawan aku ke nursery anak dia. Actually budak kat nursery tue ada ambil tempahan baju, jadi aku dimaklumkan yang baju aku dah siap. Itu yang nak kena pergi ambil tue. Sampai di pintu nursery tue, aku dah nampak beberapa orang anak kawan aku. Rasa seronok pulak tengok telatah budak-budak nie. Anak sorang kawan aku nie dari mula aku panggil dia, terus dia duduk atas riba aku. Bila aku alihkan dia duduk di lantai, terus dia bangun dan duduk atas riba aku balik. Aduh, parah nie. Udah le badannya tembam, sampaikan naik lenguh peha aku ni. Siap dia selukkan tangan dia dalam setiap poket baju kemeja aku.
"Mama mana?" Tanya aku.
"Mama gie work." Amboi lancar saja mulut dia menjawab. Tak lama lagi dia dah nak dapat adik baru dah tue. Bila dengar saja kengkawan dia sebut mama dia dah sampai, meluru saja ke mama dia. Itulah telatah budak. Tak lama lepas tue budak yang buatkan baju aku tue, turun bawa baju aku yang dah siap tue. Dia kenakan bayaran RM25.00. Kawan aku pulak siapa pesan aku sms dia bila aku dah fitting baju aku tue nanti. Sama ada selesa ke tak. Sampai saja rumah terus aku pakai baju tue. Memang selesa. Nanti bolehlah aku minta budak tue buatkan lagi baju aku next time.
Wednesday, August 16, 2006
Persoalanku Terjawab
Monday, August 14, 2006
Angin
Friday, August 11, 2006
Tak tahu apa yang nak dicoretkan..
Friday, July 28, 2006
Jalan-jalan
1. Pergi ke maintenance office untuk collect refund.
2. Pergi bank in duit refund dan update buku akaun aku.
3. Pergi bank in duit dan masukkan dalam akaun tetap aku.
Sampai saja rumah dah jam 11.15 pagi. Terus aku siapkan apa-apa yang patut. Tengah dok seterika baju, Abang called. Cakap lebih kurang, then we put down the phone. Malam tue Abang jemput aku keluar kejap untuk minum. On the way dari Ampang nak ke Hulu Kelang jalan dah start jammed. Abang mentioned selalunya area situ memang cam tue sama ada accident ataupun kereta rosak. He'a right! Bila kami dah sampai ke depan sikit dan Abang pun dekatkan kedudukan kami dengan lokasi tue, rupa-rupanya ada accident; kereta wira aeroback dengan Rexton; kereta wira tue di belakang dengan bahagian depan tue memang dah hancur dah dan keadaan pemandu tue memang ngeri sangat. Kereta tue terbakar and that time pulak pasukan penyelamat tengah bertungkus-lumus tengah keluarkan mayat pemandu tue. Posisi pemandu tue tengah pegang stereng dengan kepala terkulai tapi tak nampak kepala; rasanya hancur kot. Lepas tue pemandu kereta Rexton tue dah tak nampak dah. Seram aku tengok. Terus aku pegang kepala dan tutup mata aku. Terus aku minta Abang cepat-cepat berlalu dari situ. Memang teruklah keadaan kemalangan tue. Malam tue sampai saja rumah, mata nie payah nak lelap; asyik teringatkan incident tue saja. Entah jam berapa barulah terlelap.
Thursday, July 20, 2006
Sate Kajang
Sampai saja rumah, pakcik sebelah tue cakap yang dia ada masak something, so dia nak kasi sikit kat aku dengan budak rumah aku. Terus aku mentioned pada kawan aku minta dia standby sebab aku nak kena rush mandi and so on. Lepas Maghrib, dia dengan boyfriend dia datang ambil aku. By the time we reached there, orang dah ramai dah. Aku perhatikan kawan aku dengan boyfriend dia memang serasi, boyfriend dia memang caring, cuma itulah..depa nie suka sangat gaduh. Ada saja benda yang depa nak bertekak. Gaduh lepas tue baik balik, pas tue gaduh balik. Aku pun dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Habis makan kami round KL; Bangsar, Bukit Bintang. Tetiba aku terperasan ada signal miss call from my mobile. Bila aku amati, nombor Abang. Terus i dialed him. "Why you didn't answer me?"
"I tak perasan sebab by the time i makan sate Kajang tadi surrounding dia bising sangat. I am in KL right now; exactly Bukit Bintang area."
"Kenapa you tak cakap tadi? You pergi dengan siapa tue?" Tanya dia bertubi-tubi.
Terkejut dia bila aku cakap aku ada di KL. Cuma aku mentioned pada dia that i was on my way home. Bukannya dia mengongkong pergerakan aku, cuma dia risau kalau aku keluar malam tanpa ada tujuan. Lagipun aku perempuan. Kurang manis katanya.
Sampai depan rumah waktu aku nak buka pintu, Abang called again. Aku cakap aku dah sampai. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone. Wash my face, cuci kaki then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Wednesday, July 19, 2006
Hari ke-4
Frankly speaking i like my new environment. Biliknya pun besar dan very pleasant. Cuma aku tak sempat nak mengemas dan menyusun atur barang-barang aku.